Rabu, 28 Julai 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


MB N.Sembilan bazir duit bina Pondok Bas ?

Posted: 28 Jul 2010 12:30 AM PDT


Marah betul nampaknya tulisan dari Blos bekas wartawan akhbar perdana ni. Bekas wartawan ini begitu marah dengan begitu banyak pembinaan pondok bas di Port Dickson. ADUN Pakatan Rakyat perlu mengambil serius tulisan bekas wartawan ini yang memgkritik pedas dan tajam Menteri Besar Negeri Sembilan.

PEMBAZIRAN BINA PONDOK BAS DI PORT DICKSON: MB TAHUKAH?

Dan salah satu kehebatan yang mahu saya catatkan di sini ialah tindakan berani pentadbiran saudara (MB N.Sembilan) menaburkan wang sebegitu banyak membina tempat menunggu bas yang kosnya kalau diberi kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh membina rumah rakyat miskin setiap satu. Saya pasti kos yang saudara telah laburkan dalam pembinaan tempat menunggu bas ini mencecah jutaan ringgit. Sepanjang jalan, tempat menunggu bas itu tersergam indah, walaupun kebanyakan di antaranya dibina hanya beberapa meter daripada pondok menunggu bas sedia ada yang masih boleh digunakan.

Artikel penuh bekas wartawan tersebut di http://singalautmetro.blogspot.com/2010/07/pembaziran-bina-pondok-bas-di-port.html


Sibuk buat Pondok Bas je. Bas awamnya mane ? Sila baca himpunan artikel Perkhidmatan bas di N.Sembilan teruk sangat di http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html

1MALAYSIA , RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN !

Fuyoh, Melaka pun ada korek pasir juga ke

Posted: 27 Jul 2010 08:29 PM PDT


Aktiviti kerja melombong di kawasan tanah persendirian itu menjadi 'mimpi ngeri' kepada penduduk berhampiran sejak kira-kira dua tahun lalu apabila kawasan mereka sering dilanda banjir lumpur. Kampung Solok Melangkan, Kampung Air Repat dan Taman Permai hanya terletak kira-kira 500 meter sahaja daripada kawasan lombong itu.

************************
Gesa pantau kegiatan korek pasir
Sinar Harian 28 Julai 2010

NYALAS, Melaka - Sekurang-kurangnya tiga kawasan penempatan termasuk sebuah taman perumahan di sini menerima kesan akibat aktiviti korek pasir yang sedang giat dijalankan berdekatan.

Aktiviti kerja melombong di kawasan tanah persendirian itu menjadi 'mimpi ngeri' kepada penduduk berhampiran sejak kira-kira dua tahun lalu apabila kawasan mereka sering dilanda banjir lumpur.

Kawasan yang dikatakan menerima kesan adalah Kampung Solok Melangkan, Kampung Air Repat dan Taman Permai hanya terletak kira-kira 500 meter sahaja daripada kawasan lombong itu.

Penduduk mendakwa, akibat penempatan mereka agak rendah, ia memudahkan kawasan mereka dinaiki air.

Penduduk, Hashim Saring, 44, berkata kerja-kerja mengorek pasir itu dijalankan di kawasan pedalaman dan tinggi, memberi kesan kepada penduduk di kawasan rendah.

Menurutnya, kesan daripada kerja mencuci pasir, sungai yang mengalir ke kawasan penempatan penduduk mendap, seterusnya menjadi kotor.

"Jika dahulu, air sungai tidak mendap dan kotor seperti ini, namun sejak aktiviti dijalankan, kesan sebegini menjadi ingauan ngeri kami di sini," katanya.

Menurutnya, lebih mengelirukan, kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan itu sudah pun digazetkan sebagai kawasan tadahan hujan, dan tidak seharusnya perkara sebegini boleh berlaku.

Hashim berkata, pihaknya sudah memaklumkan di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pejabat Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Asahan mengenai masalah itu, namun belum ada sebarang tindakan susulan.

Pekebun di Kampung Air Reput, Abd Rahman Dalip, 62, mendakwa keadaan sungai berhampiran kebunnya semakin dipenuhi lumpur serta pasir sehingga menyebabkan kadang-kala air sungai tidak dapat mengalir sempurna.

Bimbang kejadian tidak diingini, dia mengambil insiatif sendiri dengan menggali sungai terbabit membuang lumpur serta pasir yang menyebabkan sungai berkenaan menjadi cetek.

"Berbanding dahulu, air sungai dapat mengalir dengan baik dan kedalaman sungai adalah berada di paras pinggang, namun sejak sekarang sungai ini mula kelihatan keruh dan dipenuhi lumpur serta pasir.

"Apabila pasir dan lumpur terlalu banyak di dalam sungai, saya mengambil langkah membersihkan sungai berhampiran dusun kerana bimbang air akan melimpah ke dalam dusun," katanya.

Seorang penduduk, Md Tolah Sabudin, 72, pula berkata, tanaman buah-buahannya banyak yang musnah akibat terlalu lama terendam dalam sungai yang melimpah ke dalam kawasan kebunnya.

"Jika hujan lebat, sungai pastinya akan melimpah dan bukan sahaja memasuki rumah penduduk yang rendah, bahkan kebun buah-buahan serta kebun getah penduduk dimasuki air.

"Dan apabila sudah dimasuki air, pastinya takungan itu mengambil masa untuk surut menyebabkan banyak pokok mati," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8000532.asp

Tiada ulasan: