Selasa, 22 Jun 2010

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


ROMBAKAN DALAMAN PKR UNTUK MEMPERKUKUHKAN PARTI

Posted: 22 Jun 2010 12:42 AM PDT

PKR dijangka membuat beberapa perubahan pada barisan kepimpinannya dalam satu rombakan yang mungkin diumumkan hujung minggu ini.

Beberapa ketua perhubungan dan ketua biro parti dijangka diganti manakala beberapa lantikan baru akan mengisi jawatan majlis tertinggi, badan pembuat keputusan parti.

"Terdapat beberapa perubahan kecil yang akan diumumkan kemudian oleh kepimpinan parti," Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Bernama.

Saifuddin berkata parti itu dijangka mengumumkan rombakan tersebut selepas mengadakan permukiman di sebuah hotel di Shah Alam hujung minggu ini.

Terdapat spekulasi bahawa dua bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Chua Jui Meng, yang merupakan anggota majlis pimpinan pusat, akan diberi peranan lebih besar.

Zaid kini mengetuai sekretariat pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS manakala Chua menganggotai biro politik parti.

Terdapat desas-desus bahawa ketua komunikasi parti Jonson Chong akan diganti dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga setiausaha politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Nota :
Selepas Kongres Nasional, kebiasaanya parti akan membuat beberapa rombakan bagi memperkukuhkan parti. Justeru, jika ada pimpinan yang akan diketepikan maka diharap janganlah berkecil hati dan bertindak keluar parti. Sebaliknya pimpinan yang diketepikan perlu muhasabah dan menilai diri sendiri. Sejauh manakah kita sebagai pemimpin mampu memberi kejayaan dan dapat memberi sumbangan kepada parti...??

INGAT PESANAN INI WAHAI AMK GELANG PATAH

Posted: 22 Jun 2010 12:22 AM PDT

Anda tahu cara mana anda mahu bertindak... Yang pasti jangan melanggar undang2. Jika sebelum ini ceramah PKR di Gelang Patah tidak mendapat permit jika ceramah tersebut diadakan diluar premis PKR dengan alasan ceramah politik perlu diadakan di kawasan premis parti... Pada 24hb ini akan diadakan ceramah di SOBB, Skudai. Jika ceramah tersebut di luar premis, maka kita wajar membuat bantahan dan menuntut agar polis bertindak adil...

Malaysiakini : SRIKANDI PKR MELEBARKAN SAYAP

Posted: 21 Jun 2010 11:54 PM PDT

Srikandi PKR semakin melebar sayap dalam meraih sokongan pengundi muda khususnya golongan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail berkata kerancakan kempen Srikandi mendorong mereka menembusi 40 peratus IPT termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UiTM).

Lebih manis lagi, kejayaan ini datang ketika pergerakan Puteri Umno dilanda bibit-bibit perpecahan walaupun ia cuba diselindung ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Rosnah dipercayai terpaksa membuat kenyataan media kononnya tiada masalah kepimpinan melanda Puteri Umno berikutan desas desus mengenai kegagalan pergerakan itu menggamit sokongan pengundi muda, bukan rahsia lagi.

"Sebenarnya Puteri Umno sedang mengalami permasalahan yang ketara. Kita lihat di peringkat negeri pun, pengaruh mereka semakin menurun akibat sikap pemimpin mereka yang mengamalkan standard tertentu." katanya.

Siti Aishah menyifatkan kebanyakan pemimpin dan ahli Puteri Umno yang mengejar populariti dan menonjolkan imej elitis di kalangan rakyat marhaen.

Ini menyebabkan Puteri Umno tidak popular di kalangan rakyat dan kini, tidak lagi kedengaran program melibatkan mereka.

"Punca utama kelemahan mereka ialah kerana mereka dilihat sebagai satu golongan elit yang hanya mengejar populariti - itu yang menyebabkan mereka gagal mendampingi pengundi muda.

"Kita melihat Puteri Umno hampir 100 peratus mendiamkan diri dan tidak pun memberikan pandangan atau idea-idea yang bernas bagi membantu golongan generasi muda," katanya.

Sebaliknya, Srikandi PKR bersungguh-sungguh menawan hati rakyat hingga mampu menambat keyakinan pengundi muda, lebih-lebih lagi golongan terpelajar.

"Kita berjaya menembusi hampir 40 peratus universiti di Malaysia termasuk UiTM dan UIA. Bukan bergantung kepada mahasiswa mencari kita di luar tetapi kita sudah mampu masuk sendiri melalui gerakan yang kita bina," katanya.

Nota:

PKR Johor juga tidak ketinggalan untuk menubuhkan Srikandi PKR di peringkat negeri. Cabang Gelang Patah juga sedang mengenal pasti beberapa nama untuk di ketengahkan sebagai Ketua Srikandi PKR Cabang Gelang Patah. Kami menerima banyak pertanyaan mengenai Srikandi PKR selepas berakhirnya Kongres Nasional di Kelantan baru2 ini. Insya-ALLAH, dengan lahirnya Srikandi PKR di negeri Johor nanti akan dapat memantapkan lagi PKR di negeri ini. Apakah benar beberapa cawangan Puteri Umno di Gelang Patah juga mula goyang...????

Tiada ulasan: