Isnin, 19 Julai 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kerajaan BN rugi RM 0.5 Juta tak kutip duit parking

Posted: 19 Jul 2010 02:21 AM PDT


Laporan Audit Negara tahun 2008 kata Majlis Perbandaran Seremban rugi hampir RM 0.5 Juta kerana tak kutip hasil tempat letak kereta. Antara kawasan yang sepatutnya ada bayaran letak kereta ialah di Dataran Senawang. Sekarang dah tahun 2010 , apa tindakan kerajaan BN ? Dahlah tak kutip hasil, orang ramai nak cari tempat letak kereta di Dataran Senawang pun bukan main payah lagi, tak caya datang sendiri terutama waktu tengahari.

Ini dah tahun 2010 , nak masuk 2011 dah , tak ada nampak bayang meter parking lagi.

Tahu ke tak tahu kerja ni ?

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
UNTUK NEGERI SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN DAN MAJLIS DAERAH JEMPOL
Majlis gagal menjaga kepentingannya kerana lewat mengambil tindakan terhadap ketidakpatuhan syarat dan terma Perjanjian oleh pihak syarikat. Kerugian hasil yang dianggarkan adalah sejumlah RM 0.48 juta bagi MPS dan RM 0.20 juta bagi MDJL. Secara keseluruhannya, pengurusan tempat letak kereta di kawasan Majlis adalah kurang memuaskan.

Sumber : http://pasns.blogspot.com/2009/10/audit-dedah-banyak-kelemahan-kerajaan.html

Ahli perniagaan dikaitkan dengan PM bersama Paris Hilton

Posted: 19 Jul 2010 01:05 AM PDT


Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 19 Julai 2010 : Nama Malaysia sekali lagi tercetak dalam media Perancis baru-baru ini apabila seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana.

Menurut AFP, akhbar Perancis, Corse Matin melaporkan Paris Hilton ditahan di lapangan terbang Corsica selepas marijuana yang dibawa dalam bagnya dihidu oleh anjing pengesan.

Dalam laporannya, akhbar itu berkata, Hilton sedang mengembara bersama dengan seorang personaliti yang rapat dengan pihak berkuasa di Malaysia ketika beliau ditahan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun beliau dikatakan dilepaskan selepas setengah jam disoalsiasat.

Ekoran itu, pelbagai pihak tertanya-tanya siapakah lelaki itu.

Hari ini, media melaporkan, lelaki itu adalah Taek Jho Low, seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang berjaya mendapat hak untuk membangunkan tapak lapangan terbang TUDM di Sungai Besi.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan siapakah orang misteri yang dikatakan rapat dengan anak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah mansor.

Shamsul mencabar perkara itu di Kota Bharu semasa Kongres PKR yang diadakan di sana bulan lalu.

Menurut Shamsul, Jho Low telah berjaya mendapatkan kontrak untuk membangunkan semula TUDM dengan nilai RM500 juta.

Bagi Shamsul, dakwaan ini sangat serius kerana cara hidup Jho Low di luar negara sangat meragukan.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27684:ahli-perniagaan-dikaitkan-dengan-pm-bersama-paris-hilton&catid=1:utama&Itemid=50

Siapa Taek Jho Low? AMK Mahu Dia Disiasat

Ketua pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa supaya seorang pemuda Malaysia yang dilaporkan sering berbelanja mewah di luar negara disiasat.

Pemuda tersebut, Taek Jho Low sebelum ini mencuri perhatian apabila dilaporkan oleh akhbar New York Post sebagai rakyat Malaysia yang berbelanja ratusan ribu ringgit untuk mendampingi selebriti Hollywood.

Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.

Shamsul Iskandar mendakwa beliau menerima maklumat bahawa pemuda berkenaan juga berhubungan akrab dengan seorang daripada anak kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan dasarnya di kongres AMK di Kota Bharu hari ini, beliau meminta siasatan sama ada Jho Low adalah individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbaang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur.

"Tolong siasat, anak muda ini berbelanja sakan, apa kaitannya dengan Malaysia. Apa kaitannya dengan Big Ma?," soalnya.

Beliau berkata, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor perlu memberi penjelasan berikutan lelaki berusia 28 tahun itu memiliki kekayaan melimpah ruah hingga berita kekayaan Jho Low dikaitkan dengan keluarga Perdana Menteri.

Dalam ucapannya itu, Shamsul Iskandar juga mahu siasatan dijalankan ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan penyelewengan wang, seperti yang didedahkan penulis Barry Wain.

Selain itu, beliau turut mendesak supaya 'Private Khairy Jamaluddin' disiasat berhubung kaitan ketua pemuda Umno itu dengan firma perundingan Apco.

"Kerana maklumat yang kita terima, rakan baik (Khairy) yang beri cadangan supaya guna Apco," katanya lagi.

Dalam sidang medianya selepas itu, Shamsul Iskandar mendakwa Taek Jho Low juga merupakan seorang penasihat bagi pihak berkuasa pelaburan bagi negeri Terengganu yang kini dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad.

Katanya, maklumat itu diperolehinya daripada pihak yang tidak senang dengan perkembangan berkenaan.

Tambahnya, beliau pasti Jho Low mempunyai harta bernilai berbilion ringgit jika mampu berbelanja sebanyak 50 hingga 60 ribu setiap malam dan tinggal di apartmen mewah.

"Saya minta (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) SPRM supaya siasat," katanya yang mempertikaikan bagaimana seorang pemuda seperti Jho Low mampu berbelanja seperti itu.

http://anwaribrahimblog.com/2010/05/28/siapa-taek-jho-low-amk-mahu-dia-disiasat/

Big-spending Malaysian is the mystery man of city club scene
By JENNIFER GOULD KEIL and BRIAN NIEMIETZ

Last Updated: 9:16 PM, November 8, 2009


A fleet of black Cadillac Escalades hums outside Chelsea hot spot Avenue -- the A-list watering hole of such celebrities as Justin Timberlake and Lindsay Lohan.

As the car doors open, a dozen men emerge and a bouncer whisks them over the club's threshold, past a group of shivering models behind the velvet rope.

"Who is it?" one of them wonders out loud. "Is it P. Diddy?"

But the man at the center of the entourage isn't a celebrity. He isn't even a mogul. He's Taek Jho Low, a 20-something Wharton grad from Malaysia who has burned through hundreds of thousands of dollars at the city's hottest nightspots in the last three months -- and shows no signs of stopping.

The nightlife scene is abuzz with tales of this international man of mystery -- who goes by the name Jho Low and whose chubby, bespectacled appearance hardly meets the image of a wealthy gadabout.

In September, during Fashion Week, sources said, Low helped rack up a $160,000 bar tab at Avenue, including several $900 bottles of Cristal champagne.

One month later, Lindsay Lohan was belatedly celebrating her 23rd birthday at downtown drinking den 1OAK when 23 bottles of Cristal suddenly appeared. They were reportedly paid for by a "mystery Malaysian," who, sources claim, was Low.

At chic 27th Street hangout Pink Elephant, Low routinely spends $50,000 to $60,000, according to the club's owner, David Sarner. One night, at the Pink Elephant outpost in Southampton, Low enjoyed himself so much that he kept the revelry going -- all the way to Malaysia, Sarner said.

"He ended up flying eight of our [waitresses] to Malaysia for a party," he added.

Strangely, for a man attracting so much attention, very little is known about Low.

According to his official biography, he currently serves as a group adviser of several international corporations and was appointed to the board of UBG Berhad, a financial-services group in Kuala Lumpur, last year.

But when The Post interviewed Malaysian experts at such think tank as the Council on Foreign Relations, no one had ever heard of Low.

According to inside sources, Low lives at a $100,000-a-month apartment in the Park Imperial, on West 56th Street, home to James Bond actor Daniel Craig and Sean "P. Diddy" Combs -- and he won't go anywhere, not even on the elevator, without at least one bodyguard.

Some of Low's entourage of eight to 12 people also reside in two other apartments at the Park Imperial -- a $30,000-a-month pad and a 2,200-square-foot loft with Central Park views that costs $20,000 a month, according to real-estate investor Michael Hirtenstein, who used to live in the latter.

"It used to be that when you saw the Cadillac Escalades outside, you knew Sean [Combs] was in town. Now it's this guy," said one amused neighbor.

Speculation is brewing over where Low is getting his money from. One inside observer said, "Nobody spends their own money like that. It's just weird."

Low did not respond to e-mails for comment, and his spokesman David Tan refused to reveal his boss' birthday or background.

"Mr. Low is currently in the USA for holiday and has on several occasions stayed in New York City with his friend[s]," Tan said via e-mail. "He, however, has not rented any property or purchased any property in New York City. Mr. Low did not spend $160,000 at Avenue on one night during Fashion Week."

Indeed, Low's name is not attached to the real-estate deals sources say he is involved in.

A spokesperson for Avenue confirmed Low helped rack up a $160,000 bill in September but added: "The tab was picked up by a friend of [Low's] from Kuwait."

That friend is international man about town Hamad Alwazzan, who also lives at the Park Imperial, according to an e-mail he sent to The Post.

In the e-mail, Alwazzan claims it is he, not Low, who's the big spender in town.

"I have been on holiday in New York since August 2009 and grown quite fond of the city," Alwazzan wrote. "I am especially fond of investment opportunities in real estate, as well as the food, quality of life, and lifestyle."

As for the $160,000 bar tab, he wrote: "[It] was to celebrate the engagement of a close personal friend to his longtime girlfriend, which was jointly hosted by myself and 19 other close friends. I don't have an exact breakdown of the cost, but it was a mixture of entertainment, food and drinks -- and it happened to be during Fashion Week."

But while Low clearly prefers to stay under the radar, he is splurging at a rate that's getting noticed all over the city. According to an inside source, Low recently bought at least six exclusive memberships, for $300,000, at an upscale club in Midtown.

And just this month, sources said, Low celebrated his birthday at a lavish bash in Las Vegas -- where Megan Fox was reportedly flown in to party with him and his entourage. The actress' Fox's publicist could not be reached for comment yesterday.

http://www.nypost.com/p/news/local/item_Fu1amZaRx9MOMsr9HCIOzK

Ceramah Kolonel Roseli 25 Jul 2010 Rembau

Posted: 19 Jul 2010 12:39 AM PDT


CERAMAH BARANG NAIK
Tarikh : 25 Julai 2010 , AHAD
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Pedas Hilir, Bt 3, Pedas, Rembau
Bersama YB Dato Mahfuz Omar, Kolonel (B) Roseli Abd Ghani, YB Taufek ADUN Paroi N.Sembilan, cheGuBard
Hubungi 012-3696474
Info dari http://chegubard.blogspot.com/

http://colroseli.blogspot.com/
Kolonel (B) Roseli adalah pesara pegawai tentera yang telah berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja selama lebih 20 tahun

Gula Naik, cara elak rakyat Memberontak

Posted: 18 Jul 2010 08:42 PM PDT


Jika subsidi gula dan petroleum dimansuhkan, dan peruntukan itu diberikan untuk subsidi pembelajaran dan pengangkutan iaitu dengan pemberian pembelajaran percuma untuk seluruh 'rakyat' Malaysia, bermula dari prasekolah sehingga pembelajaran percuma di institusi pengajian tinggi awam. Saya amat yakin rakyat di negara ini tidak akan marah atau memberontak dengan pemansuhan subsidi gula dan minyak ini kerana impaknya kepada pembelajaran percuma dan juga kos pengangkutan awam sudah semakin murah.

************************

Utusan Malaysia 19 Julai 2010

Beri pendidikan percuma, kos pengangkutan awam murah

HARGA baru bagi gula dan petrol, diesel dan gas cecair telah diwartakan oleh kerajaan pada 16 Julai lalu. Dalam kenyataan tersebut juga dinyatakan 'kerajaan telah mengurangkan pemberian subsidi kepada gula dan minyak'. Saya ingin menyentuh isu utama yang dicadangkan untuk dimansuhkan pemberian subsidi iaitu subsidi gula dan subsidi petrol.

Cuba kita lihat, kebelakangan ini terdapat beberapa tekanan yang sering diberikan oleh pengusaha-pengusaha gula dan pengusaha stesen minyak. Terutama sekali kepada pengimport-pengimport gula yang kerap sangat memaksa kerajaan menaikkan harga bahan tersebut.

Hampir setiap tahun kita melihat masalah gula tidak pernah selesai dan sering kali di sesetengah tempat, gula selalu kehabisan stok sedangkan pengusaha-pengusaha gula menjanjikan semua bekalan mencukupi.

Saya yakin, jika pengimport gula tidak berpakat dengan pengedar gula untuk meminta kenaikan harga gula atau menyorokkan simpanan gula, jadi mana mungkin gula tiada di pasaran. Persoalannya, siapa pengusaha ini? Syarikat mana dan berapa syarikat yang mendapat AP import gula selama ini? Hal ini perlu dijelaskan oleh kerajaan agar rakyat semua tahu, siapa yang mendapat keuntungan selama ini, siapa pengusaha besar gula Malaysia dan apa alternatif lain jika bekalan gula tiada di pasaran.

Sekarang harga gula dan minyak sudah naik mengikut kehendak pengimport, apakah selepas ini masih ketiadaan gula di pasaran?

Setiap kali tekanan dibuat, maka bertambahlah subsidi yang perlu kerajaan berikan kepada gula untuk mengelak daripada sebarang kenaikan harga, jika tidak bahan-bahan ini akan menjadi sukar didapati.

Ini yang perlu dijelaskan oleh kerajaan agar rakyat tahu, siapa yang mendapat keuntungan selama ini, siapa pengusaha besar gula Malaysia dan berapa jumlah kos setiap kali subsidi diberikan kepada mereka ini (pengimport gula).

Malaysia juga salah sebuah negara pengeluar minyak dunia, kenapa kita sering ditakutkan dengan harga minyak dunia. Kenapa harga minyak di Arab Saudi teramat murah daripada harga sebotol air miniral? Setiap kali harga minyak dunia naik, kerajaan terpaksa menambah subsidi kepada pengusaha minyak di Malaysia. Jumlahnya sehingga mencecah berbilion ringgit, untuk setiap kali kenaikan harga minyak.

Oleh itu, jika kerajaan ingin memansuhkan subsidi, mulakan dengan gula dan petrol. Alihkan jumlah subsidi gula dan petrol ini kepada penambahan subsidi pembelajaran dan pengangkutan.

Semenjak dari tahun 1980 sehingga ke hari ini, pernahkah harga gula turun? Pernahkah kita dengar para pengimport gula ini muflis? Pernahkah kita dengar negara kurang gula setelah harga gula dinaikkan (selepas tekanan dibuat)?

Pernahkah pengusaha-pengusaha minyak mengalami kerugian teruk? Pernah harga bahan bakar ini turun kurang dari RM1 untuk seliter? Jawapan ini ialah 'Tidak pernah'. Apa yang rakyat terima? Kesusahan, tetapi jika diberi pembelajaran percuma dan pengangkutan murah, seluruh rakyat akan lebih merasai kenikmatannya.

Cuba kita melihat dari sudut yang 'adil', iaitu jika harga gula dan minyak tidak diberikan subsidi, harganya lebih kurang sama malah adakalanya lebih mahal jika dibandingkan dengan harga gula dan minyak di negara-negara jiran sedangkan negara tersebut tidak mengamalkan pemberian subsidi terhadap dua bahan ini.

Ini bermakna, pengimport gula telah menikmati sepenuhnya keuntungan daripada pemberian subsidi dan bukannya rakyat peroleh keuntungan. Jumlah harga gula import tidak pernah didedahkan kepada media dan rakyat tidak pernah tahu harga import dan berapakah jumlah pengimport gula sejak dari tahun 1980? Cuma yang dipaparkan oleh media baru-baru ini ialah 'salah seorang manusia yang terkaya' di Malaysia dan juga di Asia merupakan seorang rakyat Malaysia yang menjalankan perniagaan import gula di Malaysia.

Seperkara lagi, masalah penyakit diabetis dan kemalangan amat tinggi di negara kita jika dibandingkan negara-negara jiran. Ini bermakna, kedua-dua bahan ini memberikan bencana besar kepada rakyat. Gula dan minyak tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat Malaysia.

Jika subsidi gula dan petroleum dimansuhkan, dan peruntukan itu diberikan untuk subsidi pembelajaran dan pengangkutan iaitu dengan pemberian pembelajaran percuma untuk seluruh 'rakyat' Malaysia, bermula dari prasekolah sehingga pembelajaran percuma di institusi pengajian tinggi awam.

Selebihnya, dilancarkan tambang murah bagi semua pengangkutan awam untuk seluruh rakyat. Saya amat yakin rakyat di negara ini tidak akan marah atau memberontak dengan pemansuhan subsidi gula dan minyak ini kerana impaknya kepada pembelajaran percuma dan juga kos pengangkutan awam sudah semakin murah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

Kerajaan musnahkan kebun pisang org Melayu Pahang ?

Posted: 18 Jul 2010 08:41 PM PDT


Gara-gara dikatakan diadukan oleh orang Umno Bolok, kira-kira 20 ekar tanaman pisang dan kelapa sawit yang diusahakan oleh generasi kedua Felda Bukit Damar, Lanchang dimusnahkan penguatkuasa dari Pejabat Tanah dan galian (PTG) Pahang bersama pejabat tanah Temerloh dengan kawalan beberapa orang polis.

************

Pisang menangis di simpang Felda Bukit Damar
Sunday, July 18, 2010

Gara-gara dikatakan diadukan oleh orang Umno Bolok, kira-kira 20 ekar tanaman pisang dan kelapa sawit yang diusahakan oleh generasi kedua Felda Bukit Damar, Lanchang dimusnahkan penguatkuasa dari Pejabat Tanah dan galian (PTG) Pahang bersama pejabat tanah Temerloh dengan kawalan beberapa orang polis.

Tanah hutan di luar kawasan Felda bersempadan dengan kampung berkenaan itu didakwa kosong oleh pengusaha berdasarkan pelan yang mereka lihat di pejabat tanah. sebaliknya JKKK Bolok pula dakwa itu tanah RTK Bolok.

Akhirnya hasil pertanian yang berupa pemakanan itu dimusnahkan.

Sebagai tanda protes, pengusaha-pengusaha tanaman berkenaan melunggunkan sebahagian sisa tanaman yang dimusnahkan itu di hadapan simpang jalan masuk ke Felda Bukit Damar.

Antara kain rentang yang tertulis berbunyi: "Terima kasih juara rakyat."

http://selamatkanpahang.blogspot.com/2010/07/pisang-menangis-di-simpang-felda-bukit.html

Terowong RM 3.3 Juta projek Gajah Putih di Seremban ?

Posted: 18 Jul 2010 08:41 PM PDT


Adakah terowong pejalan kaki di Seremban ini yang bernilai RM 3.3 Juta akan menjadi satu lagi projek Gajah Putih di Seremban ? Di mana silapnya ? Adakah kes studi telah dilakukan sebelum pembinaan terowong ini ? Beranikah anak atau isteri YDP MPS atau MB sendiri berjalan sendirian di terowong ini ? Kalau ada CCTV pun, kalau diragut, disamun, bukannya CCTV boleh melindungi mangsa. Mungkin perlu letak pengawal keselamatan atau pondok polis di terowong ini ?

**********************
Takut guna terowong bawah tanah
Sinar Harian 19 Julai 2010

SEREMBAN - Walaupun tujuannya untuk memastikan keselamatan orang ramai, namun kemudahan terowong pejalan kaki yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapat reaksi negatif daripada mereka.

Terowong yang menghubungkan hentian bas dan teksi Terminal 1 dengan stesyen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu dibuat sebagai kemudahan memandangkan sebelum ini kebanyakan pejalan kaki terpaksa 'gadai nyawa' melintas jalan sesak dan bahaya.

Berikutan itu, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mengambil inisitif membina terowong pejalan kaki bawah tanah dalam usaha mengurangkan risiko pejalan kaki.

Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian di sekitar terowong itu, semalam mendapati keadaan sekeliling lenggang dan sunyi, memungkinkan berlaku masalah jenayah seperti ragut dan rompak.

Seorang pengguna, Noramira Mohd Fuad, 18, berkata dia sanggup menanggung risiko melintas jalan daripada menggunakan terowong itu.

"Saya sanggup tunggu lama untuk melintas dari berdepan dengan risiko lain di bawah sana (terowong jalan kaki).

"Walaupun saya tahu risikonya melintas di jalan besar ini, tetapi ia lebih teruk jika saya berdepan dengan kejadian jenayah ketika melalui terowong ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan.

Norhamiza Abu Hasan, 20, pula berpendapat, disebabkan keadaan terowong yang jauh dari pandangan mata orang ramai, ia menyebabkan pejalan kaki takut menggunakannya.

"Pada awal pembukaan terowong itu dulu, ada beberapa kedai berniaga di laluan berkenaan, tetapi kini, semua kedai tidak lagi beroperasi.

"Mungkin pemilik kedai itu tidak mendapat untung dan rugi berniaga di situ atau mungkin ada penyebab lain yang membuatkan mereka menutup perniagaan di situ," katanya.

Menurutnya, tahap keselamatan penguna di laluan terbabit sememangnya tidak diyakini, lebih-lebih lagi kepada wanita terutama semasa berjalan seorang diri dan di sebelah malam.

"Oleh sebab itu, kita mahu PBT membuat sesuatu agar kemudahan yang disediakan itu tidak menjadi seperti 'gajah putih'.

"Kita tidak mahu, kemudahan disediakan itu hanya sebagai 'pameran' sahaja tanpa digunakan, sedangkan ianya perlu dimanfaatkan sepenuhnya semua orang," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7966704.asp

**********************

Sikap pejalan kaki tidak guna terowong, jejantas undang bahaya

Utusan SEREMBAN 14 Julai 2010 - Kemudahan terowong dan jejantas sudah ada tetapi masih ramai lagi pejalan kaki tidak mengendahkan keselamatan diri mereka.

Itu yang dapat digambarkan mengenai sikap pejalan kaki yang sanggup bergadai nyawa untuk meredah jalan yang sesak dengan kenderaan tanpa memikirkan akibat buruk seperti kemalangan.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan terowong dan jejantas di bandar Seremban mendapati keadaan begitu lengang bagi kedua-dua kemudahan berkenaan kerana ramai yang bertindak melintas sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan.

Seorang pengguna, Noramira Mohd Fuad, 18 berkata, keadaan di laluan terowong yang dibina itu bukan sahaja sunyi malah menimbulkan rasa takut di kalangan pengguna untuk menggunakannya.

"Saya meragui tahap keselamatannya. Sudahlah kawasan ini sunyi, malah saya sendiri pun berasa takut untuk menggunakannya.

"Malah situasi ini juga boleh menyebabkan rasa kurang selamat di kalangan orang ramai ketika melalui jalan tersebut lebih-lebih lagi pengguna wanita," ujarnya.

Norfarizan Razali, 18, berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan dan sepatutnya membuat pemantauan sewajarnya.

"Pengguna juga mungkin agak takut untuk melalui terowong ini mungkin ada yang mengatakan keadaan dan ketikanya berlaku kes-kes ragut.

"Ada juga di antara kedai yang berada di terowong tersebut tidak beroperasi dan ini menyebabkan ramai pengguna agak takut untuk melalui jalan tersebut,'' katanya.

Bagi laluan jejantas pula, sikap malas dijadikan sebagai alasan untuk menaiki tangga yang agak tinggi walaupun ia untuk keselamatan diri sendiri.

Menurut Norhamiza Abu Hasan, 20, pengguna harus menggunakan laluan yang telah disediakan untuk keselamatan diri.

"Sikap pengguna yang tidak melalui jejantas yang telah disediakan akan membawa padah kepada diri sendiri. Dalam soal keselamatan kita tidak perlu berkompromi," katanya.

Menurut Norshahdina Ramli, 18, kebanyakan pengguna lebih gemar mengambil jalan mudah mungkin disebabkan malas untuk menaiki tangga.

"Oleh itu, ramai di antara mereka inginkan cara yang mudah dan cepat untuk melintas walaupun kemudahan telah disediakan untuk mereka," katanya lagi.

Bagi Norhafiza Azahar, 18, pula, pihak berkuasa tempatan (PBT) haruslah bersama-sama memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mereka yang masih lagi berdegil.

"Bagi saya tindakan kompaun sudah cukup untuk mengajar mereka. Kita tidak mahu kemudahan ini hanya menjadi projek gajah putih walhal ia sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

**********************

Terowong elak bahaya

SEREMBAN 21 Julai - Selesa dan selamat. Itu yang digambarkan oleh pejalan kaki dengan adanya kemudahan terowong pejalan kaki yang menghubungkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Terminal One yang disediakan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Tambahnya, terowong pejalan kaki bawah tanah sepanjang 30.5 meter dan lebar 4.6 meter itu yang dibina dengan kos RM3.3 juta, juga dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) serta mesra orang kurang upaya (OKU).

http://www.mpsns.gov.my/web/guest/terowong_elak_bahaya

**********************

MPS bina laluan pejalan kaki lengkap kamera litar tertutup di simpang tiga Jalan Sungai Ujong

SEREMBAN:

Tinjauan Sentral mendapati, ada tiga jejantas di pusat bandar ini, iaitu di Jalan Tuanku Munawir, Jalan Datuk Bandar Tunggal dan Jalan Tun Dr Ismail berhampiran Pasar Besar Seremban, tetapi hanya segelintir pejalan kaki menggunakannya.

Sikap majoriti pengguna yang sanggup menggadai nyawa menjadikan kemudahan jejantas yang dibina dengan kos tinggi itu tidak ubah seperti 'gajah putih' atau sekadar tontonan umum.

"Laluan pejalan kaki yang disediakan di simpang tiga itu menjadi laluan utama orang ramai melintas, sama ada dari arah Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) atau Court Mammoth ke Terminal One atau sebaliknya," katanya.

Abdul Halim berkata, pembinaan terowong pejalan kaki berbumbung yang menelan belanja kira-kira RM3 juta itu akan turut dilengkapi terowong bawah tanah lengkap dengan kamera litar tertutup (CCTV) serta mesra orang kurang upaya (OKU).

"Kerja pembinaan laluan sepanjang 350 meter itu sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini, sekali gus membolehkan orang ramai berurusan dengan lebih selesa di antara tiga lokasi berkenaan," katanya.

Beliau berkata, terowong bawah tanah dalam pakej projek berkenaan membabitkan jarak sepanjang 30.5 meter serta lebar 4.6 meter dengan sepanjang laluan itu turut dilengkapi deretan gerai.

FAKTA:
Projek Pembinaan Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Jalan Sungai Ujong
• Kos RM3 juta
• Dilengkapi terowong dengan kamera litar tertutup (CCTV)
• Jarak terowong sepanjang 30.5 meter serta lebar 4.6 meter.

http://portal.mpsns.gov.my/terowong_bawah_tanah

Tiada ulasan: