Ahad, 27 Jun 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Pakatan Rakyat Yakin Dapat Tawan N.Sembilan PRU Ke-13

Posted: 27 Jun 2010 09:48 AM PDT


Oleh Faizal Ezzany


SEREMBAN 27 Jun - Konvesyen Pakatan Rakyat yang julung kalinya diadakan di Negeri Sembilan merupakan satu wadah dalam usaha meningkatkan perhubungan antara parti di dalam gagasan itu serta memupuk semangat perjuangan tanpa batas sempadan bagi persediaan mengambil pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.


Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dalam ucapan aluannya pada perasmian konvensyen berkata tujuan ia diadakan adalah untuk mengeratkan semangat perpaduan, setiakawan dan ukhwah antara pimpinan Pakatan Rakyat dan pemimpin akar umbi yang berbilang kaum.


"Mari kita lupakan apa jua perbezaan, kita bersatu di bawah satu pakatan yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mengubah arena politik dominasi kerajaan terkini yang masih dikuasai oleh satu kaum sahaja.


"Pakatan Rakyat Negeri Sembalan kini bertambah mantap, kesederhanaan sikap pemimpin setiap parti menjadi tunjang kepada keakraban dan ini memudahkan setiap perbincangan dan mencari titik persamaan.


"Dimana-mana program rakyat, ketiga-tiga pemimpin parti akan turun bersama berganding tangan bertemu dan menyelesaikan masalah rakyat. Oleh yang demikian tidak menghairankan di mana setiap parti di dalam Pakatan Rakyat kini menerima pertambahan anggota parti secara mendadak dan ini merupakan satu perkembangan yang amat membanggakan serta mencerminkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan," kata beliau di hadapan lebih 300 perwakilan pagi tadi.


Beliau berasa yakin Pakatan Rakyat akan berjaya di dalam usaha untuk menawan mengambil alih kerajaan negeri Negeri Sembilan dan seterusnya melangkah ke Putrajaya pada pilihan raya umum nanti.


"Namun begitu, kita jangan alpa di dalam situasi sebegini pemimpin disemua parti dan peringkat harus bekerjasama dengan lebih erat lagi di dalam memenangi hati rakyat majmuk.


"Kita juga harus memastikan jentera parti sehingga ke peringkat akar umbi diperkukuhkan dan ini bukan sahaja dari segi meramaikan petugas bahkan perlu menyediakan sistem pengurusan yang baik serta sistem pentadbiran parti yang cekap," tegas Kamarul lagi.


Kamarul berharap gerak kerja pendaftaran pemilih baru dan jentera pilihan raya hendaklah diperhebatkan terutamanya kepada anggota parti yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.


Beliau juga yakin konvesyen kali ini akan terus mendapat respons yang baik dari rakyat selain memastikan hayat politik Barisan Nasional adalah yang terakhir pada kali ini.

Konvensyen PR NS: Penggulungan

Posted: 27 Jun 2010 02:14 AM PDT

YB Dato' Kamarul Baharin Abbas merakam rasa terharu atas penganjuran konvensyen pertama Pakatan Rakyat Negeri Sembilan. Beliau meluahkan rasa kecewa kerana kebanyakan perwakilan tidak menunggu hingga konvensyen tamat. Beliau menegaskan perjuangan seharusnya dilakukan bersama dan bukan ditinggalkan separuh jalan kerana perjuangan dalam politik itu tidak pernah berhenti.
YB Dato' Kamarul memberi penjelasan berkenaan isu lompat oleh beberapa Ahli Parlimen daripada PKR. Beliau menegaskan kebanyakan anggota parti yang melompat keluar ini tidak melalui proses dalam parti.
Beliau turut menegaskan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan masih utuh dan akan tetap utuh kerana tidak pernah sekalipun mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan ditangguh atas alasan tidak cukup korum. Menurut Dato' Kamarul lagi, ia telah membuktikan keutuhan persefahaman PR Negeri Sembilan.



YB Loke Siew Fook menyarankan PR NS memerlukan anjakan pradigma sebagai membentuk persefahaman yang merentasi tembok perkauman, disamping membentuk persediaan yang mantap ke arah berkerajaan. Beliau menegaskan bahawa PR Negeri Sembilan merupakan 'goverment in waiting'.
Beliau turut menekankan usaha bagi melipatgandakan pendaftaran pemilih baru sebagai gerakan perubahan di Negeri Sembilan pada masa akan datang. Hanya pemilih baru dan muda yang akan menjadi agen kepada perubahan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, sdr Zulkefly Mohamad Omar menyatakan persefahaman bersama antara PAS dan DAP telah wujud lama tetapi tidak secara jelas sebagaimana sekarang.
Beliau turut menyarankan satu 'retreat' diadakan oleh pimpinan PR Negeri Sembilan agar setiap pandangan dan cadangan yang disampaikan oleh para pembahas dibawa dalam perbincangan untuk dijadikan manifesto PR Negeri Sembilan bagi menghadapi PRU akan datang.


Hindraf Negeri Sembilan sokong kepimpinan Dato' Kamarul

Posted: 27 Jun 2010 12:38 AM PDT


Ketua Hindraf Negeri Sembilan, sdr Aridass Velu (gambar) dalam sesi perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah menyatakan sokongan beliau kepada kepimpinan YB Dato' Kamarul Baharin Abbas sebagai Pengerusi PKR negeri Sembilan.
Beliau turut menegaskan sokongan Hindraf tetap kepada Pakatan Rakyat dan sentiasa bersedia membantu jentera PR menghadapi pilihanraya. Beliau juga membidas Pengerusi BN, Najib Razak yang cuba memecah-belahkan undi kaum India melalui penubuhan Parti Makkal Sakthi. Aridass menyindir parti itu dengan menggelarnya sebagai 'Parti Makan Satay'.

Konvensyen PR NS: Pembentangan kertas kerja 3

Posted: 26 Jun 2010 09:57 PM PDT


12.55pm
Sesi pembentangan kertas kerja sosial & kemasyarakatan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, sdr Zulkefly Mohamad Omar.

Konvensyen PR NS: Pembentangan kertas kerja 2

Posted: 26 Jun 2010 09:28 PM PDT


12.25pm
Sesi pembentangan kertas kerja ekonomi oleh Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB Loke Siew Fook.

YB Loke menyatakan jika PR dapat memerintah Negeri Sembilan, pendapatan isi rumah kasar bulanan purata ditingkatkan. Menurut beliau lagi, pendapatan isi rumah rakyat negeri ini masih rendah daripada purata kebangsaan.
Beliau turut menyebut strategi pertumbuhan ekonomi iaitu;
-memacu pertumbuhan perkhidmatan sebagai penggerak utama ekonomi dengan mensasarkan menarik lebih ramai pekerja di Kuala Lumpur menetap di Negeri Sembilan.
-memantapkan sektor pembuatan dengan mementingkan industri berteknologi tinggi dan mempunyai nilai tambah yang tinggi.
-meningkatkan produktiviti pertanian dengan membuka lebih banyak ladang dan mengusahakan tanah terbiar khususnya di daerah luar bandar.

Konvensyen PR NS: Pembentangan Kertas Kerja 1

Posted: 26 Jun 2010 09:02 PM PDT


12.00pm:
Sesi pembentangan kertas kerja konvensyen telah dimulakan oleh Pengerusi PKR Negeri Sembilan, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas. Beliau telah membentangkan kertas kerja politik yang bertajuk 'Merubah Negeri Sembilan Yang Gemilang'.

Kemuncak perasmian Konvensyen PR NS

Posted: 26 Jun 2010 08:17 PM PDT

Mereda tekanan....Lagenda blues negara, Ito menyampaikan lagu 'Angin Pendamai'



Pelancaran Konvensyen PR NS



Semasa di Konvensyen PR NS

Posted: 26 Jun 2010 07:41 PM PDT


10.40am: YB Azmin Ali menyampai ucapan perasmiannya.
Dalam ucapannya, YB Azmin menyatakan Negeri Sembilan adalah negeri yang ketiga mengadakan Konvensyen PR peringkat negeri selepas Perak dan Selangor. Beliau membayangkan Negeri Sembilan telah bersedia untuk berjuang merampas negeri ini daripada BN pada PRU akan datang sekaligus membentuk kerajaan negeri.
Beliau turut menyentuh isu tender terbuka yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai suatu bentuk urus-tadbir yang lebih baik.

Semasa di Konvensyen PR NS

Posted: 26 Jun 2010 07:21 PM PDT

YB Salahudin Ayob sedang menyampaikan ucapan perasmiannya.

Dalam ucapannya beliau menegaskan Umno kini kian menjadi lebih rasist. Umno menjadi lebih kecewa setelah PAS berjaya mewujudkan Dewan Penyokong PAS. Umno kian ditolak oleh rakyat, kini sentiasa meracuni pemikiran orang-orang Melayu dengan isu-isu perkauman.

Sekitar Konvensyen PR NS

Posted: 26 Jun 2010 07:07 PM PDT

Pengerusi Sekreteriat Konvensyen, Sdr. Sabaruddin Mohd Yassim menyampai ucapan aluan

Tokoh veteran, Dr Chen Man Hin...ucapan perasmian pertama


Barisan pimpinan PR NS


YB M.Ravi & YB Aminuddin Harun



Para perwakilan yang memenuhi setiap tempat dewan

Konvensyen pertama Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah dilangsungkan dengan jayanya pagi ini. Tepat jam 9.30 pagi acara telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu negeri.
Konvensyen bertemakan 'Pakatan Menawan Negeri Sembilan' ini telah dimulakan oleh ucapan aluan Pengerusi Sekreteriat Konvensyen, Sdr Sabaruddin Mohd Yassim. Ucapan perasmian pertama dimulakan oleh Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin, diikuti oleh Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayob dan Naib Presiden PKR, YB Azmin Ali.
Sekitar 600 perwakilan yang terdiri daripada ketiga-tiga parti telah hadir memenuhi dewan konvensyen.



Tiada ulasan: