Isnin, 19 Julai 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Jalan Mendap Undang Bahaya

Posted: 19 Jul 2010 01:00 AM PDT


KLANG - Isu permukaan jalan di Jalan Kebun melalui Johan Setia menghala ke Banting menimbulkan pertanyaan kepada penduduk setempat berikutan keadaannya yang tidak selamat kepada pengguna disini.

Ahli Dewan Undangan Neferi (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie berkata, perkara itu telah beberapa kali dibangkitkan hingga ke peringkat Kerajaan Negeri namun reaksi yang diterima daripada pihak berkenan agak mengecewakan.

Menurutnya, keadaan jalan di situ agak berisiko dan telah banyak kali berlaku kemalangan membabitkan penunggang motosikal yang menggunakan laluan itu.

"Terdapat tujuh kawasan yang berbahaya dan dua daripadanya perlu dibaiki secepat mungkin".

"Masalah ini jika tidak diberi perhatian dikhuatiri akan menyebabkan risiko kemalangan yang lebih serius terutama kepada penunggang motosikal yang terdedah dengan keadaan jalan rosal di situ," katanya.

Menurutnya, jalan berkenaan hanya boleh digunakan kenderaan lapan tan namun keadaan kini bertukar sebaliknya kerana ia merupakan laluan pintas untuk ke Banting terutama kenderaan berat seperti treler.

Shuhaimi berkata, keadaan yang berlaku sejak dua tahun lalu itu menimbulkan pertanyaan kepada beliau dan penduduk setempat kerana kos pembinaannya tidak setimpal dengan apa yang berlaku hari ini.

"Saya meminta pihak berkenaan membuka mata dengan apa yang berlaku, ia melibatkan nyawa pengguna."

"Saya tidak mahu menghuraikan cerita di sebalik pembinaan jalan ini kerana ia akan menyebabkan beberapa pihak 'panas' kerana terdapat unsur yang boleh dipertikaikan," katanya.

Perjumpaan melibatkan ADUN, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan jabatan yang terlibat adalah untuk menerangkan secara jelas situasi sebenar keadaan jalan disitu.

Ahli Majlis, Azmizam Zaman Huri berkata, pihaknya menerima hampir sepuluh aduan setiap hari tentang keadaan jalan disitu namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia bukan bidang kuasa majlis.

Menurutnya, masalah disitu merupakan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perkara itu telah beberapa kali dibawa ke Mesyuarat Aduan sebelum ini.

"Terdapat kemalangan maut di jalan berkenaan dan ia sesuatu yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkaitan."

"Keadaan tanah juga semakin mendap menyebabkan struktur jalan disitu kini di tahap membimbangkan," katanya.

Azmizam berkata, pihak JKR dan Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) juga sedia maklum tentang perkara itu dan beliau berharap pihak berkenaan bertindak demi keselamatan pengguna.

Menurutnya, keadaan tanah yang semakin mendap juga perlu diberi perhatian kerana ia menyebabkan struktur permukaan jalan menjadi bertambah rosak.

Sumber: Sunar Harian, S19, 19 Julai 2010

Melayu lebih mulia tanpa Umno

Posted: 19 Jul 2010 12:40 AM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Julai: "Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana meyakini kuasa politik melayu akan hilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri Harussani kerana begitu kasyaf tentang politik negara yang nampak kuasa politik Melayu iaitu Umno akan hilang.

"Dan kita yakin kuasa politik baru akan wujud yang dikuasai Melayu serta semua kaum yang ditunjangi Pakatan Rakyat suatu masa nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.

Hadir sama ialah seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, orang Melayu tidak perlu risau jika PAS dan Umno tidak bersatu kerana hak orang Melayu lebih terbela tanpa Umno.

Umno, katanya sudah jelas terbukti sebuah parti yang menghakis kepentingan Melayu bukan membela Melayu.

Salahudin pula memberitahu, PAS tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk menghantar mana-mana pihak atas tujuan menjalin kerjasama politik dengan Umno.

"Kita dah tutup buku kerjasama dengan Umno.

"Dakwaan (kerjasama) itu satu ftnah, mereka cuba menghakiskan kepercayaan penyokong dan ahli PAS terhadap pemimpin PAS," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Katanya, PAS sudah memutuskan akan tetap komited bersama Pakatan Rakyat dan isu kerjasama dengan Umno tidak berbangkit.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan wujud perbezaan pandangan antara Muhyidin dengan Najib berhubung isu kerjasama ini, Mahfuz berkata Muhyidin seperti mempunyai agenda dalaman menjatuhkan Presidennya.

Muhyidin jelasnya sedang berusaha meyakinkan pemimpin dan ahli Umno lain bahawa Najiblah punca kuasa politik Melayu yang diperjuang parti itu terhakis.

"Muhyidin sedang bina imej untuk jadi hero Melayu dalam Umno.

"Dia sedang mengambil kesempatan mengajak pemimpin Umno lain tikam Najib daripada belakang," katanya.

Sumber: Harakah Daily

Ahli perniagaan dikaitkan dengan PM bersama Paris Hilton

Posted: 19 Jul 2010 12:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Nama Malaysia sekali lagi tercetak dalam media Perancis baru-baru ini apabila seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana.

Menurut AFP, akhbar Perancis, Corse Matin melaporkan Paris Hilton ditahan di lapangan terbang Corsica selepas marijuana yang dibawa dalam bagnya dihidu oleh anjing pengesan.

Dalam laporannya, akhbar itu berkata, Hilton sedang mengembara bersama dengan seorang personaliti yang rapat dengan pihak berkuasa di Malaysia ketika beliau ditahan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun beliau dikatakan dilepaskan selepas setengah jam disoalsiasat.

Ekoran itu, pelbagai pihak tertanya-tanya siapakah lelaki itu.

Hari ini, media melaporkan, lelaki itu adalah Taek Jho Low, seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang berjaya mendapat hak untuk membangunkan tapak lapangan terbang TUDM di Sungai Besi.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan siapakah orang misteri yang dikatakan rapat dengan anak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah mansor.

Shamsul mencabar perkara itu di Kota Bharu semasa Kongres PKR yang diadakan di sana bulan lalu.

Menurut Shamsul, Jho Low telah berjaya mendapatkan kontrak untuk membangunkan semula TUDM dengan nilai RM500 juta.

Bagi Shamsul, dakwaan ini sangat serius kerana cara hidup Jho Low di luar negara sangat meragukan.

Sumber: Harakah Daily

Harga barang dijangka naik 6 bulan lagi

Posted: 19 Jul 2010 12:30 AM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Julai: Harga minyak serta barangan keperluan lain dipercayai akan terus naik enam bulan lagi sekiranya dirujuk pada jadual rasmi Makmal Rasionalisasi Subsidi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat berkata, kenaikan harga minyak (RON95) dan diesel sebanyak 5 sen, Khamis lalu adalah mengikut jadual tersebut.

Katanya lagi, jadual tersebut turut merancang kenaikan harga gula dan gas masak (LPG) serta beberapa komoditi lain yang menjadi keperluan asasi rakyat.

Melihat pada rancangan menaikkan harga beberapa barangan tersebut sehingga 2014 kelak, beliau mendesak pentadbiran Najib supaya bersikap jujur dengan rakyat.

"Apakah ini satu permulaan yang mahu dilaksanakan oleh Najib (dan) Makmal Rasionalisasi Subsidi ini. Sebab itu, saya tanya apakah motif Najib menaikkan harga barang-barang ini," soal beliau pagi tadi di Pejabat Agung PAS.

Impak dari perlaksanaan jadual itu, katanya lagi bakal mengingkatkan kadar inflasi dan kos sara hidup yang nyata membebankan rakyat.

"Sekiranya jadian ini dilaksanakan, ia bukannya menjadikan negara sebagai 'negara berpendapatan tinggi' tetapi 'rakyat berbelanja tinggi'," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dari segi lain, beliau berkata, pentadbiran Najib sepatutnya tidak merampas subsidi rakyat memandangkan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah selaku Menteri Kewangan II sendiri sebelum ini mengaku bahawa kerajaan masih kukuh serta mempunyai RM10 bilion walaupun tanpa langkah mengurangkan subsidi tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut mempertikai tindakan pentadbiran Najib membayar RM18.9 bilion setiap tahun kepada beberapa syarikat janakuasa bebas (IPP) yang nyata menguntungan beberapa individu tertentu sahaja.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya tidak terus membodohkan orang-orang Melayu dan rakyat kononnya langkah menaikan harga beberapa barangan tersebut demi menjimatkan perbelanjaan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, harga gas masak (LPG) dilaporkan naik 10 sen sekilogram manakala harga gula pula naik sebanyak 25 sen sekilogram.

Pengumuman Najib itu dibuat sejurus selesai sidang Dewan Rakyat.

Sumber: Harakah Daily

Senator: Alasan barang naik BN melucukan

Posted: 19 Jul 2010 12:25 AM PDT

Senator pembangkang hari ini mendapati alasan yang diberikan untuk kenaikan 5-dalam-1 membabitkan petrol, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) berkuatkuasa Jumaat lalu sebagai 'melucukan'.

Apa sekalipun nama yang diberikan, kenyataan ialah harga telah naik," kata Senator Syed Husin Ali dari PKR.

Antara alasan yang diberikan olek kerajaan untuk mengurangkan subsidi gula ialah sebab kesihatan - yang dianggap Syed Husin sebagai tidak masuk akal.

"Daging juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Telur dan mentega pula boleh meningkatkan kadar kolesterol - jadi adakah kerajaan akan menaikkan harga barangan itu atas alasan kesihatan?" soalnya.

Kaya bertambah kaya

Katanya, pengurangan subsidi, kgususnya yang barangan keperluan seperti petrol dan gula hanya membebankan golongan berpendapatan rendah. Tetapi pada masa yang sama pembekal tenaga bebas (IPP) mendapat subsidi RM19 bilion.

"Yang kaya bertambah kaya, manakala yang miskin terpaksa merana," katanya di lobi senat hari ini.

Huj
ah bahawa barangan keperluan di beberapa negara adalah lebh tinggi juga dianggap Syed Husin yang merupakan timbalan presiden PKR sebagai mengarut.

"Ada negara di mana, berasnya lebih murah dari harga di Malaysia, ada negara byang dagingnya lebih murah dan ada juga negara yang buah-buahannya lebih murah," katanya.

Minggu lalu kerajaan mengumumkan kenaikan beberapa barangan keperluan berkenaan.

Hadir bersama pada sidang media ini adalah Tunku Abdul Aziz Ibrahim (DAP), S Ramakrishnan (DAP) dan Kamal Mohd Yusoff (PKR).

Sumber: Malaysiakini

Transaksi minyak hanya di bank 'adik Najib'?

Posted: 19 Jul 2010 12:20 AM PDT

Dakwaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan segala transaksi perdagangan minyak mesti melalui perbankan CIMB wajar dipersoal, kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Adakah kerana CEOnya (ketua pengarah eksekutif) adalah adik perdana menteri, maka pengedar-pengedar Shell dipaksa membuat auto-debit dengan CIMB?" soalnya di Pejabat Agung PAS hari ini.

Menurut Harkahdaily, difahamkan, arahan mandatori itu mula berkuatkuasa pada 1 September depan.

Dari aduan yang diterima, katanya, mereka yang terbabit lebih berminat melakukan transaksi secara cek dan tunai menggunakan perkhidmatan Maybank serta bank-bank terdekat dengan stesen minyak masing-masing atas faktor keselamatan.

Menurut Salahuddin Petronas Dagangan Berhad (PDB) sendiri difahamkan tidak bersikap regid berhubung kaedah pembayaran debit minyak demi keselamatan dan kemudahan para pemilik stesen minyak.

Arahan terbaru pentadbiran Najib itu, katanya lagi, sekaligus menyukarkan para pengusaha stesen minyak memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan CIMB sekarang dilihat agak terhad jika dibandingkan dengan Maybank di seluruh negara.

Dari segi yang lain, beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, pengurusan CIMB seakan mengambil kesempatan atas arahan terbaru pentadbiran Najib itu.

"Selepas 1,000 keping wang yang didebitkan dalam mesin, mereka akan dicaj RM10. Setiap 100 keping yang didebit selepas itu, akan dicaj pula RM1. Mengapa mereka dipaksa sebegini," ujarnya.

Menurut Salahuddin, Maybank sehingga kini tidak pernah mengenakan caj pada sebarang transaksi auto-debit, cek ataupun tunai.

Malah, tambahnya lagi, pengusaha stesen minyak turut dinasihatkan membuat pembayaran debit di bilik pegawai akaun tertentu secara eksklusif supaya tidak terdedah kepada pengetahuan umum.

Sumber: Malaysiakini

Isu Enjin Jet Hilang, Keselamatan N Tharmendran Perlu Dijamin

Posted: 19 Jul 2010 12:15 AM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Julai - Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia, Salahuddin Ayub hari ini menyeru kerajaan Malaysia agar memastikan keselamatan Sarjan dari Tentera Udara Diraja Malaysia, N Tharmendran atas dakwaan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.

Beliau yang ditemui pada satu sidang media yang diadakan di Ibupejabat PAS Pusat di Kuala Lumpur pagi tadi berkata perkara itu menimbulkan kerisauan terhadap keselamatan Tharmendran dan keluarganya.

Dalam pada itu beliau juga berharap pihak kerajaan dapat mengambil satu langkah yang segera bagi memastikan keselamatannya.

"Saya menyatakan tentang isu keselamatan Tharmendran yang akan dibicarakan nanti, saya menyeru kepada Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Dalam Negeri menjamin keselamatan beliau. Perkara ini perlu ditekankan kerana ia telah berlaku sebelum ini, kita melihat kes pembunuhan warga negara Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan juga kes Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bagi saya isu kehilangan enjin jet ini tidak akan berlaku disebabkan oleh seorang individu sahaja, ketika itu dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dan sekarang Najib telah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Bila melihat kepada senario ini saya berkeyakinan proses perbicaraan secara biasa tidak akan dapat menyelesaikan kes tersebut dan saya berharap pembentukan satu Suruhanjaya Di Raja yang akan melakukan penyiasatan secara menyeluruh terhadap kes tersebut. Perbicaraan secara telus akan dapat dijalankan jika terbentuknya suruhanjaya tersebut," jelasnya.

Salahuddin juga menjelaskan tidak masuk akal jika perkara itu dilakukan oleh mereka yang berpangkat rendah sedangkan kes itu melibatkan penghantaran enjin jet ke negara luar.

"Tak masuk akal langsung jika kejadian itu dilakukan oleh mereka yang berpangkat rendah, kita tahu kehilangan enjin jet ini melibatkan negara luar di Uruguay. Tanpa penglibatan mereka yang berpangkat besar tidak mustahil enjin tersebut boleh dihantar ke sana.

"Apa yang kita inginkan adalah keselamatan Tharmendran terjamin termasuk keluarganya serta pembentukan Suruhanjaya Diraja agar perbicaraan dijalankan secara adil.

"Apa yang saya tahu beliau sekarang tidak diketahui berada di mana dan pihak KDN mahu pun kerajaan perlu pastikan keselamatannya jangan biarkan perkara yang sama berulang, disebabkan kesalahan orang berprofil tinggi maka yang berpangkat rendah menjadi kambing hitam," sambungnya lagi.

Sebelum itu, Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi.

Bagi kesalahan tersebut, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Selain Tharmendran, Pengarah sebuah syarikat pembekal, K Rajandran Prasad, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sumber: Suara Keadilan

Kenaikan Harga Barang Menambah Beban Rakyat Miskin

Posted: 19 Jul 2010 12:10 AM PDT


KUALA LUMPUR 19 Julai - Ahli Dewan Negara, Senator Dr Syed Husin Ali menyangkal tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menaikkan harga barangan baru-baru ini tanpa mempertimbangkan bebanan yang terpaksa dihadapi rakyat.

Beliau berkata, keputusan kerajaan tersebut secara tidak langsung bakal menambah bebanan rakyat apabila barangan lain juga turut dinaikkan dalam masa yang sama.

"Saya bimbang kenaikan harga barang sekarang ini diakibatkan oleh penarikan subsidi terutamanya ke atas minyak dan gula akan mempunyai akibat-kaibat lain di negara ini dan paling teruk sekali menangung beban ini adalah bagi golongan susah.

"Kita lihat bagi mereka yang kaya misalnya subsidi yang diberikan kerajaan kepada IPP (Pengeluar Tenaga Bebas), subsidinya 19 bilion tetapi tidak ditarik balik. Maksudnya yang kaya diketepikan tetapi yang susah akan dibebankan," katanya pada sidang media selepas menghadiri persidangan dewan negara di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Hadir sama, Senator S Ramakrishnan (DAP), Tunku Abdul Aziz Ibrahim (DAP) dan Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff (KEADILAN).

Dr Syed yang juga Timbalan Presiden KEADILAN turut mempertikai kerajaan kerana mengemukakan alasan menaikkan harga gula disebabkan faktor penjagaan kesihatan.

"Saya marasa geli hati sedikit mendengarkan bahawa alasan menaikkan harga gula untuk memastikan kesihatan. Kalau itulah alasannya, daging boleh menyebabkan darah tinggi, telur barangkali boleh menaikkan kolestrol begitu juga mentega. Jadi adakah dengan alasan kesihatan, kita boleh menaikkan harga barangan ini? tegas beliau.

Tambah Dr Syed, percubaan kerajaan untuk menyekat media daripada menggunakan perkataan 'barang naik' itu tidak mempunyai asas kerana hakikatnya barangan tersebut sememangnya mengalami kenaikan.

Beliau turut mengkritik tindakan kerajaan membuat perbandingan dengan negara luar berhubung kenaikan harga barangan berkaitan.

"Hujah kerajaan membuat bandingan dengan negara lain tidak betul kerana ada negara yang harga berasnya lebih murah, ada negara yang harga daging dan juga buah-buahannya jauh lebih murah daripada sekarang.

"Soal membandingkan harga dengan negara luar adalah tidak boleh. Kita mesti membandingkan dengan negara kita sendiri yang dulu dengan yang sekarang.

"Apa justifikasinya sekarang kerajaan menaikkan harga barang lebih daripada yang dulu," soal Dr Syed.

Sementara itu, Ramakrishnan membidas kerajaan kerana tidak mempedulikan bantahan dari pemimpin-pemimpin politik ke atas kenaikan harga barangan termasuk pembaziran kerajaan meneruskan projek mega.

"Kenaikan (barang) yang berlaku sekarang mendapat banyak bantahan dari pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan tidak ambil peduli mengenainya malah terus menaikkannya.

"Misalnya kerajaan memberikan subsidi kepada IPP juga tiga permit AP yang diberikan kerajaan kepada kroni-kroni.

"Baru-baru ini laporan bagi projek pelabuhan Batu Maung yang terbengkalai mendapati kerajaan telah memberi surat sokongan kepada kroni-kroni. Jadi sekarang kerajaan kena tanggung kos itu dan kesannya kepada seluruh rakyat," katanya.

Bercakap dalam sidang media yang sama, Dr Syed turut mempertikai penolakan dewan negara yang menolak soalan-soalan yang dikemukakan oleh Senator Pakatan Rakyat.

"Peluang untuk mendapat jawapan kepada soalan ditolak, ramai di antara kami yang mengemukakan soalan telahpun ditolak.

"Soalan saya ialah mengenai berapa bilangan 'special branch' (cawangan khas) di negara ini termasuk berapa peruntukan sebenar dan apa tugas-tugas mereka tetapi soalan itu ditolak.

"Ia perlu bagi memastikan ketelusan berhubung peruntukan yang dibuat bagi mengetahui perkara sebenar," katanya.

Sumber: Suara Keadilan

Suara Keadilan Terima Writ Saman Daripada Ibrahim Ali

Posted: 19 Jul 2010 12:05 AM PDT


SHAH ALAM 19 Julai - Suara Keadilan menerima writ saman daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berhubung penyiaran berita dalam akhbar tersebut berkenaan ucapan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution dalam Dewan Rakyat yang didakwa mengaitkan Ibrahim dengan syarikat judi kepunyaan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan.

Dalam surat penyataan tuntutan yang dilampirkan bersama writ saman yang bertarikh 3 Jun itu, Ibrahim berkata Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN telah "secara palsu dan berniat jahat menyebarkan perkataan-perkataan fitnah terhadap plaintif".

"Fakta yang saya sebut dan saya ulang ialah berkenaan dengan penglibatan pembabitan di dalam syarikat perniagaan yang asda kaitannya dengan Vincent Tan, seorang tauke judi.

"Seorang yang menonjolkan diri sebagai pejuang agama, pejuang Melayu tulen, bukanlah aneh namanya kalau mempunyai kepentingan perniagaan dengan tauke judi terkenal di negara kita. jadi barabgkali kerana saya dedahkan satu hakikat seperti itulah maka emosi beliau itu keterlaluan dan cuba untuk merujuk saya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Dan seperti mansa sasya diminta memberikan penjelasan oleh Speaker, itulah yasng sebutkan semalam. Hkikatnya saya mendedahkan wajah seorang yang menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu tetapi sebenarnya mempunyai kepentingan dengan tauke judi," kata Ibrahim memetik kenyataan Saifuddin pada perbahasan rang Undang-Undang Suruhanjaya Persaingan 2010 di Dewan Rakyat pada 23 April lalu.

Kenyataan Saifuddin itu kemudiannya dimuatkan dalam artikel bertajuk "Perkasa Pejuang Melayu: Baik Dengan Tauke Judi" dalam keluaran 229 bertarikh 27 April hingga 4 Mei 2010.

Writ saman daripada Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur yang difailkan melalui peguambela, Tetuan Rajindar Singh Veriah & Co dan dialamatkan kepada Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib serahkan di ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya Jumaat lalu.

Surat daripada firma guaman tersebut menyatakan Dzulkarnain mempunyai tempoh 12 hari daripada penyampaian writ untuk memberi respon kepada tindakan saman yang diambil oleh Ibrahim.

Dzulkarnain berkata beliau akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya.

"Hak Ibrahim untuk menyaman Suara Keadilan tapi apa yang kami laporkan adalah kenyataan yang dibuat di dalam parlimen yang sepatutnya beliau maklum dilindungi oleh imuniti ahli parlimen.

"Tapi jika dia nak saman juga terpulanglah dan kita akan menghadapinya," kata beliau.

Sumber: Suara Keadilan

Mahkamah Dengar Rayuan Khairy, 23 September Ini

Posted: 19 Jul 2010 12:00 AM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Julai - Mahkamah Tinggi akan mendengar rayuan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin terhadap penolakan permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperolehi Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya dalam kes saman malu bernilai RM100 juta pada 23 Sept ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Yusof akan mendengar kes tersebut.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Hilmiah Yusof menetapkan tarikh tersebut ketika bertemu peguam kedua-dua pihak di dalam kamar apabila kes itu
dikemukakan untuk pengurusan kes hari ini.

Pada 31 Mei lepas, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nazri Yahya menolak dengan kos permohonan Khairy untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperolehi Anwar pada 4 Dis 2008, selepas Khairy gagal menghadirkan diri ke mahkamah.

Nazri memutuskan serahan writ saman kepada Khairy adalah sah dan tidak ada merit dalam kenyataan pembelaannya.

Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 Mac 2008, dengan mendakwa Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda Umno ketika itu mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya dan membawa kepada penyiaran klip video di beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com. bertajuk 'Anwar and kin no threat'.

Anwar mendakwa kenyataan itu yang dibuat Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai, di sini pada 20 Feb 2008, antara lain bermaksud beliau terbabit dalam
aktiviti yang bertentangan dengan Islam, tidak mempunyai perwatakan baik dan tidak layak memegang jawatan politik atau jawatan lain.

Sumber: Suara Keadilan

Tiada ulasan: