Rabu, 23 Jun 2010

Angkatan Muda Keadilan Melaka

Angkatan Muda Keadilan Melaka


Pengganas JI: PAS jangka tangkapan ISA - Malaysiakini

Posted: 22 Jun 2010 05:11 PM PDT

PAS hari ini tidak menolak kemungkinan bahawa akan wujud tangkapan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas ahli politik pembangkang dan tokoh-tokoh agama, berhubung kewujudan semula gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) di beberapa universiti tempatan.

"Mungkin akan ada tokoh-tokoh tertentu, tokoh politik atau tokoh-tokoh agama tertentu yang akan ditangkap disebabkan isu ini (JI) dan itulah yang menjadi kebimbangan kami semua," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Sehubungan itu ahli parlimen Kubang Kerian itu, menggesa kerajaan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

Katanya, jika gagal berbuat demikian, PAS akan mendedahkan dalil bahawa kerajaan sebenarnya berbohong.

"Kami semua selaku ahli parlimen PAS kesal dan kami minta suatu kenyataan rasmi oleh menteri dibuat di Parlimen pada kadar segera yang kononnya wujud JI ini yang melibatkan pelajar-pelajar IPTA kita," katanya di lobi parlimen, pagi ini.

Menurut beliau berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh universiti, pihak kementerian dalam negeri gagal menjelaskan bukti-bukti wujudnya gerakan bawah tanah tersebut di beberapa universiti tempatan.

"Dalam satu taklimat tentang terorisme pada kementerian pengajian tinggi, saya diberitahu bahawa tidak ada satu pun bukti yang kukuh tentang isu wujudnya JI ini, semuanya lebih untuk mewujudkan persepsi kononnya ada gerakan keganasan di negara kita," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan di Dewan Rakyat berhubung aktiviti pihak pengganas sebenar yang mahu menyerang kuil Dewi Kuan Yin di Air Itam serta berhala Dewa Murugan di Batu Caves, sebagaimana yang dijelaskan kepada media massa sebelum ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena mendakwa, tindakan Hishammuddin bersama-sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan itu semata-mata bagi mengalihkan pandangan rakyat daripada isu sebenar yang dihadapi negara.

"Inilah yang saya panggil amalan politik menggila-gila oleh orang gila, kegilaan mereka semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat," kata Mahfuz.

Bercakap pada sidang media yang sama, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta kerajaan menyelesaikan dahulu kes demonstrasi mengarak kepala lembu di Shah Alam beberapa bulan lalu.

Harakah Daily memetik beliau sebagai berkata mereka yang terbabit dalam keganasan itu rata-ratanya didalangi oleh pemuda Umno Shah Alam sendiri.

Bagi Khalid, isu JI yang digembar-gemburkan kebelakangan ini sebenarnya bertujuan untuk mewujudkan keadaan takut kepada Islam atau Islamphobia serta budaya takut di kalangan rakyat.

Isu tersebut, menurut dakwaan beliau lagi, merupakan persiapan Umno BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.

Katanya lagi, langkah memetakan lanskap politik negara dengan menimbulkan isu JI dan anti-keganasan tersebut seakan sama dengan kondisi anti-Islam yang pernah dicetuskan di Amerika Syarikat pasca tragedi perlanggaran WTC pada tahun 2001 lalu.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa di sebalik isu JI itu sebenarnya didalangi oleh syarikat komunikasi penuh lantikan kerajaan, iaitu firma perunding antarabangsa APCO Worldwide.

"Mereka mungkin tak sedar yang isu ini (JI) sebenarnya mengakibatkan para pelabur dari Timur Tengah tak berminat untuk melabur di dalam negara kita kononnya ada pengganas dan sebagainya," katanya.

Malaysiakini

Mindef: Kontrak Scorpene bernilai RM6.7 bilion - Malaysiakini

Posted: 22 Jun 2010 05:09 PM PDT

Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun.

"Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat," kata Zahid.

Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bayaran untuk "penyelarasan dan perkhidmatan bantuan" yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak 969.15 juta euro (RM4.85 billion).

Chua dalam soalannya juga meminta menteri menteri pertahanan memberikan butiran perbelanjaan perbelanjaan kerajaan membeli dua kapal selam Scorpene dan juga butiran pembelian peluru berpandu kapal selam dari Itali dan Perancis.

Menjawab soalan kedua itu, Zahid mendedahkan kerajaan membayar 219.265 juta euro (RM1.1 bilion) for peluru berpandu berkenaan yang dijangka akan dibekalkan menjelang tahun 2013.

Malaysiakini

Tiada ulasan: