Isnin, 19 Julai 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


WARGA FELDA PERIHATIAN dikeluarkan oleh Biro Felda Parti Keadilan Rakyat

Posted: 19 Jul 2010 09:50 PM PDT

FAKTA
penyelewengan jual beli buah sawit
* Felda meletakkan syarat yang ketat untuk greding buah sawit peneroka. Walaupun syarat dipenuhi KPG tidak pernah melebihi 19%. Buah luar mendapat KPG yang lebih tinggi walaupun berasal dari ladang peneroka. Pernah kilang meletakkan cop tanda pada slip bahawa peneroka bersetuju menjual BTS dengan gred yang telah yang telah ditetapkan kilang.
* Buah sawit peneroka belum diproses tetapi kilang telah menetapkan KPG buah sawit itu yang baru dihantar ke kilang dengan sewenang-wenangnya.
* Peneroka membuktikan melalui ujian makmal Felda bahawa buah sawit mereka berhak mendapat gred sekurangnya 25%. Malah MPOB menetapkan kadar standard gred buah sawit tempatan ialah KPG 25%.
* Kilang mengasingkan anggaran 10 tandan sawit bagi setiap lori, konon "buah reject" tetapi tidak benarkan peneroka ambil semula. Sebaliknya buah tersebut ada yang dijual semula dan diperoses bersama. Peneroka masih dikenakan denda dan dikurangkan gred.
* Setiap perbezaan 1% KPG peneroka rugi antara RM25-RM30. Sekiranya 8 tan, peneroka rugi sekurangnya RM1200.00 setiap bulan jika perbezaan KPG adalah 6% (19%-25%).
* Dalam kes Felda Kemahang 3, pengurus Felda didapati berkomplot dengan pihak kilang untuk menipu peneroka. Namun gejala ini juga didapati berleluasa di Felda seluruh negara.
* Peneroka yang menuntut hak difitnah, diugut buang dan dituduh menimbulkan huru-hara.

Tiada ulasan: