Selasa, 22 Jun 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


JI: PAS Cabar Kerajaan Dedah Bukti Di Parlimen

Posted: 22 Jun 2010 11:33 AM PDT

Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya mengeluarkan kenyataan rasmi di Dewan Rakyat dalam masa terdekat berhubung kewujudan semula gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) di beberapa universiti tempatan.

"Kami semua selaku Ahli Parlimen PAS kesal dan kami minta suatu kenyataan rasmi oleh menteri dibuat di Parlimen dalam kadar segera yang kononnya wujud JI ini yang melibatkan pelajar-pelajar IPTA kita," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mewakili Ahli Parlimen PAS pada sidang media di lobi Parlimen, pagi tadi.

Menurut beliau, dari maklum balas yang diberikan oleh universiti, KDN dalam suatu taklimat bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkaitan isu JI, pihak KDN gagal menjelaskan bukti-bukti wujudnya gerakan bawah tanah tersebut di beberapa universiti tempatan.

"Dalam satu taklimat tentang terorisme pada KPT, saya diberitahu bahawa tidak ada satu pun bukti yang kukuh tentang isu wujudnya JI ini, semuanya lebih untuk mewujudkan persepsi kononnya ada gerakan keganasan di negara kita," tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa akan wujud tangkapan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas ahli politik pembangkang dan tokoh-tokoh agama.

"Mungkin akan ada tokoh-tokoh tertentu, tokoh politik atau tokoh-tokoh agama tertentu yang akan ditangkap disebabkan isu ini (JI) dan itulah yang menjadi kebimbangan kami semua," ujar beliau.

Senada dengan beliau, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Hishammuddin turut dicabar mendedahkan di Dewan Rakyat berhubung aktiviti pihak pengganas sebenar yang mahu menyerang berhala Dewi Kuan Yin di Air Itam serta berhala Dewa Murugan di Batu Caves, sebagaimana yang beliau jelaskan kepada media massa sebelum ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa, tindakan Hishammuddin bersama-sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan itu semata-mata mencerminkan budaya politik menggila di kalangan orang-orang gila.

"Inilah yang saya panggil amalan politik menggila-gila oleh orang gila, kegilaan mereka semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat," ujar beliau sebagai menjawab tohmahan Hishammuddin sebelum ini kononnya pembangkang adalah gila kerana menganggap tujuan kerajaan mendedahkan isu JI semata-mata suatu sandiwara untuk mengelirukan rakyat.

Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta kerajaan menyelesaikan dahulu kes demonstrasi mengarak kepala lembu di Shah Alam beberapa bulan lalu.

Menurut beliau, mereka yang terbabit dalam aktiviti keganasan itu rata-ratanya didalangi oleh pemuda Umno Shah Alam sendiri.

Bagi beliau, isu JI yang digembar-gemburkan kebelakangan ini sebenarnya bertujuan untuk mewujudkan kondisi Islamphobia serta budaya takut di kalangan rakyat.

Isu tersebut, menurut dakwaan beliau lagi, merupakan persiapan Umno BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Katanya lagi, langkah memetakan lanskap politik negara dengan menimbulkan isu JI dan anti-keganasan tersebut seakan sama dengan kondisi anti-Islam yang pernah dicetuskan di Amerika Syarikat pasca tragedi perlanggaran WTC pada tahun 2001 lalu.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa di sebalik isu JI itusebenarnya didalangi oleh syarikat komunikasi penuh lantikan kerajaan, iaitu Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) yang nyata diketahui umum sebagai proksi pada Amerika Syarikat dan Zionis Israel.

Dari segi yang lain, beliau berkata, tindakan kerajaan mencipta isu JI akhirnya merugikan negara.

Ini kerana, katanya lagi, kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Hishammuddin dan Musa sudah tentu menghalang minat para pelabur asing, khususnya dari Timur Tengah untuk datang melabur di tanah air ini.

"Mereka mungkin tak sedar yang isu ini (JI) sebenarnya mengakibatkan para pelabur dari Timur Tengah tak berminat untuk melabur di dalam negara kita kononnya ada pengganas dan sebagainya," ujarnya.

Kenyataan Akhbar Parti Keadilan Rakyat Berkenaan Isu Jambatan Pulau Pinang Ke-Dua

Posted: 22 Jun 2010 06:29 AM PDT

22 Jun 2010

Pada Mac 2008, YB Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak pernah bongkar kandungan surat yang ditulis oleh Pengarah Urusan UEM Dato Ahmad Pardas Senin kepada Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Datuk Dr. Sulaiman Mahbob. Surat yang bertarikh Ogos 2007 bertajuk "Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang – Analisa Kewangan" dihantar ke Parti Keadilan Rakyat oleh seorang "whistle-blower".

Ada beberapa fakta dalam surat tersebut:

Tempoh konsesi sepanjang 45 tahun.

UEM meminta Kerajaan Pusat membekalkan Pinjaman Mudah Kerajaan (GSL)

UEM meminta pelbagai insentif setinggi RM22,872 juta dari Kerajaan termasuk Elaun Cukai Pelaburan, Bantuan Kerajaam (GG), pinjaman JBIC dan Pinjaman mudah kerajaan.

Kos pembayaran projek berjumlah RM4,068 juta.

Jangkaan pungutan tol adalah sebanyak RM7,065 juta
Kadar tol permulaan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2), kenaikan tol seterusnya hingga tamat konsesi adalah 2% setahun sehingga 2051.

Kadar tol untuk Jambatan Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2) manakala kenaikan tol seterusnya sama dengan Jambata Kedua Pulau Pinang sehingga tol maksima RM11.50 sehingga 2051 (Konsensi tamat 2018, mengapa sampai 2051?)

Tiada lagi diskaun 20% untuk kad Touch & Go

Ketua Menteri terdahulu menafikan kenyataan beliau pada masa itu. Dengan perkembangan terkini, telah mengesahkan bahawa kenyataan Sim benar. Pertaman sekali, baru-baru ini kerajaan telah cuba membatalkan diskaun Touch &; Go, tetapi di bawah tekanan rakyat, it terpaksa putar belit dan sekarang ingin membatalkan diskaun kepada warga bukan Pulau Pinang. Minggu lepas, Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa kadar tol Jambatan Kedua adalah RM9.40. Sekarang kita khuatir bahawa kerajaan pusat akan mengikut segala kehendak yang diminta oleh UEM seperti dalam surat ini.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pada saat genting di mana negara mungkin muflis, kerajaan masih belanja subsidi besar kepada syarikat kroni (sila rujuk bahagian Government Assistance). Kerajaan mengumumkan pelbagai kos pembinaan, dan kos naik mendadak setiap kali, walaupun harga bahan pembinaan telah turun. Kadar tol pula akan naik 34% dari RM7 sehingga RM9.40. Kontrak pula dirahsiakan. Semua ini harus diberhentikan serta-merta. Parti Keadilan mahu akauntabiliti dari kerajaan Pusat.

Warga Pulau Pinang tertipu kali pertama apabila kerajaan mencadangkan alignment dan rekabentuk tanpa maklum balas dari rakyat. Kemudia, kerajaam sekali lagi runding terus dengan UEM tanpa tender terbuka.

Parti Keadilan Rakyat percaya tender terbuka akan memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Tender terbuka akan membawa kepakaran, teknologi terhebat dan seterusnya mengurangkan kos secara mendadak. Walau bagaimanapun, dengan cara lama UMNO/Barisan Nasional, kroni kekal didahulukan.

Kami ingin menghentikan segala kesongsangan ini. Hari ini kami membongkar surat yang kami dapat pada tahun 2008. Surat ini tidak pernah dibongkarkan kepada umum. Surat ini surat lama, kami percaya sudah ada perkembangan terkini. Tetapi di bawah pentabiran Kerajaan BN yang tidak telus, inilah sedikit maklumat yang kita ada. Atas nama ketelusan, rakyat mempunyai hak kebebasan maklumat.

Maka, Parti KeADILan Pulau Pinang menyeru Perdana Menteri deklasifikasikan Kontrak Jambatan Pulau Pinang ke-2 dengan UEM. Rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui kandungan kontrak kerana mereka adalah pengguna jambatan setiap hari, merekalah yang akan bayar tol tersebut!

Jika gagal berbuat demikian, Parti Keadilan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk membantah kenaikan tol. Kita akan memobilisasikan rakyat Pulau Pinang untuk menghantar mesej yang jelas bahawa Rakyat Pulau Pinang inginkan Cekap, Akauntabiliti dan Telus dalam isu Jambatan Pulau Pinang.

YB Sim Tze Tzin
Ketua Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang
ADUN Pantai Jerejak

YB Yusmadi
Ahli Parlimen Balik Pulau

YB Sivarasa
Ahli Parlimen Subang

Press Statement from Parti Keadilan on Penang Second Bridge
22 June 2010

In March, 2008, YB Sim Tze Tzin revealed a letter written by UEM Managing Director Dato Ahmad Pardas Senin to Director of Economic Planning Unit of Prime Minister's Department Datuk Dr. Sulaiman Mahbob. The letter dated August 2007, titled "Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang – Analisa Kewangan" was sent to Parti Keadilan Rakyat by a whistle-blower.

There were several main points in the letter.

- Concession period 45 years.
- UEM requested the Government to provide Soft Loan (GSL) at 4%.
- UEM asked as high as RM22,872 million government assistance from the Government including Investment Tax Allowance (ITA), Government Grant, JBIC Loan and Soft Loan.
- Construction price was RM4,068 million.
- Projected Toll charges would amount to RM7,065 million
- Penang 2nd Bridge's Beginning Toll rate to be RM9.40 (Class 2) with 2% every year till end of concession 2051, to be reviewed every 5 years.
- Penang First Bridge to be adjusted together with Second Bridge to RM9.40, and eventually reached maximum toll rate of RM11.50 and continue till 2051. (In fact concession ends in 2018, why till 2051?)
- No more 20% discount for Touch & Go cards.

Former Chief Minister denied Sim's statement at that time. With recent developments, Sim's revelations have proven to be true. Recently, first came the controversial cancellation of Touch & Go discounts. Under immense public pressure, the Gov flip-flop and announced that non-Penangites will no longer enjoy the discount.

Last week, Prime Minister has confirmed that Penang Second Bridge Toll will be RM9.40, consistent with Sim's revelation. Now, we are worried that the Government will just go along with whatever proposal the UEM in this letter.

Something is not right with Penang Second Bridge Project. At a time where federal minister warned that the country would go bankrupt, huge amount of money has gone to subsidized crony companies (please refer Government Assistance section). Federal Government gave Penangites various construction costs, the construction cost keeps escalating although material prices have come down significantly, the toll rates jump 34% from RM7 to RM9.40. The terms and conditions of the contract are shrouded with secrecy. All these have to stop. Penang Parti Keadilan Rakyat demands accountability from the Federal Government.

Penangites have been short-changed for the first time when the Government proposed and selected the current alignment and design without consultation with the Rakyat. Then, the government again direct negotiated with UEM without open tender.

We believe open tender will bring the best deals for Penangites. Competitive bidding will bring the cost down significantly. Competition will also bring in the best expertise and technology to construct the bridge. Competition will benefit the Rakyat. Unfortunately, with the current Barisan Nasional usual practice, their crony companies "didahulukan".

We need to put a stop to all these corrupt practices. Today, we are revealing the document that we got in 2008. This letter has not been disclosed to public before. It is an old document, we believe there will be more recent development. Under BN administration that has never practice transparency, this is the only financial analysis we have had. In the name of transparency, the rakyat has the rights to know.

Therefore, Penang Parti Keadilan Rakyat call upon the Prime Minister to de-classified the Penang Second Bridge Toll contract between The Government of Malaysia with UEM. Penangites have the rights to know what is in for them. They are the people who will use it everyday. They are the people who pay for it for the next 40 years.

Failure to do so, Penang Parti Keadilan Rakyat will intensify our campaign to halt the Toll Hike. We will mobilize the Rakyat to tell the Prime Minister, we don't want toll hike. We want Competitive, Accountability and Transparency in Second Penang Bridge Project.

YB Sim Tze Tzin
Ketua Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang
ADUN Pantai Jerejak.

YB Yusmadi
Member of Parliament Balik Pulau

YB Sivarasa
Member Of Parliament Subang

Sime Darby=Renong II? (MEB Bakal Ulangi Kegagalan Zaman Mahathir)

Posted: 22 Jun 2010 02:23 AM PDT

Dari Merdeka Review
Oleh Neo Chee Hua

Di Malaysia, kos melebihi anggaran adalah sesuatu yang lumrah, terutamanya projek-projek besar yang melibatkan kerajaan. Kontraktor tempatan, terutamanya GLC (syarikat milik kerajaan) sering berdepan dengan keadaan kos berlebihan.

Namun demikian, mungkin Sime Darby telah biasa berurusan dengan kerajaan yang sanggup menanggung kos berlebihan, sehingga terlupa bahawa pelanggan-pelanggan asingnya bukan kerajaan Malaysia. Mereka tidak akan membiayai kos berlebihan ini. Akhirnya, Sime Darby terpaksa menanggung kos berlebihan itu sendiri.

Sime Darby yang mengalami kerugian ini menaruh harapan agar kerajaan akan menanggung kos berlebihan dalam projek Empangan Bakun, supaya tekanan kewangannya akan diringankan. Akhbar The Edge melaporkan bahawa Sime Darby, kontraktor utama projek Empangan Bakun pernah meminta kerajaan membiayai kos berlebihan sebanyak RM700 juta, malah meminta kerajaan supaya mengecualikan segala kerugian yang perlu ditanggung oleh syarikat tersebut.

Sarawak Hidro Sdn Bhd di bawah Kementerian Kewangan merupakan pemilik Empangan Bakun. Disebabkan penangguhan projek, Sarawak Hidro Sdn Bhd berhak meminta ganti rugi dari pihak kontraktor, iaitu Sime Darby yang berjumlah 20% daripada kos modal asal. Selain itu, menurut perjanjian, Sarawak Hidro Sdn Bhd juga berhak meminta Sime Darby membiayai pampasan untuk bahagian elektronik dan kejenteraan.

Sejarah berulang

Jikalau diimbas kembali sejarah Malaysia, Sime Darby bukanlah kes pertama. Penswastaan (privatisation) dan pensyarikatan Malaysia (Malaysia Incorporated) yang disarankan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah melahirkan banyak syarikat atau badan korporat milik kerajaan.

Namun, kebanyakan syarikat ini bukan sahaja tidak berupaya untuk mencapai matlamat asal (termasuk meringgankan beban kerajaan, “menguruskan” sektor awam, meningkatkan efisiensi dan daya saing, meningkatkan kedudukan ekonomi bumiputera dan sebagainya), sebaliknya mengundang kerugian yang besar. Kerajaan terpaksa menyelamatkan (Bailout) syarikat milik kerajaan yang “terlalu besar untuk runtuh” atau “sebagai lambang kekuatan ekonomi kaum bumiputera”.

Antaranya, Renong Berhad yang ditimpa krisis pada ketika kemelut Kewangan Asia 1997/98 merupakan satu pengajaran yang baik. Jika dibuat perbandingan, kita akan mendapati banyak persamaan antara Sime Darby dengan Renong Berhad.

Renong Berhad merupakan sayap pelaburan UMNO pada zaman Mahathir, dan merupakan badan korporat yang paling berpengaruh di Malaysia. Perusahaannya merentasi pelbagai bidang, termasuk infrastruktur asas, petroleum dan gas asli, perhotelan, pembankan, hartanah, kesihatan, pengangkutan awam, telekomunikasi, media dan sebagainya. Syarikat GLC yang dikawal secara langsung atau tidak langsung termasuklah UEM Group Berhad (UEM, 37.1%), Bumiputra-Commerce Group (sekarang dikenali sebagai CIMB, 18.3%), Faber Group Berhad (Faber, 60%), Time Engineering Berhad (Time Eng, 46.8%), Park May (50.1%), PLUS, PUTRA LRT, CIMA dan lain-lain lagi.

Namun, Krisis Kewangan Asia dengan mudah memusnahkan Renong Berhad, mendedahkan faktor-faktor kegagalan badan korporat yang berkelihatan kukuh di luar tetapi sebenarnya rapuh di dalam – kerenah birokrasi, struktur operasi yang kurang telus, dan campur tangan parti politik. Kesemua ini menyebabkan penyelewengan dalam pentadbiran, kronisme, rasuah yang semakin berleluasa.

Lebih-lebih lagi, bank-bank berkaitan kerajaan menawarkan pinjaman kewangan berfaedah rendah tanpa batasan, menjurus kepada masalah moral, dan seterusnya menjadikan badan korporat besar itu sering berhutang untuk memperluaskan projek-projek yang kurang praktikal (kebanyakannya berorientasikan politik dan bukan keuntungan). Akhirnya, Renong Berhad terjerat ke dalam krisis muflis lantaran daripada kemelut ekonomi dan penyekatan dalam pinjaman bank.

RM20 bilion untuk selamatkan Renong Berhad

Laporan penyelidikan terhadap kes Renong Berhad dan anak syarikatnya, UEM yang dijalankan oleh Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) menunjukkan bahawa Renong Berhad dan UEM sebelum rombakan telah menanggung hutang sebanyak RM20 bilion, dianggarkan mencakupi 5% daripada pinjaman dalam sistem pembankan Malaysia. Hutang yang besar ini dipinjam dari bank-bank pelaburan asing dan pemiutang asing.

Akhirnya, kerajaan Mahathir (gambar kiri) telah menubuhkan Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat (Corporate Debt Restructuring Committee) menerusi Bank Negara untuk menyelamatkan kedua-dua badan korporat yang hampir bankrap. Tindakan yang diambil termasuk memberikan khidmat nasihat kepada pemiutang kedua-dua badan korporat ini dalam penyelesaian hutang, untuk mengelakkan aset badan-badan korporat tersebut dijual dengan harga yang rendah, dan memberi impak yang besar kepada sistem pembankan.

Antaranya, hutang dengan jaminan dan tanpa jaminan yang ditanggung Renong Berhad dalam penyelesaian ini masing-masing mencatat RM2.545 bilion dan RM3.16 bilion. UEM pula mencatat RM2.962 bilion dan RM179 juta masing-masing. Jumlah hutang keseluruhan kedua-dua syarikat ini adalah RM8.846 bilion.

Dalam penyelesaian hutang ini, kerajaan Mahathir telah menggadaikan syarikat konsesi lebuhraya yang paling bernilai, iaitu PLUS Expressways Berhad. Menerusi jualan bon, PLUS memperolehi modal untuk menanggung 50% daripada hutang pemiutang. 50% hutang yang lain dijelaskan secara tunai. Antaranya, Renong Berhad memperolehi RM5.4 bilion daripada PLUS, dan PLUS juga meminjamkan tunai sebanyak RM2.96 bilion untuk membantu UEM menjelaskan hutangnya (kecuali hutang tanpa jaminan yang bernilai RM179 juta).

Rancangan penstrukturan semula hutang Renong Berhad sebanyak RM13 bilion ini berjalan perlahan, maka kerajaan akhirnya mengambil alih UEM menerusi Khazanah Nasional, sayap pelaburannya dengan RM3.8 bilion. Dengan ini, kerajaan dapat mengawal Renong Berhad dan menyelesaikan krisis hutang badan korporat ini dengan lebih pantas.

“Selamatkan GLC” berulang

Selain daripada Renong Berhad, kerajaan Malaysia juga berusaha untuk menyelamatkan syarikat GLC dalam rantaian industri otomobil dan jaringan bekalan tenaga. Usaha ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban yang besar. Antaranya, tekad kerajaan Mahathir untuk membina rangkaian industri otomobil (pembekal aksesori otomotif) menerusi promosi kereta Proton pada tahun 1985, seterusnya melahirkan usahawan dan kelas pertengahan bumiputera.

Namun demikian, untuk menyokong and menyelamatkan industri otomobil Proton, kerajaan telah menggunakan dana Petronas sebanyak RM1 billion pada tahun 2000 untuk mengambi alih Proton yang mengalami kerugian besar, di samping meluluskan dasar perlindungan jangka masa panjang (termasuk subsidi dan cukai import).

Perlindungan terhadap Proton menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar (termasuk bayaran ganti rugi berikutan kelewatan untuk membuka pasaran otomobil dalam negara di bawah Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN). Namun demikian, jualan kereta Proton semakin merosot, menyebabkan ramai pembekal dan penghasil aksesori otomotif yang bergantung kepada Proton terpaksa mencari jalan baru dengan mengalih perusahaan mereka ke sektor lain.

Selain itu, kerajaan Mahathir berusaha membentuk satu rangkaian pembekalan tenaga menerusi penswastaan Tenaga Nasional dan Independent Power Producer (IPP). Namun demikian, beberapa tahun kebelakangan ini, pembiayaan subsidi tenaga melalui Petronas kepada Tenaga Nasional, dan perjanjian konsesi yang tidak rasional untuk menjamin keuntungan Tenaga Nasional dan IPP telah menyebabkan penjanaan tenaga elektrik yang berlebihan sebanyak 40%.

Setelah menyaksikan kegagalan GLC yang “besar itu indah”, dari Renong Berhad, Proton, Tenaga Nasional sehinggalah Sime Darby, Perdana Menteri Najib Abdul Razak tetap ghairah dengan “besar itu indah”, membentuk syarikat-syarikat besar tersenarai untuk menarik pelaburan asing. Beliau telah mengabaikan faktor-faktor kegagalan syarikat GLC. Isu Sime Darby hanyalah detik permulaan, rancangan penswastaan dan pensyarikatan Malaysia yang dijalankan di bawah Model Ekonomi Baru (MEB) kerajaan Najib bakal mengulangi jejak kegagalan kerajaan Mahathir.

Altantuya: Menteri Enggan Sahkan Pembabitan Pegawai Najib

Posted: 22 Jun 2010 02:17 AM PDT

Dari TVSelangor

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berkata bekas pegawai khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar tidak terbabit dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya," katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah.

Sivarasa meminta Hishamuddin menyatakan adakah benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta Proton berwarna biru yang sampai di hadapan rumah Razak Baginda pada malam 19 Oktober 2006.

Jawapan yang dikemukakan di Dewan Rakyat hari ini bagaimanapun tidak menjawap benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta yang berada di hadapan rumah Razak.

Bercakap kepada pemberita di luar Dewan Rakyat, Sivarasa melahirkan rasa dukacitanya yang kerajaan memilih untuk tidak menjawap soalan yang dikemukakannya.

“Jawapan yang diberikan tidak menyatakan sama ada Nasir berada di kereta itu ataupun tidak tetapi sebaliknya menceritakan perkara lain," katanya.

Tiada ulasan: