Sabtu, 13 Ogos 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


17 Hari Lagi Untuk Sambut Merdeka.

Posted: 13 Aug 2011 09:50 PM PDT

Sambutan Hari Merdeka pada tahun ini terasa sungguh lengangnya. Kalau di tahun lalu ada juga pemilik-pemilik kenderaan yang meletakkan bendera Malaysia di kenderaan mereka, tetapi tahun ini langsung tidak ada.

Di tahun yang lalu, kenderaan-kenderaan Komersial meletakkan bendera Malaysia, mungkin untuk cuba nak mengelakkan lori-lori mereka dari ditahan oleh JPJ dan Polis. Seorang pemandu lori berkata bahawa tahun lalu dia letak bendera Malaysia di lorinya dengan tujuan supaya tidak ditahan oleh JPJ atau Polis. Apabila ditahan oleh JPJ atau Polis, ada-ada saja kesalahan yang dicari dan akhirnya duitnya turut terbang.

Tahun ini dia tidak mahu letak bendera lagi, kerana letak atau letak, kesannya sama saja, dan tahun ini dia nak beli sedikit baju, seluar dan kasut untuk anak-anaknya, dan dia cuba sedaya upaya supaya lorinya tidak ditahan oleh JPJ atau Polis.

Semasa Parti Keadilan Nasional mula-mula ditubuhkan di Temerloh, saya selaku Pengerusi PKN Bahagian Temerloh pada waktu itu dijemput hadir ke Pejabat Daerah Temerloh untuk menyempurnakan Himpunan di Padang Besar Temerloh untuk menyambut Hari Merdeka. Saya dan beberapa orang Jawatankuasa PKN Bahagian Temerloh dengan gembiranya hadir, keran bagi saya Hari Merdeka adalah Hari untuk seluruh Rakyat Malaysia.

Didalam Perjumpaan itu, wakil dari UMNO, MCA dan MIC tidak hadir. Mungkin bagi mereka, Hari Merdeka adalah terlalu kecil dan tidak menyentuh perasaan mereka.

Setelah bermesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Temerloh, terdengar teguran kenapa Parti Keadilan Nasional dijemput hadir.

Dan selepas mesyuarat pertama itu, kami dari Parti Keadilan Nasional, tidak lagi dijemput kemesyuarat seterusnya.

Inilah hakikat sebenarnya Sambutan Hari Merdeka, baik di peringkat Pusat, Negeri atau Daerah, Himpunan itu hanyalah untuk pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang dipaksakan untuk turun dan untuk penyokong-penyokong Parti UMNO/BN.

Sambutan yang berbentuk partisan ini tidak menanamkan semangat patriotisme dikalangan penduduk, bahkan penduduk merasa meluat.

Pada ketika itu, bangunan kedai, gedung-gedung perniagaan mengibarkan jalur gemilang, kononnya sebagai tanda patriotisme mereka kepada Negara. Orang-orang kampong yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli bendera tidaklah mengibarkan bendera Malaysia dan jika diukur bahawa kibaran bendera merupakan tanda patriotisme, maka hanya orang-orang kaya sahaja yang patriotik dan rakyat biasa tidaklah patriotik.

Dengan kefahaman itu, Kerajaan telah mengadakan bendera Malaysia dengan banyak, maka di kampong-kampong terkibarlah bendera Malaysia dengan gahnya, cukup patriotik orang-orang kampong; dan nampaklah pula bahawa orang-orang kaya kurang patriotiknya.

Bendera-bendera dipasang di kenderaan-kenderaan sehingga sesetengah kenderaan itu pasang hingga 10 bendera. Itulah kesannya dari bendera yang diberikan secara percuma. Tetapi apabila tidak ada bendera percuma maka tidak adalah kenderaan-kenderaan nak membeli sendiri dan memasang bendera di kenderaan masing-masing.

Ini bererti bahawa semangat patriotisme rakyat Malaysia hanyalah bergantung kepada pemberian bendera secara percuma.

Oleh kerana kesan dari sikap Kerajaan yang tidak mahu melibatkan parti-parti pembangkang didalam majlis-majlis sambutan Merdeka, maka parti-parti pembangkang melaksanakan sambutan Hari Merdeka dengan cara mereka sendiri.

Dua tahun lepas Parti Keadilan Rakyat telah menyerahkan ribuan bendera kepada ahli-ahlinya di kampong-kampong, maka amatlah janggal bahawa Pembangkang menyambut Hari Merdeka dengan kemeriahan memasang bendera, manakala UMNO/BN tidak memasang bendera.

Saya pernah berada di Indonesia sewaktu Negara itu menyambut Hari Merdeka. Hebat, hebat. Semua rumah, semua kenderaan, semua gedung perniagaan, semua kedai, semua jabatan kerajaan, jalan-jalan raya dipasang dengan Bendera Indonesia, bukan Kerajaan yang memasang, bukan parti-parti Kerajaan yang memasang tetapi dipasang oleh rakyat biasa. Semua parti politik dan organisasi massa terlibat memeriahkan sambutan Hari Merdeka. Itulah mungkin kesan daripada perjuangan berdarah rakyat Indonesia mencapai Kemerdekaan.

Kesunyian bendera-bendera Malaysia kali ini membayangkan bahawa UMNO/BN sudah tidak bermaya lagi dan orang ramai sudah menolak UMNO/BN dan UMNO/BN tidak lagi dapat mempertahankan patriotisme rakyat Malaysia.

Iftar Ramadhan anjuran Task Force Felda Negeri Selangor dan Biro Masyarakat Peneroka Felda dan Orang Asal

Posted: 13 Aug 2011 06:40 PM PDT












Iftar Ramadhan anjuran Task Force Felda Selangor dan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat berjaya diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam pada 13hb Ogos 2011. Bermula dari jam 6.00 petang dan berakhir dengan Solat Terawih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan