Rabu, 28 Julai 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Perjelas Tujuan Sebenar Kerjasama Pas-UMNO

Posted: 28 Jul 2010 12:54 AM PDT

Dari Sinar Harian

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak tertentu termasuk golongan ulama ikhlas menyatakan tujuan sebenar memastikan kerjasama antara Pas dan UMNO.

Katanya, beliau mengakui perpaduan itu penting namun ia hendaklah mempunyai menggunakan pendekatan yang betul dan tujuan ia mahu direalisasikan.

"Perpaduan itu adalah satu tuntutan. kalau betul mana-mana pihak mahukan perpaduan, mesti mulakan dengan premis yang betul. Jika ditanya apakah akan ada menentang kalau orang Islam dan Melayu bersatu? Tiada orang akan menentang dan saya pun kata bagus. Namun, bersatu untuk apa? Bersatu itu adalah untuk menegakkan sesuatu dengan lebih baik, bukan bersatu kerana diancam,” katanya ketika sesi dialog bersama pengarang dan wartawan Sinar Harian sempena kunjungannya ke Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjadi orang tengah bagi menyatukan Pas dan UMNO.

Anwar berkata, isu perpaduan yang diperkatakan tidak seharusnya dilihat sebagai usaha kaum Melayu untuk mendominasi kumpulan lain.

Mengenai peranan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan menjadi penghalang kepada kerjasama Pas dan UMNO, Anwar berkata, kerjasama dua parti itu tetap tidak akan menjadi kenyataan walaupun tanpa campur tangan Nik Aziz.

"Pas tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan UMNO berdasarkan pengalaman lalu, pemimpin Pas juga menolak kerjasama ini.

"UMNO juga tidak faham Pas. UMNO merasakan jika mereka boleh tawan Nik Aziz mereka boleh tawan Pas," katanya.

Malaysian Lawyer Dropped From Anwar Trial Over Affair Claim

Posted: 28 Jul 2010 12:31 AM PDT

From AFP

In a sensational twist in Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim’s sodomy trial, a prosecutor has been dropped after being accused of having an affair with the star witness.

Defence lawyers said the surprise move bolstered its claim that Anwar, a former deputy premier who was sacked and jailed on separate sex and corruption counts a decade ago, is the victim of a political conspiracy.

The prosecution said it was dropping Farah Azlina Latif from its team in the ongoing trial, following claims she was romantically involved with Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 25, who has accused Anwar of sodomising him.

“This can be very difficult for us but any personal matter, if it can have any implication in whatever form… will be handled very seriously,” attorney-general Abdul Gani Patail told state media late Tuesday.

“This move is also to ensure that the smooth running of the case is not affected,” the government’s top lawyer said, without specifying whether or not the claims were true.

An official at the attorney-general’s office confirmed his comments to AFP, and said that Farah Azlina would also be transferred to another department.

The defence said it had sought an official explanation from the prosecution after a leading Malaysian political blogger said on his website that the lawyer was in a sexual relationship with Saiful, who has a fiancee.

“The implications are serious,” Anwar’s lawyer Sankara Nair told AFP Wednesday.

“There is a perception that Saiful could have been given access to confidential information of the trial and that would compromise the integrity of the prosecution,” he said.

Sankara said the development strengthened claims that there was a conspiracy against Anwar, after Saiful testified that he met with high-profile individuals including Prime Minister Najib Razak before lodging his complaint.

The attorney-general however said that Farah Azlina, one of eight prosecutors in the Anwar case, had no access to confidential information.

The sodomy trial, which began in February and has been punctuated by lengthy delays, is set to resume on August 2 for a one-month session.

Saiful, who was an aide in Anwar’s office, has accused the 62-year-old of sodomising him in 2008. If convicted, Anwar could face up to 20 years imprisonment.

Sodomy, even among consenting adults, is illegal in Muslim-majority Malaysia.

Anwar has said he is the victim of a plot to prevent him from taking power, after the opposition made huge strides in 2008 elections, stunning the ruling Barisan Nasional coalition which has been in power for half a century.

Between Liwat And Zina: Did DPP Dump Fiance For Saiful?

Posted: 27 Jul 2010 09:36 PM PDT

From Malaysia Chronicle
By Wong Choon Mei

As Malaysians digest the latest sexual scandal in town, a debate has swept in over which is worse – liwat or zina (sodomy or adultery).

“If Saiful’s sexual affair with the girl is his personal business, then why not the sodomy trial,” wrote one commentator.

“It is the same (in that both are considered sins in some cultures) isn’t it – zina and liwat. You can say under civil law there is specific provision to (nail) anwar but under Syariah law there is also punishment for zina.”

Unfair advantage

Late on Tuesday, news broke that Farah Azlina Latiff, a deputy public prosecutor, was dropped from the sodomy trial against Opposition Leader Anwar Ibrahim because of an alleged sexual affair with the complainant in the case – Saiful Bukhair Azlan.

The Attorney-General would only say Farah was being dropped to prevent negative public perception of the prosecution, but Anwar's lawyers are calling a mistrial.

Citing fundamental conflict of interest, they fear Saiful's closeness to the DPP has armed him with unfair knowledge and advantage over Anwar.

Indeed the latest speculation making the rounds is that Farah even broke off her engagement to her fiancé just to be with Saiful.

"If true, all this indicates that the relationship was very serious. The fundamental issue is that of a serious conflict of interest and this cannot be resolved by removing her," Sivarasa said.

"We can understand that this must be a terrible time for her and Saiful but imagine how Anwar and his family must have felt each time the government trumps up these charges against him."

Muslims shocked

Meanwhile, Muslims leaders – shocked at how the scandal has been unfolding – are starting to call for a thorough probe. Under Syariah law, sex outside marriage is a punishable offence.

"With the current liberal outlook, it is hard to be the bad guy to push for punishment because we also have compassion in our hearts," PAS vice president Mahfuz Omar told Malaysia Chronicle.

"But there is a convention we have subscribed to and we cannot avoid, especially now, when the incident has become so public. We would be failing in our duty to all concerned – including Anwar – if we do not urge the religious authorities to investigate and they would not be doing their duty by the ummat if they did not do so."

Other pundits also slammed the entire episode which has shamed the country, pinning the blame on Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor. Anwar had accused the first couple of plotting the charges to derail his political comeback.

“The only one I feel sorry for is the girl for falling for Saiful,” wrote the commentator. “It is enough. Najib should stop the farce once and for all and start repairing the country.”

‘Hubungan Romatis’, DPP Digugurkan Dari Kes Anwar

Posted: 27 Jul 2010 08:08 PM PDT

Dari Malaysiakini

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan saksi utama kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani (atas, kiri) berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

“Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

“Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius,” katanya.

Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.

Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut.

“Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan.

“Beliau sama sekali tidak terlibat dalam sebarang perbincangan atau persediaan kes termasuk penyusunan strategi pasukan pendakwa,” katanya.

Mengulas lanjut Abdul Gani berkata pasukan pendakwa untuk semua kes berprofil tinggi telah menetapkan peraturan bahawa kertas siasatan dan dokumen kes hanya boleh disimpan oleh Ketua Pendakwa atau Pendakwa Kanan.

“Pendakwa baru hanya membantu kami dalam menjalankan beberapa tugas yang sama sekali tidak melibatkan perbincangan, penyusunan strategi dan pembentangan hujah di dalam mahkamah,” katanya.

Pasukan pendakwa untuk kes berkenaan diketuai oleh Peguam Cara Negara 2, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang dibantu oleh timbalan pendakwa raya Datuk Nordin Hassan, Noorin Badaruddin, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azman dan Farah Azlina.

“Tugas menyoal saksi dilakukan oleh Mohd Yusof, Mohamed Hanafiah, Datuk Nordin dan Noorin manakala Chiang Kiat bertugas membantu aspek perundangan berhubung rayuan dan semakan kes.

“Farah Azlina, Naidatul Athirah dan Mira Mirna hanya dipertanggungjawabkan untuk mengambil dan mencatatkan segala nota perbicaraan,” katanya.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

FDI Merudum Angkara Pentadbiran Anak Beranak

Posted: 27 Jul 2010 07:37 PM PDT

Dari Harakah

Oleh Abdul Aziz Mustafa

Penjelasan Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group), Datuk Seri Nazir Tun Razak mengenai merudum pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini mengingatkan rakyat kepada pentadbiran nepotisme, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

“Kenyataan jurucakap baru kabinet (Datuk Seri) Najib, iaitu adiknya sendiri, mengingatkan rakyat Malaysia kepada budaya pentadbiran nepotisme yang dipelopori di zaman Tun Dr Mahathir atau pentadbiran ‘anak beranak’ yang dipraktikkan oleh Tun Abdullah (Ahmad Badawi).

“Mungkinkah Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ini wajar dipanggil ‘pentadbiran adik beradik’ pula?” katanya.

Kenyataan dari jurucakap baru kabinet Najib itu juga, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, menunjukkan bahawa anggota-anggota kabinet serta Najib sendiri telah bankrap atau muflis idea bagaimana hendak menjanakan ekonomi Malaysia.

“Mereka adalah ibarat burung unta yang menyembunyikan kepala masing-masing dalam tanah. Tunggu masa sahaja sebelum mereka ditendang keluar oleh rakyat,” katanya.

Menurutnya, memandangkan tidak ada komen atau apa-apa kenyataan langsung daripada anggota-anggota kabinet Najib atau beliau sendiri berkenaan kejatuhan pelaburan langsung asing sehingga 81 peratus itu, sekurang-kurangnya kenyataan Nazir itu menunjukkan, maka kerajaan Najib mengakui benarnya kejatuhan itu.

“Jelaslah ia ia bukan rekaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau sebab-sebab yang tidak munasabah lain yang diberi,” katanya.

Mahfuz bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Nazir kerana perlantikannya sebagai jurucakap kerajaan abangnya.

Tiada ulasan: