Isnin, 21 Jun 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Guru tiada masa untuk keluarga

Posted: 20 Jun 2010 08:52 PM PDT

Pada ketika penjawat awam lain sedang kelam-kabut menuju ke tempat mesin perakam waktu, guru-guru kita sudah sampai ke sekolah seawal jam 7 pagi lagi. Jika lewat, alamat sesi pembelajaran turut bermula lewat. Apabila setiap Sabtu pun perlu bekerja, apa pula nasib anak-anak dan suami atau isteri yang tidak sempat bersama untuk menghabiskan masa senggang.

Jangan lupa 26 Jun 2010 ini , 15,000 guru seluruh Negeri Sembilan akan diraikan pada hari SABTU JAM 8 MALAM. Kisahnya di Hari Guru, Rekod Bubur Lambuk MB N.Sembilan http://amkns.blogspot.com/2010/06/hari-guru-rekod-bubur-lambuk-mb.html

*************************
Harian Metro 21 Jun 2010

GOLONGAN guru ibarat dian yang membakar diri. Tanpa guru sudah pasti surat atau e-mel ini pun tidak dapat ditulis oleh saya. Ada pandangan sinis mengatakan guru sudah ada cuti sekolah yang panjang sebagaimana murid mereka setiap tahun sedangkan guru perlu bertugas sepanjang tahun bagi meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa menurut arahan pengetua atau guru besar.

Peranan guru bukan setakat memikirkan masalah murid yang puluhan orang di sekolah, malah ada yang termimpi-mimpi akan prestasi keputusan peperiksaan utama yang bakal keluar kelak.

Jika prestasi merudum, alamat kelas tambahan akan bertambah-tambah dan masa guru terutama guru wanita dengan anak-anak dan suami akan semakin berkurang pada tahun depan. Pengetua juga perlu memikirkan bagaimana mahu meningkatkan prestasi pelajar pada waktu belajar dari jam 7.40 pagi hingga 2 petang.

Pada ketika penjawat awam lain sedang kelam-kabut menuju ke tempat mesin perakam waktu, guru-guru kita sudah sampai ke sekolah seawal jam 7 pagi lagi. Jika lewat, alamat sesi pembelajaran turut bermula lewat. Apabila setiap Sabtu pun perlu bekerja, apa pula nasib anak-anak dan suami atau isteri yang tidak sempat bersama untuk menghabiskan masa senggang.

Perlu diingat, guru juga seorang ibu dan bapa, juga anak kepada ibu bapanya yang sudah tentu mempunyai tanggungjawab moral dan agama untuk dipenuhi. Namun, jika masa mereka habis di sekolah kelak akan jadi seperti pepatah, 'yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.'

Maka perlu ada ruang untuk semua guru mendapat cuti setiap Sabtu dua kali sebulan dan setiap pengetua perlu memperkasakan pengajaran di waktu pejabat supaya kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum tidak selalu diadakan setiap Sabtu.

Sewajarnya gelaran sekolah berprestasi tinggi (SBT) tidak menjadi faktor pendesak kepada pengetua dan guru besar untuk memperhebatkan usaha mencapai tahap itu. Ini akan menjadikan guru subjek teras untuk peperiksaan akan lebih tertekan untuk memperbanyakkan kelas dan latih tubi yang akhirnya menjadikan mereka sibuk 24 jam membuat kertas soalan dan modul lebih mesra pelajar. Jika sekolah mencapai tahap terbaik, apa faedahnya kepada guru yang hilang banyak masa dengan keluarga mereka.

Guru juga adalah manusia yang mempunyai had kesihatan tertentu. Jika keringat mereka diperah, takut mereka hilang minat untuk mengajar akibat keletihan fizikal dan minda. Kita sedia maklum ada sekolah aliran lain menetapkan masa bekerja guru mereka dari jam 7 pagi hingga 4 petang.

Jika Sabtu pun mereka terpaksa bekerja, bayangkan bila mereka dapat mendidik anak sendiri dengan lebih berkesan. Takut nanti kera di hutan kenyang disusukan, anak di rumah merintih merayu untuk mendapatkan perhatian.

Justeru, masanya sudah tiba untuk kita lebih empati dengan masalah guru yang bekerja demi kecemerlangan anak-anak murid mereka. Cabaran SBT perlu disahut oleh pengetua dan guru besar dengan lebih rasional. Memang wujud sekolah yang lemah dalam pencapaian, maka perlu sekolah itu dibantu secara menyeluruh oleh setiap Jabatan Pelajaran daerah dan jangan membiarkan rencana setiap pengetua dan guru besar memberi kesan domino negatif kepada guru-guru yang mempunyai keterbatasan minda dan fizikal.

Cuti memang penting sebagai masa guru melapangkan dada dan fikiran daripada memikirkan masalah di sekolah.

Inilah masa ibu bapa mengambil alih sekejap tugas seorang guru dengan mengajar anak-anak mana yang perlu. Jangan jadikan guru sebagai pengajar sepenuh masa hingga masa rehat mereka turut menjadi mangsa kita.

ABDUL RAZAK IDRIS
Banting

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/e-melanda_Gurutiadamasauntukkeluarga/Article

Rakyat seksa tiada pondok bas di Melaka

Posted: 20 Jun 2010 07:41 PM PDT


Ketiadaan pondok menunggu bas di Kampung Tedong menimbulkan kesukaran kepada penduduk. Lebih menyedihkan apabila rata-rata pengguna hanya berteduh di bawah pokok mangga berhampiran tapak pondok lama dengan sebuah kerusi panjang. Sebelum ini, terdapat sebuah pondok menunggu bas di tempat berkenaan tetapi sudah runtuh sewaktu berlaku kemalangan maut di tempat itu kira-kira dua tahun lalu.

*********************************
Sinar Harian 21 Jun 2001

TEDONG – Ketiadaan pondok menunggu bas di persimpangan Jalan Penghulu Ahim, Kampung Tedong menghala ke Bandar Baru Merlimau menimbulkan kesukaran kepada penduduk khususnya pelajar sekolah dan pekerja industri setiap pagi.

Sebelum ini, terdapat sebuah pondok menunggu bas di tempat berkenaan tetapi sudah runtuh sewaktu berlaku kemalangan maut di tempat itu kira-kira dua tahun lalu.

Sejak kejadian itu, tiada lagi pondok menunggu bas sehingga ke hari ini dan keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila rata-rata pengguna hanya berteduh di bawah pokok mangga berhampiran tapak pondok lama dengan sebuah kerusi panjang.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tedong, Ramlan Mohd Ali, 48, berkata, ketiadaan pondok bas sememangnya memberi kesan khususnya kepada pelajar yang bersekolah di Bandar Merlimau.

Menurutnya, keadaan itu menyukarkan mereka kerana terpaksa berdiri di bawah pokok dan menjadi bertambah teruk apabila hujan.

"Setiap pagi, bukan sahaja pelajar, malah masih terdapat penduduk ingin ke Bandar Merlimau terpaksa berdiri lama sebelum mendapatkan perkhidmatan bas," katanya.

Mohd Ramlan berkata, JKKK banyak menerima rungutan daripada penduduk kampung mengenai ketiadaan pondok bas dari Bandaraya Melaka ke Muar, Johor, selain berharap masalah itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

"Bukan mereka tidak boleh menunggu di pondok bas berhampiran tetapi pondok bas yang paling hampir dengan mereka ialah sejauh 60 meter.

"Malah, sejak hampir dua tahun lalu, JKKK sedia maklum mengenai ketiadaan pondok bas dan sudah menghantar permohonan rasmi kepada pihak berwajib selepas kemalangan itu berlaku," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sehingga ke hari ini tiada apa-apa tindakan dilakukan terhadap permohonan mereka.

"Dalam usaha merealisasikan hasrat yang diuar-uarkan Ketua Menteri, sepatutnya pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera kerana ia melibatkan kemudahan asas yang perlu ada untuk semua lapisan masyarakat," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7847493.asp

JOM Demonstrasi Haramkan Saman Ekor ?

Posted: 20 Jun 2010 05:00 PM PDT


Tak ada ke mana-mana pihak, pembela rakyat, parti-parti politik yang kununnya membela rakyat, NGO-NGO yang kununnya membela orang yang kesusahan hendak mengadakan demonstrasi membantah saman ekor ? Takkan judi bola saja yang nak buat demonstrasi ?

**********************

Saman Ekor Bukan Menyusahkan Tetapi Menganiayakan

Dari Blog Mohd Sayuti Omar http://msomelayu.blogspot.com/2010/06/ilham-ahad.html

SEMUA rakyat yang sayangkan negara mengalu-alukan langkah kerajaan berusaha untuk menambahkan pendapatan negara. Dalam keadaan ekonomi meleset manakala pemimpin pula terkial-kial mencari idea macam mana untuk menambah pendapatan, apa juga ikhtiar oleh kerajaan perlu disokong oleh rakyat. Kerjasama dan sokongan rakyat sangat penting. Kalau tanpa sokongan rakyat usaha yang baik kerajaan tidak akan berhasil dan tanpa sokongan rakyat ia tidak membawa berkat.

Bagaimana pun dalam hal ini kerajaan hendaklah memahami masalah rakyat. Janganlah semata-mata kerana kerana hendak tambah wang perbendahraan negara maka rakyat jadi mangsa. Dikikis wang dari saku rakyat. Memang pun rakyat perlu dimangsakan, tetapi jangan melampau sehingga menyusahkan.

Ada beberapa tindakan kerajaan menunjukkan kerajaan begitu terdesak kerana ketiadaan wang dan rakyat dimangsakan sesuka hatinya.

Salah satu ialah mengenai tindakan pihak polis dan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) yang tiba-tiba jadi iseng menguatkuasakan tindakan menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman sehinggakan sukar untuk empunya memperbahari cukai jalan adalah satu tindakan menganiayakan rakyat.

Pelik, sebelum ini kenderaan yang disaman ekor tidak disenaraihitamkan. Tetapi mulai April lalu ianya telah disenarai hitamkan. Saman yang tertunggal beberapa tahun sebelum yang diberikan pengecualian tiba-tiba dikenakan tindakan tegas. Sikap tiba-tiba menjadi iseng oleh JPJ dan polis ini menunjukkan keterdesakan kerajaan dalam mencari wang!

Tindakan itu bertentangan dengan slogan Najib Razak Rakyat Didahlukan Pencapaian Diutamakan. Memahami dari seruan Najib itu, PM itu mahu memberikan kesenangan dan keselesaan kepada rakyat disamping para pegawai kerajaan dan agensinya pula berusaha sebaik mungkin mempertingkatkan mutu kerja. Apakah bagi polis dengan menguatkuasakan tindakan itu sebahagian kerja baik mereka?

Kalau polis atau JPJ menyahut seruan Najib ini sudah pasti tindakan menguatkuasakan tindakan menyenarai hitam kenderaan ini tidak dilakukan sewenang-wenangnya. Ataupun kalau hendak dikuatkuasakan haruslah dinotiskan dulu dan tidak melaksanakan undang-undang ikut suka hati dan nafsu saja.

Mungkin kalangan rakyat yang terlibat dengan masalah ini dapat merasakan bagaimana kerajaan khasnya pihak polis dan JPJ menganiaya mereka. Bayangkan berapa seseorang kena bayar kalau mereka ada dua atau tiga saman? Bukankah separuh gaji mereka harus diberikan kepada Polis hanya untuk mendapat cukai jalan baru. Ini tidak adil kerana kesalahan yang ditunding kepada mereka belum pasti lagi betul atau tidak.

Saya baru mendapat tahu hal ini dari beberapa orang rakan yang menghadapi kesulitan untuk memperbaharui cukai jalan masing-masing. Rata-rata mereka mengeluh dan menyatakan kerajaan tidak adil, menyusahkan dan menganiayakan.

Sebelum ini kenderaan yang disaman ekor (saman poerangkap laju) tidak dikenakan tindakan kenderaan disenarai hitamkan. Tuan punya masih boleh memperbaharui kenderaan masing-masing. Hanya saman di sekatan jalan yang ditanda tangani langsung oleh pemandu saja yang dikuatkuasakan. Mana-mana saman demikian kalau tidak dilunasi pihak JPJ tidak akan memperaharui cukai jalan melainkan selepas menjelaskan kepada pihak polis.

Rasanya kelonggaran ini ada baiknya dan masih dirasakan tidak begitu menganiayakan rakyat. Manakala saman yang ditandan tangani patutlah kuatkuasakan. Ada alasannya kerana saman yang ditanda tangani itu jelas kenderaan itu melakukan kesalahan. Polis dan pemandu kenderaan itu sendiri dapat mengetahui akan kesalahan mereka.

Berlainan dengan saman ekor, (perangkap laju) di mana polis bersembunyi di dalam semak atau di balik tembok. Di mana tuan punya kenderaan tidak mengetahui apakah dan dimana kesalahan mereka. Selalu terjadi bila mana kenderaan mereka dibawa oleh orang lain. Walaupun pihak polis ada mengeluarkan surat minta penjelasan siapa yang memandu kenderaan tempoh hari, tetapi surat penjelasan itu tidak pratikal.

Adakalanya surat tidak sampai kerana pertukaran alamat. Kalau mengikut prosuder biasa mana-mana saman yang tidak diserahkan sendiri kepada si pesalah ianya tidak boleh dibawa ke mahkamah?

Peraturan atau sistem saman sebegini tidak praktikal sebenarnya. Ia juga lebih kepada menganiaya rakyat. Rata-rata kalau saman ekor ini di bawa ke mahkamah saya rasa mahkamah akan menolaknya. Ada pendapat mengatakan saman ekor ini tidak valid untuk dibicarakan kerana ia tidak menurut peraturan-peratusan mengenai perundangan. Tetapi kerana sikap rakyat kita malas berurusan dengan mahkamah dan ingin mengelekkan berlaku 'kelecean' ke mahkamah menyebabkan mereka terus sahaja membayarnya.

Mungkin baik juga kalau ada sesiapa yang menghadapi kenderaan mereka disenaraihitamkan ekoran tidak melunas saman ini membawanya ke mahkamah. Biar ianya menjadi precedent apakah saman itu valid atau sebaliknya. Persatuan-persatuan penggunan mungkin boleh menguruskan hal ini. Banyak perkara yang berlaku dalam negara ini di mana rakyat diminta bayaran sedangkan ianya tidak sepatutnya.

Berbalik kepada tindakan iseng Polis menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman ekor kerana tidak melunasi kompoun itu perlulah dikaji balik. Musim ini musim 'kaat' - musim rakyat sesak janganlah menyusahkan lagi rakyat dengan kesusahan-kesusahan baru. Harapnya Perdana Menteri peka dan prihatin mengenai hal ini ada kemungkinan juga tindakan iseng Polis ini sebahagian dari ciri-ciri mensebotajkan dan menterbalikan seruan Najib itu, rakyat hendaklah disusahkan!

Mana api ? Kerajaan mungkir janji 20 tahun di Sarawak

Posted: 20 Jun 2010 04:59 PM PDT


Adakah kami tidak layak menikmati kemudahan bekalan elektrik, seperti yang dinikmati babi yang diternak tauke besar dekat seberang kampung kami. Kami minta tolong dengan semua pihak, berilah kemudahan elektrik dengan kami. Tengoklah kabel elektrik di tepi jalan di depan rumah kami, tetapi mengapa mereka tidak menyambungnya ke kampung kami. Kami bukannya tinggal di dalam hutan

************************
Berita Harian 21 Jun 2010

Penduduk Balai Ringin tagih janji bekalan elektrik sejak 20 tahun lalu

KUCHING: "Tolong kami, bantu kami... kami sudah puas mendengar janji. Dua puluh tahun dulu kami sudah dengar janji api (bekalan elektrik) sudah mahu masuk rumah kami, kemudian tahun lalu pun janji sama kami dengar lagi".

Itu luahan penduduk di beberapa kampung di Balai Ringin yang mengharapkan bekalan elektrik segera disalurkan ke rumah mereka. Penduduk menaruh harapan agar mereka juga menikmati kemudahan moden seperti orang lain, tambahan pula mereka bukannya tinggal di pedalaman, sebaliknya rumah mereka terletak di tepi jalan utama dari Kuching ke Sri Aman. Bukan satu kampung, tetapi semua kampung masyarakat Iban selepas pekan Balai Ringin hingga ke pekan Lachau dikatakan tidak menerima bekalan elektrik.

Tinjauan di 10 kampung di Balai Ringin iaitu Kampung Ensebang Padang Bilon, Ensebang Kuari, Kampung Sungai Burak, Kampung Ensebang, Kampung Tapang Lebat, Kampung Ensebang Plaie, Kampung Abit, Kampung Telagus, Kampung Jirok dan Kampung Sungai Pinang, mendapati penduduk hanya bergantung kepada jana kuasa untuk mendapatkan bekalan elektrik.

"Adakah kami tidak layak menikmati kemudahan bekalan elektrik, seperti yang dinikmati babi yang diternak tauke besar dekat seberang kampung kami.

"Kami minta tolong dengan semua pihak, berilah kemudahan elektrik dengan kami," kata Tiup anak Atu, 65, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ensebang. Tiup terkilan kerana beliau belum pernah menikmati bekalan elektrik walaupun rumahnya kian usang dan beliau sendiri semakin uzur.

"Tengoklah kabel elektrik di tepi jalan di depan rumah kami, tetapi mengapa mereka tidak menyambungnya ke kampung kami. Kami bukannya tinggal di dalam hutan)," katanya.

Lala anak Mongko, 55, penduduk Kampung Abit, pula berkata mereka terpaksa membelanjakan RM200 hingga RM300 sebulan semata-mata untuk mendapatkan bahan api bagi menghidupkan jana kuasa.

Jumlah itu terlalu tinggi berbanding bil elektrik yang diterima penduduk yang

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sabah_Sarawak_Manaapi_/Article

Seksa berpanjangan orang kampung di Johor

Posted: 20 Jun 2010 04:59 PM PDT


Penduduk Kampung Lintang Satu, Parit Sulong, terpaksa berhadapan pencemaran udara dan bunyi yang didakwa dihasilkan kilang kayu yang beroperasi 24 jam sejak tujuh tahun lalu. Apa yang pelik bagaimana kilang kayu ini boleh dibenarkan beroperasi di kawasan padat penempatan penduduk. Kilang terbabit beroperasi 24 jam menyebabkan anak kami sukar mengulang kaji pelajaran, malah kadangkala tidur kami turut terganggu dengan bunyi bising yang boleh didengar sehingga satu kilometer jauhnya

************************
Berita Harian 21 Jun 2010

JAS sah pencemaran udara, bunyi di Kampung Lintang Satu Separap, Parit Sulong melebihi tahap dibenarkan

BATU PAHAT: Lebih 143 penduduk Kampung Lintang Satu, Separap, Parit Sulong, di sini terpaksa berhadapan pencemaran udara dan bunyi yang didakwa dihasilkan kilang kayu yang beroperasi 24 jam sejak tujuh tahun lalu di Taman Perindustrian Sri Sulong.

Kedudukan kilang kayu berkenaan juga tidak sampai 150 meter daripada sebuah rumah penduduk kampung yang terletak di persimpangan masuk kampung berkenaan. Tinjauan Edisi Johor ke kawasan kampung berkenaan mendapati, bukan saja kedudukan kilang berkenaan terlalu hampir dengan kawasan penempatan penduduk iaitu beberapa kampung serta taman perumahan, malah hanya separuh kawasan kilang berkenaan yang dilitupi jaring habuk seperti diarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Malah, pemeriksaan yang dilakukan JAS turut mendapati pencemaran udara dan bunyi yang dihasilkan kilang berkenaan melebihi tahap dibenarkan dan difahamkan agensi berkenaan juga sudah mengambil tindakan termasuk mengkompaun kilang terbabit.

Seorang penduduk yang juga pengusaha kebun kelapa sawit, Hamdan Surani, 47, yang rumahnya tidak sampai 150 meter dari kilang kayu berkenaan, berkata keluarganya paling terseksa dan menderita berikutan kedudukan kilang berkenaan yang terlalu hampir dengan rumah mereka.

"Masalah habuk masih lagi boleh dihadapi keluarga kami tetapi apa yang kami tidak tahan adalah masalah bunyi mesin yang terlalu kuat dan membingitkan, adakalanya sepanjang masa sehingga mengganggu ketenteraman keluarga saya.

"Kilang terbabit beroperasi 24 jam menyebabkan anak kami sukar mengulang kaji pelajaran, terutama pada waktu malam, malah kadangkala tidur kami turut terganggu dengan bunyi bising yang boleh didengar sehingga satu kilometer jauhnya.

"Aduan sudah dibuat kepada JAS dan agensi berkenaan turut mengakui yang kilang berkenaan melanggar had pencemaran terutama bunyi yang ditetapkan apatah lagi kilang mereka terlalu hampir dengan rumah penduduk, apa yang pelik bagaimana kilang kayu ini boleh dibenarkan beroperasi di kawasan padat penempatan penduduk," dakwanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Separap, Parit Sulong, Mohd Zainuddin Abdul Samad, berkata penduduk kampung sering mengadu kepadanya mengenai kilang berkenaan yang beroperasi sehingga hampir 24 jam dan mengeluarkan bunyi terlalu bising sepanjang masa.

"Mereka sudah bosan kerana pencemaran yang berlaku terutama bunyi terlalu bising dikeluarkan mesin di kilang kayu berkenaan menjadi rutin harian mereka sehingga menjejaskan kualiti kehidupan.

"JAS juga sudah maklum dengan masalah ini dan difahamkan mereka sudah mengambil tindakan malah wakil kilang terbabit turut menemui penduduk kampung bagi mendengar sendiri keluhan tetapi masalah ini masih berlanjutan menghantui mereka.

"Saya berharap kilang berkenaan dapat dipindahkan berikutan industri berat seperti kilang kayu tidak sesuai didirikan di kawasan terlalu hampir dengan penempatan penduduk kampung apatah penduduk kampung lebih dulu menghuni kawasan ini daripada kilang itu, justeru mereka perlu beralah," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Seksaberpanjangan/Article

Tiada ulasan: