Selasa, 9 Ogos 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Indonesia buat kenderaan tempur 4X4 pula

Posted: 08 Aug 2011 11:04 PM PDT



Nampaknya jiran kita Indonesia jauh meninggalkan Malaysia dalam industri pertahanan. Mungkin Malaysia hanya mampu import peralatan tentera yang canggih dan berharga berbillion ringgit. Setelah projek jet tempur generasi baru dan kapal selam, kini Indonesia mahu buat kenderaan tempur 4X4 macam Humvee.

Kisah kehebatan industri pertahanan Indonesia yang mengeluarkan kapal selam, bot selam, jet pejuang generasi baru, hoverkraf, kereta perisai, kapal terbang, helikopter, kapal peronda, senapang tempur , roket sendiri pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/08/indonesia-buat-kapal-selam-tahun-2012.html


TNI CIPTAKAN PROTOTIPE KENDARAAN TAKTIS 4 X 4
Senin, 8 Agustus 2011

Jakarta (ANTARA News) - Tentara Nasional Indonesia berhasil menciptakan prototipe kendaraan taktis dengan tenaga penggerak empat roda 4x4, untuk dikembangkan dan digunakan mendukung tugas pokok TNI.

Kepala Subdinas Materiil Utama (Kasubdismatut) Dinas Penelitian dan Pengembangan TNI AD (Dislitbangad) Kolonel Kav Rihananto selaku Kepala Pelaksana Kegiatan (Kalakgiat) Rantis 4 x 4 TNI menyerahkan prototipe itu kepada Panglima TNI Laksamana TNI Agus Suhartono di Jakarta, Senin.

Ia mengatakan kendaraan tersebut dapat digunakan di medan yang berat seperti tanjakan terjal, jalan licin ataupun jalan yang berlumpur.

"Beberapa negara telah mengadopsi kendaraan taktis 4 x 4 untuk kepentingan militernya seperti AS (HUMVEE), Italia (IVECO), China (DongFeng Hummvee), Spanyol (EURO VAMTAC), Brazil (AV-VB4 RE 4 x 4 GUARA), Peancis (SHERPA) dan beberapa negara lainnya," tuturnya.

Rihananto memaparkan cara kerja dari kendaraan 4 x 4 adalah mesin dihubungkan dengan differensial tengah ("transfer case") yang membagi tenaga ke roda belakang dan roda depan. Karena pada saat menggunakan penggerak empat roda, penggunaan energi lebih tinggi.

"Selain itu pula diharapkan ke depan terdapat keseragaman/standarisasi kendaraan taktis TNI. Mengacu kepada konsep `Minimum Essential Forces` (MEF) diharapkan TNI pada 2014 dapat memenuhi kebutuhan alutsista dengan prioritas produksi dalam negeri serta dalam rangka kemandirian alutsista," ucap Rihananto.

Ia menambahkan, pembuatan prototipe kendaraan taktis TNI juga melibatkanmitra industri yakni PT. Autocar, PT. Pindad, PT. Yudistira, PT. Petrodrill, PT. Gajah Tunggal, PT. Krakatau Steel, PT. Pilar Mas Kursindo, PT. Indo Pulley Perkasa dan PT. Alam Indomesin Utama.

"Tampilan Rantis 4 x 4 tetap mengacu pada filosofi Hummvee USA, karena terbukti cukup tangguh, stabil dan flexible," tutur Rihananto.(*)

http://antaranews.com/berita/270842/tni-ciptakan-prototipe-kendaraan-taktis-4-x-4

Kegagalan Stamford College Membayar Gaji Pekerja

Posted: 08 Aug 2011 10:53 PM PDT



Utusan dan TV3 ada berani dedahkan kes ini, atau hanya berani kes di UNISEL? Aduan Rakyat Online - 8 Ogos 2011. Saya ingin mengetengahkan isu pengabaian/kegagalan majikan menjalankan tugas dalam urusan pembayaran gaji. Lebih malang, apabila isu ini di hadapi oleh sebuah organisasi yang telah pun berusia lebih 60 tahun. Organisasi berkenaan adalah STAMFORD COLLEGE.

Saya pohon bagi pihak ribuan kakitangan yang teraniaya untuk MENGETENGAHKAN ISU INI MEMANDANGKAN TIADA TINDAKAN/JAWAPAN YANG KAMI TERIMA SETELAH BEBERAPA KALI CUBA UNTUK MENDAPATKAN PENJELASAN DARIPADA PIHAK PENGURUSAN. Lebih buruk, berikutan isu berlaku semua umat Islam sedang berada di Buan Ramadan dan akan menyambut Hari Raya tdk lama lagi.


UNTUK REKOD, INI BUKAN LAH KALI PERTAMA ISU INI BERLAKU, PERKARA INI TELAH PUN BERLARUTAN SEJAK SAYA MENYERTAI ORGANISASI INI.SEBAHAGIAN DARIPADA KAKITANGAN TIDAK DAPAT KE PEJABAT AKIBAT TIDAK MEMPUNYAI WANG YANG CUKUP UNTUK PEMBAYARAN PARKING DAN SEBAGAINYA.

KAMI JUGA TURUT BERADA DALAM SITIUASI DILEMA YANG AMAT SANGAT AKIBAT TERPAKSA BERDEPAN DENGAN PIHAK BANK BERIKUTAN TUNTUTAN PEMBAYARAN BULANAN PEMBELIAN KERETA/RUMAH/KAD KREDIT DAN SEBAGAINYA.

Pohon jasa baik ADUAN RAKYAT/TV3 untuk menyiasat isu ini agar tdk berulang lagi demi pengajaran kpd organisasi-organisasi lain.

Selain itu, keadaan ini turut di kaitkan dengan salah laku pihak pengurusan dalam menangani urusan kewangan yuran pelajar-pelajar apabila terdapat dakwaan yang mengatakan masih ada pelajar-pelajar yang masih tidak memiliki buku-buku teks yang di janjikan meski pun telah lama membuat pembayaran.

Pihak ADUAN RAKYAT/TV3 boleh menghubungi saya pada bila-bila masa untuk maklumat lanjut.

By: ABDUL HADI

http://www.aduanrakyat.com.my/kegagalan-stamford-college-membayar-gaji-pekerja

Wanita Perancis dibunuh di Malaysia, jejas industri pelancongan

Posted: 08 Aug 2011 10:39 PM PDT



Sudah pasti rakyat dan kerajaan Perancis akan marah dengan berita ini. Wanita rakyat Perancis telah dibunuh di Pulau Tioman. Para pelancong asing dan tempatan pasti akan risau untuk melancong di Malaysia dengan jenayah yang semakin kejam di Malaysia ini.

RANGKA WANITA PERANCIS DI GUA
9 Ogos 2011

KUANTAN - Wanita Perancis yang hilang tiga bulan lalu selepas melancong ke Pulau Tioman dekat sini ditemui dibunuh kejam dengan mayat mangsa ditanam dalam sebuah gua di Kampung Tekek di pulau peranginan itu semalam.

Mayat Stephanie Foray, 30, yang belum berkahwin ditemui pada pukul 1 petang oleh polis ekoran penahanan dua lelaki warga tempatan di Kampung Tekek pada 24 Julai lalu.

Mayat mangsa ditimbus dalam lubang di gua itu sedalam tiga meter dan polis mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan rangka dipercayai milik Stephanie.

Seorang daripada suspek itu merupakan seorang ahli perniagaan berumur 44 tahun yang memiliki sebuah pondok ala inap desa dan sebuah kafe manakala seorang lagi suspek merupakan sepupu kepada ahli perniagaan itu.

Mengikut laporan sebuah akhbar sebelum ini, mangsa tiba di pulau itu dengan feri pada 10 Mei lalu melalui jeti Mersing di Johor dan didakwa tinggal di pondok milik ahli perniagaan itu.

Sejak masuk ke pulau itu, tiada rekod menunjukkan mangsa meninggalkan pusat peranginan tersebut sama ada melalui jalan air atau udara.

Berikutan itu, polis melancarkan gerakan mencari mangsa selepas menerima laporan daripada atase Perancis di Singapura mengenai kehilangannya pada 27 Jun lalu.

Mengikut satu sumber, Stephanie sebelum ini kerap berhubungan dengan keluarganya di Perancis melalui e-mel.

"Namun selepas keluarga mangsa tidak menerima kiriman e-mel mangsa dalam tempoh yang lama, mereka membuat laporan kepada atase Perancis di Singapura," kata sumber itu.

Polis kemudian menghebahkan kehilangan mangsa yang bekerja sebagai pegawai komunikasi di Perancis melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Siasatan polis kemudian membawa kepada penahanan suspek pertama, seorang ahli perniagaan. Lelaki itu ditahan selepas polis berjaya mengesan penggunaan telefon bimbit milik mangsa oleh suspek terbabit.

Beberapa hari selepas penahanan ahli perniagaan itu, polis kemudian menahan sepupu kepada suspek pertama itu yang memiliki sebuah kebun.

Suspek pertama didakwa penduduk kampung pernah menaiki motosikal bersama Stephanie.

Sumber itu memberitahu, soal siasat terhadap kedua-dua suspek itu membawa kepada penemuan satu rangka manusia ditimbus dengan batu-batan di dalam sebuah gua di kampung tersebut. Jarak gua dengan pondok didiami mangsa ialah 100 meter.

Turut ditemui bersama rangka dipercayai milik Stephanie adalah sebuah bantal dan tilam serta cebisan pakaian.

Mangsa dipercayai dibunuh tiga bulan lalu ketika dia tinggal di pondok milik suspek pertama.

Mayat mangsa kemudian ditimbus dalam gua di belakang tempat pondok tersebut.

Motif pembunuhan masih disiasat. Polis juga menyiasat kemungkinan mangsa dirogol oleh kedua-dua suspek itu.

Mangsa dikatakan tiba di ibu negara pada 5 Mei lalu dengan sebuah penerbangan dari Colombo, Sri Lanka ke Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur.

Selepas itu, mangsa pergi ke Melaka dan pernah menginap di Sayang Sayang Guest House, Kampung Hulu, Melaka.

Sementara itu, sumber Kedutaan Perancis di Malaysia ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat terkini mengenai Stephanie.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0809&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Orang kaya dapat komputer riba percuma 1Malaysia

Posted: 08 Aug 2011 08:00 PM PDT



Saya terpanggil untuk membuat aduan di ruangan ini mengenai pembahagian mini LAPTOP 1MALAYSIA YANG HANYA DI BERIKAN KEPADA ORANG YANG BERADA ,IBUBAPA YANG BERKERJA DI KERAJAAN SEPERTI GURU DAN SEDARA MARA SI PEMBERI?

Kenapa hal begini berlaku sedangkan ramai lagi remaja sekolah yang miskin ank yatim dan piatu tidak di berikan? Adakah ini arahan dari pihak kerajaan atau pihak tersebut yang mengadakan arahan?

Saya rasa amat terkilan kerana kebanyakan yang mendapat bantuan adalah anak-anak guru dan golongan yang berada.

Saya berharap hal ini dapat di selesaikan secepat mungkin. Terima kasih.

By: hamba allah
Aduan Rakyat Online - August 8th, 2011
Pembahagian mini laptop yang tidak adil
http://www.aduanrakyat.com.my/pembahagian-mini-laptop-yang-tidak-adil

29,200 TERIMA NETBOOK 1MALAYSIA

PASIR PUTEH 31 Mei - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Timur memperuntukkan lebih RM29 juta untuk agihan komputer riba Netbook 1Malaysia secara percuma kepada 29,200 pelajar sekolah menengah di seluruh negeri ini sepanjang 2011.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_05.htm

Ahli Parlimen Pekan tak kisah masalah rakyat tempatnya

Posted: 08 Aug 2011 05:55 PM PDT



Untuk makluman pihak tuan, kami pembeli rumah Sepekan Makmur di bawah pemaju Sepekan Sdn Bhd di Pekan, Pahang ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat membantu menyelesaiakn masalah CF masih tidak dapat dan masih tidak dapat menduduki rumah yang kami beli.

Mengikut perjanjian rumah siap pada tahun 2006 aduan telah dimaklumkan kepada yb. di kawasan ini tetapi sehingga sekarang masih tiada penyelesaian. Kami menemui jalan buntu. Perbincangan dengan pemaju janji hanya tinggal janji sejak 2006 hingga lah sekarang 2011.

Ada pembeli telah menduduki rumah tersebut dengan masalah air diambil terus dari paip utama yang tidak bermeter dengan tekanan yang amat rendah kerana tangki utama masih belum siap lagi.

Spesifikasi rumah juga tidak megikut seperti spesifikasi asal contoh dinding sepatutnya batu bata berlepa tetapi pemaju telah menukar kepada dinding konkrit pasang siap. SURAT ADUAN JUGA TELAH DIAJUKAN KEPADA PA PARLIMEN PEKAN tetapi masih tiada tindakan untuk membantu menyelesaiakan masalah kami ini.

Rumah yang kami beli ini bukan rumah kos mewah cuma rumah kos sederhana dan kos rendah sahaja yang mana kebanyakan pembeli adalah pendapatan rendah dan sederhana. Kami terpakasa menanggung pembiayan bank sejak 2006 lagi dan juga terpaksa menanggung pembiayan rumah sewa yang kami duduki sekarang. Harap pihak tuan dapat membantu kami.

sekian terima kasih.

By: hasni omar
Aduan Rakyat Online - August 8th, 2011
Projek Perumahan Sepekan Makmur masih tidak dapat diduduki
http://www.aduanrakyat.com.my/projek-perumahan-sepekan-makmur-masih-tidak-dapat-diduduki

Layari laman web pembeli perumahan rakyat Malaysia yang teraniaya di http://terbengkalai.blogspot.com/

Kesian orang Sabah, tadah air hujan, tiada bekalan air

Posted: 08 Aug 2011 05:40 PM PDT



Sehingga ke tahun ini (2011) kampung saya yang terletak di Kampung Bingolon, Kudat, Sabah masih lagi tidak mempunyai kemudahan asas seperti jalan bertar and bekalan air bersih. Sejak beberapa tahun yang lepas sungai-sungai di kampung saya telah menjadi kering kontang dan penduduk hanya bergantung sepenuhnya pada air hujan. ( HIDUP UMNO! )

Sekiranya hujan tidak turun untuk beberapa bulan penduduk kampung terpaksa pergi ke pekan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam pemanduan dengan kereta.

Namun bagaimana bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan untuk kepekan mengambil air? Mereka terpaksa meminta sedekah sedikit air daripada mereka yang mempunyai kenderaan ke pekan ataupun mencari perigi orang lain yang masih berair.

Air perigi juga hampir semuanya kering kontang sehingga menyebabkan perbalahan kerana tuan punya perigi tidak membenarkan orang lain mengambil air dari periginya yang tinggal sedikit demi untuk kegunann keluarganya.

Selain itu, masalah besar kampung ini adalah jalanya yang masih tidak bertar walaupun panjang jalan di kampung ini kurang daripada 10km.

Selain itu jalan kampung saya mempunyai 2 buah gunung yang sangat tinggi dan curam, dan tepi jalannya pula amat berbahaya terutamanya ketika waktu hujan ditambah pula tanpa sebarang penghadang di tepi jalan, sekiranya tayar kereta tergelincir kerana jalan licin sudah tentu terus jatuh kedalam gaung. dan sememangnya perkara ini suda berlaku beberapa kali, sehinggakan saya sendiri pernah terlepas daripada tangan mak saya ketika saya masih bayi dan mak saya yang tengah sarat mengandung terus melayangkan dirinya walaupun sarat mengandung untuk menangkap saya supaya tidak terus jatuh kedalam gaung.

Ini terjadi kerana pick-up yang dipenuhi penumpang tergelincir dan melorot jatuh kebelakang.

Nyawa penduduk kampung saya diatas tanduk setiap hari.

Dimanakah peruntukan kerajaan untuk kampung-kampung kecil? Elektrik di kampung ini juga baru saja disambung 2 tahun yang lepas.

Saya amat berharap pihak kerajaan mampu menyediakan peruntukan utntuk kampung kecil ini dan pastikan dilaksanakan.

Kerana sebelum ini terdengar desas-desus bahawa kampung ini telah mempunyai peruntukan untuk air dan jalan namun tidak kelihatan sebarang tindakan senhingga ke hari ini.

By: Marni
Perlukan Kemudahan Asas di Kampung
Aduan Rakyat Online - August 8th, 2011
http://www.aduanrakyat.com.my/perlukan-kemudahan-asas-di-kampung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan