Rabu, 14 Julai 2010

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


MAKAN MALAM BERSAMA PRESIDEN

Posted: 14 Jul 2010 02:16 PM PDT

Program Makan Malam bersama Presiden pada 7hb Ogos 2010 bertambah bermakna apabila Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr. Zulkifli Ahmad (PAS) yang juga merupakan Pakar Ekonomi telah memberi persetujuan untuk turut hadir dalam program tersebut. YB Lim Kit Siang dijangka hadir ke Majlis tersebut dan pihak urusetia masih menunggu jawapan dari pihak DAP.
PKR Gelang Patah mengalu-alukan kehadiran rakyat diseluruh kawasan Gelang Patah dan yang berhampiran untuk sama-sama mendengar mesej yang akan disampaikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat pada hari tersebut.
Tiket2 sudah mula diedarkan dan jika anda ingin turut serta pada majlis tersebut, hubungi wakil kami di 017-7358397 @ 019-7122729 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Tempat adalah terhad...

AJK PKR GELANG PATAH DI UGUT BEKAS KOMANDO

Posted: 14 Jul 2010 01:49 PM PDT

Cabaran dan tekanan terhadap AJK PKR Cabang Gelang Patah semakin menjadi-jadi. Tidak cukup dengan pemantauan oleh pihak polis pada setiap program kami, seorang bekas komando yang dipercayai rakan kepada seorang ADUN telah memberi ingatan kepada salah seorang AJK PKR Gelang Patah agar tidak "mengganggu" ADUN tersebut yang merupakan "junior" kepada bekas komando itu. Bekas komando itu juga turut memberi ingatan agar tidak mengganggu ceramah2 Ezam.
AMK Gelang Patah memandang serius perkara ini apatah lagi diberitakan bahawa bekas komando ini merupakan sahabat baik Datuk Sallehuddin (Bekas S/usaha Agung PKR). Namun begitu ianya sedikit pun tidak mengusarkan atau melemahkan perjuangan kami untuk mencari kemenangan di Gelang Patah ini bahkan kami bertambah semangat.
Kepada ADUN tersebut, usah rasa tergugat dengan pergerakan kami di Gelang Patah jika anda melakukan tanggungjawab anda dengan telus dan baik bahkan kami sedia berkerjasama. Namun jika sebaliknya berlaku, PKR Gelang Patah berjanji akan menentang habis-habisan walaupun seribu komando dihantar ugut dan tekan kami.
"... kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan" merupakan kata2 azimat yang menjadi pegangan kepada perjuangan kami bagi memartabatkan hak rakyat.

DATUK CHUA JUI MENG - PENGERUSI MPN JOHOR

Posted: 14 Jul 2010 11:24 AM PDT

AMK Cabang Gelang Patah menyambut baik serta mengalu-alukan perlantikan Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor. Perlantikan Datuk Chua dilihat sebagai satu tindakan yang tepat serta berani dan AMK Gelang Patah yakin dengan kemampuan serta pengalaman politik yang dimiliki Datuk Chua, mampu memimpin kebangkitan PKR di negeri Johor ini.
AMK Gelang Patah percaya bahawa perlantikan Datuk Chua akan menimbulkan beberapa persepsi serta berbeza pandangan dari kalangan Ketua2 Cabang bahkan ianya akan diputar belitkan oleh media milik Umno/BN, namun hakikatnya PKR Johor memerlukan pemimpin yang benar2 berpengalaman bagi menyaingi kekuatan Umno apatah lagi PKR tidak memenangi sebarang kerusi (DUN/Parlimen) di Johor pada PRU-12. Maka cabaran cukup2 hebat dan PKR Johor memerlukan seorang pemimpin seperti Datuk Chua. Perlantikan Datuk Chua sebenarnya satu tekanan kepada Umno/BN.
AMK Gelang Patah merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn.Hj Anuar Salleh, mantan Pengerusi MPN Johor atas sumbangan serta tanggungjawab memantapkan organisasi PKR Johor.
Semua pimpinan PKR Johor mesti positif dan fokus kepada matlamat mencapai kemenangan pada PRU-13 nanti.

TEKNIK MANIK URAI DIGUNAKAN, MUNGKINKAH PRU-13 SEMAKIN DEKAT

Posted: 14 Jul 2010 08:32 AM PDT

Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin mempelawa PAS berkerjasama dengan Umno bagi membincangkan isu melayu dan Islam di negara ini. Suara2 sebegini pernah kita dengari ketika mana PRK Manik Urai yang telah memperlihatkan keberkesanannya sehinggakan PAS hanya menang tipis dalam pilihanraya tersebut. Apakah Muhyiddin merapu lagi atau inikah petanda awal bahawa PRU-13 semakin hampir.
Lihat sahaja beberapa serangan terhadap Pakatan Rakyat terutama kepada PKR. Suara Keadilan, Harakah dan Roket tidak diperbaharui permitnya bahkan Suara Keadilan berdepan dengan tindakan mahkamah setelah menyiarkan isu "Felda Bangkrap" walaupun isu tersebut dibangkitkan berdasarkan butiran perbahasan di Parlimen. Namun Umno tidak mengira itu semua, mereka berkuasa dan mereka boleh buat apa saja mengikut kehendak mereka. Bilamana ANAK mencabar Timbalan Menteri, Ahmad Maslan untuk berdebat berkaitan isu Felda, ianya ditolak mentah-mentah oleh Ahmad Maslan bahkan beliau mencadangkan agar debat ditukar menjadi dialog... Kita tinggalkan isu Ahmad Maslan dan ANAK
Begitu juga serangan peribadi terhadap DS Anwar Ibrahim oleh akhbar arus perdana yang menyokong kerajaan. Mula-mula disiarkan isu "ANWAR PUJUK YAHUDI", kemudian "ANWAR AGEN CIA" dan yang terkini "ANWAR BAYAR CNN". Tiga berita besar ini cukup memperlihatkan bahawa serangan mereka kini lebih tertumpu kepada PKR dan DS Anwar Ibrahim. Ketiga-tiga berita yang tidak merujuk kepada sumber yang tepat, memperlihatkan keadaan terdesak media Umno untuk memburuk-burukkan imej DS Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat. Isu DS Anwar dikatakan memujuk Yahudi berkaitan kenyataan beliau mengutuk serangan ganas Israel terhadap Gaza. Begitu juga kenyataan DS Anwar berhubung isu APCO dan Asiasoft yang dimiliki oleh Yahudi namun telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia bagi membangunkan sistem telekomunikasi beberapa agensi kerajaan. Kritikan dan kenyataan tegas DS Anwar berhubung isu ini telah menyebabkan beliau dilabel sebagai "Musuh No. 1 Yahudi". Bila mana Washington Post menyiarkan berita DS Anwar memohon maaf kepada Yahudi, maka ianya semakin jelas bahawa adanya konspirasi untukmemburuk-burukan DS Anwar dan ianya sebenarnya semakin menyerlahkan lagi keberkesanan APCO Worldwide dalam usaha menyerang keperibadian DS Anwar.
Berita "Anwar Agen CIA"juga dilihat sebagai berita sampah apabila fakta itu hanya berdasarkan laporan dari bloggers yang konon blognya mendapat "ranking" paling top di Amerika. Namun bilamana beberapa bloggers pro Pakatan Rakyat mempersoalkan isu tersebut sambil membandingkan laporan Raja Petra dalam blognya yang mendakwa bahawa Najib dan Rosmah adalah antara individu yang bertanggngjawab dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibu, isu "Anwar Agen CIA" senyap.
Timbul pula isu "ANWAR BAYAR CNN" untuk menyiarkan berita2 mengenainya, namun setelah stesen berita antarabangsa tersebut mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan bahawa stesen tersebut tidak menerima apa2 bayaran dari mana-mana pihak sambil menyatakan kekesalan mereka terhadap Utusan Malaysia yang menyiarkan berita tersebut, isu itu juga senyap dan dilihat sebagai serangan peribadi terhadap DS Anwar manakala Utusan Malaysia adalah akhbar yang tidak beretika bahkan beritanya juga dilihat sebagai artikel sampah apabila beberapa beritanya segaja ditulis bagi meracuni pemikiran rakyat serta menidakkan kebenaran.
Isu percantuman antara PAS dan Umno dimainkan semula oleh Umno melalui Timbalan Presidennya. Mungkin beliau sudah terlupa bahawa baru2 ini, Naib Presiden Umno iaitu Shafie Afdal menuduh PAS sebagai pengamal ajaran sesat sehinggakan menimbulkan kemarahan pimpinan PAS dan sekarang bilamana kekuatan melayu mula berkurangan dalam Umno akibat perebutan kuasa, maka isu "perpaduan" kembali dicanang bagi menutup kelemahan Umno. Jika benar soal perpaduan melayu mahu diperbincangkan secara ikhlas dan telus, ianya perlu disokong namun apakah benar ada keikhlasan dalam Umno atau inilah masa dan kesempatan Umno untuk "spin" isu ini.
Jika pelawaan ini bersahut tanpa asas yang kukuh, maka PAS atau Pakatan Rakyat bakal menerima nasib seperti Manik Urai bahkan keadaan yang lebih buruk akan berlaku. Orang Melayu tidak berpecah tetapi mereka mula sedar bahawa Umno bukanlah wadah perjuangan memartabatkan orang melayu kerana buktinya orang melayu masih ketinggalan dalam ekonomi dan pelajaran berbanding bangsa lain setelah lebih 50 Umno menjadi parti dominan orang melayu. Yang dapat dilihat hanyalah beberapa pembesar melayu dalam Umno berjaya mengaut kekayaan dan membina empayar sendiri namun rakyat masih terhimpit dengan kemiskinan walaupun rakyat mengangkat mereka sebagai pemimpin.
persoalannya, sejauh manakah persediaan Pakatan Rakyat terutama PKR Johor menghadapi PRU-13 nanti...??? Soalan bocor sudah dapat dihidu apabila Muhyiddin mahukan Umno menyelesaikan masalah dalaman dalam tempoh 5 bulan dari sekarang. Ini bermakna berkemungkinan PRU-13 akan berlaku sebelum Jun 2011 dan apakah kita cukup2 bersedia...??? Jawapannya hanya anda yang mengetahui...

Tiada ulasan: