Jumaat, 18 Jun 2010

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


KENAPA MENGUBAH HUKUM

Posted: 16 Jun 2010 08:15 PM PDT

Dalam keriuhan rakyat bangkit membantah meluluskan lesen judi, Kedengaran pemimpin-pemimpin BN yang beragama Islam tampil mengulas lanjut atau mengharamkan judi. Mantan Perdana Menteri tidak ketinggalan menyokong pemberian lesen judi. Mereka tergamak melihat rakyat bergelumang dengan segala macam bentuk judi yang 'halal'.

Kemana hilangnya suara mereka yang bertanggongjawab memberi nasihat kepada ketua mereka tentang hukum hukum Islam. Mereka sanggup berdiam diri atau hanya menjadi burung kakak tua. Sikap ini jika dibiarkan sudah tentu akan menular ke dalam jiwa generasi muda bahawa ada pengecualian perkara judi dan tidak mustahil negara akan mengalami keruntuhan moral, akhlak dan kebudayaan.

Tindakan pemerintah meluluskan lesen menggalakan perjudian di negara yang mengakui sebagai pemimpin dan contoh negara Islam. Tindakan sedemikian adalah perbuatan yang mengelirukan umat Islam serta tidak bertanggungjawab dan merupakan pengkhianatan kepada agama, bangsa dan negara. Jangan memberi berbagai alasan untuk menghalalkannya. Kembalilah kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasul.

Akhbar-akhbar rasmi yang diterajui secara mutlak oleh kerajaan BN seperti Utusan Malaysia, Metro dan Berita Harian sanggup memuatkan berbagai macan jenis iklan judi nombor ekor. Seperti Da ma cai (Kuda), Sport Toto dan Magnum (KTM), sehinggakan keputusannya juga turut di muatkan. Tidak kah promosi seperti ini, iklan-iklan dalam akhbar-akhbar Melayu, merupakan saluran yang akan mempengaruhi rakyat Islam berjudi ? Kalau tidak, apa rasionalnya?

Judi KTM ini ada yang haram dan ada pula yang halal, maksudnya yang membuat urusan jual beli di pondok pondok usang, di bawah pokok dan di celah celah bangunan itu adalah haram sebab kerajaan tidak mendapat cukai dari pengusaha ini tetapi masih berluluasa di seluruh negara, manakala yang berurusan di premis yang berdaftar di halalkan oleh kerajaan BN. Judi di mana-mana pun tetap haram. Tiada apa-apa alasan bolih menghalalkan judi. Apakah kita sangat leka dan lupa maksud firman Allah.. "Sesunggohnya azabku adalah amat pedih". Ke situ kah hendak dibawa negara ini?












Gambat premis judi sport toto dan da ma cai yang dihalalkan













Gambar premis judi magnum yang dihalalkan




Keputusan judi dan iklan dalam utusan malaysia


(Artikel ini ditulis oleh Ketua Ranting Taman Politeknik dan merupakan pandangan peribadi penulis)

Tiada ulasan: