Isnin, 8 Ogos 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Murahnya Malaysia beli kereta perisai Indonesia

Posted: 07 Aug 2011 07:38 PM PDT



Laporan berita dari Indonesia pada 7 Ogos 2011 menyebut kerajaan Malaysia telah menempah 23 buah kereta perisai untuk kegunanaan tentera pada harga Rp 7 miliar atau RM 2.4 juta sebuah. Murah gila. Malaysia akan buat kereta perisai sendiri sebanyak 257 buah pada harga RM 8 billion atau RM31.1 juta sebuah.

Mahalnya. Kalau beli 257 buah kereta perisai dari Indonesia baru RM 620 juta. Boleh jimat RM 7.3 Billion. Bayangkan dengan RM 7.3 Billion berapa ramai veteran tentera boleh dibantu, berapa ramai balu tentera boleh dibantu. Berapa ramai anak-anak tentera dan veteran tentera boleh dapat biasiswa, tak perlu pinjam PTPTN dan sebagainya. Berapa banyak universiti untuk anak-anak tentera boleh dibina.

Kalau ada lebih RM 7.3 Billion tu boleh salurkan ke Pusat Zakat pula untuk elakkan orang Islam minta bantuan dari pihak gereja.

Nampaknya Zahid Hamidi kena jawab kenapa lebih mahal buat sendiri dari beli kereta perisai ni. Mungkin kereta perisai Malaysia lebih tebal dindingnya, lebih jimat minyak, boleh masuk lebih banyak peluru berpandu, boleh tembak jet pejuang, tayarnya lebih 2 biji.

MALAYSIA PESAN 23 UNIT PANSER PINDAD
Minggu, 07 Agustus 2011 20:11 WIB

TEMPO Interaktif, BANDUNG- Pemerintah Malaysia memesan 23 unit panser buatan PT Pindad tahun ini. "Prosesnya sudah sampai Perdana Menteri Malaysia, Departemen Pertahanan mereka sudah oke," kata Direktur Utama Pindad Adik Avianto Soedarsono di Bandung Ahad 7 Agustus 2011.

Panser yang dibanderol Rp 7 miliar per unit itu, menurut Adik, makin diminati setelah diakui oleh Perserikatan Bangsa-Bangsa. Adik mengatakan panser buatan putra-putri Indonesia itu telah digunakan dalam menjaga perdamaian di Lebanon. "Sebanyak 13 unit telah digunakan di Lebanon," katanya.

Juli lalu, rencana pembelian itu disampaikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jenderal Tan Sri Datu Sri Zulkifli Mohammad Zein saat bertemu dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Panglima TNI Laksamana Agus Suhartono di Istana Kepresidenan.

http://tempointeraktif.com/hg/bisnis/2011/08/07/brk,20110807-350489,id.html

(DEFTECH), ANAK SYARIKAT MILIK PENUH DRB- HICOM BHD. SEDANG MEMBANGUNKAN KERETA PERISAI 8X8 - DEFTECH AV-8 DALAM PROJEK BERNILAI RM8 BILION . PEMBINAAN ITU MELIBATKAN 257 BUAH KENDERAAN.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm&arc=hive

Bakal Guru, Kera dihutan disusukan, anak dirumah?

Posted: 07 Aug 2011 07:37 PM PDT



Kementerian Pelajaran dah jadi kementerian rojak dan caca merba agaknya. Guru-guru hanya boleh meluahkan perasaan mereka melalui surat dan forum di akhbar saja. Apakah Menteri, Pengarah Pelajaran dan Pegawai Pelajaran dah jadi PBB (Pekak, Bisu dan Buta)? Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tak selesai kini masalah pengangguran di kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.


RINTIHAN BAKAL GURU
8 Ogos 2011

UMUM mengetahui bahawa seramai 13,000 guru GSTT akan diserap sebagai guru tetap. Bagi saya dan rakan-rakan yang bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(ISMP), kami mengucapkan tahniah kepada mereka.

Walaupun sedikit cemburu, namun kami percaya kepada rezeki di tangan Tuhan.

Kami masih sabar dan setia menunggu borang petempatan yang akan keluar entah bila dan waktunya. Laman web Kementerian Pelajaran sentiasa dilawat bagi memeriksa sama ada borang itu sudah keluar atau tidak.

Namun hingga kini masih belum ada tanda-tanda bahawa Kementerian Pelajaran mengeluarkan borang tersebut dalam tempoh terdekat.

Hal ini menyebabkan kami berasa gusar dan tertanya-tanya masih adakah peluang bagi kami, graduan ISMP untuk menjadi guru. Adakah kami yang mempunyai segulung ijazah dan ikhtisas dalam pendidikan ini telah dipinggirkan?

Kami mengharapkan supaya pihak kementerian terbabit mengumumkan bilakah kami boleh mengisi borang petempatan dan bagaimanakah status nasib kami?

INGIN TAHU
Bagan Serai, Perak

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

SISTEM SAPS BANYAK MASALAH
Berita Harian 6 Ogos 2011

SAYA bersetuju dengan komen oleh 'Norhisham Mohamad, Alor Setar' mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) seperti disiarkan dalam ruangan ini pada 30 Julai lalu, bertajuk 'kewujudan SAPS bebankan guru'.

Idea mewujudkan sistem ini memang baik tetapi program ini susah untuk dicapai dan selalu terkeluar daripada talian dan ada banyak masalah lain.

Sebagai guru yang terbabit dengan SAPS, saya sudah beberapa kali membuka sistem ini untuk memasukkan markah tetapi setiap kali markah mahu disimpan, sistem ini akan terkeluar dari talian. Saya terpaksa mengisi semula markah dan ini ia berlaku beberapa kali.

Kami baru diperkenalkan dengan sistem ini pada 25 Julai lalu. Sudahlah kami hanya diberikan modul saja tanpa diajarkan sistem ini sepenuhnya. Sistem ini hanya boleh dibuka bila tidak ramai orang dalam talian iaitu, biasanya selepas jam 3 pagi.

Kami terpaksa menunggu sehingga pagi semata-mata untuk mengisi markah ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, menentukan nilai letak kerja (TOV) dan jangkaan hasil sasaran akhiran (ETR) setiap pelajar.

Bayangkan, jika ada enam kelas yang markah pelajarnya perlu diisi dan setiap satu kelas pula ada 40 pelajar. Sebenarnya sebelum menggunakan sistem SAPS yang diambil dari Perak, guru menggunakan sistem yang diambil dari Johor. Malangnya, apabila sistem baru diperkenalkan kami terpaksa melakukan pengisian markah sekali lagi. Ini sangat membebankan kerana terpaksa melakukan perkara yang sama berulang kali.

Yang peliknya semasa taklimat kami diberitahu bahawa semasa menggunakan SAPS, kami tidak boleh menekan butang 'enter' pada papan kekunci kerana akan mengganggu sistem. Ini adalah kali pertama saya mendengar satu sistem yang direka akan rosak jika tertekan butang 'enter'.

Masalah lain yang dihadapi ialah ada pelajar yang tiada dalam senarai kelas tetapi apabila didaftar, jawapan yang diterima ialah 'pelajar telah didaftarkan' tetapi jika telah didaftarkan kenapa nama pelajar tiada dalam senarai.

Sebenarnya banyak lagi kelemahan lain dalam sistem ini. Sepatutnya pihak Kementerian Pelajaran terlebih dulu memastikan sistem yang ingin digunakan mestilah mudah dicapai pada bila-bila masa, cekap dan mesra pengguna.

GURU TENSION,
Kajang, Selangor.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SistemSAPSbanyakmasalah/Article

****************
KEWUJUDAN SAPS BEBANKAN GURU
Berita Harian 30 Julai 2011

Syabas diucapkan kepada Kementerian Pelajaran kerana memperkenalkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). SAPS memang ditunggu-tunggu sebagai pelengkap sistem peperiksaan sedia ada.

Malangnya SAPS tidak membenarkan sistemnya berpadu dengan Sistem Maklumat Murid menyebabkan guru terpaksa memasukkan data pelajar.

Bayang guru terpaksa bangun 4 pagi dan ke kafe siber. SAPS jelas hanya menambah beban guru di seluruh negara.

NORHISYAM MOHAMAD,
Alor Setar, Kedah.

****************
MANY TEACHERS COMPLAIN OVER SLOW ONLINE SYSTEM
The Star, Thursday August 4, 2011

PETALING JAYA: The school exams online data analysis system is not working out well as teachers complained that it was not user-friendly and slow.

The system known as SAPS or System of Analysis for School Examination has caused frustration among teachers.

Under the Education National Key Result Area (NKRA) initiative, teachers are required to submit the exam data online.

Many teachers described the portal as "extremely slow" and not user-friendly.

"The system often hangs due to heavy traffic. We are advised to use it late at night or early in the morning when the portal is less busy.

"Why must the MOE punish the teachers? We need time to prepare our lessons at home," one teacher said.

The system has been developed to collect, store and analyse examination marks online for the Education Ministry, state education departments, education district offices and schools to access the data for analysis.

The National Union of Teaching Union (NUTP) secretary-general Lok Yim Pheng said she had received many complaints from teachers in Selangor and Federal Territory.

"It's not fair to the teachers because their normal routine has been affected.

"MoE should have made sure it was ready for use. NKRA is supposed to solve problems and not create more problems for teachers," she said.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F8%2F4%2Fnation%2F9224912

Melaka negeri maju, surau pun tak ada

Posted: 07 Aug 2011 05:04 PM PDT

Kesian, kesian, kesian orang Melaka ya, negeri majulah katakan. Surau pun canggih, guna khemah untuk solat terutama solat Tarawaih pada bulan Ramadhan ini. Sabarlah ye , orang Melaka ye. Mana pergi duit zakat? JAKIM (Jamil KhIr baharoM agaknya) mungkin kata ini kes terpencil juga seperti laporan di bawah.

Orang Melaka tahu tak kisah benar bagaimana Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina? Nak tahu ceritanya sila baca laporan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html

SOLAT DALAM KHEMAH KANVAS



JEMAAH bersolat beratapkan khemah kanvas beralaskan papan di Taman Seri Putih.Penduduk Taman Seri Putih di Bukit Rambai mohon surau sejak 2008

Melaka 8 Ogos 2011 : Akibat ketiadaan surau, penduduk Taman Seri Putih di Bukit Rambai, dekat sini, terpaksa menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan ini di khemah kanvas yang didirikan sementara di taman permainan kawasan perumahan berkenaan.

Tinjauan, mendapati jemaah lelaki menunaikan solat dengan hanya berlantaikan papan, manakala wanita termasuk kanak-kanak pula berlapikkan kain kanvas. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Putih atau juga dikenali Taman Bukit Rambai Seksyen 2, Rasul Muhamad, berkata pihaknya terpaksa menggunakan khemah sementara itu kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Katanya, sebelum ini pihaknya ada mengemukakan permohonan untuk membina sebuah madrasah kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ, namun sehingga kini tidak menerima jawapan.

"Kami mengemukakan permohonan itu pada 2008, namun sehingga kini tiada jawapan," katanya sambil melahirkan rasa kesal kerana terpaksa berdepan situasi itu bersama penduduk taman berkenaan sepanjang Ramadan ini.

"Sekarang ini kami buntu dan berharap jalan penyelesaian segera dapat diambil. Sekiranya tiada juga, bermakna kami akan terus bersolat tarawih di khemah sementara ini pada setiap tahun," katanya.

Seorang penduduk taman ini, Saripah Talip, 37, berharap isu pembinaan surau atau madrasah di kawasan itu dapat diselesaikan segera bagi memastikan umat Islam di situ dapat beribadah dengan selesa.

"Sekarang ini kami sepakat untuk sama-sama menyumbang bagi melengkapkan kekurangan di sini seperti khemah, bekalan air dan juga elektrik bagi membolehkan penduduk mempunyai tempat untuk solat berjemaah sekali gus menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Solatdalamkhemahkanvas/Article

KES LUAR BIASA DAN TERPENCIL - JAKIM
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Dakwaan bahawa Baitulmal gagal berfungsi sehingga ada di kalangan umat Islam mendekati gereja untuk memperoleh bantuan adalah tidak benar sama sekali kerana badan itu sentiasa prihatin terhadap kebajikan ummah menerusi 28 skim bantuannya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, agak mustahil bagi Jakim untuk terlepas pandang keluarga terlibat memandangkan pihaknya kini menggunakan sistem bersepadu dan seragam dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

MEREKA YANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN DIMINTA DATANG TERUS KE JKM - SHAHRIZAT
KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru mereka yang menghadapi masalah kewangan dan tidak mendapat pembelaan, agar datang terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa ada NGO berselindung atas nama kebajikan, aktif membantu warga miskin dan ibu tunggal Islam, sebelum memesongkan akidah mereka.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=606504

Mualaf di Melaka maju rayu dapatkan rumah

Posted: 07 Aug 2011 05:03 PM PDT

Kesian, kesian, kesian mualaf di Melaka ya, negeri majulah katakan. Dah sembilan tahun memeluk agama Islam masih lagi terpinggir. Sabarlah ye , mualaf di Melaka ye. Mana pergi duit zakat? JAKIM (Jamil KhIr baharoM agaknya) mungkin kata ini kes terpencil juga seperti laporan di bawah.

Orang Melaka tahu tak kisah benar bagaimana Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina? Nak tahu ceritanya sila baca laporan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html

MUALAF HARAP DAPAT RUMAH SENDIRI



ABDUL RAHIM bersama isteri dan anak merenung masa depan yang kabur kerana terpaksa hidup menumpang di Jasin, Melaka semalam.

JASIN 8 Ogos 2011 - Entah di mana silapnya, seorang mualaf bersama isteri dan tiga orang anak terpaksa menumpang di rumah orang sejak memeluk Islam sembilan tahun lalu.

Keadaan itu memang menyukarkan Abdul Rahim Tan, 42, dan isterinya, Hoiriah Aman Chik, 36, serta anak-anak mereka untuk menjalani kehidupan sempurna sebagaimana keluarga lain yang mempunyai rumah sendiri.

Lebih membuatkan Abdul Rahim tidak sanggup menanggung situasi itu, apabila dia dan keluarganya sudah menjadi 'penumpang' di rumah rakannya, Mohd. Yusuf Abdullah, 50, yang juga seorang mualaf lebih setahun yang lalu.

Malah kata Abdul Rahim, permohonannya mendapatkan bantuan kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak setahun lalu, masih belum diluluskan pihak berkuasa.

"Sudah setahun saya menumpang hidup dengan Mohd. Yusof di Kampung Merlimau, namun persoalannya sampai bila saya dan keluarga harus menumpang di rumahnya?

"Kadang-kala terfikir untuk mencari rumah sewa yang lain tetapi memandangkan pendapatan saya sebagai pekerja kilang besi tidak cukup, saya terpaksa membatalkan hasrat itu'' katanya ketika ditemui semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

KES LUAR BIASA DAN TERPENCIL - JAKIM
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Dakwaan bahawa Baitulmal gagal berfungsi sehingga ada di kalangan umat Islam mendekati gereja untuk memperoleh bantuan adalah tidak benar sama sekali kerana badan itu sentiasa prihatin terhadap kebajikan ummah menerusi 28 skim bantuannya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, agak mustahil bagi Jakim untuk terlepas pandang keluarga terlibat memandangkan pihaknya kini menggunakan sistem bersepadu dan seragam dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

MEREKA YANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN DIMINTA DATANG TERUS KE JKM - SHAHRIZAT
KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru mereka yang menghadapi masalah kewangan dan tidak mendapat pembelaan, agar datang terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa ada NGO berselindung atas nama kebajikan, aktif membantu warga miskin dan ibu tunggal Islam, sebelum memesongkan akidah mereka.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=606504

Tiada ulasan:

Catat Ulasan