Rabu, 7 Julai 2010

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Piala Dunia FIFA 2010 (separuh akhir): Uruguay 2, Belanda 3..Belanda Layak Ke Akhir Buat Kali Ke 3

Posted: 06 Jul 2010 07:15 PM PDT


Piala Dunia (35) : Separuh Akhir : Uruguay 2, Belanda 3
Belanda memperagakan aksi mantap pada separuh masa kedua dan mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali ketiga selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Uruguay awal pagi tadi. Belanda mendahului menerusi gol V Bronckhorst pada minit ke-18 sebelum Forlan menyamakan kedudukan untuk Uruguay pada minit ke-41. Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk kemudiannya menggantikan Demy de Zeeuw dengan memasukkan Rafael van der Vaart dan ia membuahkan hasil selepas Sneijder pada minit ke-70 serta Arjen Robben berjaya menambah gol pada separuh masa kedua untuk memberi kedudukan selesa kepada Belanda.
Uruguay memperoleh gol kedua selepas dua minit masa kecederaan hasil jaringan Maximiliano Pereira.
Sneijder yang bermain cemerlang sepanjang kejohanan ini dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Belanda akan menetang sama ada Jerman atau Sepanyol pada perlawanan akhir untuk menentukan juara Piala Dunia 2010.

Tiada ulasan: