Selasa, 20 Julai 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Felda - Lihat angka-angka yang menakjubkan

Posted: 20 Jul 2010 11:04 PM PDT

1. Tunai Felda merosot RM2.73 Billion - Jika diberi kepada peneroka, semaji dan bonus peneroka Felda diseluruh Negara boleh mendapat bonus free RM1000.00 setiap bulan selama 24 bulan.

2. Setahun gaji dan bonus CEO FELDA hampir menyamai jumlah pinjaman sara hidup untuk 600 orang peneroka Felda selama 12 bulan.

3. Kos binaan bangunan baru FELDA boleh menampung kos membaiki rumah 22,000 peneroka Felda dengan nilai RM30,000 sebuah rumah.

4. Mari kita buat perbandingan dan andaian:

(a) Seoranng peneroka yang menyertai Felda pada tahun 1980 dikenakan hutang sebanyak RM18,000.00;

(b) Pada tahun 1996, umur peneroka itu meningkat 46 tahun, dan beliau berjaya melangsaikan semua hutang dengan Felda (habis semua hutang);

(c) Pada tahun 2002, peneroka itu sudah brumur 52 tahun, dan beliau dikenakan hutang baru sebanyak RM40,000.00 untuk sara hidup dan tanam semula;

(d) Pada tahun 2005, umur peneroka itu meningkat 55 tahun dan pinjamannya dengan Felda berbaki RM90,000.00; dan

(e) Pada tahun 2020 (Malaysia menjadi Negara maju, jika tidak bankrap pada tahun 2019), umur peneroka itu meningkat 70 tahun dan beliau menanggung hutang dengan Felda sebanyak RM160,000.00. Geran tanahnya dikaveat, dan jika ia tidak mampu membayar hutang dan meninggal dunia, warisnya akan mewarisi hutang itu, dan jika tidak berbayar juga, tanahnya akan dilelong oleh Felda atau diambil alih oleh Felda.

(sumber: Warga Felda Perihatin)

MUKTAMAD : MAHKAMAH PERINTAH FELDA BAYAR RM11 JUTA KEPADA PENEROKA

Posted: 20 Jul 2010 10:42 PM PDT

Pada 19hb Januari 2010, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Felda dan memerintahkan agensi itu membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda berhubung saman bagi penyelewengan jual beli buah kelapa sawit. Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Gopal Sri Ram sebulat suara menolak permohonan Felda untuk kayar kebenaran mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu sebelum itu. Mahkamah turut memerintahkan Felda membayar kos RM30,000.00.
Pada 13hb Jun 2008, Mahkamah Tinggi memerintahkan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd membayar gantirugi RM7.8 juta kepada peneroka terlibat kerana menipu dalam urus niaga penjualan hasil kelapa sawit. Hakim Datuk Mohd Azman Husin memerintahkan kedua-dua Defendan itu membayar gantirugi am sebanyak RM7.1 juta dan gantirugi teladan sebanyak 10% daripada jumlah itu iaitu sebanyak RM710,000.00 serta kos, berkuatkuasa serta-merta. Mahkamah membuat keputusan itu pada hari pertama perbicaraan tuntutan saman Peneroka Felda Kemahang 3 itu yang yang mendakwa kedua-dua Defendan menipu membabitkan urusniaga penjualan hasil kelapa sawit bermula tahun 1997 sehingga 2002.
Dalam penghakimannya, Mahkamah mendapati berdasarkan keterangan-keterangan semasa perbicaraan, memang wujud bukti konspirasi antara pengurus Felda dan kilang berkenaan untuk menipu gred harga kelapa sawit. Mahkamah juga berpuashati bahawa kadar gred harga kelapa sawit kelapa sawit yang diberikan oleh pihak berkenaan kepada peneroka, tidak munasabah.
Ekoran keputusan itu, Defendan memfailkan permohonan untuk mengenepikan keputusan tersebut, tetapi ditolak oleh Mahkamah Tinggi, dan kemudian mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan juga ditolak. Amaun berkenaan telah meningkat kepada RM11 juta dengan faedah terkumpul dan setiap peneroka dijangka menerima pampasan aRM30,000.00.
Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan terpaksa mengemuka saman itu terhadap Felda pada 2002 melalui Tetuan Wan Rohimi dan Asmadi lantaran keengganan agensi itu berunding malah mengugut akan mengusir peneroka terbabit dari tanah rancangan sekiranya berani mendedahkan penyelewengan itu ke mahkamah. Mereka menamakan Felda sebagai defendan pertama, Pengurus Rancangan Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Ibrahim Ismail defendan kedua (telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan ketiga.
(sumber: Warga Felda Perihatin)

FAKTA SEBENAR: GSA - Land (Group Settlement Areas) Act, 1960

Posted: 20 Jul 2010 03:54 AM PDT

"Hasrat Tun Razak melalui Akta GSA bukan untuk menjadikan Felda
Tuan dan Peneroka sebagai Hamba, tetapi
untuk mengagihkan tanah kepada rakyat yang berhak"
*1960 : Tun Razak mencadangkann GSA untuk panduan kerajaan Negeri membangunkan sosio ekonomi rakyat melalui pembangunan tanah.
* Tanah akan dibahagikan kepada rakyat untuk membasmikan kemiskinan dan membangunkan negara.
* Peserta/Peneroka dibenarkan membayar kos pembangunan tanah secara beransur-ansur tanpa menjejaskan hak mendapat geran hak milik.
* Felda dilantik sebagai agensi pengelola rancangan sehingga peneroka mendapat hak milik tanah (geran).
* Kerajaan negeri masih mempunyai hak terhadap tanah, malah menurut GSA perlantikan pengurus Felda mesti mendapat izin dari Kerajaan Negeri.
* Felda juga disyaratkan mesti mendapatkan kelulusan kerajaan Negeri sebelum boleh menggubal sebarang dasar/polisi/undang-undang kecil berkaitan penyeliaan ladang dan peneroka.
* Namun Felda telah menggubal banyak peraturan/ perjanjian yang menindas peneroka.
* GSA tidak membenarkan Felda memiliki tanah yang diberikan oleh Kerajaan negeri kerana Felda hanya dilantik sebagai pengurus dan pemberian tanah adalah untuk mengujudkan kawasan penempatan berkelompok yang didiami oleh peneroka atau secara pemilikan saham koperasi.
* Sebaliknya Felda telah mengambil tanah tersebut untuk diusahakan sendiri dengan menubuhkan Felda Plantation Sdn Bhd. Tindakan ini menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri dan ramai rakyat hilang hak sebagai peneroka.
* Dibawah akta GSA, hanya pentadbir tanah yang berhak memutuskan sama ada peneroka boleh dikeluarkan dari tanah rancangan tertakluk kepada bukti nyata pelanggaran akta GSA atau menduduki tanah rancangan secara haram sehingga dia mendapat hakmilik. Sekiranya peneroka telah mendapat hakmilik, maka dia tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965 sama seperti tanah lain.
* Peneroka berhak mendapat geran/hakmilik tanah setelah menyelesaikan CAC. CAC ialah bayaran premium, upah ukur dan batu sempadan. Tindakan Felda melewatkan pemberian geran walaupun setelah peneroka melangsaikan hutang bayaran kembali adalah bertentangan dengan GSA. Malah GSA membenarkan pemberian hakmilik kepada peneroka walaupun hutang BK belum langsai.
"Felda hanyalah pengurus sementara sehingga peneroka mampu
berdikari dan mendapat hak milik mereka. Felda tidak berhak menekan dan mengaut keuntungan peneroka selama-lamanya"
rujukan buku:
"Menongkah Cabaran Mendepani Zaman: Maruah Peneroka
perlu dikembalikan"
Oleh
Wan Rohimi Wan Daud
(Peguam)

Suhaimi dan Oon

Posted: 20 Jul 2010 01:55 AM PDT

Saya (Hj Suhaimi Said) bersama Ir. Oon Eng Hock
Suhaimi and Oon

==
Perjumpaan kami kali terakhir ialah pada tahun 1973, lebihkurang 37 tahun yang lampau, semasa saya menjadi Majisteret di Ipoh dan beliau adalah tenaga pengajar di Kolej Ungku Umar, Ipoh.
Oleh kerana kami adalah rakan karib semasa di London, dan semasa saya di Ipoh saya belum mengenali rakan-rakan disana, maka Sdr Oon Eng Hock menjadi "buddy" saya bersama dengan seorang rakan yang kami baru kenal di Ipoh bernama Zulkifli. Kami rapat kerana kami adalah anggota sebuah parti politik pembangkang pada waktu itu.
Saya mengenali Oon semasa saya belajar di London. Selepas May Riot, golongan pelajar yang tidak rasialis, sentiasa bertemu sesama kami. Oon adalah dari sebuah Universiti di Bristol dan beliau mengambil ijazah di bidang Aeronotical Engineering. Beliau adalah pelajar terbaik di Universiti nya.
Rumah tempat saya tinggal di London merupakan tempat pelajar-pelajar dari luar London berkumpul. Selain pelajar-pelajar dari Bristol, ada beberapa orang lagi pelajar dari Birmingham dan beberapa buah Universiti di North West England. Dan seorang lagi rakan yang begitu akrab dengan kami adalah Rajinder Raj.
Kami adalah dari kumpulan pelajar multi-racial dan kami tersepit ditengah-tengah pelajar perkauman Melayu dan perkauman Cina.
Kami sentiasa membincangkan sesama kami bagaimana mahu berjuang untuk mengujudkan Malaysia yang bersatu-padu dan rakyatnya tidak perkauman.
Oon telah kembali ke Tanah Air lebih awal dari saya. Dan beliau telah kembali ke Ipoh. Oleh kerana beliau adalah pemegang biasiswa Kerajaan, bertugas sebagai seorang guru di Politeknik Ungku Umar di Ipoh.
Saya kembali ke Tanah Air pada tahun 1973, dan berkhidmat dengan Pejabat Peguam Negara seketika sebelum bertukar ke Bahagian Kehakiman sebagai Majisteret di Court Hill, Kuala Lumpur.
Lebih kurang 3 bulan di Kuala Lumpur saya ditukarkan menjadi Majisteret di Mahkamah Ipoh, dan semasa disana saya bertemu kembali dengan Oon.
Diwaktu itulah berlaku Mogok di sebuah kilang di Ipoh. Walaupun Oon dan saya bekerja dengan Kerajaan pada waktu itu, kami bersama Sdr Zulkifli pergi menunjukkan simpati kepada mereka yang mogok dan membawa kepada mereka bekalan makanan dan minuman, sehinggalah "boss" saya memberi ingatan bahawa saya selaku seorang Majisteret tidak boleh menyertai mogok oleh Kesatuan Sekerja.
"Boss" saya itu bersikap progresif juga, dan semasa di Universiti Malaya, Singapura beliau menyokong Parti Tindakan Rakyat (PAP - Parti Petir) dan dia menyatakan bahawa dia juga bersimpati dengan para pekerja tetapi tidak boleh memberi sokongan secara terbuka kerana terikat dengan syarat-syarat perkhidmatan.
Saya tidak lama di Ipoh, saya mendapat perintah tukar ke Sitiawan dan ke Sg Petani. Sebagai membantah sikap Jabatan, saya meletakkan jawatan dari Majistret dan kembali ke Kuala Lumpur sebelum bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Oon masih bertugas di Ipoh. Beliau telah mengambil lesen penerbangan, dan kami sentiasa berhubung, bahkan saya membawa Oon ke kampong saya di Pahang, Kg Lubok Kawah, Temerloh, Pahang.
Tiba-tiba hari ini, Sdr Richard Bong telah menalipon saya: "Tuan Haji, ada kawan lama you nak jumpa you." Richard Bong adalah seorang lawyer di Temerloh.
Saya menunggu sebentar di pejabat Temerloh dan muncullah Oon Eng Hock, kawan lama, yang saya tidak jumpa sudah lebih 37 tahun.
Kami berpeluk gembira.
Oon menyatakan bahawa beliau kini bertugas sebagai seorang Engineer dan baru selesai menghabiskan projek di Terengganu.
Beliau mendapat tahu dari Darshan Singh Khera, seorang peguam di Pulau Pinang, bahawa saya berada di Temerloh.
Sekembali beliau dari Terengganu, beliau melencung ke Bandar Temerloh untuk mencari saya. Tetapi oleh kerana beliau tidak tahu kemana nak di tuju, beliau telah pergi ke Mahkamah Temerloh untuk bertanya kepada mana-mana peguam yang ada di Mahkamah mengenai saya.
Lawyer yang ditemuinya ialah Richard Bong dan beliau bertanya Richard tentang saya, Richard Bong menalipon saya, dan demikianlah kami dapat berjumpa semula.
Perbincangan awal kami adalah mengenai rakan-rakan kami semasa di England dulu seperti Wong Weng Kwai (seorang peguam), Gurdial Singh (peguam), Darshan Singh (peguam), Harjeet Singh (peguam), Wong Weng Lam (akauntan), Amir Dastan (pemegang Phd), Dr Syed Husin Ali,
Chua Jui Meng (bekas Menteri), Rajinder Raj (Engineer), dan ramai lagi.
Kami menghabiskan masa berbual perkara yang silam. Masa itu Hendon hadir, dan Oon dengan cepat dapat mengenalinya, kemudian Surina hadir dan Oon bertanyakan bahawa inikah budaknya yang semasa di London dulu masih kecil.
Oon sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak, seorang doktor dan 2 lagi engineer.
Beliau menyatakan bahawa dari segi politik beliau masih dengan pegangan asal (bersama PR kini) tetapi low profile kecuali semasa Pilihanraya, beliau aktif membantu rakan-rakan calon dari PR.
Kami pergi ke RR Bukit Angin, Temerloh, sambil menghirup teh, sambil berbual, bukan sahaja mengenai masa lampau bahkan juga sokongan kongkrit kepada rakan-rakan PR semasa Pilihanraya nanti.
Jam lebihkurang 5.00 petang tadi, Oon bertolak ke Shah Alam, dia kini menetap di Shah Alam, tak jauh rumahnya dari rumah Sdr Khalid Samad, dengan janji kami untuk mengaturkan perjumpaan dengan rakan-rakan lama semasa berada di London dulu.
Itulah kawan saya, Ir. Oon Eng Hock.

Tiada ulasan: