Jumaat, 2 Julai 2010

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


TUNTUTAN RM200 JUTA FELDA: SUARA KEADILAN, JUMPA DI MAHKAMAH

Posted: 01 Jul 2010 07:34 AM PDT


Keadilan hari ini menegaskan parti tidak akan melayan tuntutan RM200 juta dan tidak akan memohon maaf seperti yang dituntut oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhubung laporan 'Felda Bankrap' yang isiarkan dalam lidah rasmi, Suara Keadilan lebih seminggi lalu.

Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata pihaknya bersedia ke mahkamah bagi mengemukakan segala bukti terhadap pendedahan yang dilakukan itu.

"Pendirian kita jelas, memang kita tidak akan layan dan kita akan jawab di mahkamah. Tindakan tersebut sangat kita alu-alukan dan inilah peluang untuk kita lakukan pendedahan terhadap penyelewengan yang berlaku di dalam Felda.

"Berhubung perkataan bankrap maksud kita jelas bahawa penyelewengan berlaku sehingga menjejaskan kewangan Felda, selain fakta yang diberikan oleh menteri terbabit boleh membawa Felda ke arah bankrap.

"Pelaburan dilakukan terhadap pembinaan bagunan baru Felda yang membabit kos yang tinggi itu juga satu pembaziran yang besar dan tidak akan dapat dimanfaatkan oleh peneroka begitu juga pelaburan di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat.

"Tujuan kita jelas ingin membawa Felda kepada satu perubahan terhadap pentadbiran yang dilihat mempunyai kepentingan sesetengah pihak, sepatutnya Felda mengambil keputusan menjelaskan perkara tersebut bukan kepada tindakan tuntutan saman," kata Sivarasa kepada Suara Keadilan di parlimen petang tadi.

Beliau mengulas mengenai tuntutan ganti rugi Felda terhadap KEADILAN, penerbit Pelita Koridor Sdn Bhd serta Percetakan NPK Sdn Bhd.

Sebelum ini Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata pada sidang media di parlimen bahawa peguam Felda telah menghantar notis tuntutan saman fitnah kepada ketiga-tiga penama tersebut.

Kata Ahmad sekiranya tuntutan itu gagal ditunaikan dalam masa tujuh hari bermula hari ini, Felda akan membawa kes tersebut ke mahkamah.

UTUSAN PUTAR BELIT KENYATAAN DSAI

Posted: 01 Jul 2010 07:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno menggunakan isu APCO Worldwide untuk menyerangnya semasa berada di luar negara.

"Masalahnya, Umno menggunakan APCO, yang diketahui mempunyai hubungan dengan Israel, untuk menyerang saya di luar negara," ujarnya kepada media di Parlimen petang ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini berhubung perjumpaannya dengan beberapa pemimpin Yahudi di Washington sebagaimana laporan akhbar Washington Post, Isnin lalu.

Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan Anwar yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut selepas dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti Yahudi dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini.

Kunjungan Anwar itu didedahkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post.

Berkenaan dengan zionis, Anwar menjelaskan, beliau ditanya kenapa menggunakan perkataan itu.
Jelasnya, mengikut fahamannya, zionis adalah berhubung kait dengan pencerobohan dan dasar imperial Israel yang terus memperluaskan wilayah Israel yang asal sehingga dalam keadaan sekarang.

Tetapi, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, mereka kata, bagi mereka zion adalah tanahair Yahudi.

"Saya kata jika itu istilah anda, ia berbeza dengan apa yang saya faham. Itu yang diputar belit oleh Utusan (Malaysia).

"Bila saya kata 'dunia sudah hilang kesabaran terhadap Israel itu utusan tak sebut. Bila yang membayar lebih RM70 milion kepada APCO, itu Utusan tak sebut, jadi kita fahamlah. Saya pun tak fikir RTM dan TV3 akan sebut, itu faktanya," kata beliau lagi.

Anwar menjelaskan, tujuan beliau ke Washington adalah di atas jemputan Woodrow Wilson International Center untuk memberikan syarahan.

Selepas itu, katanya seperti biasa diadakan perjumpaan yang telah diatur untuk kakitangan editorial dan media antarabangsa.

"Ramai rakyat Amerika dan Yahudi merasakan ia adalah satu terjemahan yang tidak adil kerana bagi mereka, zion adalah negeri/kerajaan yang adil dan sah.

"Jadi saya katakan pada mereka, jika itu maksud mereka, saya tidak merasakan demikian, dan saya tetap dengan pendirian dan fahaman saya bahawa zion itu adalah pencerobohan dan penjajahan," jelasnya.

Tok Guru di tangga 42, Imam Islam Hadhari dimana?

Posted: 01 Jul 2010 07:02 AM PDT

Tahniah buat YAB Tok Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila disenaraikan sebagai Tokoh Islam ke 42 yang berpengaruh di dunia mengikut kajian The Royal Islamic Strategic Studies Center (RISSC) melalui buku "The 500 Most Influential Muslims In The World for 2009.
Senarai penuh 50 Tokoh Islam paling berpengaruh di dunia boleh dilihat pada mukasurat 17 - 19. Keterangan ringkas mengenai ketokohan Tok Guru terdapat pada mukasurat 78 buku tersebut.

Selain Tok Guru, nama YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir juga tersenarai dalam buku tersebut tetapi bagi kategori lain.
Dalam kajian tersebut, nama Dato seri Anwar Ibrahim tersenarai dalam dua kategori iaitu;
i. Tersenarai antara 12 tokoh kategori 'Honorable Mention'. (mukasurat 84)
ii. Tersenarai antara tokoh Politik Berpengaruh. Beliau didapati antara pemimpin pembangkang yang merubah landskap politik negara dan berani mengkritik pentadbiran negara. Beliau juga dianggap sebagai pemimpin yang amat berpengaruh bagi golongan muda. (mukasurat 105)

Bekas PM Malaysia, Tun Dr Mahathir turut tersenarai antara Tokoh Politik Berpengaruh berikutan beliau merupakan PM paling lama yang memegang tampuk pemerintahan dan berjaya memodenkan Malaysia dengan cepat. Tun Dr. M juga terkenal kerana lantang mengkritik Barat termasuk Presiden Amerika. (mukasurat 106)

Tokoh-tokoh lain dari Malaysia yang turut tersenarai adalah;
i. Prof Emeritus Dato Osman bakar (Timb. Naib Canselor UM) - kategori cendekiawan (m/s 95)
ii. Prof Dr Mohammad Hashim Kamali ( Profesor Undang-undang UIA) - kategori cendekiawan (m/s 95)
iii. Mohideen Abdul Kader (Naib Presiden Pers. Pengguna Pulau Pinang) - kategori Pembangunan (m/s 140)
iv. Kumpulan Raihan - kategori Seni dan budaya (m/s 150)

Tahniah kepada mereka yang tersenarai. Namun, penulis terfikir-fikir mengapa nama pemimpin besar negara tidak disenaraikan terutamanya nama 'Imam Islam Hadhari'. Mungkin pengkaji/penulis buku tersebut pun tidak tahu/faham apa itu Islam Hadhari (penulis juga tidak faham), dengan kata lain Islam Hadhari tidak diterima oleh dunia Islam.

Senarai penuh dan maklumat ringkas berkenaan tokoh-tokoh tersebut boleh dibaca di link dibawah;

http://www.rissc.jo/muslim500v-1L.pdf

PM 'Membisu' Kos Bawa Rosmah Ke New York

Posted: 01 Jul 2010 06:59 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan bagi membawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke New York, April lalu meskipun disdesak supaya berbuat demikian di Dewan Rakyat.

Dalam jawapan bertulisnya kepada N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Najib mengelakkan daripada memberikan sebarang jumlah.

"Kos penginapan dan perjalanan Rosmah dimasukkan dalam perbelanjaan yang diperuntukkan untuk perdana menteri, berdasarkan kedudukannya sebagai isteri perdana menteri," kata Najib dalam jawapan satu perenggannya.

Gobalakrishnan yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang kurang tepat itu, cuba menimbulkan perkara berkenaan dengan speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bagaimanapun, Pandikar menjawap Aturan Dewan tidak memberikannya kuasa untuk menilai 'kualiti' jawapan menteri dan sehubungan itu, beliau tidak boleh bertindak.

Tiada ulasan: