Isnin, 21 Jun 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI KG KUALA MAI JAM 9.00 MALAM 25.6.10

Posted: 21 Jun 2010 07:22 PM PDT

CERAMAH PAKATAN RAKYAT
TEMPAT: RUMAH SDR ZAINAL
KG KUALA MAI, KUALA KRAU
TARIKH: 25.6.10 JAM 9.00 MALAM
PENCERAMAH
YB AMIRUDDIN SHARI, NAIB KETUA AMK PUSAT
YB LEONG NGAH NGAH (ADUN TRIANG - DAP)
HASSAN KARIM (BEKAS PRESIDEN PARTI RAKYAT MALAYSIA)
HASSANUDDIN SALIM (KETUA PENERANGAN PAS PAHANG)
HAJI SUHAIMI SAID (KETUA KEADILAN CABANG KUALA KRAU)
MAJLIS MINUMAN PETANG
TEMPAT: KEDAI ARWAH TOK MANDUR
MATAU, BANDAR JENGKA
TARIKH: 25.6.2010
JAM 5.00 PETANG
MERAIKAN YB AMIRUDDIN SHAARI DAN HASSAN KARIM
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

CERAMAH SULUNG HASSAN KARIM DI NEGERI PAHANG

Posted: 21 Jun 2010 07:02 PM PDT

Sdr Hassan Karim adalah seorang pejuang rakyat dan terlibat dengan perjuangan sejak berada di Universiti Malaya. Pada waktu itu trend yang sangat popular di Universiti Malaya adalah menyertai Gerakan Kiri yang dipelopori oleh Parti Rakyat Malaysia.
Beliau adalah seangkatan dengan Kamarzaman Yaacob yang menjadi Presiden UMSU dan Kelab Sosialis Universiti itu. Seangkatan juga dengannya adalah Hishamuddin Rais dan juga Zahid yang kini menjadi Menteri UMNO.
Ramai kawan-kawannya termasuk Kamarzaman Yaacob rebah didalam perjuangan kiri menyertai UMNO, dan sesetengahnya terus menyenyapkan diri. Tapi tidak kepada Hassan Karim.
Beliau menyertai Parti Rakyat Malaysia untuk mennyambung perjuangan rakyat yang didahului oleh nasionalis-nasionalis terkenal seperti Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Mohammed (Pak Sako).
Beliau terus mengekalkan keanggotaannya didalam Parti Rakyat Malaysia apabila majoriti anggota-anggota parti itu memutuskan didalam Kongresnya untuk bergabung dengan Parti Keadilan Nasional didalam Parti Keadilan Rakyat. Beliau telah dipilih menjadi Presiden PRM menggantikan Dr Syed Husin Ali yang menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.
PRM mengambil sikap tidak mahu bergabung dengan Pakatan Rakyat dan berlakulah krisis kepercayaan terhadap mereka yang mahu bergabung dengan Pakatan Rakyat. Diatas isu ini, Hassan Karim meninggalkan PRM dan menganggotai Parti Keadilan Rakyat dan kini merupakan anggota/pimpinan Parti Keadilan Rakyat yang sangat aktif di Negeri Johor, khususnya, Pontian.
Apabila saya menguhubungi beliau untuk datang berceramah di kawasan Kuala Krau, beliau menerima dengan senang hati. Diperingkat awal ini saya hanya tetapkan satu hari sahaja kehadirannya di Kuala Krau tetapi beliau menjanjikan bahawa beliau sanggup berada di Kuala Krau dan Negeri Pahang untuk beberapa hari. Insya Allah, akan saya aturkan.
Hassan Karim kini adalah seorang Peguam di Pontian, Johor dan didalam perjuangannya membela nasib peneroka-peneroka Felda, beliau telah membuat satu kertas kerja yang sangat komprehensif mengenai Felda Cahaya Baru yang mana peneroka-peneroka disana telah kehilangan status sebagai peneroka dan hilang tanah ladang masing-masing angkara kedurjanaan sebuah syarikat yang disokong oleh Kerajaan Johor kononnya untuk memajukan kawasan itu untuk tujuan perumahan dan komersial dan akhirnya pembangunan itu tidak dilaksanakan dan tanah peneroka-peneroka telah digadaikan oleh syarikat itu kepada bank-bank komersial.
HASSAN KARIM AKAN BERCERAMAH BERSAMA-SAMA YB AMIRUDIN SHARI, NAIB KETUA AMK PUSAT, YB LEONG NGAH-NGAH (DAP) DAN SDR HASSANUDDIN SALIM (PAS) DI KG KUALA MAI, KUALA KRAU PADA 25.6.10 JAM 9.00 MALAM, DAN PADA JAM 5.00 PETANGNYA, BELIAU BERSAMA-SAMA YB AMIRUDDIN AKAN MENGHADIRI MAJLIS MINUMAN PETANG DI KEDAI ARWAH TOK MANDUR, MATAU, BANDAR JENGKA, PAHANG. SEMUA PENDUDUK DAN ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR.

Tiada ulasan: