Sabtu, 18 Disember 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


PAKAT DULU BALAH KEMUDIAN?

Posted: 17 Dec 2010 07:04 PM PST

(Dinasti 3A yang mendaulatkan Ketuanan Anwar dengan memperkudakan PAS untuk memahkotakan pemimpin anugerah tuhan sebagai Perdana Menteri)

Salam 2 all.

Esok Pakatan Pembangkang akan mengadakan Konvensyen PR di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Pemilihan venue konvensyen di negeri yang diperintah anak laki Kitsiang dalam keadaan kegawatan krisis keyakinan yang melanda PR membuktikan kedudukan dominan parti DAP didalam PR. Mengapa Kedah dan Kelantan, negeri yang diperintah oleh PAS tidak dipilih adalah jelas. Kitsiang dan Anwar tidak mahu memberi persepsi bahawa PAS adalah parti yang berpengaruh di dalam PR, kerana imej perjuangan Islam PAS akan memberi kesan negatif kepada pengundi bukan Islam yang menjadi "undi-nyawa" untuk survival Anwar & Kitsiang. Bagi mereka PAS hanya sekadar kuda tunggangan, yang hanya diguna bila diperlukan, tetapi dalam banyak hal dan isu, PAS langsung tidak dirujuk, apatah lagi ditanya pendapat.

Kita tengok sendiri isu perlantikan Kitsiang sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Anwar orang yang ditabal oleh isterinya sebagai pemimpin anugerah tuhan ini. PAS langsung tidak tahu menahu, jangan kata dirujuk, tanya pun tak. Itu sebab Ketua Dewan Ulama' PAS YB Datuk Harun Taib mengherdik Anwar kerana mengumumkan perlantikan Kitsiang tanpa berbincang dengan PAS. Malah didalam mesyuarat kepimpinan PR baru-baru ini, wakil PAS telah menegur Anwar mengenai perlantikan ini, dan saperti biasa Anwar pusing-sana pusing-sini, putar-sana putar sini, tapi tak jawab soalan pun.

Teman mendapat maklumat arahan telah dikeluarkan supaya dalam Konvensyen PR esok, isu berkenaan perlantikan Kitsiang sebagai TPM dan isu penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam jika PR memerintah tidak dibangkitkan. Dan yang paling malang ada pak jangoat yang bersetuju kerana mendakwa PAS telah menandatangani Perjanjian Persefahaman PR 18.12.2009 bahawa penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam perjanjian tersebut, dan PAS sebagai parti Islam terikat dengan perjanjian itu dan tidak boleh memungkirinya. Kepimpinan ulama' dan ahli akar umbi PAS diperdaya oleh segelintir kalangan pak jangoat sendiri untuk merestui dan menandatangani Perjanjian Syaitan ini!

Teman mendapat maklumat ramai kepimpinan dan para ulama' PAS sudah mula bosan dengan tindak tanduk dan kelentong Anwar & Kitsiang dan kaum pak jangoat yang memperkudakan PAS untuk kepentingan sempit mereka. Ini ditambah dengan pendedahan WikiLeaks berkenaan ujudnya "bukti teknikal" oleh Bahagian Risikan Singapura & Australia mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar. Malah ada kepimpinan dan ulama' PAS yang sudah mula ragu; mereka kata takkan Singapura & Australia serta perkhidmatan rahsia Amerika pun hendak berbohong kerana Anwar sendiri mengiystiharkan kepada mereka dan kepada dunia bahawa Singapura, Australia & Amerika menyokong beliau. Siap cerita bagaimana dia telefon Hillary Clinton lagi semasa Hillary melawat Malaysia baru-baru ini.

Sebab itu teman tidak terkejut apabila beberapa kepimpinan kanan dan ulama' PAS tidak hadir semasa Dewan Rakyat bersidang untuk menggantung Anwar & konco-konconya Khamis lepas. Yang hadir kebanyakannya pun adalah dikalangan penyembah pemimpin anugerah tuhan ini sahaja. Dan teman diberitahu beberapa kepimpinan dan ulama' kanan PAS tidak akan hadir dalam Konvensyen PR yang dijadualkan esok. Pokok pangkalnya, teman sudah dapat merasakan bahawa kepimpinan, para ulama' dan ahli akar umbi PAS sudah mula meragui agenda sebenar Anwar & Kitsiang; dan merasakan PAS hanya diperkudakan untuk kepentingan mereka sempit mereka.

Sebab itu teman menyeru dan mencadangkan kepada sahabat-sahabat PAS yang ada supaya memboikot Konvensyen PR di negeri pemerintahan DAP itu besok. Sedarlah Konvensyen itu hanya akan diperalatkan oleh Anwar & Kitsiang untuk agenda sempit mereka sendiri. Anwar akan menceritakan bagaimana Kerajaan begitu terdesak sehingga menggantung dia & konco-konconya kerana Kerajaan takut dengan isu APCO (yang jelas satu pembohongan saperti yang teman buktikan dalam penulisan bertajuk "Pembohongan APCO").

Anwar akan memutarbelitkan isu WikiLeaks kononnya isu "bukti teknikal" yang dipunyai oleh Bahagian Risikan Singapura & Australia mengenai kegiatan homoseks & liwat beliau sengaja dibesar-besarkan oleh "akhbar UMNO & BN" kerana mahu menutup pendedahah WikiLeaks mengenai kes Altantuya, walaupun sebenarnya WikiLeaks menyebut pembangkang terus-menerus memainkan isu Altantuya untuk menganggu YAB Perdana Menteri. WikiLeaks langusung tidak sebut mereka percaya dengan dakwaan kes Altantuya itu, sebaliknya menyatakan YAB selalu diganggu dan dihantui oleh pembangkang dengan isu rekaan mereka itu. Jangan lupa ada pemimpin PKR sendiri mengaku mencipta gambar yang di 'super-impose' kononnya Altantuya duduk makan dengan YAB PM!

Apa yang jelas sehingga kini Anwar masih tidak berani menafikan pendedahan WikiLeaks itu. Kenapa tidak saman WikiLeaks kerana pendedahan tersebut.?Kenapa tidak saman Kerajaan Australia, atau Kerajaan Singapura atas pendedahan itu? Kenapa tidak desak dan tuntut Kerajaan Singapura & Australia mendedahkan "bukti teknikal" yang mereka ada itu? Adakah Anwar takut kerana mereka tahu apa yang Anwar tahu? Apa pun sehingga kini Anwar masih enggan bersumpah muhabbalah menafikan tuduhan Saiful saperti yang dinasihatkan oleh mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin, sedangkan Saiful bukan sahaja sudah bersumpah, malah sudah sampai kehadapan Baitullah menadah tangan memohon kepada ALLAH. Kenapalah para pak jangoat tidak boleh melihat ini semua dengan hati dan jiwa yang bersih dan tawaddhu' hanya kepada ALLAH? Sudah pasti kelak nanti mereka akan dapat melihat kebenaran ALLAH itu!

Apapun, teman ingin mencadangkan kepada sahabat PAS yang terpaksa juga pergi menghadiri Konvensyen PR esok supaya membangkitkan isu-isu berikut, once and for all, tiada dolak dalik lagi. Get the truth! Antaranya teman cadangkan saperti berikut:

1. Dapatkan pengesahan dan komitmen terbuka Anwar & Kitsiang bahawa jika PR memerintah Kitsiang tidak akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (kecuali dia masuk Islam sebagaimana syarat yang dikenakan oleh Tok Guru Nik Aziz). Jangan biarkan Anwar & Kitsiang berdolak-dalik dan memutar kata perlantikan itu bukan menjadi isu kerana yang penting menang dulu, fokus kepada pilihanraya dan lain-lain. Itu semua temberang dan kelentong Anwar sahaja. Pastikan Anwar & Kitsiang secara terbuka diatas pentas memberi komitmen dan pengesahan itu. Jangan nanti bila dah berlaku baru tersedar kita dah kena kencing dengan Anwar & Kitsiang!

2. Dapatkan pengesahan secara terbuka daripada Anwar dan Kitsiang samada benar Perjanjian Persefahaman Pakatan bertarikh 18.12.2009 mempersetujui bahawa agenda penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat jika memenangi pilihanraya dan memerintah. Jangan termakan kelentong Anwar nanti bahawa Perjanjian itu hanya untuk merumus persetujuan bersama kesemua parti, tetapi masing-masing dibenarkan terus dengan agenda perjuangan masing-masing, DAP dengan Malaysian-Malaysianya, PAS dengan Negara Islamnya, dan PKR dengan cita-cita nak menabal pemimpin anugerah tuhannya sebagai Perdana Menteri. Itu semua putarbelit sahaja untuk menutup isu. Yang jelas dan muktamadnya Anwar & Kitsiang (termasuk beberapa orang pak jangoat) telah secara terbuka menyatakan bahawa agenda penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan pembangkang jika memerintah;

3. Dapatkan pengesahan secara terbuka & komitmen jelas Anwar dan Kitsiang bahawa dinegeri-negeri yang PAS perintah (saperti Kedah & Kelantan) undang-undang Islam akan dibenarkan dilaksanakan. Kerajaan negeri PAS akan dibenarkan mengharamkan arak, judi dan lain-lain. Ingat apa yang berlaku di Selangor apabila PAS Negeri Selangor hendak mengharamkan arak dijual secara terbuka, DAP telah membantah menyatakan ianya tidak termasuk dalam persefahaman pembangkang yang telah dipersetujui. Akhirnya PAS Negeri Selangor terpaksa mengalah dan arak dan kilangnya masih tertegak dibumi Selangor sampai hari ini, sedangkan dulu kita rembok meja mengisytiharkan "malam ni menang pilihanraya, esok kilang dan kedai arak semua tutup!!". Jangan ulangi sejarah hitam Selangor, dimana akhirnya PAS Negeri Selangor yang dimalukan oleh DAP dengan kerjasama rakan sekutunya PKR;

4. Dapatkan pengesahan dan komitmen Anwar bahawa kes dia meliwat Saiful Bukhori Azlan akan dipercepatkan. Jangan ditangguh-tangguh lagi. Kalau dia benar, maka apa yang perlu ditakutkan. Hadis Melayu sebut , "berani kerana benar, takut kerana salah". Kenapa asyik main tangguh aje. Jalankan kes itu segera supaya tidak menganggu persediaan PAS untuk menghadapi pilihanraya nanti;

5. Juga dapatkan pengesahan terbuka dan komitmen jelas daripada Karpal Singh, adakah dia benar-benar percayakan Anwar tidak bersalah? Sebab dialah orangnya didalam Parlimen tiga belas tahun lepas pada 22.10.1997 mendedahkan punya bukti dokumen Anwar meliwat pemandunya (Azizan) dan mendesak Kerajaan supaya menyiasat Anwar segera. Karpal juga orangnya yang mendedahkan dalam satu ucapan di Federal Hotel Kuala Lumpur bahawa dia punya bukti Anwar telah meliwat pemandunya (Azizan). Karpal jugalah orangnya yang bertemu dengan Umi Hafilda dan Azizan (mangsa liwat Anwar dahulu) dan menjadi peguam mereka. Karpal jugalah orang yang mendesak Anwar bertaubat dan meletak jawatan apabila pembohongan 16 Sept 2008 terbongkar. Jadi dapatkan penjelasan secara terbuka daripada Karpal apa agenda beliau sebenarnya, tambahan dengan pengangguhan kes Anwar yang berulang-ulang sehingga dah nak masuk tiga tahun. Adakah ini taktik untuk meletakkan Anwar didalam genggaman DAP, sentiasa tunduk kepada kehendak DAP, kata orang Perak "selagi dapat picit teloq Anwar, selagi itu dia akan ikut rentak DAP!". Jadi sebenarnya pengangguhan berpanjangan dan berulang-ulang kes Anwar menguntungkan DAP, bukannya PAS. Kerana PAS sebagai parti Islam sudah tentu tidak mahu ada diantara pemimpin mereka terpalit dengan pertuduhan jijik saperti itu.

6. Dapatkan pengesahan dan penjelasan jelas daripada Datuk Seri Wan Azizah, Presiden hiasan PKR apa rasional dan alasan dia mengiystiharkan dan menabalkan laki dia sendiri sebagai "pemimpin anugerah tuhan". Apa kriteria perisytiharan itu? Apa kelebihan Anwar berbanding Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi untuk Anwar mengatasi ulama'-ulama' hebat ini sebagai pemimpin anugerah tuhan. Apa maksud pemimpin anugerah tuhan itu? Adakah ia bermaksud Anwar maksum dari sebarang kesalahan, termasuk boleh kelentong dan temberang isu 16 Sept, yang sampai hari ini Anwar tidak pernah memberikan penjelasan kepada kepimpinan PAS, apatah lagi meminta maaf? Atau apakah keputusan Anwar (saperti melantik Kitsiang sebagai TPM) adalah wahyu yang tidak boleh dipersoal atau dipertikai?

Sebenarnya banyak lagi isu dan perkara yang boleh dikemukakan oleh sahabat-sahabat daripada PAS. Tetapi apa yang teman nyatakan diatas, jika dijawab oleh Anwar, Azizah, Kitsiang, Karpal Singh secara jujur dan terbuka sudah cukup untuk membuka mata PAS tentang wayang kulit mainan Anwar pemimpin yang ditabal oleh bini dia sendiri sebagai anugerah tuhan. Dan teman cukup yakin jika itu berlaku, pembohongan, kelentong dan cakap tak serupa bikin mereka akan terbongkar. Tetapi percayalah ianya tidak akan berlaku. Mereka akan cari jalan supaya isu-isu ini tidak dibahas dan dibangkitkan. Namun teman berharap sangat sahabat-sahabat daripada PAS, terutamanya para ulama', Dewan Pemuda, para ustadz dan lain-lain akan diberi anugerah oleh ALLAH untuk berani mengemukakan persoalan-persoalan diatas, walaupun jelas Anwar, Kitsiang dan segelintir pak jangoat mahu menutup isu-isu ini. Janganlah kita menjadi saperti kata hadis Melayu, "menang sorak kampung tergadai!". Kita menang pilihanraya dan jadi kerajaan, tetapi tergadai barakah dan rahmat ALLAH dan disumbat ke nerakaNya, na'uzubillah. Jangan sampai saperti kata seorang pak jangoat, "kita pakat dulu tumbangkan UMNO, kita balah pasal negara Islam kemudian". Kerana pada masa itu, menang jadi abu, kalah jadi arang.

Teman nak tutup pesan ini dengan satu kisah benar, supaya sahabat-sahabat PAS tahu betapa liciknya Anwar dengan kelentong, temberang dan putarbelitnya.

Kisah ini berlaku melibatkan Almarhum Tun Ghafar. sebelum pemergian Almarhum. Anwar pada masa itu hendak meyakinkan kami termasuk teman bahawa UMNO menyokong dia, dan mahu bersama dengan dia. Dan untuk meyakinkan kami termasuk teman, Anwar memberitahu kami Almarhum Tun Ghafar beriya-iya meminta mahu berjumpa dengan Anwar secara rahsia dirumah, untuk meminta maaf dan untuk menyatakan sokongan kepada Anwar. Anwar kata walaupun dia marah dengan Almarhum Tun Ghafar, tetapi demi kesatuan Melayu dia sanggup membuang segala kesalahan Almarhum Tun Ghafar dan berjumpa dengan Tun. Kami semua agak terkejut kerana tidak terfikir ianya akan berlaku. Tetapi apabila mendapat maklumat sah bahawa memang akan ada perjumapaan diantara Anwar dengan Almarhum Tun Ghafar dirumahnya di Bukit Pantai (tak silap teman selepas raya puasa, mungkin raya ketujuh), kami termasuk teman termakan cerita Anwar.

Wamakaru wamakarallah, wallah hukhoirul maakiriin - pembohong merancang dan ALLAH merancang, dan rancangan ALLAH mengatasi segalanya.

Nak jadi cerita, ada seorang diantara kami terserempak dengan Sdr. Zahid Mat Arip, bekas Naib Ketua Pemuda AMK dan cucu Almarhum Tun Ghafar disebuah pasaraya. Maka kawan kami ni pun bersalam dan mengucapkan tahniah kepada Zahid kerana Almarhum Tun Ghafar sudah bertaubat dan mahu berjumpa dengan Anwar dan meminta ma'af kepada Anwar atas kesilapan yang berlaku dan akan menyokong Anwar. Siap nak berjumpa secara rahsia dirumah Tun di Bukit Pantai.

Merah padam dan menyinga marah lah Zahid. "Cilaka punya Anwar, bapak pembohong betul haramjadah ni!!". Siapa yang kenal Zahid tahulah mulut lazer dia. Zahid pun berceritalah kepada kawan kami ni apa sebenarnya berlaku. "Anwar yang mintak sangat nak jumpa Pak Ghafar bulan puasa ni. Katanya nak mintak maaf sebab kesalahan dia mengkhianati Pak Ghafar tahun 1993 dulu". Zahid memulakan cerita. "Jadi Anwar mintak sangat aku aturkan, dan dia sanggup kerumah Pak Ghafar di Bukit Pantai", tambah Zahid. "Jadi akupun jumpalah Pak Gahafar dan bagitahu Anwar nak jumpa ni, nak minta maaf pasal khianat tahun 1993 dulu. Atok ok ke?" tanya Zahid kepada Pak Ghafar. "Boleh percaya ke tu Zahid, Anwar ni banyak autanya, aku bukan tak tahu" sinis Pak Ghafar kepada Zahid. "Tapi kali ni dia betul-betul Atok, bersungguh dia minta, dia sanggup datang rumah Bukit Pantai ni jumpa Atok secara rahsia pun takpe, sebab dia tak mahu PM pandang serong kat Atok nanti (masa tu Pak Lah PM)".

Pak Ghafar pun sebagai orang tua yang sayangkan cucu, bersetuju. "Macam tu jumpa lepas raya ajelah, bulan puasa orang ramai kat rumah. Lepas raya pun biar lambatkan sikit, sebab awal-awal raya anak cucu semua datang. Buat raya ketujuh aje, orang pun dah takde". Begitu pandangan jujur Almarhum Tun Ghafar. Maka Zahid pun terus dengan gembira memaklumkan kepada Anwar persetujuan Pak Ghafar itu. Anwar punya gembira kata Zahid, sampai kata "tolong rahsiakan jangan sampai UMNO tahu, kita kena jaga Pak Ghafar tu".

Kawan yang mendengar pendedahan itu melopong mendengarnya dan menyampuk, "tapi Zahid, itu bukan apa yang Anwar bagitahu kami. Dia kata Pak Ghafar yang nak jumpa untuk mintak maaf, dan dia bersedia walaupun dia sebenarnya malas nak layan Pak Ghafar" dedah kawan kami yang mendengar cerita Anwar itu. Menyingalah Zahid, lalu dia suruh kawan tu telefon Anwar masa tu juga dan bila dapat cakap "kepala ... you lah Anwar, you suruh I atur you nak jumpa Pak Ghafar untuk mintak maaf, sekarang you cerita lain pada orang yang Pak Ghafar yang nak jumpa jumpa you dan nak mintak maaf serta menyokong you. Pigi jahanamlah you Anwar. You ni memang political animal lah, haiwan politik!!". Maki Zahid kepada Anwar lalu menghempas telefon.

Zahid terus menghubungi Almarhum Tun Ghafar dan menceritakan apa yang berlaku. Dan Tun Ghafar jawab, "dah agak dah tu, Anwar ni memang kaki kelentong". Dan kawan kita yang berjumpa Zahid tu menceritakan bagaimana dia dimaki oleh Anwar kerana menceritakan hal itu kepada Zahid. Dan kawan itu, seorang pemimpin kanan PKR hari ni dah pun keluar daripada PKR kerana menyedari kelentong dan putar belit Anwar. Siapa kawan itu, biarlah ia menjadi rahsia kami. Tapi Anwar tahu siapa yang dimaksudkan. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada Almarhum Tun Ghafar.

Begitulah secebis kisah bagaimana mainan politik putar belit dan kelentong Anwar. Itu belum teman cerita macam mana Anwar kelentong Khairy Jamaludin sampai menantu Pak Lah tu datang kerumah Anwar dimalam selepas pembebasan dari penjara Sg. Buloh untuk menyerahkan paspot kepada Anwar, dan bagaiaman Anwar gunakan kedatangan Khairy itu sampai hari ni Khairy letih nak kena jawab. Kalau ada masa lain kali kita cerita pulak yop.

Apahal pun, teman berharap sangat supaya sahabat-sahabat didalam PAS, daripada kepimpinan parti, para ulama', ustadz dan da'i serta ahli akar umbi supaya janganlah terpedaya dengan mainan politik jijik, kotor dan penuh dengan kelicikan dan tipudaya ini. Kalau boleh boikot sahaja Konvensyen esok. Tapi kalau terpaksa pergi juga, jangan lupa dapatkan pengesahan, penjelasan dan komitmen terbuka Anwar, Kitsiang, Karpal Singh dan Wan Azizah tentang isu-isu yang teman kemukakan diatas.

Semoga ALLAH memelihara aqidah dan tauhid kita, dan menganugerahkan istiqomah kepada kita dalam perjuangan yang semakin mencabar ini. Segala yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri.

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
12 Muharram 1432
18 Disember 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Senarai Lantikan Majlis Pimpinan Pusat

Posted: 18 Dec 2010 01:55 AM PST

SENARAI LANTIKAN MAJLIS PIMPINAN PUSAT
PARTI KEADILAN RAKYAT

18 DISEMBER 2010

KETUA UMUM: YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

PRESIDEN: DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

TIMBALAN PRESIDEN: YB MOHAMED AZMIN ALI

SETIAUSAHA AGUNG: YB SAIFUDDIN NASUTION*

NAIB PRESIDEN: YB NURUL IZZAH ANWAR

YB CHUA TIAN CHANG (TIAN CHUA)

YB FUZIAH SALLEH

YB DATO' HAJI MANSOR OTHMAN

DATO' CHUA JUI MENG*

BARU BIAN*

N. SURENDRAN*

KETUA WANITA: YB HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN

KETUA ANGKATAN MUDA: SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN

BENDAHARI AGUNG: YB WILLIAM LEONG*

KETUA PENERANGAN: DR MOHD NOR MANUTY*

PENGARAH KOMUNIKASI: YB NIK NAZMI NIK AHMAD*

PENGARAH STRATEGI: RAFIZI RAMLI*

PENGARAH GUAMAN: LATHEEFA KOYA*

PENGARAH JAWATANKUASA DISIPLIN: DATO DR TAN KEE KWONG*

AHLI BIRO POLITIK (LANTIKAN): YB SENATOR DR. SYED HUSIN ALI*

YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM*

YB SIVARASA RASIAH*

YB DR XAVIER JAYAKUMAR*

DATIN PADUKA DR TAN YEE KEW*

AHLI BIRO POLITIK (LANTIKAN) /: MUSTAFFA KAMIL AYUB*

PENGARAH LATIHAN

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG: BADRUL HISHAM SHAHARIN*

T. KUMAR*

STEVEN CHOONG*

IGNATIUS DARELL LEIKING*

TIMBALAN KETUA PENERANGAN: YB SIM TZE TZIN*

HAJJAH ANIMAH FERRAR*

IR MUTHIAH*

* merupakan lantikan yang dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN pada 18 Disember 2010

Kenapa Ketua Pembangkang Tidak Dibenar Memberi Keterangan?

Posted: 17 Dec 2010 09:35 PM PST

Dari TV Selangor

Antara persoalan utama mengenai hukuman ke atas Datuk Seri Anwar ialah kenapa Ketua Pembangkang itu tidak dibenarkan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Begitu juga persoalan mengapa jawatankuasa itu tidak mengambil keterangan wakil Apco walaupun beliau mendakwa hadir di negara untuk berbuat demikian.

Persoalan ini dijawab oleh Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa yang menggangotai jawatankuasa berkenaan. Sivarasa dan Karpal Singh adalah dua daripada enam ahli jawatankuasa itu.

Mereka enggan menyertai siasatan itu selepas ahli parlimen Umno-BN menggunakan kelebihan majoriti untuk menghukum Anwar tanpa mengambil keterangan beliau.

Jawatankuasa itu juga tidak mengambil keterangan lisan daripada wakil Apco Brad Staples, Ketua Eksekutif Apco untuk rantau Eropah, timur Tengah dan Africa.

Speaker Dewan Tan Sri Pandikar amin Mulia hanya menerima surat penjelasan dari Staples.

Surat ini kemudian digunakan oleh jawatankuasa berkenaan sebagai asas utama untuk menggantung Anwar selama enam bulan.

Sivarasa berkata apa yang jelas ialah jawatankuasa tidak mahu menerima bukti-bukti yang diketengahkan oleh Anwar.

Lebih penting, jawatankuasa itu tidak mahu wakil Apco di soal balas oleh Sivarasa dan Karpal, justeru hanya surat penjelasan dari beliau yang diperlukan.

Sivarasa berkata sekiranya beliau dan Karpal diberi peluang untuk menyoal Staples, sudah tentu lebih banyak maklumat mengenai aktiviti syarikat pro-zionis itu di Malaysia akan didedahkan.

Sebaliknya surat Apco digunakan oleh Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim untuk mengemukakan usul supaya jawatankuasa itu sudah mempunyai bukti cukup untuk menghukum Anwar.

Justeru jawatankuasa itu secara mendadak membatalkan keputusan untuk untuk memanggil Anwar untuk memberi keterangan.

Sivarasa dan Karpal menerbitkan laporan minoriti memperincikan perjalanan dalam jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen itu, untuk diedarkan di Parlimen. Namun usaha itu dihalang Speaker Pandikar Amin Mulia.

“Kami menanyakan secara rasmi kepada speaker surat bertarikh 14 Disember,laporan minoriti daripada kami ini akan diusulkan kepada semua Ahli Parlimen namun Speaker menolaknya permintaan ini pada hari kemudiannya,” katanya.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


DUN Tenang, adakah Melayu dan rakyat Johor terbela?

Posted: 18 Dec 2010 06:54 AM PST


Ibu tunggal miskin rayu simpati - Utusan Malaysia
KULAIJAYA 17 Dis. 2010 - Tiada apa yang diharapkan oleh seorang ibu tunggal, Jumiyam Ahmad, 50, dari Kampung Batu 36, dekat sini untuk mengubah kehidupannya yang serba miskin selain mengharapkan kecemerlangan pelajaran anak-anak. Bagaimanapun, dia hanya mampu merenung nasib dan menyerah kepada takdir kerana anak-anaknya yang tergolong sebagai pelajar pintar tidak menerima sebarang biasiswa. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke dalam akaun bank RHB Jumiyam di nombor 10131600049620.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 banyak mendedahkan kelemahan pentadbiran Kerajaan BN Johor. Iaitu kelemahan-kelemahan di Mahkamah Tinggi Syariah (MTS), Aktiviti Perlombongan Dan Pengambilan Pasir, Prestasi Kemasukan Pelancong, Prestasi Pengurusan Kemudahan Awam, Pusat Internet E-Desa,Pengurusan Program Bantuan Rumah, Program Pemesatan Pembangunan Akuakultur, Program Galakan Usaha Tani,Pengurusan Program Penghayatan Modul Keluarga , PIJ Holdings Sdn. Bhd., YPJ Holdings Sdn. Bhd.

Ringkasan Laporan Ketua Audit Negara untuk Johor pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/11/johor-kritikal-hakim-syariah-pendedahan.html

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), BN menewaskan PAS, Mohd. Saim dengan majoriti 2,492 undi. DUN Tenang mempunyai 14,511 pengundi iaitu Melayu seramai 49.66 peratus, Cina (38.13 peratus), India (12.11 peratus) dan kaum-kaum lain (0.1 peratus).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Di bawah ini beberapa masalah orang Melayu dan rakyat di Johor :

DI JOHOR SEKOLAH PUN TAK SIAP SIAP, BUKAN MASJID JE
http://amkns.blogspot.com/2010/11/di-johor-sekolah-pun-tak-siap-siap.html

KELUARGA MISKIN JOHOR MOHON BANTUAN SEJAK 2008 TAK DAPAT DAPAT
http://amkns.blogspot.com/2010/06/johor-daif.html

SEKOLAH DI JOHOR BAHRU TAK SIAP-SIAP SEJAK 2004
http://amkns.blogspot.com/2010/06/menteri-pengajian-tinggi-tak-turun.html

MASALAH TANAH PERKUBURAN ISLAM DI MUAR
http://amkns.blogspot.com/2010/05/masalah-tanah-perkuburan-islam-di-johor.html

MASALAH JALAN KAMPUNG TERUK DI BATU PAHAT
http://amkns.blogspot.com/2010/05/pakatan-rakyat-johor-tidur-ke-sibuk.html

MASALAH JAMBATAN UZUR DI BATU PAHAT
http://amkns.blogspot.com/2010/05/tunggu-pilihanraya-atau-mati-baru-buat.html

MASALAH BANJIR KILAT DI MUAR
http://amkns.blogspot.com/2010/05/perlukah-ada-pilihanraya-kecil-di-johor.html

MASALAH KELUARGA MISKIN DI JOHOR BAHRU
http://amkns.blogspot.com/2010/05/keluarga-sengsara-di-negeri-kelahiran.html

MASALAH BANGUNAN SEKOLAH AGAMA USANG DI MUAR
http://amkns.blogspot.com/2010/05/pilihanraya-kecil-di-johor.html

SEKOLAH AGAMA DAIF DI JOHOR BAHRU
http://amkns.blogspot.com/2010/06/sekolah-agama-johor-daif.html

N5 Tenang terletak di dalam Parlimen Labis,di kawasan utara negeri Johor. Secara umumnya,jumlah pemilih di Dun tersebut dalam daftar pemilih Tahun 2008 adalah seramai 14 511 orang pengundi dengan pecahannya iaitu 49.59% daripadanya adalah pengundi Melayu,38.24% Cina dan 12.07% India.

N5 Tenang mempunyai 13 buah daerah mengundi iaitu Kampung Redong,Pekan Ayer Panas,Ladang Labis Utara,Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah,Labis,Felda Tenang,Sawah Bahru,Tenang Station,Ladang Bukit Dato,Chemplak Barat dan Chemplak.Dari segi demografinya,penduduk kawasan Tenang terdiri daripada peneroka,pekerja ladang,pekebun dan peniaga.

Untuk rekod,terdapat tiga buah kawasan tanah rancangan FELDA di Dun Tenang iaitu Chemplak,Chemplak Barat dan Felda Tenang.Kawasan majoriti pengundi Cina pula terletak di kawasan peti undi Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah dan Labis,di mana rata-rata mereka adalah peniaga dan pekebun.Pengundi India pula kebanyakannya terletak di kawasan ladang seperti Ladang Bukit Dato dan Ladang Labis Utara.
http://www.paschabau.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3825:pas-satu-labisinsyallah

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


DUN Tenang !!! Kalah ka....menang ka.. lawan tetap lawan !!!

Posted: 18 Dec 2010 12:30 AM PST


KEDAH online

KEDAH online


Rasuah Terbesar Yang Belum Ada jawapannya…

Posted: 17 Dec 2010 09:30 AM PST

Taib terbabit dengan tanah NCR berjumlah RM90 juta?

Posted: 17 Dec 2010 08:38 AM PST

Jumaat, 17 Disember 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Kes Perak buktikan Speaker boleh dicabar

Posted: 17 Dec 2010 03:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

"Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya," katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.

"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.

"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar.


Sumber: Harakah Daily

Taib terbabit dengan tanah NCR berjumlah RM90 juta?

Posted: 17 Dec 2010 01:15 AM PST


Laman sesawang Sarawak Report terus mendedahkan pembelian tanah yang mencurigakan membabitkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya. Kali ini, membabitkan kawasan sekitar Sri Aman dan dikatakan bernilai dehingga RM90 juta. Tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching. Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban. sri aman land grabSadia melaporkan 15 komuniti Iban menduduki tanah itu akan terjejas apabila tanah berkenaan dikatakan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit. "Masyarakat tempatan Iban berkata pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman empat bulan lalu. Mereka baru menyedari apa yang terjadi dan sekrang ini benar-benar berang. "Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itudan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit," lapor laman sesawang itu, Rabu lalu. Katanya lagi, Pejabat Tanah Daerah, beberap hari lalu mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya. NONEMenurut Sarawak Report, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil berkata tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu. Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanh itu kepada Titanium Management Sdn Bhd. Titanium dimiliki hampir sepenuhnya oleh anak ketua menteri, Mahmud dan seorang kroni perniagaan yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam (bawah, kiri). Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib. Mahmud Abu Bekir Taib, taib mahmud's son and titanium shareholder"Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu." Tahun lalu, semasa wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka. Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar," kata laporan sesawang itu.


Sumber: Malaysiakini

MTUC: Bayar gaji minimum, henti pemotongan subsidi

Posted: 17 Dec 2010 01:10 AM PST

Malaysia tidak mampu pengurangan subsidi lebih lanjut kerana sebahagian besar rakyat di negara ini hidup di bawah garis kemiskinan, kata Kongres Kebangsaan Kesatuan Malaysia (MTUC).

apcet II 221209 syed shahir syed mohamudDibebani harga barangan keperluan yang terus naik, maka adalah wajar kerajaan memperkenalkan dasar gaji minumum, kata presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud.

Sambil merujuk kajian yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia tahun lalu, Syed Shahir berkata 34 peratus golongan yang makan gaji sekarang berpendapatan kurang RM720 sebulan dan berada di garis kemiskinan negara.

"Tiada kerajaan penyayang yang akan menaikkan lagi kos hidup sehingga membebankan rakyat.

"Kerajaan Malaysia sekarang ini tidak peduli... mereka terus menaikkan harga barangan keperluan asas yang diperlukan untuk terus hidup," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula, semuanya akan menyebabkan kesan inflasi.

Syed Shahir berkata kerajaan tidak sensitif kerana kebanyakan isi rumah rakyat malaysia tidak dapat menampung kenaikan barangan keperluan itu.

azlanKerajaan katanya, tidak sepatutnya memotong subsidi untuk menjimatkan dana awam tetapi sebaliknya mengamalkan pentadbiran berjimat-cermat.

"Kerajaan mesti mencari jalan lain bagi memotong perbelanjaannya seperti mengurangkan perbelanjaan pertahanan dan mengurangkan rasuah, termasuk memberikan kontrak yang nilainya 'lebih tinggi' kepada kroni di semua peringkat.

"MTUC mengingatkan kerajaan supaya mengambil kira kebajikan dan masa depan rakyat, termasuk pekerja dan keluarga mereka sebagai tanggungjawab utama mereka," katanya lagi.

Sumber: Malaysiakini

Senarai Pemilih: MB Kedah Kecewa SPR terus membisu

Posted: 17 Dec 2010 01:00 AM PST


ALOR SETAR 17 DIS: Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mempertikaikan kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia(SPR) badan itu berkata pihaknya tidak menerima tindak balas daripada badan itu atau dipanggil untuk soal siasat berhubung dakwaan (penipuan) tersebut.

Setelah dua bulan aduan dan bantahan dikemukakan berkaitan pendaftaran pemilih baru yang didakwa berlaku penipuan di Kedah, SPR masih lagi membisu tanpa sebarang tindakan, lapor Harakahdaily.

"Bantahan dibuat secara rasmi pada bulan Oktober yang lalu namun pengadu tidak langsung dipanggil untuk siasatan," kata beliau.

Menurut Azizan, pihaknya mendapati pendaftaran pemilih baru di Kedah bagi suku ketiga yang telah dipamerkan pada 27 Oktober ada unsur penipuan iaitu di beberapa kem tentera yang membabitkan isteri-isteri anggota tentera.

Kata beliau, PAS Kedah mendapati wujudnya nama yang dipamerkan dalam daftar tersebut, menetap di tempat lain tetapi nama mereka didaftarkan dalam kem-kem tersebut sebagai pemilih baru.

Antara kem-kem tentera yang didakwa terlibat ialah Kem Gubir, Kem Bukit Kayu Hitam serta Kompeni Batalion 304 Askar Wataniah di Belantek.

Sebelum ini sikap SPR yang dibidas sebagai lemah dalam melaksanakan tugas mereka turut didedahkan oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar nama isteri-isteri tentera yang sebelum ini sebagai pemilih biasa telah didaftarkan sebagai pengundi pos.

Dalam kawasan Dewan Undangan Teluk Air Tawar penipuan ini turut didakwa berlaku oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar isteri-isteri tentera secara tidak telus dan mengikut prosedur disenaraikan dalam daftar pemilih sebagai pengundi pos.

Tindakan meletakkan nama mereka yang tidak sepatutnya didaftarkan sebagai pengundi pos serta mendaftarkan mereka yang tidak tinggal dalam tempat yang didakwa membuktikan tidak efisiennya SPR.

Malah SPR yang disifatkan sebagai sebuah badan yang sepatutnya berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka juga didakwa tidak berpandukan prosedur yang telah digariskan oleh mereka sendiri.


Sumber: TVSNEWS

Saya Tidak Sentuh Kandungan Surat Apco- Azmin

Posted: 17 Dec 2010 12:55 AM PST


PETALING JAYA 17 DIS : Tindakan Dewan Rakyat menggantung empat ahli parlimen pembangkang membuktikan kerakusan dan kuasa melampau Umno-Barisan Nasional(BN).

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dalam kenyataan medianya hari ini berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sewaktu mencadangkan usul penggantungan menyebut bahawa beliau melanggar Peraturan Mesyuarat 85.

Peraturan Mesyuarat 85 ialah keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua sebelum panel itu membentangkan laporannya.

"Namun begitu saya tidak menyentuh kandungan surat daripada Apco Worldwide yang dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010 dalam pemberitahuan surat saya kepada Yang Di-Pertua bertarikh 16 Disember 2010," jelas Azmin.

Menurut Azmin dalam surat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1), beliau telah memohon mencadangkan supaya Dewan Rakyat membincangkan perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember yang membuat keputusan menafikan hak Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang menghadiri prosiding mesyuarat berkenaan.

"Sehubungan dengan itu, alasan yang diberikan oleh Datuk Seri Nazri yang mencadangkan untuk menggantung saya daripada Dewan tidak boleh digunapakai kerana tidak pernah menyiarkan kandungan surat Apco tersebut kepada sesiapapun ataupun sewaktu berbahas dalam Dewan.

"Isu Apco telah berkali-kali dibangkitkan dalam parlimen yang membawa implikasi kepada kepentingan dan keselamatan negara. Apa salahnya sebagai seorang ahli parlimen yang dipilih rakyat, saya membangkitkan urusan yang berkaitan dengan kepentingan dan keselamatan negara?," soal Azmin lagi.

Justeru ujarnya, jelas sekali penggantungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, Ahli Parlimen Subang,Sivarasa Rasiah dan dirinya tidak ada asas sama sekali serta tidak mengikut prosedur parlimen.

"Saya dan rakan-rakan dalam PKR dan Pakatan Rakyat berpendapat bahawa tindakan Dewan Rakyat ini merupakan tindakan yang bermotifkan politik dan bertujuan mengurangkan suara Pakatan Rakyat di dalam Dewan," tambah Azmin lagi.

Ini katanya suatu tamparan kepada pembangunan demokrasi dan keluhuran undang-undang dalam negara oleh pemerintahnya sendiri.

Ekoran itu, beliau yakin rakyat sentiasa menilai tindak tanduk Umno-BN yang jauh menyimpang dan tidak menghormati integriti institusi parlimen lalu menumbangkan kerajaan korup lagi rakus itu.


Sumber: TVSNEWS

Keputusan Inkues Teoh Beng Hock 5 Januari Depan

Posted: 17 Dec 2010 12:50 AM PST


SHAH ALAM 17 DIS : Keputusan inkues mengenai punca kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan negeri Selangor yang mengambil masa lebih setahun, akan diketahui 5 Januari ini.

Koroner Azmil Muntapha Abas yang mendengar kes itu sejak 29 Julai tahun lalu menetapkan tarikh itu selepas membenarkan kesemua pihak memfailkan hujahan balasan selewat-lewatnya 27 Disember ini.

Mahkamah Koroner juga hari ini memutuskan untuk tidak mendengar penghujahan lisan daripada pihak yang terlibat dalam inkues kematian Teoh.

Azmil memberitahu pihak yang ingin mengemukakan penghujahan berkenaan supaya berbuat demikian secara bertulis pada 27 Disember.

Tarikh berkenaan ditetapkan mahkamah unutuk membolehkan semua pihak terlibat untuk meneliti penghujahan berkenaan memandangkan kebanyakannya hanya difailkan sejak semalam.

Tan Hock Chuan yang mewakili Pejabat Peguam Negara berkata Koroner memutuskan demikian memandangkan penghujahan berkenaan terlalu panjang dan akan memakan masa yang lama sekiranya dibacakan.

Peguam kepada keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berkata Majlis Peguam merupakan pihak pertama yang memfailkan penghujahannya, diikuti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sementara itu, para peguam yang mewakili kerajaan Selangor, keluarga Teoh serta exco Selangor Ean Yong Hian Wah yang juga majikan Teoh masing-masing memfailkan penghujahan mereka semalam.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah anggota keluarga Teoh termasuk isteri dan anak lelakinya yang dilahirkan selepas kematiannya.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota exco, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai tahun lepas di koridor tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan yang sama.

Inkues itu diadakan kerana kematiannya didakwa menimbulkan tanda tanya berikutan kehadirannya di SPRM beberapa jam sebelum itu untuk disoal berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor.

Pada awalnya inkues itu dijangka selesai dalam tempoh sebulan tetapi ia berlarutan sehinggalah kes ditutup pada 4 Nov lalu.

Sepanjang prosiding, 37 saksi dipanggil termasuk beberapa pegawai SPRM serta pakar patologi terkenal Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand.

Dr Pornthip yang dijemput oleh kerajaan Selangor untuk membantu siasatan telah menimbulkan kontroversi pada peringkat pertama menghadiri prosiding itu kerana mendakwa Teoh berkemungkinan dibunuh, dan ini menyebabkan kubur Teoh digali semula bagi tujuan bedah siasat kedua.

Beliau yang mendakwa telah diugut supaya tidak menghadirkan diri untuk prosiding inkues itu akhirnya hadir buat kali kedua pada 18 Ogos lalu.

Pada prosiding hari ini, anak Teoh berusia 10 bulan dibawa ke mahkamah dan dipangku oleh seorang abang Teoh.

-Malaysiakini

Gantung Kami Jalankan Tugas MP Tidak Sah, Kata Karpal

Posted: 17 Dec 2010 12:45 AM PST


PETALING JAYA 17 DIS : Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata penggantungan empat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk beliau yang diputuskan semalam adalah tidak sah.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, usul yang diluluskan itu melarang beliau dan tiga Ahli Parlimen lain daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau menegaskan, Parlimen hanya boleh menggantung daripada menghadiri sidang Parlimen, bukannya menggantung tugas sebagai Ahli Parlimen.

"Kami digantung daripada menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen. Tugas kami tidak terhad di Parlimen sahaja.

"Ini akan jadi perkara utama. Ini adalah satu pencabulan hak kami sebagai Ahli Parlimen yang mana telah termaktub dalam Perlembagaan (Persekutuan)," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal, R. Sivarasa (Subang) dan Azmin Ali (Gombak) daripada tugas sebagai Ahli Parlimen selama enam bulan.

Dalam usul itu, jelas mengatakan Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung daripada tugasnya sebagai Ahli Parlimen manakala Anwar digantung tugas dari jawatan Ahli Parlimen selama enam bulan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu digantung ekoran dakwaan beliau mengenai isu berkaitan APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia.

Sementara Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung kerana melanggar peruntukan Peraturan Mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua sebelum panel itu membentangkan laporannya.

"Dalam negara kita Parlimen bukan yang paling tinggi, Perlembagaan yang paling tinggi. Keputusan yang dibuat Parlimen mesti berdasarkan Perlembagaan.

"Ketika saya digantung pada 1994 kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, ayat yang digunakan sangat jelas, digantung daripada perkhidmatan di dalam Dewan," kata Karpal.

Karpal turut berkata, Pakatan Rakyat sudah membuat keputusan untuk menyaman Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau juga mengaitkan penggantungannya dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir yang mencabar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan membawa perkara itu ke mahkamah.

"Sebagai contoh, dalam kes Zamri keputusan boleh dicabar. Selagi kita yakin, kes ini akan dibawa ke mahkamah dan kita serius tentang perkara ini," katanya.

Karpal juga berkata, Pakatan Rakyat akan membawa kes itu ke mahkamah dalam masa terdekat.

"Hujung minggu ini saya akan sediakan dokumen-dokumen, kita akan bawa kes ini dalam masa terdekat," katanya.

Pada sidang media itu, Anwar yang juga Penasihat PKR menimbulkan persoalan kenapa APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan Israel tidak boleh "disentuh."

"Siapa APCO ini? Dewa kayangankah sampai tidak boleh disentuh? Mengapa APCO ini dianggap begitu berkuasa?

"APCO kata mereka badan profesional bebas tapi kenapa terlibat dalam kempen politik Malaysia? Kita minta APCO hentikan kempen politik ini.

"Sebab APCO, Ahli Parlimen digantung tanpa ikut peraturan," katanya.


TheMalaysianInsider

Semangat Demokrasi Dewan Rakyat 'Sudah Simpang-Siur', Kata Aziz

Posted: 17 Dec 2010 12:44 AM PST


KUALA LUMPUR 17 DIS : Keputusan digantung enam bulan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat lain menunjukkan sistem demokrasi Malaysia "sudah simpang-siur", kata pakar perundangan Prof A. Aziz Bari.

"Penggantungan ini menunjukkan sistem demokrasi kita sudah simpang-siur, sekejap boleh (gantung) dan sekejap tidak.

"Sekarang Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) pula bakal dibawa ke mahkamah apabila semangat demokrasi di Dewan Rakyat serta dahulu di DUN Perak tidak dihormati dan dilanggar oleh wakil rakyat yang tidak faham undang-undang," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu, soal Aziz (gambar), memandangkan Anwar bersedia mendedahkan mengenai bukti-bukti dakwaannya sebelum ini mengapa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tidak membenarnya membuat penjelasan.

"Mengapa terus digantung selama enam bulan sedangkan tindakkan itu tidak memberi kebaikan kepada sebuah Dewan yang mementingkan demokrasi," kata beliau.

Oleh itu katanya lagi, adakah Umno hendak menggunakan Parlimen untuk melarikan diri daripada isu APCO dan konsep 1 Malaysia, yang kebanyakan orang awam mengaitkannya dengan slogan One Israel kerana itulah anggapan yang terus cuba dinafikan di Dewan Rakyat.

Malah menurut Aziz, walaupun ada ketetapan untuk seseorang Speaker Dewan Rakyat menggunakan peruntukan Peraturan Mesyuarat 44, tetapi Ketua Pembangkang di Parlimen tarafnya harus dilihat seperti "ketua kerajaan", yang bertindak sebagai semak dan imbang serta melaksanakan prinsip demokrasi.

"Apakah semangat ini mahu dibunuh dalam Dewan Rakyat juga," katanya.

"Persoalannya sekarang, mengapa di Dewan Rakyat hari ini, seseorang wakil rakyat boleh terus digantung oleh seorang Speaker sedangkan di Perak sebelum ini tidak boleh.

"Tetapi dibawa ke mahkamah walaupun tidak harus sebenarnya satu-satu urusan di DUN atau Dewan Rakyat diputuskan semula di mahkamah," katanya lagi.

Semalam, sejurus selepas mereka dikenakan hukuman digantung dari Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz berkata, cadangan tindakan mahkamah oleh pakatan pembangkang terhadap Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak akan berjaya.

Nazri, menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, yakin sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah ia akan ditolak oleh mahkamah kerana Parlimen mempunyai "kekuasaan" yang tersendiri.

"Saya beri jaminan, jika mereka membawa perkara ini ke mahkamah, ia akan ditolak. Karpal belajar undang-undang apa? Peguam kelas ketiga.

"Apa yang kami putuskan kekal, anda perlu belajar undang-undang perlembagaan mengenai kekuasaan Parlimen," katanya.

Karpal yang juga peguam terkenal memberitahu cadangan pihaknya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Pandikar Amin berhubung perkara itu.

Selain Anwar, turut digantung enam bulan ialah tiga lagi anggota Parlimen pembangkang iaitu Karpal, R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.

Nazri berkata gaji serta elaun empat anggota Parlimen yang digantung itu masih berjalan dan tidak akan dihentikan.

"Gaji dia tetap ada. Keempat-empat MP masih mendapat elaun mereka kerana kami mengikut perintah mahkamah selepas (Anggota Parlimen Puchong) Gobind (Singh Deo) membawa perkara itu ke mahkamah.

"Memandangkan keputusan mahkamah ia tidak mengikut perlembagaan kita ikut. Sebenarnya pakatan pembangkanglah yang tidak mengikut perintah mahkamah," katanya.

Nazri berkata Barisan Nasional hanya mempunyai 137 kerusi di Dewan Rakyat dan tidak cukup untuk meminda sesuatu perlembagaan.

"Pada sebarang masa untuk meminda perlembagaan, kamu mesti mempunyai 148 anggota Parlimen bagi menyokong di dalam dewan. Jika tidak, ia tidak boleh dipinda," katanya.

-TheMalaysianInsider

Nazri Peguam Tiada Kelas Kata Karpal

Posted: 17 Dec 2010 12:39 AM PST


PETALING JAYA 17 DIS : Ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai peguam tiada kelas jika dibandingkan dirinya yang digelar peguam kelas ketiga oleh menteri itu.

Nazri semalam melabelkan Karpal sebagai peguam kelas ketiga kerana mahu membawa kes penggantungan Ketua Pembangkang ke mahkamah kerana tidak ada keadilan diberikan kepada Ketua Pembangkang itu.

Namun menurut Nazri telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Kenyataan Nazri itu disanggah oleh Karpal hari ini.

" Perkara ini pastinya akan dibawa ke mahkamah. Sudah ada kes sama seperti ini dahulu di Perak dan dalam kes Gobind. Saya mengakui memang saya membuat komen tertentu terhadap beliau tapi bukan itu persoalannya. Persoalannya saya tidak diberi ruang untuk mempertahankan diri,"ujar Karpal yang turut digantung selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide.

Karpal juga menjelaskan tindakan akan diambil ke atas Speaker Pandikar Amin Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Anwar dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya.

" Tindakan ke atas Speaker akan difailkan kemudian. Saya terkejut bila Nazri kata keputusan ini tidak boleh diadili di mahkamah. Ini keutamaan pada masa ini," ujar Karpal lagi.

Nazri semalam turut didakwa mengarahkan Pandikar supaya menggunakan Peraturan dewan 44 untuk menghentikan perbahasan dan membuat undi tanpa perdebatan.

Beliau turut melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.


Sumber: TVSNEWS

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


KUDA-MENGUDA DAP-ANWAR!

Posted: 16 Dec 2010 02:48 AM PST

(Mungkinkah Kuan Yew telah memaklumkan kepada Tok Guru tentang "bukti teknikal" yang Bahagian Risikan Singapura perolehi mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar?)

Salam 2 all.

Pendedahan WikiLeaks baru-baru ini mengenai Bahagian Risikan Australia dan Singapura bahawa mereka mempunyai "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat Anwar yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan ini sangatlah serius. Apakah bukti teknikal yang mereka ada? Teman berbincang dengan beberapa rakan diplomat dan anggota risikan baru-baru ini, mereka menyatakan bila perkataan "bukti teknikal" diguna didunia diplomasi, itu bermakna mereka ada bukti saperti video, gambar, dan lain-lain! Na'uzubillah!

Persoalan besar yang timbul ialah, jika benar berita itu (ingat Al Hujurat: 6), dan jika benar mereka ada "bukti teknikal" tersebut, ia meletakkan keselamatan negara dalam keadaan terdedah kepada ancaman negara luar jika pemimpin anugerah tuhan ini menjadi pemimpin negara, na'uzubillah min zalik!! Kerana mereka boleh mengugut dan menekan pemimpin anugerah tuhan ini bila-bila masa dengan "bukti teknikal" tersebut.

Kedua, kenyataan dalam pendedahan WikiLeaks bahawa mantan Perdana Menteri Singapura, Senior Minister Lee Kuan Yew mengetahui tentang kegiatan homoseksual dan liwat pemimpin anugerah tuhan ini juga menarik perhatian teman. Ini adalah kerana sebaik tamat pilihanraya ke 12 pada 08 Mac 2008 lepas, Lee Kuan Yew telah mengadakan lawatan ke Malaysia dan antara lain mengadakan perjumpaan dengan Kit Siang, anak lakinya dan beberapa pemimpin DAP.

Kita semua tahu hubungan rapat Kitsiang, anak lakinya, Karpal Singh, dan lain-lain pemimpin DAP dengan Lee Kuan Yew. Sehinggakan Kitsiang sanggup memecat seorang tokong pejuang dan aktivitis DAP yang terkenal Fan Yew Teng hanya kerana Fan Yew Teng menentang parti Kuan Yew PAP dalam satu sidang sosialis dunia satu masa dahulu (Fan Yew Teng telah pun mati baru-baru ini di Bangkok).

Persoalan besar yang timbul sekarang ialah takkan macam tu punya kamcin dema, Kuan Yew tidak memaklumkan kepada Kitsiang, Karpal Singh dan lain-lain tentang maklumat dan "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat yang Bahagian Risikan Singapura ada. Teman cukup pasti dengan politiking licik bak belut Kuan Yew, sudah pasti dia akan maklumkan dan berkongsi maklumat dengan kawan-kawannya. Mungkin juga mengatur strategi terbaik untuk mempergunakan maklumat dan bukti tersebut untuk kepentingan sempit mereka!

Teman cukup yakin kepimpinan DAP tahu mengenainya. Sebagai contoh, Karpal Singh, Pengerusi DAP sejak 1997 telah membangkitkan isu berkenaan kegiatan homoseks & liwat Anwar. Mengikut lapuran Hansard Parlimen bertarikh 22 Okt 1997, Karpal Singh telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Karpal Singh mendesak supaya Kerajaan menyiasat sepenuhnya kes liwat tersebut.

Begitu juga di tahun yang sama, Karpal Singh membuat ucapan terbuka di satu majlis anjuran DAP di Hotel Federal bila beliau menyatakan bahawa beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat. YB Wee Choo Keong semasa berbahas didalam Parlimen sebentar tadi (ketika membahas usul menggantung Anwar) menyatakan bahawa beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh tersebut. Dan YB Wee Choo Keong menyatakan bahawa sememangnya kepimpinan DAP tahu tentang kegiatan homoseks & liwat Anwar (YB Wee pada masa itu adalah Ketua Penerangan DAP Pusat).

Semasa teman menjadi peguam membela Anwar dalam kes menyalahgunakan kedudukan sebagai TPM menggunakan Unit Cawangan Khas Polis untuk mendapatkan Surat Akuan palsu daripada Azizan & Umi Hafilda, Peguam Negara mendedahkan penglibatan Karpal Singh sebagai peguam mewakili Azizan dan Umi Hafilda, dan bercadang memanggil Karpal sebagai saksi.

Malahan setelah tragedi pembohongan 16 Sept 2008 terbongkar, Karpal adalah antara kepimpinan DAP yang sangat kecewa dan marah dengan Anwar. Lalu Karpal membuat kenyataan meminta Anwar bertaubat dan mendesak Anwar supaya berundur dengan kenyataan "Anwar tidak layak lagi menjadi pemimpin".

Jadi daripada rentetan peristiwa ini, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP saperti Kitsiang dan anak lakinya, Karpal dan lain-lain sangat mengetahui kegiatan homoseks & liwat Anwar, apatah lagi mentor mereka Kuan Yew jelas didedahkan didalam WikiLeaks mengetahui mengenainya dan ada "bukti teknikal" yang menyebabkan Kuan Yew percaya Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat.

Persoalan pokok yang teman tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan saperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar? Jawapannya jelas. Pada teman Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini. Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya. Apa yang teman khuatir ialah mereka menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar itu sebagai bahan political leverage!!

Ini kerana Anwar, dengan masalah peribadi yang dia hadapi, bersedia berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkinkah untuk menutup masalah peribadinya itu? Apakah kerana itu maka Karpal sebagai peguam Anwar sengaja membiarkan kes Anwar tertangguh, kerana lagi lama ianya ditangguh, lagi banyak ianya memberi kebaikan kepada kepimpinan DAP untuk memenuhi agenda mereka. Kata orang Perak, "selagi dema dapat pegang teloq Anwar, selagi tu lah Anwar akan berjoget ikut rentak mereka!!" Apakah kerana itu kita melihat Anwar saperti Melayu yang sudah hilang akal dan kewarasan, menjual segalanya termasuk menjual nama ALLAH untuk disyirikkan oleh kafir, mempertikai Ketuanan Melayu yang dia sendiri menjadi juaranya semasa menjadi pemimpin UMNO, dan sanggup menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada manusia cauvinis dan rasis Kitsiang, serta menjual Pulau Pinang kepada anak laki Kitsiang?

Dan bagi tujuan itu, kepimpinan DAP akan terus menyokong dan mendokong Anwar, walaupun mereka tahu mereka sedang menyokong dan mendokong biawak hiudp?! Bukankah ini sesuatu yang sangat merbahaya bagi umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, mempunyai pemimpin yang boleh diperas ugut dan diperkudakan oleh golongan cauvinis, rasis dan ekstrim!, walaupun pemimpin itu disiytihar dan ditabal oleh bininya sendiri sebagai anugerah tuhan Keselamatan negara akan terdedah kepada unsur ugutan dan ransom! Apakah itu jenis kerajaan dan kepimpinan yang dikehendaki oleh negara Malaysia ini?

Pada teman, sebenarnya kedua-dua kepimpinan DAP & Anwar saling guna-mengguna, kuda-menguda, demi untuk kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka. Tetapi yang paling menyedihkan dalam isu ini ialah kedudukan PAS. Apa peranan mereka? Apa yang teman nampak, akibat daripada kerakusan segelintir pak jangoat dan golongan penyembah Anwar didalam PAS, mereka telah mengheret PAS ke dalam satu percaturan politik yang sangat kotor dan jijik. Kaum Anwarinas ni berkiblatkan pemimpin anugerah tuhan ini. Bagi kaum Anwarinas ini, kepimpinan PAS dibawah YB Tuan Guru Haji Hadi adalah kolot dan kekampungan. Tak moden, lekeh dan selekeh. Mereka sanggup mengkhianati dan mengenepikan kepimpinan PAS. Hanya semata-mata kerana kaum Anwarinas ini sudah menjadi kelkatu yang terpukau dengan kilauan cahaya Putrajaya.

Pada teman, pak-pak jangoat ini bukan sahaja sudah sesat, tetapi menyesatkan. Mereka rela, malahan secara aktif membiarkan PAS diperkudakan oleh kepimpinan DAP & Anwar. Sehingga mereka memperdaya kepimpinan dan ahli PAS untuk bersetuju menandatangani Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 18 Disember 2009 bahawa jika Pakatan Pembangkang memerintah, penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam adalah tidak termasuk didalam agenda Pakatan Pembangkang. Dan sehingga kini tiada sebarang Muktamar Khas dibuat untuk membolehkan para ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS berbahas dan berbincang untuk samada bersetuju menerima gagasan Pakatan Syaitan yang menolak Islam dengan jelas dan nyata itu. Kemungkinan besar para ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS tidak tahu pun keujudan Perjanjian Syaitan itu!

Teman berdoa dan berharap agar para ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS menyedari bahawa sebenarnya mereka sedang diheret selangkah demi selangkah, sejengkal demi sejengkal oleh para pak jangoat yang sesat lagi menyesatkan ini, untuk terjerumus kedalam lubang dubur biawak. Nasihat ikhlas teman, janganlah kita menjadi buta sebagaimana pengikut Fira'un, janganlah kita menjadi pekak saperti pengikut Namrud, janganlah kita menjadi bisu saperti pengikut Attarturk, dan janganlah kita menjadi terlalu taksub saperti pengikut Abu Jahal dan Abu Lahab. Kembalilah kepangkal jalan. Kembalilah kepada perjuangan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah. Intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaamakuum - bantulah agama ALLAH, nescaya ALLAH akan membantu kamu.

Yang baik itu datangnya dari ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH terus memberikan petunjuk dan hidayah serta keampunan kepada teman dan kesemua umat Islam insyallah.

Wassalam & Wallahua'lam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
10 Muharram 1432
16 Disember 2010

*Nota: artikel ini tidak bermaksud dan tidak bertujuan sama sekali untuk menggambarkan teman mempunyai bukti Anwar adalah golongan homoseks atau peliwat, atau mempercayai maklumat daripada WikiLeaks mahupun Bhg. Risikan Singapura, Lee Kuan Yew, atau Karpal Singh. Sebaliknya teman berpendirian bahawa maklumat WikiLeaks, Bhg. Risikan Singapura , Lee Kuan Yew dan Karpal Singh itu perlulah ditapis dan dipastikan kesahihannya, walahhua'lam. Malahan lebih afdhal bagi Anwar untuk bersumpah muhabbalah sebagaimana yang disarankan oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Wassalam.