Sabtu, 25 Ogos 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


RAKYAT MARHAEN: MERDEKA - Siapa Penipu dan siapa yang kena tipu......

Posted: 25 Aug 2012 07:03 PM PDT

RAKYAT MARHAEN: MERDEKA - Siapa Penipu dan siapa yang kena tipu......: Tinggal beberapa hari sahaja lagi, maka rakyat Malaysia akan countdown jam beberapa saat nak menuju ke jam 12 tgh malam menunjukkan kononn...

RAKYAT MARHAEN: Dr Mahathir vs Dato Najib - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 25 Aug 2012 06:55 PM PDT

RAKYAT MARHAEN: Mahathir akui lebih baik syaitan yang anda kenal.....

Posted: 25 Aug 2012 06:54 PM PDT

RAKYAT MARHAEN: Hudud boleh dilaksana jika persediaan cukup, kata ...

Posted: 25 Aug 2012 06:54 PM PDT

RAKYAT MARHAEN: Robert Phang bebas tuduhan rasuah..Tapi maklumat p...

Posted: 25 Aug 2012 06:53 PM PDT

RAKYAT MARHAEN: Robert Phang bebas tuduhan rasuah..Tapi maklumat p...: KUALA LUMPUR 25 OGOS: Bekas anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang itu telah dibebaskan daripada...

RAKYAT MARHAEN: Tun Mahathit: BN syaitan yang dikenali.....

Posted: 25 Aug 2012 06:52 PM PDT

RAKYAT MARHAEN: Tun Mahathit: BN syaitan yang dikenali.....: " Tun Mahathir akhir akhir ini membuat kenyataan tidak masuk akal malah kenyataan akhbar dengan wartawan seperti beliau seperti perdana me...

RAKYAT MARHAEN: APA BEDA SYAITAN DENGAN MAHATHIR?

Posted: 25 Aug 2012 06:52 PM PDT

RAKYAT MARHAEN: APA BEDA SYAITAN DENGAN MAHATHIR?: Syaitan bukan nama makhluk, tapi nama perangai yang melekat pada makhluk. Imam tabari mendenisikan syaitan adalah, 'setiap yang jahat dari...

RAKYAT MARHAEN: 'Kejam'....yang alim Islam dalam Umno, Datanglah k...

Posted: 25 Aug 2012 06:51 PM PDT

RAKYAT MARHAEN: 'Kejam'....yang alim Islam dalam Umno, Datanglah k...: Menjadi pertanyaan, apakah sudah tidak ada orang-orang alim Islam dalam Umno? Apakah sudah tidak ada yang alim dan warak Islam dalam Umno ...

Omak Kau!!!!: SUDAH KANTOI!!!!... MENTERI DALAM NEGERI MENIPU RA...

Posted: 25 Aug 2012 06:49 PM PDT

Omak Kau!!!!: SUDAH KANTOI!!!!... MENTERI DALAM NEGERI MENIPU RA...: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein and CEO PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala harus memperjelaskan isu data jenayah NKRA ...

Orang Kampung Jugalah yang kena tanggung kesusahan!

Posted: 25 Aug 2012 06:46 PM PDT

Belum sampai beberapa bulan BN berpesta dengan durian runtuh, dengan BRIM dan pemberian kepada murid-murid sekolah kini yang teraniaya dengan dasar "berjoli" BN itu adalah orang kampong.  Memang orang kampong dapat duit BRIM dan murid-murid sekolah dapat RM100.00 seorang, tetapi dasar "memberi ikan" tetapi "tidak menyediakan batang pancing" tidak kekal lama.

Hasil daripada "joli" tak berkira kerana semata-mata nak mendapatkan sokongan rakyat bawahan, kesan kepada ekonomi rakyat menjadi parah.

Betul "durian runtuh" Felda memberikan RM5000.00 kepada peneroka, RM5000.00 kepada isteri peneroka dan RM5000.00 kepada anak-anak peneroka, tetapi kesan sosialnya kini dirasakan oleh keluarga peneroka dan generasi kedua.

Bukan sedikit daripada keluarga peneroka bersengketa sesama sendiri kerana pemberian "durian runtuh" ini, peperangan antara isteri tua, isteri muda dan janda kepada peneroka-peneroka berlaku berterusan, para peguam boleh memberikan lapuran penuh mengenai ini kerana mereka yang bersengketa datang menemui para peguam.  Bukan sedikit pula antara anak-anak peneroka bersengketa sesama sendiri kerana pembahagian yang dibuat oleh Felda kepada mereka tidak adil jauh sekali dari mengikut hukum syarak.  Ada sengketa sehingga berlaku kerana isteri tua tidak tahu kewujudan isteri muda dan anak tiri yang menuntut hak.

Bagaimanapun, pemberian "durian runtuh" yang mengenepikan hak peneroka itu tidak membawa berkat sebaliknya membawa konflik rumah tangga dan keluarga sedangkan wang durian runtuh itu tidak sebanyak mana, dan habis dibelanjakan dengan cara yang amat cepat sekali, dan berlakulah usul balik asal, mereka kembali ke takuk yang lama.

Tidak mengapa juga kerana adanya "durian runtuh".  Tetapi kepada masyarakat kampong terutamanya yang bergantung kepada pekerjaan menoreh getah.  Kalau tuan tanah menoreh sendiri kuranglah bebannya, tetapi jika penoreh getah itu menoreh getah milik orang lain, maka terpaksa berbahagi dua pendapatan.

Beberapa bulan yang lalu harga getah adalah RM6.80 sekilo.  Tetapi apabila Kerajaan mula berjoli dengan pemberian memancing hati rakyat, sedikit demi sedikit harga komoditi getah ini jatuh.  Mulai bulan Ogos ini kejatuhan harga getah menjadi begitu mendadak.  Mula-mula jatuh kepada RM3.00 sekilo, keluhan orang kampung masih dapat dibendung.  Kemudian jatuh kepada RM2.70 dan semalam jatuh lagi kepada RM2.50 sekilo.

Penoreh-penoreh getah betul-betul mengeluh.  Dengan harga RM3.00 mereka sudah tidak berupaya mempertahankan kehidupan biasa.  Tetapi apabila jatuh kepada RM2.50 mereka terpaksa ikat kemas-kemas tali pinggang mereka.

Dulu semasa harga getah tinggi mereka membeli kereta baru dengan bayaran ansuran yang boleh mampu.  Kini sudah mulai terdengar dari kalangan mereka bahawa mereka terpaksa menjualkan kereta mereka.  Kemampuan mereka sudah sangat berkurangan.

Keadaan ini juga dirasakan oleh tuan-tuan tanah yang tidak menoreh sendiri.  Mereka tidak menoreh sendiri dan boleh menambah pendapatan dengan menjalankan kegiatan ekonomi yang lain.  Tetapi apabila ramai penoreh-penoreh getah mencari kerja-kerja lain di bandar-bandar dan di kilang-kilang, kebun getah mereka terbiar tidak bertoreh.

Keluhan orang kampung kali ini mengambil bentuk perubahan sikap.  Mereka mengeluh dengan mengatakan bahawa Perdana Menteri mengutamakan peneroka-peneroka Felda, maka didalam Pilihanraya Umum akan datang, mereka menyindir PM dan UMNO/BN supaya bergantung sahaja kepada undi peneroka-peneroka Felda, dan orang kampung akan merubah haluan dan menyokong pembangkang pula.

Keluhan orang kampung kali ini adalah keluhan yang real.  Mereka berhadapan dengan keperluan anak-anak bersekolah.  Mereka berhadapan dengan harga barang yang naik tidak ada hentinya.  Mereka berhadapan dengan bayaran-bayaran ansuran kereta, bil-bil, dan barang-barang elektrik iaitu keperluan kehidupan masakini.

Keluhan ini bukanlah boleh dipujuk dengan pemberian BRIM melainkan BRIM itu diberikan setiap bulan.

Bagi orang kampung, kerajaan UMNO/BN ini adalah kerajaan untuk orang-orang berada, orang-orang kaya, dan orang-orang korporat dan berharta.  Kerajaan UMNO/BN ini bukanlah untuk orang kampung yang hidup serba sederhana dengan pendapatan yang begitu sederhana.

Mereka tidak lagi terpikat dengan kata-kata Dr Mahathir Mohamed yang mengatakan bahawa ada lebih baik rakyat mengundi BN sebagai syaitan yang dikenali daripada mengundi pembangkang sebagai malaikat yang tidak dikenali.

Rakyat sudah melihat bahawa Malaikat (Pembangkang) yang memerintah Selangor dan Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah telah berjaya mentadbirkan negeri masing-masing jauh lebih baik dari kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbirkan oleh syaitan-syaitan yang dikenali (meminjam kata-kata Dr Mahathir).

Islam menunjukkan jalan Hijrah.  Jika Syaitan (BN) gagal mentadbirkan Negara ini untuk keadilan/kebajikan rakyat, maka wajiblah rakyat kena berhijrah memilih malaikat (PR).

Terima kasih.


Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Kenyataan Media: Hudud Dan Keterdesakan Politik UMNO

Posted: 25 Aug 2012 06:08 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

25 OGOS 2012

HUDUD DAN KETERDESAKAN POLITIK UMNO 

Percubaan terkini UMNO menyemai sentimen perkauman dan kesangsian agama seperti yang dipaparkan menerusi permainan isu Hudud dan Negara Islam di dalam media-media kawalan UMNO sekali lagi membuktikan gejala politik melulu yang membudaya di kalangan mereka. Percubaan keji bersifat ugutan dan hasutan bertujuan membangkitkan persengketaan agama dan etnik merupakan langkah terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Tidak kira bagaimana sesuatu isu itu diputarbelit oleh media kawalan UMNO, kami dalam Pakatan Rakyat kekal komited terhadap prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan; kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan manakala pada masa sama menjamin kebebasan agama-agama lain untuk diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni; Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan kebebasan untuk menggunakan bahasa ibunda pelbagai kaum; kedaulatan raja-raja Melayu berserta kedudukan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera dan hak-hak kaum lain seperti yang dilindungi oleh Perlembagaan.

Dasar bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga tetap kekal sebagai pernyataan rasmi kami tentang kebijakan dan prinsip tadbir urus kami. Marilah kita mengekalkan tumpuan terhadap agenda perubahan. Kita seharusnya perlu terus komited dalam meningkatkan daya saing negara, nilai pendapatan rakyat, mutu pendidikan dan kesihatan serta peningkatan kos hidup yang semakin membebankan rakyat.

Berkaitan persoalan Shariah, Hudud dan Negara Islam, kami mengiktiraf serta menghormati perbezaan pandangan dan kedudukan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Ini mencerminkan penerimaan kami terhadap amalan konsensus politik. Sebagai seorang Muslim, saya tetap meyakini al-Quran dan Sunnah; dua asas yang membangunkan prinsip-prinsip Shariah. Saya percaya bahawa Maqasid al-Shariah adalah prinsip penting dalam tadbir urus dan tidak bercanggah dengan amalan demokrasi.

Dalam hal ini, Pakatan Rakyat akan kekal berpandukan prinsip-prinsip berteraskan keadilan sejagat, tadbir urus yang baik, kebertanggungjawaban, ketelusan dan keberdayaan dalam usaha memberikan yang terbaik buat rakyat.

Kita tak seharusnya terpengaruh dengan keterdesakan politik serta ugutan oleh UMNO-BN. Keyakinan dan kepercayaan sewajarnya diletakkan terhadap kematangan dan kebijaksaan rakyat untuk menilai dan membuat pilihan mereka sendiri.

ANWAR IBRAHIM

Press Statement: Hudud And UMNO’s Politics Of Desperation

Posted: 25 Aug 2012 02:53 AM PDT

PRESS STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE
25 AUGUST 2012

HUDUD AND UMNO’S POLITICS OF DESPERATION

The latest efforts to sow racial and religious distrust as evidenced by the incessant playing of the issue of Hudud and the Islamic state in the UMNO controlled media once again underscores the politics of recklessness. These vile attempts at intimidation, incitement to religious and ethnic strife are the last desperate attempts to deflect from issues of corruption and abuse of power.

No matter how the issue is being spun by the UMNO media, we in Pakatan Rakyat remain committed to the fundamental principles enshrined in the Federal Constitution; the position of Islam as the religion of the Federation while guarenteing the freedom of other religions to be practiced in peace and harmony; Bahasa Melayu as the national language with liberty to use the mother tongues of the various races; sovereignty of the Malay rulers together with the position of the special privileges of the Malays and bumiputras and the rights of other races as protected by the Constitution.

The Pakatan Rakyat joint policy and the Orange Book remain intact as clear statements of our policies and principles of governance. Let us remain focussed on the agenda for change. We need to increase our competitiveness, the peoples income, quality of education, health and check the increasing cost of living burdening the people.

As for the Shariah, Hudud, and the Islamic state, we recognise and respect the different views and positions of the component parties in the Pakatan Rakyat. This is reflective of the politics of consensus. As a Muslim, I remain steadfast in my believe in the Quran and the Sunnah from which the principles of the Shariah are derived. I believe that the Maqasid al-Shariah (the higher objectives of the Shariah) are important principles of governance and are not inconsistent with the precepts of democracy.

In this regard, Pakatan Rakyat will remain guided by the principles of universal justice, good governance, accountability, transparency and competency in order to achieve public good for the people.

Let us not be way laid by the politics of desperation and intimidation of UMNO-BN. Place our trust in the maturity and wisdom of the people to evaluate this situation and make their independent choice.

ANWAR IBRAHIM

Jumaat, 24 Ogos 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


RAKYAT MARHAEN: The day has come - Umno is NO LONGER RELEVANT!

Posted: 24 Aug 2012 05:08 PM PDT

RAKYAT MARHAEN: The day has come - Umno is NO LONGER RELEVANT!: There was a time when elections always meant an UMNO verses PAS b...

RAKYAT MARHAEN: A vote for Dr M's Devil is a vote for Evil: M'sian...

Posted: 24 Aug 2012 05:05 PM PDT

RAKYAT MARHAEN: A vote for Dr M's Devil is a vote for Evil: M'sian...: A lie told often enough becomes the truth said Lenin, Russian comm...

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Azhari’s new reporting structure

Posted: 23 Aug 2012 03:17 PM PDT

To:     All Staff Systemwide Date:   23 August 2012 at 05:46:25 Ref:      CEO EM 003 A2/12 Dear Colleagues, NEW ENGINEERING & MAINTENANCE DIVISION / MAS AEROSPACE ENGINEERING ORGANISATION EFFECTIVE 15 AUGUST 2012 Following the announcement at the corporate level, I would like to share with you the revised organisation structure for Engineering & Maintenance (E&M) [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jamuan Hari Raya dan Ceramah Umum 26 Ogos 2012

Posted: 23 Aug 2012 09:03 PM PDT


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
Bersama Anak Rembau di Perantauan
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 11 pg - 2 ptg
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan
Semua dijemput hadir - Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pengarah Program, Ustaz Nazri 019-3457690

CERAMAH UMUM
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Program Anwar Ibrahim 26/8/2012

Posted: 23 Aug 2012 10:06 PM PDT

Anwar semasa program Merdeka Rakyat Taman Ria Bukit Gantang

Program Sambutan Eidul Fitri Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim di Perak

26 Ogos 2012 (Ahad)

1) 4.00 – 6.00 ptg –
Rumah Terbuka Eidul Fitri KeADILanPerak
Lokasi: Lot 930, Dataran Fun Fair, Jalan Simpang, Simpang
Taiping

2) 7.30 mlm - Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi: Surau Baru Tengah, Kuala Kurau

3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat
Lokasi : Batu 8, Jln Parit Buntar, Bagan Serai

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty
iii. YB S Kesavan
iv. YB Haji Ramli Tusin
v. YBhg Mustafa Kamil Ayub
vi. YBhg Che Gu Bard

Khamis, 23 Ogos 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Beginilah setiap tahun Hari Raya..

Posted: 23 Aug 2012 05:50 PM PDT

Setiap tahun menyambut Hari Raya Aidilfitri saya akan sempurnakan semacam satu jadual yang telah disetujui oleh keluarga saya.

Selepas solat Raya, saya akan berada di rumah untuk menunggu kehadiran anak-anak saudara dan cucu-cucu berhariraya.  Hampir ratusan mereka sampai di rumah.  Keluarga dan sanak saudara saya sangatlah besar di Temerloh ini, hampir beberapa Mukim di Temerloh ini adalah saudara mara saya, pupu-pupu (sepupu) dari keluarga ayah dan emak bertaburan di Temerloh ini.

Selepas jam 8.00 malam di Hari Raya Pertama, saya akan menziarahi adik saya dan keluarganya di Kg Batu 4, dan menghabiskan masa di sana, makan nasi bersama dan selepas itu berbual-bual tentang hal keluarga.

Jam 11.00 malam, kami sekeluarga pulang ke rumah.

Pada hari Raya Kedua, saya ziarahi rumah Abang Tua saya di Kampong Lubok Kawah, Temerloh.  Abang Tua saya sudah tiada, sudah lama meninggalkan kami, tetapi anak-anaknya dan cucu-cucunya begitu ramai, kami habiskan masa kerana bukan senang nak jumpa dengan anak-anak saudara dan cucu-cucu kepada Abang Tua saya.

Selepas beraya di Rumah Abang Tua, saya pergi ke rumah Naz, iaitu anak kedua kepada Abang Din saya, di Kg Bukit Tingkat, Temerloh.

Suami Naz bertugas di Shah Alam, Selangor dan Naz bertugas sebagai seorang Guru.  Selepas itu akan menziarahi rumah saudara mara yang lain.

Pada Hari Raya Ketiga, saya dan keluarga beraya pula di Melaka, ke rumah Kak Jam, Abang Mail, Abang Khalil dan Abang Yusof di Merlimau, Melaka.  Kami habiskan beraya di Melaka hingga ke Hari Raya Kelima.

Di Hari Raya Ke Lima itu, kami sekeluarga akan menziarahi pula keluarga Kak Bibab di Bangi.  Suaminya, Dato Dr Nik Rashid Ismail sudah beberapa tahun meninggalkan kami.

Setelah itu kami pergi pula ke Pekan Hulu Langat di Kg Melaka ke rumah Abang Mat, Abang tertua kepada Kak Hendon.  Semuanya ada di sana, Abang Ibrahim dan anak-anak serta cucu-cucunya juga ada disana.  Abang Ibrahim adalah Abang Ke-3 Kak Hendon.

Hampir 5.30 petang, saya dan keluarga pergi pula ke Meru ke rumah adik saya, Jaenah Said.  Makan malam disana, dan setelah menghampiri jam 10.00 malam, kami bertolak ke rumah adik saya Dr Nasta Mimi di Taman Permata, KL, dan oleh kerana kesuntukan masa, saya pinta adik saya yang seorang lagi, Suzelan Amir, dan keluarganya datang beraya di Rumah Mimi.

Jam hampir 12.00 tengah malam kami meninggalkan rumah Mimi untuk bertemu dengan Sdr Rebin Birham di Stesyen Minyak Petronas berdekatan untuk mengambil banner dan berbincang seketika mengenai program-program Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR semasa bulan Syawal ini termasuklah Rumah Terbuka di Kuala Krau, Rumah Terbuka di Palong, dan Rumah Terbuka di Felda Sg Tengi. Dan menetapkan tarikh mesyuarat JK Biro yang kami setujui diadakan bersamaan Rumah Terbuka di Palong, NS.

Dalam jam 12.30 malam, saya dan keluarga bertolak ke Temerloh, dan hampir jam 2.30 pagi sampai di Rumah kami.

Hari ini Helena dan saya akan buat pemeriksaan doktor di Klinik Dr Chan, doktor pakar di Mentakab, dan jam 4.00 petang nanti, saya akan berhari raya di Rumah Sdr Ramli Lin, Felda Jengka 24.

Pada 25hb Ogos 2012, Mesyuarat Jawatankuasa PKR Kuala Krau dan pada 26hb Ogos 2012, mesyuarat yang dianjurkan oleh PKR Cabang Raub bersama-sama dengan parti-parti komponen PR di Raub.

Sekian, terima kasih.




Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Mahathir : Dendam Kesumat Yang Tidak Berpenghujung

Posted: 23 Aug 2012 12:05 PM PDT

Anwar Ibrahim Club (AIC) amat tertarik dengan serangan terbaru Tun Mahathir terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim seperti yang disiarkan sebuah portal semalam, dengan menyebut Ketua Umum PKR itu dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mempunyai persamaan iaitu menabur banyak janji besar tetapi tidak dipenuhi.

Beliau juga menggesa supaya sokongan diberikan kepada BN kerana Anwar, kata Mahathir, menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan.

Umum mengetahui sejak lama , Mahathir mempunyai dendam peribadi yang tinggi terhadap Anwar Ibrahim ekoran perbezaan polisi dalam urustadbir kerajaan semasa Ketua Pembangkang Malaysia itu menjadi orang nombor dua Malaysia dalam kabinet Mahathir , yang akhirnya melakar sejarah hitam demokrasi negara pada 1998.

Serangan terbaru ini adalah rentetan tekanan demi tekanan yang diterima Mahathir berikutan kelemahan pentadbiran Najib Razak yang kini sedang diasak oleh Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim untuk mara ke Putrajaya. Mahathir melihat situasi ini amat membahayakan kedudukan beliau sebagai 'de facto' kerajaan serta sekali lagi bakal menyebabkan perniagaan anak kesayangan beliau iaitu Mirzan menemui noktah buruk seperti dulu.

Lupakan Mahathir, Pakatan Rakyat Terus Mara Ke Putrajaya

AIC melihat omongan Mahathir ini sebagai tidak bermaya dan keluar dari mulut seorang bekas Perdana Menteri yang akan dilupakan satu hari nanti. Mahathir sengaja menutup mata melihat pembangunan dan perkembangan baik ekonomi yang dilakukan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Mahathir lupa kebanyakkan polisi kerajaan yang ingin segera diubah adalah disadur daripada idea Buku Jingga yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat apabila mentadbir Putrajaya nanti. Mahathir juga lupa pembangunan bukan sahaja melibatkan pembangunan stuktur bangunan tinggi semata-mata, tetapi asas ekonomi yang melibatkan kehidupan seharian rakyat terbanyak.

AIC yakin rakyat Malaysia tidak lagi memerlukan idea dan buah fikiran Mahathir yang jelas menjaga kepentingan diri dan kroni rapat dengan beliau. Malaysia tidak akan bankrap sekiranya memberikan pendidikan percuma kepada rakyat, hatta melaksanakan polisi penurunan harga kereta. AIC hairan bagaimana seorang diktator selama 22 tahun boleh berfikiran secetek ini apabila menyebut tentang polisi ekonomi. 

Negara akan dan sedang menuju bankrapsi apabila ratusan juta dilaburkan kepada individu dan korporat secara tertutup dan tidak memulangkan hasil seperti skandal NFC melibatkan RM 250 serta skandal Bank Negara yang melibatkan RM 30 Billion wang rakyat yang diniagakan di pasaran matawang. 

Mahathir boleh terus berada dalam dilema yang beliau reka sendiri puluhan tahun lalu, rakyat Malaysia sudah bersedia untuk bersatu di bawah pimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baru. Rakyat juga telah bertekad untuk menolak "Syaitan" yang mereka kenal, dan memilih seorang pemimpin baru yang betul-betul menunjukkan semangat untuk membawa Malaysia keluar dari kemelut identiti dan keruntuhan ini.

AIC meyakini dalam segala aspek sekalipun, Mahathir terlalu jauh untuk menggapai apa yang telah Anwar berikan kepada rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya iaitu -Inspirasi. Disaat Mahathir termanggu manggu merasmikan perhimpunan ultra Melayu seperti Perkasa, Anwar Ibrahim dengan megah dan terhormat menjadi jemputan untuk merasmikan dan berpidato dalam perhimpunan ekonomi sedunia. 

Inilah dilema Mahathir, semakin beliau menghasut rakyat untuk membenci Anwar Ibrahim, jalan perubahan semakin terbuka luas. Usahlah berpura-pura mengambil berat tentang negara, jika seorang bekas Perdana Menteri memgang kepentingan dalam industri otomobil dan petroleum negara. Usahlah berbicara tentang moral jika anak sendiri memgang modal besar dalam syarikat arak antarabangsa.

Rakyat boleh mula melupakan Mahathir, dan jadikan pedoman dan doa supaya bangsa Malaysia akan datang tidak lagi dipimpin oleh maha karut seperti ini. 

GENERASI PENGGERAK ZAMAN

Saifuddin Shafi Muhammad
PRESIDEN
AIC MALAYSIA

Program Sambutan Eidul Fitri Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Perak

Posted: 23 Aug 2012 12:01 PM PDT

26 Ogos 2012 (Ahad)

1)    4.00 – 6.30 ptg – Rumah Terbuka Eidul Fitri KeADILan Perak

       Lokasi: Lot 930, Dataran Fun Fair, Jalan Simpang, Simpang, Taiping

2)    7.30 mlm –  Solat & Tazkirah Maghrib

       Lokasi: Surau Baru Tengah, Kuala Kurau

3)    9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

       Lokasi : Batu 8, Jln Parit Buntar, Bagan Serai

       Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YBhg  Dr Mohd Nur Manuty

iii.                YB S Kesavan

iv.               YB Haji Ramli Tusin

v.                 YBhg Mustafa Kamil Ayub

vi.               YBhg Che Gu Bard    

Isnin, 20 Ogos 2012

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Posted: 20 Aug 2012 03:02 AM PDT

Ahad, 19 Ogos 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Hari Raya Pertama

Posted: 19 Aug 2012 07:32 PM PDT

Saya bersyukur kerana pada Hari Raya Pertama semua anak-anak dan cucu-cucu Arwah Abang Din dan juga Abang Ri saya datang beraya ke rumah.  Mereka itu kesemua tinggal di luar Temerloh, ada di Kelang, ada di KL, ada di Shah Alam, ada di Kajang dan ada di Johor Bahru.

Kalau bukan kerana Hari Raya memang kamii tidak bertemu.  Mereka sibuk dengan tugas mereka dan saya juga sibuk dengan tugas saya.

Begitu juga dengan keluarga adik saya Suriati, keluarga anak-anaknya dan cucu-cucunya.  Semuanya hadir ke rumah.  Satu himpunan keluarga yang besar.   Hampir juga dekat 100 orang semuanya.

Hanya keluarga adik saya di Kelang dan di Shah Alam tidak balik tahun ini, dan begitu juga anak saya pula, Sufizal dan keluarganya beraya di Melaka; dan Insya Allah, pada Raya ke-3, esuk, saya bersama Kak Hendon, Surina dan Mohd Syukri akan pula ke Melaka, kami akan berada di Melaka selama 3 hari sebelum kembali semula ke Temerloh.

Hari ini di Hari Raya Kedua, saya akan menziarahi rumah Kak Nik (kakak Ipar) saya di Kg Lubok Kawah, Kak Nik adalah isteri Arwah Abang Saya yang sudah lama meninggalkan kami.

Saya akan cuba menjadualkan masa untuk ke rumah Abang Hashim, pupu saya di Kg Lubok Kawah, dan dikalangan ahli-ahli keluarga kami, Abang Hashim lah yang paling tua yang masih hidup, kemudian akan cuba ke rumah Ngah Hawa di Kg Batu 4, Ngah Hawa sengaja balik ke Batu 4 untuk berhari Raya, sedangkan pada hari-hari lain dia berada di Kuantan di rumah anaknya.   Abang Md Ali adalah adik kepada Ngah Hawa, dan dia hanya tinggal dengan anak-anaknya kerana isterinya sudah meninggal.

Abang Manap, Abang Razali, Abang Nordin semuanya sudah meninggalkan kami; Abang Rani meninggalkan kami semasa bulan Ramadhan baru-baru ini.  Abang Choh (Yusof) dan Rafeah masih ada di Kg Bukit Tingkat, Lubok Kawah.  Ini adalah antara pupu-pupu saya yang masih hidup.  Kami pupu kerana ayah saya dengan ayah/ibu mereka itu adalah adik beradik.

Ada lagi pupu saya, Abang Hamda di Kg Sanggang, Abang Hamdan ini adalah bekas Penghulu Mukim Sanggang dan Mukim Kerdau, sekarang sudah berpencen, Abang Nuar (Annuar Yusof) di Tmn Seri Semantan, adik mereka Makri, Zailan, Norehan (saya tak tau dimana mereka tinggal di Kuala Lumpur; Zailan adalah bekas Penolong Pegawai Daerah Temerloh sebelum bertukar ke Kuala Lumpur.

Ngah Som, sampai hati anak-anaknya tidak memberitahu saya diatas kematiannya didalam bulan Ramadhan, Kak Wok di Kg Haji Ali Temerloh, dan adik mereka di Sitiawan, Perak.  Ayah mereka adalah abang kepada ayah saya.

Ayah saya ada 13 orang adik beradik, dan anak-anak mereka tinggal di merata-rata tempat di Negeri Pahang, dan kebanyakan mereka itu saya tidak kenal kerana al-maklum sesetengahnya jarang berjumpa dan sesetengah yang lain tak pernah berjumpa.

Ada juga dari kalangan keluarga ayah saya yang "terpancut" jauh ke Pulau Pangkor, ke Kuala Selangor dan Terengganu.  Walaupun pernah berjumpa sekali didalam hidup kamii, tetapi selepas itu tidak pernah berjumpa, maka manalah nak kenal mereka.

Ada juga yang terpancut ke Negeri Sembilan dan Melaka, tetapi selain dari mengetahui bahawa mereka itu membawa diri ke sana, kami tidak pernah berjumpa.

Keluarga ayah saya dan ibu saya adalah sangat besar di Temerloh inii.  Saudara mara saya hampir sepenuh Kg Berhala Gantang, Kg Bintang, membawa ke Kg Telok Ira, Telok Mengkuang, Kerdau, Sanggang, Paya Jejawi, Paya Banir, Songsang, Chatin dan Penak.

Semasa ayah saya masih hidup dulu, kami sentiasa menziarahi saudara-mara ini sekurang-kurangnya setahun sekali, tetapi selepas pemergian ayah saya, kunjungan begini tidak lagi berlaku.

Keluarga saya juga berkampong di banyak kampong di Daerah Jerantut dan Daerah Lipis; dan keluarga sebelah nenek saya sebelah emak saya pula berada di Kg Lemal, Kg Kangkong, Pasir Mas Kelantan.

Saya masih berhubung dengan saudara mara saya di Kelantan keran Pok Su saya masih ada di Pasir Mas Kelantan.

Pada harii raya ini, memang saya terkenang kepada saudara mara walaupun di mana mereka berada.

Kepada saudara mara saya termasuk yang saya tidak kenal, saya ingin perkenalkan diri saya, manalah tau kok-kok ada yang dari pertalian yang sama, bolehlah kita berkenalan Nama Saya: Suhaimi Bin Said, Nama Ayah Saya: Said bin Haji Ismail, Haji Ismail itu berasal dari Kg Bintang, Temerloh, Pahang dan Arwah aki saya lah yang membuka Kg Lubok Kawah Temerloh.

Emak saya bernama Kelesom binti Haji Ibrahim (emak saya dikenali dengan panggilan Mek), Nenek saya bernama Fatimah, dan aki saya, Haji Ibrahim bin Ahmad, anak Berhala Gantang, Temerloh.

Aki saya, Haji Ibrahim, telah berpondok di Kelantan selama 15 tahun dan berkahwin dengan nenek saya Fatimah, orang Kg Lemal di Kelantan, dan emak saya dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan sebelum aki saya membawa nenek dan emak saya pulang ke Pahang.

Di Pahang, akii saya bersama dengan akii sebelah ayah saya, Haji Ismail membuka Kg Lubok Kawah, dan mereka membawa bersama mereka Tuan Guru yang terkenal yang kami panggil Tok Ayah untuk sama-sama membuka Kg Lubok Kawah.  Tok Ayah berasal dari Kg Salor, Kelantan.

Itulah pengenalan keluarga saya, dan jika sesiapa terbaca dengan pengenalan ini, dan kalau kira-kira kita mempunyai talian perhubungan, cuba-cuba hubungi saya di talian: 0199882115.

Adik beradik saya sendiri ada 4 orang iaitu Abang Bedul,  Abang Jamaludin dan adik saya Jaenah binti Said, yang kini tinggal di Meru, Kelang.

Adi beradik sesusu saya pula adalah Saidal Khadri @ Ahmad Tajudin Abd Rahman, Suzelan Amir Abd Rahman, Suriyati Abd Rahman.  Saidal Khadri sudah meninggal dunia.  Seorang lagi adik sesusu saya adalah Nasta Mimi Ibrahim.  Mereka itu tinggal di Kuala Lumpur.  Dan di hari raya begini, mereka kembali ke Kg Batu 4, Temerloh, Pahang.

Itulah keluarga saya.


Sabtu, 18 Ogos 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Eidulfitr Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Selangor & Pulau Pinang

Posted: 18 Aug 2012 12:33 AM PDT

1) Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor

Tarikh: 19 Ogos 2012 (Ahad)

Masa: 11 pagi – 3 petang

Lokasi: Dataran Dewan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

 

2) Majlis Rumah Terbuka Eidulfitr Dato’ Seri Anwar Ibrahim & Dato’ Dr. Mansor Othman

Tarikh: 20 Ogos 2012 (Isnin)

Masa: 12.00 tgh hari – 5.00 petang

Lokasi: Pusat Khidmat ADUN Penanti, Dataran Rakyat Taman Guar Perahu, Pulau Pinang

 

Perutusan Eidulfitr 1433H — Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 17 Aug 2012 11:45 PM PDT

 

PERUTUSAN EIDULFITR 1433H — YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Saya dan Azizah mewakili keluarga, kepimpinan dan anggota KEADILAN seluruhnya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitr 1433 Hijrah kepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz minal eidil walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon daripada saudara-saudari seluruhnya atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.

Menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan merupakan suatu ujian kepada umat Islam; ujian melawan nafsu yakni musuh utama kita dan seandainya berjaya, maka kita akan dianugerahi Alllah SWT dengan petunjuk serta keampunan.

Syawal tahun ini juga masih disambut dengan suasana negara yang parah dengan penyalahgunaan kuasa; apabila amanah yang diberi rakyat untuk memimpin dikhianati dengan amalan kronisme dan rasuah, peningkatan drastik statistik jenayah, politik dendam yang tidak berkesudahan dan agenda jahat yang bertujuan memecahbelahkan keharmonian sesama kita.

Justeru, marilah kita sama-sama menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh keinsafan, kesederhanaan dan penuh kesabaran. Moga Syawal tahun ini menguatkan keazaman kita untuk kekal istiqamah dalam menuntut perubahan serta menggilap semangat perjuangan menegak yang hak dan yang adil serta menolak kezaliman dan kebobrokan.

Salam Eidulfitr. Kullu am wa antum bi-khair.

ANWAR IBRAHIM

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433H

Posted: 18 Aug 2012 07:18 AM PDT

Dengan ingatan tulus ikhlas, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Adil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam serta sahabat-sahabat yang beragama Islam. Dan sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan  samada didalam blog ataupun dimana jua saya meyusun sepuluh jari memohon keampunan dengan seikhlasnya. Kepada rakan yang bukan [...]

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Selamat berhari raya....maaf zahir batin

Posted: 17 Aug 2012 09:00 PM PDT

Selamat berhari raya....
Semoga selamat sampai ke destinasi anda....

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Video Umi Hafilda Kantoi Minta Wang Lebih?

Posted: 09 Jul 2012 09:11 PM PDT