Jumaat, 20 Julai 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Anwar : Ambil Alih SYABAS Elak Harga Air Naik

Posted: 20 Jul 2012 08:45 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 JULAI : Pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang diusahakan Kerajaan Negeri Selangor bertujuan mengelakkan tarif air meningkat hingga 70 peratus.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu berbeza dengan cadangan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor,Datuk Seri Noh Omar yang menawarkan air percuma melalui subsidi kepada syarikat swasta.

Beliau yang juga Penasihat Ekonomi Selangor menyifatkan air sebagai khazanah bumi yang tidak wajar dijadikan barang dagangan hingga membebankan rakyat.

"Kita tidak boleh terima syarat penswastaan Kerajaan Pusat dengan Syabas kerana kadarnya tinggi. Ia dibuat dengan tidak telus dan tanpa tender," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sempena program 'Wacana Pencerahan Bersama Pensyarah University Oxford, Dr Tariq Ramadan: Islam dan Reformasi Pemikiran Ummah' di rumahnya malam tadi.

Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan solat hajat. Dr Tariq memulakan syarahan sebaik selesai solat Isyak dan tamat kira-kira pada jam 11 malam.

Turut hadir Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty; Pengerusi Islamic Rennaisance Front, Dr Farouk Musa, selain pimpinan parti, ahli akademik dan wakil badan bukan kerajaan.

Anwar merujuk usaha delegasi kerajaan Selangor diketuai Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok mengutus surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui pada 18 Julai lalu.

Pada 18 Julai lalu, delegasi kerajaan Selangor diketuai Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok mengutus surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui bagi memaklumkan hasrat itu.

Sumber: Selangorku

Selangor Usaha Pecat CEO, Pengerusi SYABAS

Posted: 20 Jul 2012 08:30 AM PDT

Kerajaan Selangor akan mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya.

Keputusan itu diambil ekoran kedua-dua pihak itu didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri.

"Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun," kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Berikut kenyataan penuh Khalid:

Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh SYABAS.

Tujuan jawatankuasa ini untuk memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS.

Jawatankuasa ini akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi. SYABAS telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut:

1. Pengeluaran air harian bagi setiap loji air dan paras empangan;
2. Permintaan air berdasarkan bil air (metered consumption) dari Januari 2012 hingga sekarang;
3. Unjuran permintaan air yang disediakan oleh SYABAS;
4. Maklumat mengenai paras kolam utama(balancing reservoir-terminal reservoir-service reservoir);
5. Kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air ;
6. Maklumat terperinci mengenai rangkaian paip air utama termasuk kolam air hingga ke kawasan yang bermasalah termasuk NRW;
7. Punca-punca utama (micro) yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah air;
8. Cadangan penyelesaian yang dirancang oleh SYABAS ke atas masalah yang dibangkitkan; dan
9. Emergency response plan yang disediakan oleh pihak SYABAS.

Berdasarkan kepada hasil penelitian dan penyiasatan yang dibuat oleh jawatankuasa ini selama tiga hari, kerajaan negeri Selangor merumuskan bahawa:

1. Kerajaan Negeri Selangor akan mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun.

2. Kerajaan negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta.

Langkah yang diambil kerajaan Negeri ini bagi melindungi kepentingan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekalkan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

Kerajaan Selangor yakin kerajaan persekutuan tidak akan cuba menyulitkan usaha yang dirancangkan ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Sumber: Malaysiakini

Motives of the Federal Government Highly Suspicious

Posted: 20 Jul 2012 03:57 AM PDT

The Special Cabinet Committee ("SCC") that was announced by the Minister for Energy, Green Technology and Water (KeTTHA),  Datuk Peter Chin Fah Kui consists of people with  biased interests in the current water issue.

As a representative of the Selangor Pakatan Rakyat Government, attending various meetings in Putrajaya on the water restructuring issue, I know that all the members of the new SSC were present at those meetings and all the 4 members of the new SSC have at one time or another campaigned for need of Langat 2. In Oct 2011, I attended the Majlis Sumber Air Negara meeting chaired by the Deputy Prime Minister himself,  and even at this meeting they pushed and lobbied that Langat 2 be allowed to proceed.

From this we can gauge the biased stance of this committee.

The timing of the formation of this new SCC is highly questionable. The committee was only formed after the Selangor Government announced our intention to take over SYABAS. We know that by taking over SYABAS we can protect the provision and distribution of water in a responsible manner. We will not allow money to be wasted on the absurd salaries being currently paid to the Executive Chairman, Chief Executive Officer and other top management of SYABAS. We will protect the rakyat and maintain low water tariffs and free water.
 
WHO is this new special cabinet committee protecting ?

It is important to note that at that meeting in 2011, Dato Husni Sulaiman, Pengarah Jabatan Air dan Saliran Negara announced that the cabinet and Federal government had decided to return all water assets to their respective states (as per WSIA 2006).  Following this decision the water assets for Penang, Johor, Melacca, Negeri Sembilan, and Pahang have all been given back to their states except for Selangor.

So why now form a new committee just to discuss the takeover of SYABAS  by the Selangor Government. What is so different about Selangor? We request that the Federal Government be as fair to us as they have been to all the other states where the State takeover of the water assets have been completed.

YB DR A. XAVIER JAYAKUMAR
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Kerajaan Selangor Sedia Beri Pandangan Dalam Jawatankuasa Kabinet

Posted: 20 Jul 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM, 20 JUL : Kerajaan Negeri Selangor hari ini menyatakan kesediaannya untuk memberi pandangan berhubung penyelesaian krisis air yang didakwa berlaku kini sekiranya perlu menerusi Jawatankuasa Kabinet Khas yang dibentuk Kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan menghormati keputusan Kerajaan Pusat sekiranya jawatankuasa itu benar-benar berkebolehan menyelesaikan isu air.

Sebaliknya jika jawatankuasa itu gagal mencapai sebarang keputusan, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk meneruskan usaha mengambil alih pengurusan air di Selangor.

"Sesiapun yang mereka sediakan, Kerajaan Negeri merasakan tiba masanya untuk penyusunan semula industri air di Selangor dibuat. Jadi kalau kabinet berfungi atas dasar tersebut, kita boleh terima. Kalau tidak kita akan teruskan usaha untuk menguruskan penyusunan semula industri air.

"Kerajaan Negeri tiada masalah untuk berjumpa dengan mereka, malah kita boleh bawa jawatankuasa ini ke Dewan Negeri(Selangor) supaya rakyat boleh tahu isu sebenar," katanya.

Bernama semalam melaporkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet Khas untuk memantau dan menangani krisis air di Selangor.

Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, jawatankuasa itu akan mengkaji semua isu, termasuk permintaan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan cadangan Syabas untuk melaksanakan catuan air.

Jawatankuasa itu terdiri daripada dirinya sendiri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik.

Ia akan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita mengenai tindakan KeTTHA yang seolah-olah mengenepikan peranan Kerajaan Negeri dalam isu pengurusan air, Abdul Khalid dengan sinis berkata, ia adalah 'karektor' semula jadi Kerajaan Pusat.

Menurutnya, sehingga hari ini tindakan dan keputusan Kerajaan Pusat masih belum memihak kepada rakyat.

"Itulah karaktor semulajadi Kerajaan Pusat yang tidak boleh diubah. Saya lebih gembira tidak dipilih untuk menyertai jawatankuasa itu. Saya tak perlu bimbang kerana rakyat lebih berhak untuk tahu kedudukan sebenar.

"Kalau betul Kerajaan Pusat perlukan pandangan Kerajaan Negeri, maka saya akan bawa rakyat untuk nilai sendiri keberkesanan jawatankuasa ini," katanya lagi.

Sumber: Selangorku

MP Tuntut SYABAS Dedah Maklumat Berkaitan Air

Posted: 20 Jul 2012 01:30 AM PDT

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menuntut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) agar mendedahkan maklumat-maklumat penting bagi mengesahkan dakwaan wujudnya krisis air di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Beliau menuntut SYABAS mendedahkan antara lain jumlah air mentah yang keluar dari empangan dan sungai ke dalam loji rawatan bagi tempoh 1 Januari 2012 sehingga 15 Julai 2012, bacaan meter air masuk ke 33 loji rawatan air di Selangor dan bacaan meter air masuk ke sistem pengedaran air pengguna bagi tempoh yang sama.

Selain itu, beliau turut menuntut SYABAS bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mendedahkan log buku rekod air yang dipam loji rawatan bersama bil elektrik, penggunaan bahan kimia, dan bil dari Puncak Niaga, Abass dan Splash kepada SYABAS.

"Saya cabar SYABAS, kalau betul ada krisis air dedahkan maklumat ini di ruang awam," katanya.

Beliau yang turut bertindak sebagai koordinator untuk Coalition Against Water Privatisation (CAWP) menegaskan bahawa maklumat itu akan digunakan NGO itu untuk mengesahkan dakwaan SYABAS tentang krisis air.

Menurutnya, semua mereka diberikan tempoh 12 hari untuk mendedahkan maklumat itu.

Maklumat itu kemudiannya akan digunakan International Water Association dan National Water Company of Nederlands yang akan membantu SYABAS dalam perkara itu.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan krisis air yang didakwa SYABAS diragui orang ramai kerana semua perangkaan yang diberikan untuk menyokong dakwaan itu datangnya dari SYABAS tanpa disahkan pihak lain.

"Adakah kita menghadapi krisis air atau krisis air ini diolah?" tanya Charles.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa gambar empangan penuh juga bukan petunjuk tepat secara teknikal tentang bekalan air di Selangor.

"Apabila seseorang tunjukkan empangan penuh, ia tidak membawa apa-apa makna kerana ia mungkin hujan (sehari) sebelumnya," kata Charles.

Mengulas cadangan pembinaan Langat 2, Charles berkata ia dicadangkan susulan laporan air oleh National Water Resources Studies (NWRS) 2000 dan 2011.

Laporan itu katanya, disediakan Ranhill Consulting dan SMHB Sdn Bhd yang juga terlibat dalam projek runding cara air.

Tambahnya lagi, laporan itu turut menggunakan unjuran penggunaan air per kapita yang jauh lebih tinggi daripada yang sebenar.

Justeru, ia tidak tepat dan pilihan yang lebih baik adalah menaiktaraf empangan Sungai Selangor untuk menangani bekalan air yang bakal meningkat setiap tahun, katanya.


Sumber: Malaysiakini

Isu Air: Menteri Dibidas 'Kurang Keberanian Politik'

Posted: 20 Jul 2012 01:00 AM PDT

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Peter Chin dibidas kerana didakwa "kurang keberanian politik" untuk meluluskan cadangan awal kerajaan Selangor untuk menyusun semula industri air di negeri itu.

"Sejak 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan beberapa kertas cadangan kepada KeTTHA untuk menstruktur  semula industri air di Selangor secara sempurna atau pun holistik.

"Kegagalan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Peter Chin untuk memberikan persetujuan kepada cadangan Kerajaan Negeri atas sebab-sebab politik merupakan halangan kepada
penstrukturan semula ini," kata Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dalam satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga ADUN Bukit Lanjan juga berkata, keengganan Kerajaan Pusat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dalam jawatankuasa kabinet mengenai isu air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang baru ditubuhkan, "mencerminkan telatah 'partisan' dan berat sebelah mereka".

"Sudah tentu Jemaah Menteri Kerajaan Pusat faham bahawa sebarang perbincangan yang tidak melibatkan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan mencapai keputusan yang bermakna.

"Ini merupakan satu lagi contoh sikap penghalang Kerajaan Pusat: politik dan keuntungan kroni didahulukan, rakyat dibelakangkan," tegas Elizabeth.

Pembentukan panel lima anggota itu diumumkan oleh Chin semalam dan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber: Malaysiakini

Selangor Gesa Menteri Letak Jawatan, Pertikai Lantik Noh

Posted: 20 Jul 2012 12:30 AM PDT

Kerajaan Negeri Selangor meragui motif pembentukan sebuah jawatankuasa khas oleh kabinet untuk meneliti isu air  di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Ini memandangkan sudah adanya Kementerian  Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) di mana menterinya mempunyai bidang kuasa yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006), kata Exco kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar.

Jawatankuasa khas itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dianggotai  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala, Menteri; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.

"Oleh kerana kuasa yang diberi kepada menteri KeTTHA gagal digunakan untuk melaksanakan penstrukturan semula industri air di Selangor dan tidak dimasukkan dalam Jawatankuasa khas kabinet, (maka) kerajaan negeri menyeru menteri KeTTHA untuk meletak jawatan dengan segera.

"Kita juga mempertikaikan peranan Datuk Noh Omar dalam jawatankuasa khas kabinet tersebut, kerana beliau adalah menteri kerajaan persekutuan yang begitu lantang melobi untuk pembinaan Loji Langat 2.

"Sekiranya kerajaan pusat masih bertegas untuk penubuhan jawatankuasa khas ini, adalah wajar 5.7 juta pengguna air Selangor diwakili oleh Menteri Besar Selangor untuk menjaga kepentingan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan: