Selasa, 29 Jun 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


UMNO Terdesak Bakar Akhbar

Posted: 29 Jun 2010 08:28 PM PDT


SRI MUDA - Tindakan UMNO Bahagian Kota Raja membakar akhbar Suara Keadilan adalah perbuatan terdesak parti itu untuk meraih kembali sokongan rakyat khususnya disini.

Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja, Shuhaimi Shafie berkata, UMNO sebenarnya cuba mencari publisiti murahan dengan tindakan berkenaan dan rakyat boleh menilai sejauh mana pemikiran pemimpin parti itu kini.

Menurutnya, tindakan beberapa perwakilan dan pemimpin UMNO yang menyerang Pakatan Rakyat (PR) di Kota Raja juga agak menghairankan kerana ucapan pemimpin parti juga didakwa menghentam wakil rakyat dan ahli parlimen disitu secara agresif.

"Tindakan membakar akhbar itu adalah perbuatan biadab dan tidak matang dalam berpolitik serta ingin mengalih perhatian rakyat terhadap kelemahan mereka (UMNO)."

"PR tidak akan melayan karenah mereka yang cetek pemikiran kerana kita lebih menumpukan agenda PR yang ingin mewujudkan kesejahteraan khususnya kepada warga Kota Raja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama pemimpin PR dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja berhubung tindakan UMNO itu di pejabatnya, disini.

Shuhaimi berkata, pihaknya akan membuat kejutan dengan beberapa pendedahan berhubung penyelewengan tanah membabitkan beberapa pemimpin UMNO termasuk sayap parti itu kelak.

Menurutnya, penyelewengan itu didakwa berlaku di Taman Sri Muda, Kota Kemuning dan beberapa lokasi dalam kawasan kota Raja ketika beberapa pemimpin parti itu menjawat jawatan ahli majlis satu ketika dulu.

Sementara itu, Ketua AMK Kota Raja Azmizam Zaman Huri berkata, tindakan UMNO itu secara tidak langsung menguatkan lagi jentera parti PR untuk mempertahankan Kota Raja pada pilihanraya umum akan datang.

Menurutnya, beliau percaya, rakyat kini makin selesa dengan agenda dan perjuangan PR serta tidak mahu bersekongkol dengan politik murahan UMNO yang hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja.

"Sebelum ini, UMNO Bahagian Kota Raja mengadakan majlis membakar Suara Keadilan yang terbaru berikutan laporannya mendakwa Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) bankrap."

Majlis yang diketuai oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam diadakan di perkarangan Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan turut disertai pemimpin serta ahli UMNO pada mesyuarat perwakilan parti itu Ahad lalu.

Sumber: Sunar Harian, S20 - Rabu 30 Jun 2010.

Tiada ulasan: