Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang. |
Puteri Umno Bawa Imej Elitis, Srikandi PKR 'Tawan' Universiti Posted: 21 Jun 2010 10:35 AM PDT Srikandi Parti Keadilan Rakyat semakin melebar sayap dalam meraih sokongan pengundi muda khususnya golongan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia. Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat, Siti Aishah Shaik Ismail berkata kerancakan kempen Srikandi mendorong mereka menembusi 40 peratus IPT termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UiTM). Lebih manis lagi, kejayaan ini datang ketika Pergerakan Puteri Umno dilanda bibit-bibit perpecahan walaupun ia cuba diselindung Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Rosnah dipercayai terpaksa membuat kenyataan media kononnya tiada masalah kepimpinan melanda Puteri Umno berikutan desas desus mengenai kegagalan pergerakan itu menggamit sokongan pengundi muda, bukan rahsia lagi. "Sebenarnya Puteri Umno sedang mengalami permasalahan yang ketara. Kita lihat di peringkat negeri pun, pengaruh mereka semakin menurun akibat sikap pemimpin mereka yang mengamalkan standard tertentu." katanya. Siti Aishah menyifatkan kebanyakan pemimpin dan ahli Puteri Umno yang mengejar populariti dan menonjolkan imej elitis di kalangan rakyat marhaen. Ini menyebabkan Puteri Umno tidak popular di kalangan rakyat dan kini, tidak lagi kedengaran program melibatkan mereka. "Punca utama kelemahan mereka ialah kerana mereka dilihat sebagai satu golongan elit yang hanya mengejar populariti - itu yang menyebabkan mereka gagal mendampingi pengundi muda. "Kita melihat Puteri Umno hampir 100 peratus mendiamkan diri dan tidak pun memberikan pandangan atau idea-idea yang bernas bagi membantu golongan generasi muda," katanya. Sebaliknya, Srikandi PKR bersungguh-sungguh menawan hati rakyat hingga mampu menambat keyakinan pengundi muda, lebih-lebih lagi golongan terpelajar. "Kita berjaya menembusi hampir 40 peratus universiti di Malaysia termasyk UiTM dan UIA. Bukan bergantung kepada mahasiswa mencari kita di luar tetapi kita sudah mampu masuk sendiri melalui gerakan yang kita bina. |
Tidak Ada Pilihan Raya Kecil Batu Posted: 21 Jun 2010 09:50 AM PDT KUALA LUMPUR - Pendirian Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha jelas bahawa kerusi Parlimen Batu kekal milik Pengarah Strategik KEADILAN, Tian Chua seperti mana yang diputuskan mahkamah Khamis lepas. Tian yang ditemui pagi tadi di lobi parlimen berkata keputusan hakim betul dan niat beliau adalah untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil. "Bagi hakim, jika sesiapa yang tidak bersetuju, maka pihak tersebut harus mencabar keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan. "Kita mengambil contoh kes Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin di mana Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah yang kemudiannya dicabar di Mahkamah Rayuan yang mana akhirnya Mahkamah Rayuan menetapkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar," jelas Tian Chua. Menurutnya, tafsiran hakim bahawa denda RM2,000 tidak akan menghilangkan jawatan sebagai ahli parlimen dan pihak terbabit yang tidak bersetuju boleh mencabar keputusan tersebut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula ketika ditemui media berkata beliau berpegang kepada keputusan hakim yang mengatakan Tian Chua tidak hilang kerusi tersebut. "Mahkamah sudah putuskan maka tidak lagi timbul lagi persoalan kerusi tersebut. "Apa yang telah diputuskan hakim sudah jelas di mana beliau tidak mahu pilihan raya kecil diadakan kerana membuang masa dan wang rakyat. "Sebab itulah hakim mengurangkan denda tersebut daripada RM3,000 kepada RM2,000, dalam kes Fan Yew Teng yang dibatal kelayakannya sebagai ahli parlimen Menglembu pada 1975 hakim tidak menyebut bahawa beliau tidak mahukan pilihan raya kecil dan di dalam kes Tian, hakim telah menyebut dengan jelas dan nyata," kata Nazri. Dalam pada itu Nazri juga berpendapat Ahli Parlimen Batu itu tidak perlu merayu berhubung keputusan tersebut. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula berkata pejabat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang menunggu keputusan rasmi Mahkamah Tinggi berhubung kes Ahli Parlimen Batu itu. Katanya lagi, Speaker tidak boleh bergantung kepada laporan media semata-mata. Speaker akan mengkaji penghakiman Ghazali sebelum memutuskan sama ada untuk membawa kes Tian Chua itu untuk dibahas di Dewan Rakyat. |
You are subscribed to email updates from Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan