Rabu, 28 Julai 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Dah lama tak update blog ni...

Posted: 28 Jul 2010 10:35 PM PDT

Ramai kawan-kawan yang menalipon aku kenapa aku tak update blog aku sejak 23hb Julai lalu. Blog aku ni bukanlah popular sangat tetapi ramai juga rakan-rakan yang tertunggu-tunggu perkhabaran tentang perjuangan Peneroka Felda dan Orang Asal.
Mereka rasa terputus berita apabila blog aku tidak membuat lapuran tentang perkembangan isu-isu Orang Asal dan Peneroka Felda.
Sebenarnya, didalam tempoh seminggu ini, aku menghabiskan masa menyangkul dan membaja pokok-pokok yang aku tanam sekeliling kawasan rumah aku.
Sudah agak semak kawasan-kawasan sekitar rumah kerana terlalu sedikit masa dapat aku berikan kepada pembersihan kawasan rumah, juga tanaman-tanaman pokok-pokok seperti rambutan, dokong, mangga dan manggis.
Buah mangga sudah kehabisan. Dokong baru nak menyelat, manggis sedang masak dan rambutan (yang semua pokok berbuah) sedang masak.
Apabila aku buat kerja membersihkan kawasan maka masa untuk meng update kan blog menjadi amat berkurangan.
Biasanya saya berblog melapurkan isu-isu politik dan gerak kerja harian bersama masyarakat. Kali terakhir di minggu lepas saya terlibat dengan masyarakat adalah pada 25hb Julai, iaitu di Kg Bukit Rok Bera. Saya sudah buat laporan ringkas didalam fb, dan tidak dimasukkan kedalam blog.
Hari ini, Khamis, saya dah selesai membersihkan kawasan rumah dan kini berada di pejabat, dan jam 2.30 petang nanti, saya akan pergi ke beberapa buah kampong di Kuala Krau, dan sebelah jam 5.30 petang nanti saya akan bertemu dengan Ramli Lugan, di Kg Lubok Wong, untuk berbincang dengannya mengenai program di Kg Paya Sendayan, dan tindakan-tindakan olehnya untuk menyiapkan senarai peserta-peserta dari Kg Mendoi/Seboi hingga ke Penderas, Pasu, Lubok Wong, Pian dan Terbol untuk Himpunan Orang Asal pada 7hb Ogos 2010.
Menurut Ramli, peserta-peserta dari Penderas sahaja sudah melebihi 30 orang. Jumlah ini terlalu ramai kerana dengan jumlah itu peserta-peserta dari kampong lain akan menjadi sangat berkurangan.
Itulah yang saya nak bincangkan dengan Sdr Ramli dan juga Sdr Kin, Ketua PKR Kg Penderas, bagaimana nak mengurangkan penyertaan dari Kg Penderas itu. Kalau tersilap langkah, ramai pula yang berkecil hati.
Peserta-peserta dari Kg Paya Mengkuang sudah diberikan kepada saya semalam, dan begitu juga peserta-peserta dari Kg Berdut, Kg Paya Pelong dan Kg Rekoh.
Peserta-peserta dari Kg Sg Mai sudah siap dan Sdr Yusri Ahon akan panjangkan kepada saya, manakala peserta-peserta dari Kg Bukit Rok dan Pos Iskandar sudah disiapkan oleh Bob Manolan dan rakan-rakannya untuk dipanjangkan kepada saya.
Semua persediaan untuk Himpunan Orang Asal di Temerloh pada 7hb Ogos 2010 sudah disiapkan dan Himpunan itu akan dirasmikan oleh Dato Seri Wan Azizah, Presiden KEADILAN.
3 Kertas Kerja akan dibentangkan iaitu oleh Bob Manolan, Yusri Ahon dan Tijah Yok Chopil. YB Elizabeth Wong akan mengambil slot selama 30 minit dipenghujung Majlis Himpunan itu, manakala Dato Fauzi Abdul Rahman akan menutup Himpunan itu secara rasmi pada jam 6.00 petang.
Selepas tamatnya Himpunan ini, kesemua peserta-peserta akan hadir ke rumah saya di Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh untuk jamuan makan malam dan seterusnya menghadiri ceramah disitu.
Penceramah-penceramah jemputan adalah YB Gobalakrishnan, Dato Fauzi Abdul Rahman, CheguBard, YB Elizabeth Wong, dan Tijah Yok Chopil.
Pada 6hb Ogos 2010, sehari sebelum Himpunan Orang Asal itu, akan diadakan satu Majlis Ceramah di Felda Jenderak Utara atas isu: FELDA BANKRAP? dan Penceramah-Penceramah jemputan adalah YB Tian Chua, Datuk Tan Kee Kwong, Ust. Suhaimi Saad dan saya sendiri.
Pada 8hb Ogos 2010, saya akan ke Melaka di Machap Umboo untuk dua program iaitu jam 2.00 petang bersama masyarakat Orang Asal dan sebelah malamnya bersama peneroka-peneroka Felda.

Tiada ulasan: