Jumaat, 12 Ogos 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Rumah anggota PKR di Matau hangus dijilat api

Posted: 12 Aug 2011 04:01 AM PDT

Suhaimi Said menyampaikan sumbangan derma peribadi dari Dr Syed Husin Ali
Suami isteri ini tinggal sehelai sepinggang
Inilah apa yang tinggal di rumah yang terbakar itu
Semua kayu alang juga turut terbakar
Api dari ruang ini berpunca dari obat nyamuk yang ditinggalkan tanpa dipadamkan

Mat Dollah, 62, bersama isterinya Siah Che Wil 56 tinggal sehelai sepinggang apabila rumahnya dijilat api seawal jam 9.00 pagi pada 8hb Ogos yang lalu. Mat Dollah, seorang yang menderita penyakit asma, tinggal berseorangan apabila mula terhidu asap dari bilik sebelah, iaitu bilik tidur isterinya, Siah Che Wil.

Dalam seketika itu api sudah menjilat keseluruhan rumahnya memakan semua serba sedikit harta yang mereka sekeluarga itu ada.

"Tidak ada apa yang dapat diselamatkan," kata Mat Dollah kepada saya dengan linangan air mata. Beliau hanya dapat menolak keluar motosikalnya, dan itu sajalah yang selamat. Tilam, katil, kain baju, dan alat-alat memasak dan pinggan mangkuk habis musnah. Dan yang paling bernilai adalah wang tunai sebanyak RM5000.00 yang suami isteri itu simpan sedikit demi sedikit.

Mat Dollah dan isterinya Siah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat kerana sanggup menghulurkan bantuan.

Selaku Ketua PKR Cabang Kuala Krau saya merayu anggota-anggota parti memberikan apa juga sumbangan yang termampu termasuk barang-barang makanan, pakaian, dan alat-alat dapur dan wang tunai kepada keluarga Mat Dollah. Dan untuk makluman Mat Dollah adalah penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat.

Sebarang sumbangan bolehlah disampaikan melalui saya, Suhaimi Said, F.128 Tkt 1, Jalan Tengku Ismail, 28000 Temerloh, Pahang hp: 0199321260.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan