Rabu, 7 Julai 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kapal Selam negara bermasalah lagi

Posted: 07 Jul 2010 12:20 AM PDT


Laporan Malay Mail 7 Julai 2010 menyatakan Kapal Selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman menghadapi masalah lagi setelah menjalani ujian laut tropika pada bulan lepas. Sejak dari itu masalah berkenaan belum dibaiki lagi. Ianya akan memakan masa lebih lama untuk mengesahkan kapal selam tersebut boleh beroperasi sepenuhnya.

Anak kapal KD Tunku Abdul Rahman akan mengambil alih kapal selam kedua negara KD Tun Razak yang baru diterima. Ini adalah kerana jika anak kapal KD Tunku Abdul Rahman berada di darat dalam tempoh yang lama , mereka akan hilang taraf sebagai anak kapal .

Kedua-dua kapal selam ini dibeli pada harga RM 3.4 Billion.

******************************

'KD Tunku Abdul Rahman' moored as more problems crop up

MARHALIM ABAS
Wednesday, July 7th, 2010 12:35:00

PETALING JAYA: KD Tunku Abdul Rahman remains at the Teluk Sepanggar naval base in Sabah as problems have again resulted in the submarine being docked.

The Malay Mail was informed by defence industry sources that the unspecified problems were detected after the submarine completed its tropical water trials last month. A routine maintenance check later revealed the problems.

Since then, the submarine has remained at the naval base unfixed.

It is learnt although the vessel obtained its Initial Operational Capability (IOC), it may take longer to be declared fully operational.

However, the arrival of the second Perdana Menteri-class submarine, KD Tun Razak, on July 2, was a godsend for the crew of its sister ship, KD Tunku Abdul Rahman. The crew is expected to take over the second submarine during its mandatory tropical water trial.

Sources said this was necessary as the KD Tunku Abdul Rahman crew may lose their submariners rating if they remained on land.

In February, The Paper That Cares reported that KD Tunku Abdul Rahman suffered a technical defect that prevented it from diving for three months. The submarine started tropical water trials on Feb 20.

KD Tunku Abdul Rahman was commissioned early last year after undergoing a two-year trial period in France.

The Royal Malaysian Navy procured the two submarines for RM3.4 billion in 2002 from French/Spanish shipbuilders, DCNS and Navantia.

http://www.mmail.com.my/content/42364-kd-tunku-abdul-rahman-moored-more-problems-crop

Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu tiket Judi

Posted: 06 Jul 2010 08:59 PM PDT



Sinar Harian 7 Julai 2010 . TAMPIN – Linangan air mata seorang lelaki warganegara Indonesia dan 'kisah sedihnya' yang tidak mempunyai wang untuk pulang ke negara asal untuk menjenguk ibunya yang sakit tenat berjaya mengaburi mata hati seorang Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan bahagian ini untuk membeli tiket nombor ekor, milik lelaki berkenaan yang didakwa memenangi wang pertaruhan bernilai RM96,000.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din berkata kepada pemberita, kejadian itu berlaku jam 2 petang semalam.

"Ketika itu, isteri berjalan kaki di kaki lima deretan kedai di tengah bandar untuk ke Pejabat UMNO dan kemudiannya dia didatangi lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 40-an.

"Lelaki terbabit kelihatan amat sedih dan menunjukkan sekeping tiket pertaruhan nombor ekor dibeli kepada isteri dengan pertaruhan RM32 dan berjaya memenangi hadiah wang tunai RM96,000 seperti dipaparkan dalam keratan akhbar yang ditunjukkannya," katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, lelaki Indonesia itu memaklumkan kepada isteri saya bahawa dia tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara Malaysia.

"Malah dia tidak segan silu merayu meminta bantuan sebanyak RM10,000 daripada isteri saya dan menyerahkan tiket dimenangi itu untuk menuntut hadiah.

"Dia tidak putus-putus merayu isteri saya supaya memberikan sebanyak mana yang mampu. Katanya, wang selebihnya (menang pertaruhan) disedekahkan kepada isteri saya dan akan menghubunginya sebaik kembali semula ke negara ini," katanya.

Abang Din berkata, termakan dengan pujuk rayu lelaki terbabit, isterinya sanggup memberikan barangan kemas dan buku simpanan bank dalam keadaan seperti terpukau, sekali gus menyebabkan kerugian hampir RM10,000.

Bagaimanapun menurutnya, isterinya tidak membuat laporan polis kerana amat malu dengan kejadian itu, selain merasakan tidak sewajarnya sebagai ahli yang bergiat aktif dalam politik tertipu dengan sindiket perjudian.

"Apa yang lebih meyakinkan isteri saya adalah ketika kejadian, muncul tiga lelaki bertanyakan apa yang berlaku. Sebaik sahaja mendengar cerita, salah seorang daripada tiga lelaki ini bersetuju memberi bantuan sebanyak RM3,000.

"Malah lelaki terbabit akan mengikut isteri saya untuk menunggu di luar premis perjudian untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya," katanya.

Setibanya di kaunter premis pertaruhan berkenaan, Abang Din berkata, isterinya hampir pengsan apabila dimaklumkan tiket diberikan itu adalah palsu dan telah diubahsuai.

"Semua lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya lesap begitu sahaja," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang menasihatkan orang ramai terutama umat Islam di daerah ini supaya tidak tertipu dengan pujuk rayu sindiket yang meminta pertolongan menukarkan tiket pertaruhan, didakwa telah memenangi hadiah puluhan ribu ringgit.

"Berdasarkan rekod dua tahun lalu, sepasang suami isteri juga telah menjadi mangsa penipuan sindiket seumpama ini.

"Mereka sanggup mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji melebihi RM30,000 untuk ditukar dengan tiket yang kononnya memenangi hadiah pertama sebanyak RM130,000," katanya.

Justeru, menurutnya, orang ramai diminta berhati-hati berikutan sindiket berkenaan bergerak terlalu licik dengan menyasarkan warga emas atau perempuan yang sarat memakai barang kemas sebagai mangsa.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7916094.asp

RM 1.6 Billion boleh beli 60 helikopter MI-17

Posted: 06 Jul 2010 08:18 PM PDT


Sebelum ini Tun Dr Mahathir menulis dalam blog beliau mengenai kelebihan helikoper MI-17 yang dikeluarkan oleh negara umat Islam di Tatarstan. Tentera Udara India pada tahun 2006 dilaporkan akan membeli 80 buah helikopter MI-17 ini pada harga USD 662 juta atau anggaran RM 2.135 Billion.

Ini bermakna dengan RM 1.6 Billion anggaran boleh membeli sebanyak 60 buah helikopter MI-17 berbanding dengan hanya 12 buah helikopter Eurocopter EC725.

1 helikopter Eurocopter EC725 boleh beli 5 helikopter MI-17.

Hmmmmm ? Atau mungkin perkiraan saya salah ?

Kalau tengok perbandingan prestasi pula MI-17 mempunyai lebih kelebihan dari segi Combat Radius , Max takeoff weight dan jumlah penumpang.

Penumpang : EC725 = 28 penumpang , MI-17 = 32 penumpang
Max takeoff weight : EC725 = 11,200kg , MI-17 = 13,100kg
Maximum speed : EC725 = 324 km/h , MI-17 = 250 km/h
Combat radius : EC725 = 573 km , MI-17 = 950 km

Nota : Maklumat ini bukan rahsia. Ianya diperolehi dalam sumber laman web yang dinyatakan di bawah ini.

Utusan Malaysia 21 April 2010 . Selain perjanjian melibatkan DEFTECH, DSA kali ini juga menyaksikan kesungguhan kerajaan menggantikan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila menandatangani LOA bernilai RM1.6 bilion bagi pembelian 12 unit helikopter EC725 buatan Eurocopter.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

In October 2006, the Indo-Asian News Service reported that the Indian Air Force will buy 80 medium lift multi-role Mi-17 1V helicopters from Russia. MosNews estimated the deal's value at approximately $662 million, with the exact value depending on ancillary equipment like avionics.
http://www.defenseindustrydaily.com/india-to-buy-80-mi17-1v-helicopters-02755/

By Dr. Mahathir Mohamad on July 6, 2010
Walaupun Kazan Helicopters gagal memenangi tender Malaysia baru-baru ini, saya berpendapat jenis MI-17 yang telah di naik taraf amat sesuai untuk Bomba dan pengangkutan. Ia boleh memuat 36 askar berpakaian lengkap dan bersenjata. Dalam beberapa pertandingan antarabangsa MI-17 telah menang aabila semua askar dapat keluar dalam 14 saat. Saya percaya kita boleh kuasai teknologi helikopter melalui Kazan Helicopters. Ini lebih bermakna daripada hanya menjadi pengguna.
http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/07/tatarstan.html

Comparison EC725 and Mil MI-17
http://www.shpmedia.com/Images/ADJ%20SEPT%2007_MALAYSIAN%20HELICOPTER%20REPLACEMENT.pdf

Combat radius refers to the distance from an airbase that a warplane can reach, patrol there for a set amount of time and return to base with minimal fuel left. http://en.wikipedia.org/wiki/Combat_radius
12 buah EC725 = USD 496 Juta = RM 1.6 Billion
1 buah EC725 = USD 41.33 Juta = RM 133.33 Juta

80 buah Mil MI-17 = USD 662 Juta = RM 2.135 Billion
1 buah Mil MI-17 = USD 8.275 Juta = RM 26.69 Juta

RM 2.135 Billion = 80 buah Mil MI-17
RM 1.6 Billion = 60 buah Mil MI-17 = 12 buah EC725

Sabah & Sarawak : Daif

Posted: 06 Jul 2010 06:10 PM PDT

Berita Harian 7 Julai 2010

Penduduk Kelabit di Tanah Tinggi Bario rayu kemudahan asas

BARIO: Keadaan jalan tanah yang becak, mendap dan berlubang sudah menjadi asam garam kehidupan penduduk Kelabit di kawasan Tanah Tinggi Bario di Utara Sarawak.

Tidak seperti kawasan lain, tidak ada seinci pun jalan berturap di Bario, walaupun kawasan itu terkenal sebagai destinasi pelancongan yang unik dan menarik serta amat terkenal dengan beras Bario, serta mampu menarik kunjungan ramai pelancong Eropah, terutama dari England, Australia dan Denmark.

Setiap pengunjung yang datang ke situ pasti terkejut, kerana sebaik tiba di Lapangan Terbang Bario, mereka akan terus melihat jalan becak dipenuhi air dan selut di hadapan lapangan terbang itu. Dengan hanya pesawat kecil Twin Otter boleh mendarat di landasan kecil lapangan terbang itu, pengunjung perlu menaiki kereta pacuan empat roda ketika di Bario, kerana kenderaan biasa tidak boleh digunakan di situ, berikutan semua jalannya adalah jalan tanah yang becak.

Tidak hairanlah hanya ada kereta pacuan empat roda di jalan raya di Bario, selain motosikal yang ibarat 'unta' bagi penduduk di situ kerana sepanjang jalan mereka perlu melalui jalan yang begitu mencabar keadaannya.

Seorang penduduk tempatan, Stephen Baya, 47, berkata ketika ini hanya ada 56 kereta pacuan empat roda digunakan penduduk di Bario dan mereka juga berdepan dengan masalah jika musim hujan.

"Kenderaan pacuan empat roda kami juga kerap terperangkap dalam selut, selain kerap rosak kerana jalan terlalu teruk dengan absorber kenderaan itu terpaksa diganti hampir setiap tahun.
"Kami juga memperbaiki sendiri kenderaan dengan membeli alat ganti dari Miri, kerana tiada kedai mekanik di sini," katanya.

Selain dengan jalan udara dari Miri yang mengambil masa kira-kira 40 minit, orang ramai juga boleh datang ke Bario dari Miri melalui jalan balak menggunakan kereta pacuan empat roda, yang perjalanannya mengambil masa sehingga 17 jam.

Malah perjalanan pasti lebih lama jika musim hujan dan jalan becak kerana pemandu perlu berhenti sehingga hujan berhenti berikutan keadaan jalan tanah yang licin dan bergunung ganang merbahaya untuk dilalui jika basah.

Presiden Rurum Kelabit Sarawak, Gerawat Gala, berkata tender projek jalan raya sejauh kira-kira 10 kilometer dari Lapangan Terbang ke Bario Asal sudah pun diluluskan dengan pembinaannya baru bermula.

"Kita jangka sama ada menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan penduduk di Bario boleh menikmati sekurang-kurangnya 10 kilometer jalan bersimen," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati kerja-kerja menimbun tanah terutama di kawasan becak sedang dijalankan, namun kerja-kerja yang dijalankan agak perlahan dengan hanya sebuah jentolak digunakan.

Ahli Parlimen Bukit Mas, Henry Sum Agong, bagaimanapun berkata projek jalan dari Lapangan Terbang ke Bario asal itu hanya tender pertama, dengan tender kedua bagi projek jalan sehingga ke Pa'Ukat dan Pa'Umor akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Beliau berharap penduduk di Bario bersabar kerana kerajaan tidak mengabaikan keperluan mereka dengan projek jalan raya tetap akan dibina di situ.

Tanah tinggi Bario yang terletak kira-kira 2,000 meter di atas paras laut, dengan ia turut terkenal dengan nanas yang manis dan garam Bario selain beras Bario.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010070706001820100707060018/Article

Diancam denggi, busuk

Posted: 06 Jul 2010 06:09 PM PDT

Berita Harian 7 Julai 2010

Penduduk Taman Desa Permai mahu pihak berkuasa segera selesai masalah

JOHOR BAHRU: Macam-macam masalah! Itu rintihan lebih 400 keluarga Taman Desa Permai, Kangkar Pulai di sini yang mahu campur tangan pihak berkuasa bagi menyelesaikan masalah sistem perparitan yang menghantui kehidupan mereka.

Tinjauan Edisi Johor mendapati selain sistem perparitan yang tidak sempurna sehingga mendatangkan masalah pembiakan nyamuk Aedes, penduduk juga dibelenggu dengan masalah pencemaran bau saban waktu berpunca dari loji kumbahan najis yang didakwa penduduk tidak berfungsi.

Ketua Kampung Melayu Rangkaian Kangkar Pulai, Mohamed Amin Mohd Mohktar, berkata keadaan terbabit menyebabkan keselesaan penduduk terjejas dan sikap pihak berwajib yang acuh tidak acuh menyelesaikan masalah itu menyebabkan penduduk bosan. Masalah sistem perparitan di sini yang tidak sempurna menyebabkan air bertakung sekali gus menjadi tempat pembiakan nyamuk, sudah banyak kes denggi dilaporkan di sini tetapi kami tidak dapat berbuat apa kerana parit ini dibina oleh pemaju.

Penduduk juga dibelenggu masalah pencemaran bau dari loji kumbahan najis yang tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan penduduk terpaksa menghidu bau kurang menyenangkan terutama pada waktu hujan, aduan sudah dikemukakan tetapi belum ada tindakan bagi menyelesaikan masalah berkenaan, katanya di sini.

Musa Sitam, 50, pula mendakwa pemaju perumahan fasa kedua membabitkan lebih 100 buah kediaman di taman terbabit secara sengaja melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan menghalakan laluan air kumbahan kediaman baru berkenaan ke sungai berdekatan.

Katanya, sepatutnya saluran kumbahan kediaman menuju ke loji kumbahan tetapi kontraktor pemaju mengambil jalan mudah dengan membina saliran terus ke punca sungai yang menuju Ulu Pulai.

Saya tidak tahu mengapa mereka melakukan perbuatan demikian sedangkan sepatutnya segala kumbahan perlu ditapis dalam loji kumbahan tetapi sebaliknya dilepaskan ke sungai yang menuju ke Ulu Pulai, katanya.

Razak Bujang, 50, berkata, sikap segelintir pemilik rumah yang tidak bertanggungjawab dengan membiarkan kawasan kediaman ditumbuhi semak-samun menjadi punca kejadian penduduk terserempak dengan haiwan berbisa di sekitar kediaman mereka.

Apa yang membuatkan penduduk di sini marah adalah sikap segelintir pemilik rumah yang dapat rumah tetapi tidak selenggara dengan baik sehingga timbul semak samun, jiran terpaksa membersihkan kawasan terbabit bagi mengelakkan menjadi sarang ular.

Ada kejadian rumah penduduk dimasuki ular dan biawak kerana habitat haiwan terbabit berada dalam semak samun di rumah yang ditinggalkan penduduk," katanya.

Abdul Rais Yahya, 60, berkata, penduduk meminta pemaju perumahan terbabit mengambil tindakan wajar bagi memikirkan penyelesaian berhubung tangki air yang sudah kosong tetapi masih bersisa air hujan yang dipercayai menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Kami berharap agar tangki air yang sudah tidak berfungsi dirobohkan oleh pemaju kerana menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, katanya.

Katanya, pagar sebuah rumah jana kuasa milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang rosak juga menjadi ancaman kepada kanak-kanak yang bermain di situ tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

TNB perlu membina semula pagar di rumah jana kuasa mereka kerana dibimbangi akan mendatangkan kemalangan elektrik sekiranya pintu rumah jana kuasa berkenaan dipecahkan dan dimasuki kanak kanak yang ingin tahu apa yang berada dalam rumah berkenaan, katanya.

Hamidah Wahab, 46, berkata, penduduk merayu kerajaan membina sebuah dewan bagi kegunaan penduduk kerana dewan sedia ada hanya mampu menampung 20 orang pada satu masa.

Susah kalau tidak ada dewan, rumah penduduk pun sempit jika mahu mengadakan kerja kahwin terpaksa menggunakan balai, jika ada dewan lebih besar lebih baik.

Sejak tahun 2006 penduduk merayu untuk kemudahan dewan kerana sudah ada tapak tanah tetapi terpaksa menunggu sehingga hari ini, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010070705554520100707055545/Article

Dr Mahathir perli pembelian helikopter Eurocopter ke ?

Posted: 06 Jul 2010 02:19 AM PDT


Malaysia akan beli 12 Eurocopter pada harga RM1.6 BILLION untuk ganti Nuri. Baca ulasan terbaru Mahathir isu ini : Walaupun Kazan Helicopters gagal memenangi tender Malaysia baru-baru ini, saya berpendapat jenis MI-17 yang telah di naik taraf amat sesuai untuk Bomba dan pengangkutan. Ia boleh memuat 36 askar berpakaian lengkap dan bersenjata.

Dalam beberapa pertandingan antarabangsa MI-17 telah menang apabila semua askar dapat keluar dalam 14 saat. Saya percaya kita boleh kuasai teknologi helikopter melalui Kazan Helicopters. Ini lebih bermakna daripada hanya menjadi pengguna.

Apakah Tun Dr Mahathir tidak berapa setuju dengan pembelian Eurocopter untuk menggantikan Nuri ? Adakah Tun juga mengkritik dasar pertahanan negara yang hanya sekadar menjadi pengguna ?

Artikel penuh di http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/07/tatarstan.html

TATARSTAN
By Dr. Mahathir Mohamad on July 6, 2010

1. Akhirnya sampai juga saya ke Tatarstan, negeri orang Tartar yang pada satu masa dahulu hampir tawan Moscow. Sekarang Tatarstan adalah sebuah negeri autonomi dalam Persekutuan Rusia. Seperti juga dengan negeri-negeri Melayu yang dilindungi oleh British dahulu, Rusia menguasai perkara-perkara hubungan luar dah pertahanan. Bezanya Tatarstan telah ditawan oleh Rusia semasa Czar Ivan the Terrible dalam abad ke-16.

2. Orang Tartar telah terima Islam pada abad ke-9 Masehi, iaitu 200 tahun selepas Nabi wafat.

3. Ivan the Terrible, Czar Rusia telah musnahkan semua masjid dan cuba mengembang agama Kristian Orthodox. Tetapi Catherine the Great telah benarkan Islam dianuti oleh rakyat Rusia yang Islam. Kemudian di zaman Komunis agama tidak dibenarkan sama sekali dan selama 70 tahun orang Tatarstan dilahirkan tanpa agama, dan tidak Islam.

4. Kemudian pada tahun 1990-an orang Russia dibenar beragama semula. Kata bekas Presiden Tatarstan semasa saya makan tengahari bersama beliau, Tatarstan yang hanya tinggal tiga bangunan masjid, tiba-tiba memperlihatkan 1,200 masjid dibangunkan. Seperkara yang menarik ialah masjid-masjid baru ini didirikan dengan duit rakyat, tanpa bantuan pemerintah.

5. Ibukota Tatarstan ialah Kazan, sebuah bandar dengan penduduk seramai lebih satu juta. Bandar ini cantik dengan bangunan-bangunan lama yang berbentuk arkitek Eropah kurun ke-19 hingga ke-20. Ia terletak di tebing Sungai Volga yang ditempat-tempat tertentu lebarnya 42-kilometer.

6. Saya melawat limbungan kapal yang hampir siap membina dua buah frigat untuk Vietnam. Limbungan juga boleh keluarkan bot feri dengan kelajuan 70km sejam.

7. Helikopter seperti yang dibeli oleh Malaysia juga dikeluarkan oleh "Kazan Helicopters". Berpuluh-puluh sedang dikeluarkan kerana jualan masih laris walaupun ekonomi dunia merosot. Bahagian dalam helikopter VVIP amatlah cantik, dihias dengan panel kayu dan siap dengan bilik air.

8. Walaupun Kazan Helicopters gagal memenangi tender Malaysia baru-baru ini, saya berpendapat jenis MI-17 yang telah di naik taraf amat sesuai untuk Bomba dan pengangkutan. Ia boleh memuat 36 askar berpakaian lengkap dan bersenjata. Dalam beberapa pertandingan antarabangsa MI-17 telah menang aabila semua askar dapat keluar dalam 14 saat.

9. Saya percaya kita boleh kuasai teknologi helikopter melalui Kazan Helicopters. Ini lebih bermakna daripada hanya menjadi pengguna.

10. Tatarstan boleh memberi banyak peluang bagi peniaga, pengusaha serta para akademik Malaysia. Sesuatu yang menarik ialah Lee Kwan Yew telah tiga kali ke Tatarstan sedangkan pemimpin Kerajaan Malaysia termasuk saya sendiri tidak pernah ke Tatarstan.

********************

Utusan Malaysia 21 April 2010 . KUALA LUMPUR 20 April - Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 mencatat sejarah tersendiri dalam siri penganjurannya apabila sejumlah RM10.35 bilion nilai kontrak dicatat melibatkan pembangunan pertahanan Malaysia.

Selain perjanjian melibatkan DEFTECH, DSA kali ini juga menyaksikan kesungguhan kerajaan menggantikan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila menandatangani LOA bernilai RM1.6 bilion bagi pembelian 12 unit helikopter EC725 buatan Eurocopter.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

Tiada ulasan: