www.telokkemang.blogspot.com/ |
AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG TURUN PADANG KE PANTAI BLUE LAGOON Posted: 16 Jul 2010 12:09 AM PDT BLUE LAGOON - YB Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas, Ahli Parlimen Telok Kemang melahirkan rasa berpuashati beliau dengan tahap kebersihan di Pantai Peranginan Blue Lagoon. Dalam program turun padang beliau ke pantai peranginan berkenaan pada 11 Julai 2010 yang lalu, beliau memuji langkah proaktif yang telah diambil oleh pihak Majlis Perbandaran Port Dickson dalam menyediakan kemudahan yang terbaik untuk keselesaan pelancong. Beliau telah melapangkan masa kira-kira 1 jam di pantai ini sambil menikmati panorama indah di pantai tersebut. Beliau turut mengambil kesempatan menemui para peniaga setempat bagi menyelami permasalahan mereka. YB Ahli Parlimen ingin menyeru pengunjung ke pantai peranginan ini agar sentiasa menjaga kebersihan demi keselesaan bersama. |
You are subscribed to email updates from www.telokkemang.blogspot.com/ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan