Rabu, 23 Jun 2010

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Dana Awam Jadi Mangsa Bayar Pampasan Kepada PLUS

Posted: 23 Jun 2010 05:13 PM PDT


KUALA LUMPUR 24 Jun - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan samada dana awam akan digunakan untuk membayar pampasan kepada Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengurangan kadar tol di laluan jambatan kedua yang menghubungkan Malaysia ke Singapura Rabu Selasa lalu.

Menurut beliau pengurangan kadar tol itu adalah disebabkan pengunaannya tidak mencapai tahap yang diperlukan dan terikat kepada perjanjian antara Malaysia dan Singapura.

"Saya ingin bertanya sama ada kerajaan terpaksa membayar pampasan yang tinggi kepada PLUS disebabkan pengiraan kadar tol tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian yang dimeterai antara dua kerajaan.

"Adakah kerajaan Umno-Barisan Nasional memaksa pihak konsesi supaya menurunkan harga tol dan akibatnya kerajaan perlu membayar pampasan menggunakan wang rakyat," kata beliau pada sidang media di parlimen semalam.

Menurut Tony, soalan berhubung pampasan kepada PLUS berhubung konsesi Link Kedua akan dikemukakan kepada Dewan Rakyat.

Semalam, media melaporkan Malaysia dan Singapura bersetuju mengurangkan kadar tol bagi pengguna Link Kedua sebanyak 30 peratus berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Persetujuan itu dicapai dalam perjumpaan antara Najib dan rakan sejawatan beliau dari Singapura Lee Hsien Loong di sini Selasa lepas.

Link Kedua merujuk kepada laluan jambatan yang menghubungkan Singapura dan Malaysia sepanjang 47km dari Tanjong Kupang ke Senai di Johor, dan sebuah jambatan dua tingkat yang merupakan lebuh raya dua hala tiga lorong yang menghubungkan Tanjung Kupang di Johor dan Tuas di republik itu.

Lim pertikai kenaikkan tol Jambatan P.Pinang

Posted: 23 Jun 2010 02:45 AM PDT

Lim Guan Eng hari ini mempertikaikan keputusan kerajaan persekutuan untuk menaikkan kadar tol di jambatan Pulau Pinang tetapi pada masa yang sama menurunkan kadar tol di jambatan Link Kedua yang menghubungkan Johor dengan Singapura.


Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata tindakan berkenaan tidak adil kerana diskaun diberikan di jambatan yang digunakan oleh rakyat Malaysia dan Singapura sedangkan kadar tol di jambatan yang digunakan oleh sebahagian besar rakyat negara ini dinaikkan pula.

"Kenapa dalam kes Johor, laluan yang menghubungkan dua negara, kadar tol diturunkan. Di Pulau Pinang, jambatannya menghubungkan tanah besar dengan pulau. Kedua-duanya di negara yang sama - 1 Malaysia - tetapi tol dinaikkan.

"Di Johor, pengurangan tol membawa manfaat kepada rakyat Singapura dan juga Malaysia. Di Pulau Pinang, jika tol dikurangkan, ia memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia," kata Lim yang juga ahli parlimen Bagan di lobi parlimen hari ini.

Katanya, kerajaan persekutuan perlu menepati janjinya bahawa melalui konsep 1Malaysia, kerajaan mesti berlaku adil secara menyeluruh kepada semua rakyat.

Kad
ar tol di Link Kedua itu akan dikurangkan berkuatkuasa 1 Ogos ini.

"Kami berharap kerajaan berlaku adil dan akan mempertimbangkan pengurangan kadar tol agar rakyat Pulau Pinang juga dapat menikmati faedah dan kemudahan seperti yang diberikan kepada rakyat Johor," katanya.

Beliau juga berkata adalah sesuatu yang pelik apabila kerajaan sanggup mengurangkan kadar tol di Link Kedua sedangkan jambatan berkenaan tidak menguntungkan.

Sedangkan, katanya, kos membina jambatan Pulau Pinang sudah dikutip balik, jadi sepatutnya tol perlu dikurangkan dan bukannya dinaikkan.

Tiada ulasan: