Sabtu, 26 Jun 2010

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


MENDEKATI MASYARAKAT

Posted: 24 Jun 2010 12:42 AM PDT

19 Jun 2010- Bertempat di rumah Saudara Mahad bin Hamzah Kampung Bt. 12 Teluk Pelanduk, satu majlis yang serba sederhana diadakan bagi menyampaikan sumbangan kerusi roda, sumbangan cek untuk yuran pendaftaran ke IPTA dan sumbangan pakaian sekolah. Penerima kerusi roda, Saudara Mahad, 47 tahun yang masih bujang adalah seorang nelayan tempatan, selama setahun tidak dapat berkerja kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya di Tg. Agas setahun yang lalu . Dalam tempoh setahun ini saudara Mahad tinggal bersama ibunya (Ibu tunggal) yang tidak pernah menerima sebarang bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga dari mana mana jabatan yang berkaitan.



Saudara Zainuddin bin Ahmad 57 tahun, dari Taman Anika, batu 9 telah menerima sumbangan cek bagi pihak anak anaknya masing masing bernilai RM 1,500.00 dan RM 900.00 sebagai yuran pendaftaran masuk Mohd Ikhmal ke Universiti Islam dalam jurusan Syarei dan Nor Amirah yang mengikuti kursus Kejururawatan. Keluarga ini pernah dibantu dari segi pembayaran bil letrik dan air serta sewa rumah yang tertunggak sebelum ini kerana saudara Zainuddin terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja Am di sebuah syarikat yang telah muflis.



Puan Junainah binti Abdul Rahim 31 tahun, seorang ibu tunggal 4 anak yang tinggal di batu 8, Kampung Telok Kemang menerima sumbangan pakaian persekolahan anak anaknya dan juga barang keperluan asas.



Rumah saudara Abu Bakar di Tg. Agas merupakan destinasi terakhir Program kemasyarakatan ini, di mana kerja kerja menggantikan atap dan saluran yang amat uzur di lakukan oleh aktivis aktivis PKR. Segala perbelanjaan membeli atap merupakan sumbangan peribadi dari YB Ahli Parlimen.

Tiada ulasan: