Isnin, 19 Julai 2010

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Majlis Sepetang Bersama Wargaemas - Pusat Jagaan Sejahtera, Sg Buaya

Posted: 18 Jul 2010 09:14 PM PDT


Bersama tetamu undangan, Yang Berhormat Gan Pei Nei, ADUN Rawang dan Penyelaras Dun Batang Kali, Mohd Nashruddin Abd Aziz, lebih dari 30 orang wargaemas dan penghuni Pusat Jagaan Sejahtera, Jalan Kiambangsari, Sg Buaya telah diraikan dalam satu majlis Sepetang Bersama Wargaemas semalam (17 Julai 2010, jam 3 - 5 ptg).

Malam Kesenian Islam dan Pelancaran Dana Bgn Mesjid ArRahimah, Bandar Sg Buaya (17 Julai 2010- 9mlm)

Posted: 18 Jul 2010 08:48 PM PDT


Majlis Malam Kesenian Islam dan Pelancaran Dana Bangunan Mesjid ArRahimah, Bandar Sungai Buaya telah diadakan pada 17 Julai 2010 dari jam 9 mlm sehingga 12 mlm. Suasana malam itu yang dihadiri lebih 400 orang penduduk kampung di hidupkan oleh persembahan nasyid berkumpulan dari Darul Quran KKB, Kumpulan Dikir Barat, persembahan nyanyian solo oleh ajk mesjid, persembahan hadrah dan ceramah oleh Ust Khairul Anuar. Jamuan turut disediakan untuk hadirin yang datang sejak awal solat mahrib/isyak lagi. Majlis dirasmikan oleh Penyelaras Dun Batang Kali, Mohd Nashruddin Abd Aziz.

Tiada ulasan: