Jumaat, 25 Jun 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kursus Matrikulasi Merugikan Orang Melayu

Posted: 24 Jun 2010 09:20 PM PDT


MATRIKULASI sebenarnya merugikan orang Melayu lantaran ramai yang menempuh tempoh pengajian selama satu hingga dua tahun yang dianggap sia-sia kerana akhirnya tidak berjaya mendapat tempat dalam kursus yang dikehendaki. Majikan ketika ini lebih gemar memilih pekerja yang mempunyai kemahiran khusus serta lebih fokus

*******************************
Bazir masa dua tahun jika gagal ikuti kursus diminati

Berita Harian 25 Jun 2010

MATRIKULASI sebenarnya merugikan orang Melayu lantaran ramai yang menempuh tempoh pengajian selama satu hingga dua tahun yang dianggap sia-sia kerana akhirnya tidak berjaya mendapat tempat dalam kursus yang dikehendaki, sedangkan mereka adalah kumpulan pelajar berpotensi dan cemerlang pada peringkat SPM.

Itu antara pandangan yang dilontarkan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim, ketika diminta mengulas mengenai senario kedudukan pelajar matrikulasi terutama membabitkan pelajar Bumiputera.

Kata beliau, majikan ketika ini lebih gemar memilih pekerja yang mempunyai kemahiran khusus serta lebih fokus. "Secara perhitungan kasar, pelajar yang gagal peringkat matrikulasi sudah membazirkan masa selama hampir dua tahun, sedangkan jika mereka mengikuti program diploma, dalam masa lima tahun, mereka sudah boleh menyelesaikan pengajian sehingga ke peringkat ijazah. Malah, ada yang boleh mendapat ijazah dalam masa empat tahun.

"Berbeza dengan pelajar matrikulasi, kebanyakan mereka terpaksa melalui tempoh pengajian hampir enam tahun untuk memiliki ijazah, sedangkan mereka pelajar cemerlang," katanya.

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang, Mohd Aedlan Nur Ahmad, berkata beliau sendiri adalah produk matrikulasi yang dikecewakan kerana tidak mendapat kursus dikehendaki meskipun kelulusannya layak untuk memasuki bidang berkenaan.

"Ketika matrikulasi saya memilih bidang biologi tetapi ditawarkan untuk kursus dalam bidang kejuruteraan. Ia menyebabkan saya terpaksa belajar semula bidang fizik. Ia membuktikan dakwaan ramai orang yang matrikulasi sebagai tiket untuk masuk ke IPT tanpa mengambil kira kursus yang diingini.

"Bagi saya, pelajar diploma lebih baik sebabnya sejak awal lagi sudah didedahkan dengan bidang kursus tertentu dan alam pengajian di IPT. Berbeza dengan pengalaman di matrikulasi, setahun di sana bagai tiada apa-apa. Saya sebenarnya cemburu melihat rakan dari program diploma.

"Mereka (pelajar diploma) nampak seakan-akan sudah menguasai banyak bidang berbanding kami yang lahir daripada program matrikulasi. Mereka juga menguasai banyak ilmu luar kelas termasuk kepemimpinan. Pendek kata, mereka lebih matang," katanya.

Bagi Mohd Aedlan, paling mengecewakan ialah sepanjang pengamatannya, hampir lebih separuh daripada pelajar di matrikulasi tidak mendapat tempat dalam jurusan yang diingini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010062420434320100624204343/Article

Amat banyak kes syariah tertangguh di N.Sembilan

Posted: 24 Jun 2010 09:10 PM PDT


Sebanyak 1,260 kes syariah di negeri ini tertunggak berikutan pelbagai masalah yang dihadapi termasuklah kekurangan tempat untuk menjalankan perbicaraan selain bilangan kakitangan. Kebanyakan kes yang tertangguh melibatkan isu kekeluargaan seperti penjagaan anak dan pembahagian harta sepencarian.

( Dengar cerita kos sambutan Hari Guru secara besar-besaran peringkat Negeri Sembilan di Padang MPS pada 26 Jun 2010 sekitar RM 1 Juta , betul ke ? Juga ada kedengaran keluhan guru dipaksa hadir , yang suami isteri guru jam 8 malam hingga 11 malam kalau anak kecil nak letak mana , Taska tak buka malam ??? Eloklah tu , bertambah menyampah para guru . Kalau 15,000 guru hadir , purata kos sekepala RM 70 dapatlah RM 1 Juta . Kasi bongkar dalam sidang DUN nanti !!! )

***********************
Utusan Malaysia 25 Jun 2010

1,260 kes syariah tertangguh di N.Sembilan

SEREMBAN 24 Jun – Sebanyak 1,260 kes syariah di negeri ini tertunggak berikutan pelbagai masalah yang dihadapi termasuklah kekurangan tempat untuk menjalankan perbicaraan selain bilangan kakitangan.

Ketua Hakim Syarie, Datuk Hussin Harun berkata, kebanyakan kes yang tertangguh melibatkan isu kekeluargaan seperti penjagaan anak dan pembahagian harta sepencarian.

"Kita melihat ia sesuatu yang perlu ditangani dengan sebaik mungkin dan pada masa yang sama kita juga secara berperingkat telah mengambil langkah perlu untuk mengatasinya.

"Antaranya menambah pegawai dan kakitangan selain hakim untuk mempercepatkan lagi proses perbicaraan dan sebagainya," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0625&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

FIFA 2010 ialah Fight Israel Free Al Aqsa

Posted: 24 Jun 2010 08:06 PM PDT




Tak tahu siapa punya idea buat poster dan t-shirt yang bertulis Fight Israel Free Al-Aqsa FIFA 2010. Ada sesiapa tahu mana boleh beli poster dan t-shirt ini. Boleh kita gunakan masa Perhimpunan Gerakan Mansuh Judi pada 3 Julai 2010 nanti di Kuala Lumpur. Ini yang dinamakan Killing Two Birds With One Stone.

Contoh versi poster di http://badarsdar.wordpress.com/2010/06/24/fight-israel-free-al-aqsa-fifa-2010/

Contoh versi t-shirt di http://www.xabcx.co.cc/2010/06/fight-israel-free-al-aqsa-fifa.html

Tiada ulasan: