Zulkifli Noordin |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Zulkifli Noordin |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Anwar Ibrahim |
Ucapan Anti-Demokrasi: Najib Didesak Pohon Maaf Posted: 23 Oct 2010 01:37 AM PDT Entah apa gerangan dengan kenyataan Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Razak sewaktu menyimpulkan ucapan perasmian beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO kelmarin yang mana beliau telah menggesa semua anggota UMNO supaya tetap mempertahankan Putrajaya “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
BULETIN RAKYAT |
Team Chegubard, Adun Teja kecewa soal kaum pengaruhi trend undi sayap muda Posted: 23 Oct 2010 03:10 AM PDT Oleh G Manimaran ![]() Badrul Hisham Shaharin dan Chang Lih Kang menunjukkan manifesto barisan mereka yang bertanding jawatan Angkatan Muda Keadilan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai "Chegubard" berkata, beliau terkilan kerana aspek kaum masih dianggap sebagai faktor untuk memberikan sokongan kepada Chang yang dimasukkan dalam barisannya. Katanya, ahli-ahli PKR seharusnya menunjukkan teladan positif kepada parti lain dengan mengetepikan soal ini. "Saya mendengar di bawah (akar umbi), ada cakap-cakap yang bertanya mengapa saya pilih Chang Lih Kang, orang Cina sebagai calon bagi jawatan timbalan ketua AMK dalam pasukan saya. "Saya hairan dengan perkara macam ini yang kelihatan masih wujud (dalam PKR) sedangkan kita tidak harus ikut garisan perkauman. "Dia kaum apa, latar belakang apa, tidak harus wujud dalam PKR. Saya memang kecewa (apabila mendengar isu ini)," kata beliau ketika ditemui pada sesi pengenalan calon barisannya kepada ahli-ahli AMK PKR Negeri Sembilan di sini malam tadi. Barisannya bertanding atas tema "Penerus Perjuangan Reformasi". Kata Badrul Hisham, ada pihak yang mempersoalkan sebab beliau memilih calon timbalannya daripada kalangan orang Cina. Perkara itu turut diakui Chang dalam ucapannya. Dalam PKR, keanggotaan 50 peratus adalah orang Melayu, 23 peratus India, 12 peratus Cina dan 15 peratus lain-lain. Bagaimanapun Badrul Hisham menekankan, isu itu belum mencapai tahap yang serius tetapi sebagai sebuah parti pelbagai kaum, perkara seperti ini tidak seharusnya wujud. "Saya masih menganggap soal membangkitkan Chang Lih Kang seorang calon Cina dan tidak harus undi bagi jawatan timbalan sebagai kes terpencil. "Kami yakin soal-soal ini tidak akan menjejaskan peluang kami untuk menang kerana kami mengetengahkan visi dan misi kami kepada para ahli," kata beliau lagi. Kata beliau, pasukannya juga tidak membuat sebarang aduan mengenai isu berkenaan kepada jawatankuasa pemilihan pusat. Ditanya mengenai pihak di belakang isu berkenaan, Badrul Hisham tidak mahu menuding jari ke arah mana-mana pihak. Persaingan jawatan ketua AMK menyaksikan pertarungan satu lawan satu. Badrul Hisham, ketua PKR Rembau mencabar Shamsul Iskandar Mohd Akin yang memutuskan untuk mempertahankan kedudukannya. Gandingan Shamsul Iskandar bagi jawatan timbalan ketua AMK ialah Khairu Anuar Zainudin Jonah. Sementara itu, Chang yang berucap pada majlis tersebut berkata, beliau berharap ahli-ahli PKR khususnya AMK akan mengetepikan pemberian sokongan mengikut garis kaum dan latar belakang. "Saya tidak kisah kalau saya kalah kerana saya tidak kacak, saya tidak kisah kalau saya kalah jika atas alasan saya tidak pandai berucap, tetapi saya tidak mahu kalah kerana menganggap saya seorang Cina atau kerana latar belakang saya," kata beliau yang juga bekas pemimpin pertubuhan bukan kerajaan Suaram dan Gerkaan Anti-ISA (GMI). "Saya pernah terlibat dalam NGO Suaram, pernah bertindak sebagai setiausaha GMI... semasa dalam GMI, saya membantu mereka yang ditahan di bawah ISA, yang kebanyakan adalah orang Melayu-Islam termasuk anak Mursyidul Am PAS (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)," kata beliau. "Saya pernah ditahan kerana membantu orang Melayu yang rumah mereka dirobohkan di Ampang, itu komitmen saya tak kira agama dan kaum. "Kami akan membantu semua orang ... sebab itu saya sedih dengan tindakan segelintir orang yang menganggap saya orang Cina... nilai saya atas kebolehan saya, keupayaan saya, bukan kerana warna kulit dan latar belakang," kata beliau. Selain Chang, barisan calon Badrul Hisham terdiri daripada Dr Nicholas J Gantobon dari Sabah, Yunus Jamhari (Perak) dan Sivam Veeramuthu (Selangor) yang bertanding tiga kerusi naib ketua. Proses pengundian pemilihan pusat PKR termasuk AMK dan Wanita akan bermula 29 Oktober ini, dijalankan secara berperingkat selama tiga minggu. Ini kali pertama PKR memperkenalkan sistem pemilihan secara langsung melibatkan undi setiap ahli. |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
KEDAH online |
Posted: 23 Oct 2010 03:11 AM PDT |
You are subscribed to email updates from KEDAH online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
MEDIA Rakyat MALAYSIA |
Jangan takut gertakan Najib - DS Anwar Posted: 23 Oct 2010 03:02 AM PDT |
You are subscribed to email updates from MEDIA Rakyat MALAYSIA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak |
Posted: 22 Oct 2010 10:53 AM PDT Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bukit Gantang bercadang untuk mengadakan majlis ramah mesra serta berkenal-kenalan antara ahli-ahli AMK Bukit Gantang. Kami AMK Bukit Gantang juga menjemput semua AMK yang berdekatan untuk sama-sama hadir dan kenal-mengenali. Majlis dijangka dimulakan pada jam 9.30 malam dengan hidangan BBQ istimewa (Kambing). Majlis dialog pula dijadual akan diadakan jam 10.00 malam untuk mendengar hasrat anak-anak muda untuk manfaat dan kebaikan mereka. Lokasi: No 5 Lorong 1, Taman Molek SIMPANG Perak: 600 meter selepas simpang Simpang dan 500 meter sebelum simpang Taman Kaya.
Pada majlis ini dijangka rombongan En Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali "Chegubard" turut hadir Klik sini untuk profile beliau. |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
Laporan Ucapan Najib, SKMM Siasat Malaysiakini Posted: 22 Oct 2010 04:22 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 22 Okt :- Akhbar web portal, Malaysiakini sekali lagi menjadi sasaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menjalankan satu lagi siasatan berhubung laporan berita yang disiarkan semalam berkaitan perhimpunan Agung UMNO. Laporan berita akhbar portal berkenaan, kedua-duanya berhubung ucapan pembukaan perhimpunan agung yang ke 61 parti berkenaan oleh presidennya, Datuk Seri Najib Razak bertajuk "We must defend Putrajaya at all costs: Najib and PM moves to snuff out racial debates". Pegawai SKMM, yang menjalankan siasatan, Mohd Syukri Jamaluddin telah berkunjung ke pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama tengahari tadi dan menghabiskan masa kira-kira 30 minit untuk merekodkan kenyataan daripada Ketua Editornya, Steven Gan. Menurutnya, Malaysiakini disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Malaysiakini dalam laporan beritanyanya melaporkan bahawa Mohd Syukri sebagai berkata beliau tidak tahu siapa yang membuat laporan terhadap akhbar portal berkenaan. Dalam pada itu, Gan menyifatkan siasatan yang dijalankan oleh SKMM sebagai 'membuang masa' sambil berkata, " Ia sesuatu yang tidak masuk akal, SKMM menyiasat kedua-dua laporann berita yang disiarkan kerana ia adalah berasaskan ucapan Najib sendiri". "Kami tidak memutarbelitkan apa yang diucap beliau (Najib). Segala yang dilaporkan oleh Malaysiakini diambil dari ucapannya," katanya dalam laporan berita oleh Malaysiakini. Mengikut akta Komunikasi dan Multimedia, mana-mana individu yang didapati bersalah menyiarkan kandungan 'yang tidak sopan, palsu, dan mengganggu atau menyinggung dengan niat untuk mengugut, mengganggu sesiapa, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara. Sumber: TVSelangor |
Kebebasan Media - Barisan Nasional 'Cakap Tak Serupa Bikin' Posted: 22 Oct 2010 04:19 AM PDT ![]() SHAH ALAM 22 OKT: Tindakan pihak polis mengambil tindakan tegas menyoal siasat dan menyita komputer riba milik blogger, Rocky Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan hanya menunjukkan kerajaan Umno-BN tidak serius dalam memberikan dan menghormati kebebasan media. Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang berkata kerajaan Umno-BN 'cakap tak serupa bikin' dalam hal kebebasan media dan kerajaan juga tidak serius apabila menyatakan kerajaan Umno-BN akan menjadi 'whistleblower' mendedahkan penyelewengan. "Bila sahaja sesuatu media, walaupun yang tidak memusuhi parti pemerintah Umno-BN seperti Rocky Bru mendedahkan sesuatu, mereka (kerajaan Umno-BN) juga ambil tindakan keras menggunakan pihak berkuasa," tegas Tian Chua. Kata beliau, kerajaan bukan sahaja tidak serius mempertahankan kebebasan media tetapi dapat dilihat kerajaan Umno-BN kembali kepada taktik lama mereka menyekat media. "Rocky Bru hanya membawa kes penyelewengan yang khusus tetapi itupun tidak diberikan toleransi oleh kerajaan Umno-BN. Sekali lagi membuktikan kerajaan Umno-BN sebenarnya tidak berupaya mempertahankan kebebasan media," katanya lagi. Beliau seterusnya menyatakan, dalam amalan prinsip demokrasi, kritikan dan serangan terhadap kerajaan adalah perkara biasa. Tian Chua menegaskan sebagai seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan amanah, Dr Rais sepatutnya dapat menerima kritikan dengan membetulkan keadaan sekiranya apa yang didakwa oleh Rocky Bru adalah benar. "Kalau dakwaan Rocky Bru benar, Dr Rais Yatim patutnya betulkan keadaan dan sekiranya dakwaan Rocky Bru tidak tepat, maka Dr Rais Yatim patut menunjukkan fakta yang sebenar. "Itu sahaja, mengapa perlu mengugut akan mengambil tindakan polis dan sebagainya?" tanya beliau lagi. Sumber: TVSelangor |
Nazri Dibidas Perkecil Resolusi IPU Posted: 22 Oct 2010 04:17 AM PDT ![]() SHAH ALAM, 22 OKT: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz tidak seharusnya memperkecilkan pandangan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes konspirasi kedua Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata, daripada memperkecilkan atau mempertikaikan resolusi yang diambil oleh IPU, Nazri sepatutnya meneliti laporan tersebut untuk rujukan. Menurutnya lagi, selain imej negara yang telah tercemar di persada antarabangsa dengan prosiding yang meragukan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut bersikap angkuh terhadap pandangan pertubuhan itu. Sivarasa menambah, sebagai menteri yang bertanggungjawab, Nazri seharusnya mengambilkira pandangan masyarakat luar sebelum mengeluarkan kenyataan sombong membidas laporan yang dikeluarkan IPU. "Nazri perlu tidak memandang ringan dasar ini dan menganggap IPU badan yang tidak dipeduli dengan serius dan bagi saya Nazri akan lebih bertanggunjawab jika beliau menerima pandangan ini selain memberi nasihat kepada pemerintah Malaysia," ujar beliau kepada TV Selangor petang tadi. Perbicaraan konspirasi kedua membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam oleh IPU dalam resolusi yang diluluskan pada mesyuarat lembaga badan itu 6 Oktober lalu. IPU yang memerhatikan dengan teliti kes perbicaraan itu berkata terdapat kecacatan dan kesangsian serius berhubung dakwaan ke atas ketua pembangkang itu. Sivarasa yang juga peguam Datuk Seri Anwar berkata, pandangan yang diberi oleh pertubuhan luar negara tidak boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan imej institusi pemerintahan yang memperlihatkan ketidakadilan dalam mengedali kes berprofil tinggi. Beliau menambah, alasan yang diberikan Nazri agar IPU tidak campur tangan sudah tidak boleh diterima kini. Beliau turut mengambil pendekatan negara-negara ASEAN termasuk Malaysia yang konsisten mengecam kekejaman regim Zionis terhadap Palestine. "Komen yang diberi bahawa IPU tidak boleh campur dalam hal Malaysia adalah satu pandangan yang tidak boleh diterima di era moden kerana sudah jadi amalan biasa badan antarabangsa memberi komen atas apa yang berlaku di negara-negara lain," jelas beliau. Antara yang terkandung dalam resolusi yang dibuat oleh IPU menyebut Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah, telah menolak permohonan pasukan peguambela untuk membatalkan pendakwaan terhadap tertuduh berikutan dakwaan perhubungan sulit antara Farah dan Saiful. IPU juga menggesa supaya pasukan peguambela diberikan layanan yang sama seperti pasukan pendakwa yang merupakan elemen penting keadilan sesuatu perbicaraan yang sedang dijalankan. Menurut resolusi itu, ia akan memberikan impak yang tidak sihat dan akan menyebabkan penghakiman yang dibuat gagal menepati ciri keadilan sejagat. IPU juga menggesa Malaysia menghormati Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNHCR yang dianggotai oleh negara ini dan menegakkan usaha melindungi hak asasi manusia. Sumber: TVSelangor |
Auku Tidak Relevan, SMM Sokong Mahasiswa UKM Sertai Perhimpunan Umno Posted: 22 Oct 2010 04:16 AM PDT ![]() Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman menyatakan SMM dan keseluruhan mahasiswa d negara ini menyokong prinsip kebebasan berpolitik seperti mana termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan setiap warganegara untuk menyuarakan sokongan kepada sesiapa sahaja. "Saya merasakan sudah tiba masanya kebebasan ini diberikan kepada seluruh mahasiswa di dalam negara ini," tegas beliau dalam satu kenyataan media semalam. Beliau berkata, atas dasar hak dan kebebasan yang sama beliau meminta agar pihak pentadbiran UKM berlaku adil di dalam menangani kes empat mahasiswa yang disabitkan kesalahan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di mana mereka didakwa berkempen untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu. Katanya lagi, pihak pentadbiran UKM sewajarnya berlaku adil dan bijaksana di dalam kedua-dua kes ini, kerana jika pihak UKM menyatakan kedua-dua mahasiswa yang menyertai Perhimpunan Agung Umno itu bebas menyuarakan sokongan maka pihak UKM juga perlu membebaskan empat mahasiswa UKM yang didakwa berkempen di Hulu Selangor daripada sebarang tuduhan. "Jika pihak UKM masih dengan sikap 'double standard' terhadap mahasiswa sendiri, maka ini adalah suatu sikap yang jelas memalukan pihak UKM sendiri sebagai pentadbir universiti di negara ini. "Ini juga menunjukkan pihak pentadbiran UKM itu sendiri kini bertindak sebagai jentera tidak rasmi UMNO untuk memenuhi keperluan dan kepentingan politik sempit sesetengah pihak," kata Mohd Ridzuan. Beliau seterusnya menegaskan bahawa pihak UKM perlu membebaskan empat mahasiswa UKM yang disabitkan di bawah Auku daripada segala tuduhan yang dikenakan ke atas mereka, jika pihak universiti memilih untuk tidak mengambil tindakan terhadap kedua-dua mahasiswa UKM yang menyertai Perhimpunan Agung Umno seperti diperuntukkan di dalam Auku. Sumber: Suara Keadilan |
Gamis Kecam Pertunjukan Fesyen Naungan Rosmah Hina Islam Posted: 22 Oct 2010 04:14 AM PDT ![]() Menurut Gamis pastinya pemikiran sempit ini semakin mencelarukan kefahaman muda-mudi terhadap Islam itu sendiri sehinggakan terdapat pemikiran Islam ala pemerintah Malaysia sekarang dan yang dituntut di dalam Al-Quran sendiri. Gamis mempersoalkan di mana perginya badan agama dan NGO Islam yang sebelum ini lantang dalam Forum Perdana menghuraikan kewajipan berpakaian seperti termaktub di dalam Surah An-Nur ayat 31. Kata pertubuhan itu dalam kenyataan medianya semalam, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat adalah suatu penghinaan yang amat jijik dilemparkan kepada Islam. "Gamis mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka. "Sangat mendukacitakan jika rakyat Malaysia khususnya umat Islam masih tidak tersedar dan sensetif akan isu ini. Dulu umat Islam sangat sensitif terhadap isu murtad, kita juga berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark. Kita juga tidak terlepas menyertai perarakkan Maulidur Rasul, menyatakan sayangnya kita kepada Rasulullah, tetapi ini juga satu bentuk penghinaan terhadap Rasulullah, dan kita perlu bantah serta bertegas dengan mereka yang menganjurkannya," tegas Gamis dalam satu kenyataan medianya semalam. Sehubungan itu Gamis memuji tindakan pertubuhan tertentu yang akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo. "Gamis menyambut baik usaha yang di lakukan ini dalam menyatakan cinta dan kasih kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW dan juga kemuliaan Islam itu sendiri. Rakyat perlu sedar dan perlu membuka mata, penghinaan sebegini rupa terhadap Islam perlu kita minta dipertanggugjawabkan. Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari Saidon, berkata badan itu meminta anak muda dan Gamis negeri supaya turut sama turun menyatakan bantahan terhadap kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya dan juga bersama menyedarkan masyarakat akan kepentingan kembali kepada Islam yang sebenar. "Majlis Politik Nasional Gamis bersetuju terhadap bantahan yang di buat oleh masyarakat atas dasar ingin menuntut penjelasan dan penjernihan semula dari Rosmah," ujar Mohd Yusof. Sumber: Suara Keadilan |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Haniza Talha - Landscaping New Politics |
You are subscribed to email updates from Haniza Talha - Landscaping New Politics To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim |
APAKAH INI PETANDA PRU-13 SEMAKIN HAMPIR... Posted: 21 Oct 2010 09:26 PM PDT ![]() Apakah ini petanda bahawa PRU-13 akan memunculkan diri dalam masa terdekat ini..??? Menurut pekerja2 yang menjalankan kerja2 penurapan tersebut bahawa selepas kerja2 penurapan selesai di taman ini, mereka akan melakukan kerja di 4 taman yang lain dalam DUN Skudai. Ini menguatkan lagi ramalan penulis bahawa dalam tempoh 6 bulan akan datang akan berlakunya PRU-13 namun persoalannya, apakah Keadilan telah bersedia untuk menghadapi sebarang pilihanraya..??? Selepas selesai pemilihan pimpinan di peringkat Cabang, kini Keadilan menghadapi satu lagi pemilihan diperingkat pusat. Yang menjadi agent/wakil calon sibuk melobi dan bertemu ahli2 sedangkan tanggungjawab utama setelah dipilih sebagai pimpinan di peringkat Cabang diabaikan. Rakyat menanti apakah sentuhan atau tindakan dari pimpinan Cabang yang baru dilantik/dipilih. Tidak kira samada AMK/Wanita atau Cabang, yang pastinya mereka menanti apakah pendekatan baru yang mampu dilakukan oleh barisan kepimpinan keadilan Cabang yang baru. Apakah kita akan membiarkan rakyat harus menunggu lagi???? Atau apakah kita masih mahu menunggu masa yang sesuai untuk bertindak...???? |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |