Jumaat, 2 Julai 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM


SELEPAS SETAHUN STADIUM SULTAN MIZAN RUPANYA MASIH BELUM DI BAIKI...

Posted: 30 Jun 2010 09:11 PM PDT

Setahun selepas berlakunya runtuhan bumbung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu rupanya masih berada dijalan cerita yang sama.

Sehingga kini rupanya kesan runtuhan bumbung stadium tersebut masih belum diperbaiki. Jangan katakan hendak dibaiki, hendak dibersihkan limpahan sisa runtuhan stadium pun tidak dilakukan lagi sehingga kini.

Stadium ini yang dibina sempena Terengganu menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2008 dengan kos RM292 Juta hanya sempat digunakan selama setahun sahaja apabila bumbung stadium tersebut runtuh secara tiba-tiba pada pagi 02 Jun 2009.

Sebagaimana menurut kata Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said di akhbar semalam yang melahirkan kekecewaan serta kekesalan yang teramat sangat apabila sehingga kini pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Terengganu dikatakan masih gagal untuk memilih kontraktor yang sesuai bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan membaik pulih kembali bumbung stadium tersebut.

Satu persoalan ialah kenapa kontraktor yang melaksanakan pembinaan stadium ini tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini sedangkan apa yang dilaporkan sebelum ini stadium ini masih lagi berada didalam tempoh kecacatan (Liability Period) yang mana sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau pun kecacatan didalam tempoh 18-24 bulan contohnya, maka kontraktor yang melaksanakan projek tersebut akan bertanggungjawab untuk membaikinya tanpa menuntut sebarang kos tambahan untuk tujuan tersebut.

Kita sebenarnya berasa hairan kenapa perkara yang sepenting ini masih belum diselesaikan sedangkan perkara ini adalah melibatkan kepentingan awam yang seharusnya di siasat dan diselesaikan dengan kadar segera.

Bagi kita keutamaan membaik pulih terlebih dahulu stadium ini amatlah dialukan kerana ianya melibatkan kemudahan rakyat yang seharusnya digunakan untuk tujuan sebaiknya dan bukan untuk dijadikan sebagai perhiasan kepada orang luar.

Kita tidak mahu stadium semahal ini kosnya hanya boleh digunakan untuk sementara waktu sahaja yang sudah tentu menimbulkan rasa kurang senang kepada rakyat negeri Terengganu sendiri khususnya.

Menteri Besar sebagai ketua pentadbir bagi kerajaan negeri Terengganu seharusnya lebih pro aktif didalam menyelesaikan perkara ini dan bukannya hanya menunggu laporan daripada orang-orang bawahannya tanpa melihat dan menyelaminya sendiri.

Yang pastinya kita amat menyesali kerana selepas setahun kejadian ini seharusnya ia telah diselesaikan segalanya baik dari segi siasatan, baik dari segi pembersihan apatah lagi baik dari segi membaikpulih semula bumbung stadium tersebut.

Alangkah ruginya, stadium yang termoden dan tercanggih dipantai timur ini serta antara yang termoden di negara ini gagal untuk di manfaatkan oleh rakyat sepenuhnya akibat kesilapan dan kecuaian bodoh ini.


* Sumber http://ingeniur.blogspot.com

HAL DALAM KEADILAN, UMNO PULAK YANG TERLEBIH 'SAWAN'

Posted: 30 Jun 2010 09:02 PM PDT


Keputusan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang melakukan sedikit perubahan pada Pengerusi MPN KEADILAN Selangor dan Wilayah Persekutuan kelmarin telah menimbulkan berbagai reaksi terutamanya kepada pimpinan UMNO khususnya.

Dengan Azmin Ali di beri tanggungjawab kembali untuk mengetuai MPN Selangor dan Dato Zaid Ibrahim pula diamanahkan sebagai Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan yang baru. Didalam masa yang sama TS Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor (mantan Pengerusi MPN Selangor sebelum ini) di pertanggungjawabkan untuk mengukuhkan lagi ekonomi dan pentadbiran kerajaan Selangor.

Keputusan ini dilihat begitu baik untuk mengukuhkan kedudukan parti terutamanya di dua kawasan utama di Lembah Kelang apatah lagi ianya juga adalah dimana kekuatan KEADILAN tertumpu disini selain daripada Pulau Pinang.

Namun begitu, keputusan yang melantik Azmin kembali untuk menjadi Pengerusi MPN Selangor telah mengundangkan reaksi yang berbeza apabila pimpinan UMNO samada di peringkat negeri Selangor ataupun Pusat melihat ianya seolah-olah sebagai tapak untuk dan 'laluan' kepada Azmin untuk beliau menjawat jawatan MB Selangor pada suatu masa kelak.

Hampir kesemua pimpinan UMNO kelihatan 'tidak bersetuju' terhadap keputusan KEADILAN yang dikatakan mereka meminggir TS Khalid Ibrahim. Kata mereka lagi ianya kelihatan seolah KEADILAN tidak berlaku adil terhadap Khalid tetapi lebih mengutamakan 'anak emas' nya Azmin Ali didalam semua perkara.

Kita sebenarnya merasa pelik dan hairan kerana apa yang pimpinan KEADILAN lakukan untuk memperkuatkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor serta memperkuatkan parti juga telah di bangkang habis-habisan oleh UMNO.

Seolah-olah pertukaran jawatan ini telah menyebabkan pentadbiran negeri menjadi kucar kacir serta tiada hala tuju dilihatnya. UMNO dilihat seperti kepanasan apabila berterusan membangkitkan isu dua 'kapten' didalam sesuatu negeri boleh merencatkan segala perancangan kerajaan negeri.

Isunya sekarang ialah apakah tindakan ini salah menurut perlembagaan negeri dan persekutuan? Tidak menjadi kemestian seseorang Menteri Besar mestilah juga Pengerusi Perhubungan sesebuah parti politik di sesuatu negeri.

Justeru itu didalam hal ini, apakah tindakan kerajaan negeri Terengganu yang mempunyai Menteri Besarnya bernama Dato Ahmad Said juga salah dan adakah boleh di katakan juga sebagai mempunyai 2 'kapten' dalam negeri tersebut kerana sebagaimana di ketahui umum Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu sekarang ialah Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein (Naib Presiden UMNO) dan sudah semestinya bukan Dato Ahmad Said sebagaimana kebiasaan tradisi yang UMNO lakukan di negeri-negeri dibawah pimpinannya MB itu Pengerusi UMNO Negeri!



* Sumber http://ingeniur.blogspot.com

Tiada ulasan: