Jumaat, 18 Jun 2010

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


KES LIWAT : DS ANWAR HAMPIRI SUNGAI BULUH

Posted: 18 Jun 2010 04:00 AM PDT

Semakin jelas kelihatan "Konspirasi" peringkat tertinggi dalam perbicaraan Kes Liwat II yang melibatkan DS Anwar Ibrahim bahkan harapan rakyat untuk melihat satu perbicaraan yang adil dan saksama terhadap kes liwat II ini nampaknya tidak mungkin menjadi kenyataan. Sedari awal perbicaraan kita melihat hakim seolah-olah menjadi peguam bela kepada Saifool. Dan jika ianya berterusan maka kita hanya mampu berserah kepada takdir .
Ini terbukti apabila segala barang/bukti kes yang diperlukan oleh barisan peguam DS Anwar untuk membela nasibnya itu semuanya dihalang oleh hakim yang arif lagi bijaksana. Bermula dengan laporan polis Saifool, kemudian sample serta salinan dokumen bahan bukti, nama-nama saksi dan yang terkini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan DS Anwar untuk mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang dibuat terhadap Saiful dulu. Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata tidak ada peruntukan atau asas undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan.
Selain itu, peguam-peguam DS Anwar juga dihalang untuk mendapatkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual terhadap kes seperti itu. Malah pihak pembelaan juga mungkin dihalang untuk mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful iaitu Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.
Halangan tersebut dilihat sebagai usaha memungkinkan pakar forensik dari Australia yang dibawa khas oleh pihak DS Anwar untuk membuat rumusan berdasarkan laporan perubatan tersebut. Namun kehadiran pakar forensik tersebut mungkin sia2 apabila hakim tidak membenarkan beliau dibekalkan dengan laporan2 perubatan terhadap Saifool.
Tidak keterlaluan bahawa perbicaraan ini adalah "berat sebelah" dan mungkin juga sekadar pelengkap "skrip" untuk memenjarakan DS Anwar serta menamatkan karier politik beliau kerana DS Anwar sebenarnya ditakuti dan digeruni oleh pimpinan Umno terutama Najib Razak.

PERANG POSTER "A-LONG" : PBT WAJIB LEBIH BERTANGGUNGJAWAB

Posted: 18 Jun 2010 03:07 AM PDT





PBT/MPJBT telah menjalankan tugas mereka "memerangi poster A-LONG, bukan memerangi kegiatan A-LONG" dengan cukup efisyen. Disebabkan A-long semakin menjadi-jadi, MPJBT telah menubuhkan Skuad Khas mereka untuk memerangi "poster2 A-long" namun sikap dan tanggungjawab Skuad Elit Khas ini umpama sekadar "janji buat kerja" apabila poster2 yang mereka "perangi" dibiarkan bersepah di tepi2 jalan atau dihadapan rumah2 bahkan ada poster2 yang "diperangi" oleh mereka ini dibiarkan bergantungan dalam keadaan menyemakkan mata memandang. Penduduk dipaksa membayar perkhidmatan atau cukai itu dan ini namun jika begini sikap dan tanggungjawap PBT, perkhidmatan atau cukai yang dibayar oleh rakyat tidak bermakna sama sekali.
Ini pula isu kutipan sampah, di sesetengah taman pusingan kutipan sampah yang sepatutnya 3 kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu dan Jumaat namun jadual itu telah diubah kepada 2 kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Jumaat berikutan kontraktor bertanggungjawab kekurangan lori sampah dan yang menerima musibah adalah rakyat. Penduduk terpaksa menghidu bau busuk apabila sampah tidak dikutip mengikut jadual sehinggakan mengundang lalat dan berulat. Ia boleh mendatangkan penyakit kepada penduduk.
Dimanakah sikap dan tanggungjawab mereka bahkan ahli majlis yang dilantik sekadar "makan gaji buta" apabila gagal memainkan peranan.

PERTEMUAN DENGAN DATUK CHUA JUI MENG

Posted: 17 Jun 2010 06:48 PM PDT

Perjumpaan PKR Selatan dengan Datuk Chua Jui Meng pada 15 Jun lalu mendapat sambutan yang cukup baik. 6 Cabang yang turut serta dalam pertemuan itu ialah Cabang Gelang Patah, Cabang Pulai, Cabang Johor Bahru, Cabang Tebrau, Cabang Pasir Gudang dan Cabang Pengerang.
Datuk Chua menerangakan bahawa penarikan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran "Datuk" oleh DYMM Sultan Johor baru2 ini adalah bersifat biasa dan ianya merupakan hak baginda. Namun agak terkilan kerana tidak diterangkan sebab musabab penarikan darjah kebesaran tersebut. Beliau menerangkan bahawa Darjah Kebesaran tersebut dianugerahkan oleh Almarhum Sultan Iskandar ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kesihatan kerana banyak membawa perubahan terhadap perkhidmatan kesihatan terutama di negeri Johor. Hospital Sultanah Fatimah, Muar yang sudah dinaiktarafkan sebagai Hospital Pakar Kerajaan antara usaha Datuk Chua semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan.
Jika isu penderhakaan merupakan sebab penarikan darjah kebesaran tersebut, beliau menerangkan bahawa tiada apa yang beliau lakukan di negeri Johor ini sehinggakan baginda murka. Beliau tidak menjual tanah rezab melayu seperti mana dilakukan oleh pemimpin Umno, beliau juga tidak terlibat dalam penjualan pasir, beliau tidak terlibat dalam skandal sex bahkan beliau tidak pernah melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara. Namun jika penarikan darjah kebesaran tersebut disebabkan beliau menyertai PKR, beliau rela melepaskannya demi untuk perjuangan menegakkan keadilan dan membela hak rakyat.
Semasa sesi soaljawab, seorang perwakilan menyatakan kekhuatiran jika penarikan darjah kebesaran terhadap Datuk Chua ada hubung kaitnya dengan Umno. Jika perkara ini benar berlaku maka PKR atau Pakatan Rakyat mesti berkerja lebih keras lagi jika mahu menawan negeri Johor. Pakatan Rakyat mesti menang dengan majoriti 2/3 kerusi DUN Johor jika tidak kekalutan politik di Perak bakal berlaku di Johor seandainya Pakatan Rakyat menang dengan majoriti tipis/mudah dalam PRU akan datang.
Cabaran lebih besar dan getir sebenarnya menanti Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Negeri Johor namun jika usaha gigih dilakukan dengan semangat setiakawan dan kerjasama yang tinggi, tidak mustahil ianya akan menghasilkan kemenangan yang cukup bermakna.
PKR bukan sahaja berdepan dengan cabaran Umno/BN, namun cabaran dari dalaman parti juga menjadi salah satu lagi cabaran yang wajar dihadapi oleh setiap kepimpinan PKR samada di peringkat Pusat, Negeri, Cabang mahupun Ranting. Setiap kepimpinan perlu lebih bertanggungjawab terhadap organisasinya dan bukan mahu meruntuhkannya. Memperkukuhkan organisasi serta teguran2 yang membawa kebaikan kepada kemantapan organisasi perlu menjadi iltizam setiap kepimpinan. Kepimpinan juga bersedia untuk ditegur dan dikritik demi mematangkan pemikiran "politik" dan anggaplah kita sebenarnya masih mentah dalam berpolitik. Tiada yang lama dan tiada yang baru, kita saling memerlukan antara satu sama lain. Mungkin inilah yang dikatakan oleh DS Anwar... "Kalau Takut Dengan Risiko Usah Bicara Soal Perjuang......"

Tiada ulasan: