Rabu, 4 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Di pantai Port Dickson pun ada Harimau

Posted: 04 Aug 2010 07:29 AM PDT

Dari Blog Singalautmetro
Keputusan gelojoh dari mulut saudara mengatakan pantai Port Dickson tiada buaya amat dikesalkan. Malah nelayan yang sering menjala pada sebelah malam juga sering melihat kelibat harimau berkaki tempang di tepi pantai yang sering dikenali oleh nelayan veteran sebagai tokTepok. Malah pernah seekor kancil terjatuh dan patah kakinya dari atas bukit dan menjadi rezeki kami berbelas tahun lalu kerana diburu oleh Tok Tepok ini. Ini bukan cerita dongeng saudara menteri besar.

Cerita mengenai harimau di pantai Port Dickson, buaya tembaga di pantai Port Dickson dan Buaya Darat di Rantau dan Siliau pada pautan berikut http://singalautmetro.blogspot.com/2010/08/saudara-menteri-besar-negeri-sembilan.html

Menteri penakut sangat dgn KSN isu Saman Ekor ?

Posted: 04 Aug 2010 07:10 AM PDT

Pelik ya kerajaan Malaysia ni ? Masa nak naikkan harga petrol dan harga gula tak ada pula menteri nak rujuk pada KSN atau Ketua Setiausaha Negara , kabinet, parlimen, Ketua Setiausaha itu ini. Boleh je menteri buat keputusan sendiri nak naik harga. Tapi bila bab saman ekor, berbelit belit lidah. Kena rujuk KSN lah, rujuk JPJ lah, rujuk PDRM. Eloklah Pak Menteri, rujuk lama-lama kes saman ekor ni, Biar bertambah meluat semua rakyat.

Hari hari macam-macam sumpah seranah keluar dalam blog peribadi mengenai saman ekor ni. Itu yang ada blog, yang tak ada blog lebih lagi entah apa.

Pak Menteri, tolonglah jaga imej polis. Bila tanya polis , mereka pun pening kepala, mereka ikut arahan je, ikut sistem yang dah ada.

Beberapa contoh sumpah seranah akibat saman ekor di bawah ini, Ini baru sedikit ada banyak lagi sebelum ini, kini dan selamanya selepas ini :

Cuba anda fikir. Sekarang ini adalah tahun 2010. Pernahkah anda mendapat surat saman ekor di rumah anda, saman tersebut pula adalah pada tahun 1999? Jangan terkejut. Saya pernah dapat. Its so %&%$$# *&UU ! http://a-y-i-e-sharing.blogspot.com/2010/08/pernah-kena-saman-oleh-polis-malaysia.html

%&%$$# *&UU ! %&%$$# *&UU ! %&%$$# *&UU !
Aku bersetuju sangat ini kerana mempunyai 4 saman ekor, RM750 bakal terbang. Saman kereta, tetapi minggu lepas nak menghidupkan cukai jalan motosikal, tak dapat, dah disekat. Walaupun kereta disaman, memperbaharui cukai jalan motosikal turut disekat. Bukan salah akulah kalau menaiki motosikal tak ada cukai jalan RM2 tu. Kerajaan memaksa perah pemandu, untuk mengisi tembolok mereka. Nak kata aku ni kaki laju, 3 saman tahun 2005, 1 saman tahun 2008. Kalau dah kaki pelesit membawa kereta tentulah dah berderet saman aku dapat. http://www.ek-ele.co.cc/2010/08/biarlah-kali-ini-aku-bersetuju-dengan.html

%&%$$# *&UU ! %&%$$# *&UU !. Mane bleh mcm tu. Still tak terbukti aku tak bersalah. Mmg no plat tu aku punye. Tapi kete ape? kalo dalam surat 'chenta' tu tulis skali jenis kenderaan mmg kukuh la tuduhan tu. Ini setakat 'motokar'. Boleh jadik ada orang guna no plat aku. Then waktu tu dan tarikh tu mmg tak logik sebab aku yakin, aku tak lalu tempat kejadian. http://lifeisbiyutiful.blogspot.com/2010/08/saman-ekor-adilkah.html

Ini memang betul-betul kes teraniaya! Kalau rakyat teraniaya kerana kerja-kerja%&%$$# *&UU !, sampai bila pun mereka tidak akan memaafkan mereka ini. Kerja hanya melepaskan batuk ditangga dan ingin melepaskan masalah sendiri-sendiri sahaja! Macam mana nama saya terdaftar di kenderaan yang tidak pun saya miliki atau beli? http://abisyahirah.blogspot.com/2010/08/saman-oh-saman.html

Tentera pun tak selamat di Malaysia, JENAYAH

Posted: 04 Aug 2010 02:52 AM PDT

Pak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, tolonglah jaga keselamatan rakyat. Arahkan semua polis tangkap penjenayah bukan peserta perhimpunan aman atau menghalang ceramah pembangkang. Ada faham ? Jenayah makin tak terkawal dah kat Malaysia ni. Anggota tentera pun tak selamat, sedangkan tenteralah yang banyak membantu kawan-kawan Pak Menteri dalam pilihanraya melalui UNDI POS !

************************
Tentera Kerugian RM15,000, Rumah Disamun Tiga Lelaki

KUANTAN, 4 Ogos (Bernama) -- Seorang anggota tentera kerugian wang tunai dan barangan berharga bernilai RM15,000 selepas rumahnya di Taman Cendor Utama dekat sini dimasuki tiga lelaki, awal pagi Selasa.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ketika lelaki berusia 31 tahun itu sedang tidur di ruang tamu rumahnya, manakala isteri dan anak lelaki yang berusia dua tahun tidur di dalam sebuah bilik.

"Mangsa dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki di dalam rumahnya, seorang daripada lelaki itu kemudian mengacu pisau ke arahnya sebelum kumpulan suspek mengikat mangsa dengan dawai," katanya kepada pemberita, di sini pada Rabu.

Beliau berkata kumpulan suspek juga bertindak mengikat isteri mangsa sebelum dua daripada mereka menggeledah rumah itu dan melarikan wang tunai berjumlah RM480, barangan kemas, telefon bimbit dan komputer riba.

Kesemua mangsa tidak dicederakan, katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518695

Tentera Indonesia hampir bertempur dgn Israel

Posted: 04 Aug 2010 01:38 AM PDT


Tentera Indonesia yang menyertai UNIFIL (United Nations Interim Force in Lebanon) hampir bertempur dengan tentera pengganas Israel di Lubnan pada 3 Ogos 2010. Laporan awal mendakwa tentera Israel cuba menceroboh sempadan Lubnan tapi dihalang tentera Lubnan

Gambar-gambar saat cemas tentera Indonesia di sempadan Lubnan pada pautan berikut
http://alutsista.blogspot.com/2010/08/pasukan-unifil-nyaris-terlibat.html

Bagaimana keadaan tentera Malaysia di Lubnan ? Harap ada yang update.

Hari Bersama Mangsa Saman Ekor 10 Ogos 2010 Seremban

Posted: 04 Aug 2010 01:15 AM PDT


HARI BERTEMU MANGSA SAMAN EKOR DAN "BLACKLIST" JPJ
Tarikh : 10 Ogos 2010
Hari : Selasa
Masa : 5.30 petang
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi

Mereka sekitar Negeri Sembilan dan Melaka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dijemput hadir.

Khidmat nasihat undang-undang oleh peguam dari PAS Pusat dan JUHAM Dewan Pemuda PAS Pusat

Anjuran : Jawatankuasa KASE – Kempen Anti Saman Ekot

Blog ADUN Paroi , YB Hj Mohamad Taufek bin Abg Ghani
http://mohdtaufek.blogspot.com/

Alamat Pusat Khidmat Masyarakat Paroi
No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan
Tel : 06-6794609

Ust Azman Shapawi 9 Ogos 2010 K Pilah

Posted: 03 Aug 2010 08:20 PM PDT



CERAMAH UMUM
Tarikh : 9 Ogos 2010 / Isnin
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Kg Terachi, Bt 16 1/2 , Kuala Pilah, N.Sembilan
Penceramah :
Ustaz Azman Shapawi bin Abdul Rani, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat
Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Rakyat merana di ROGOL Pengusaha Pasir

Posted: 03 Aug 2010 07:00 PM PDT

Cerita ni bukan di Selangor, tapi di Negeri Sembilan. Utusan, TV3, SPRM ada minat untuk siasat dakwaan yang di buat oleh Blog yang membuat dakwaan ini ? Blog tersebut kata TERLALU BANYAK kes permit diluluskan atas kehendak political leaders walaupun pegawai-pegawai di Pejabat Tanah dan pegawai-pegawai JPS tidak menyokong permohonan permohonan itu atas sebab-sebab teknikal.

Blog tersebut juga mendakwa amalan biasa RASUAH dimana ianya membabitkan KETIRISAN PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI kerana SATU DOKET boleh diguna untuk 5-10 trip sesebuah lori pengangkut pasir itu . Satu lori mengikut saiz boleh membawa 8 meter padu pasir. Cubalah kira berapa banyak RM tidak masuk kedalam kantong kerajaan !!!!

Blog tersebut juga mendakwa difahamkan dalam kes JPS Negeri Sembilan deposit yang dipungut bagi satu satu permit pasir sungai hanya sebanyak RM 6,000.00 . Jumlah sebanyak itu tidak munasabah kerana kos kerja pemantapan semula tebing tebing yang runtuh jika menggunakan piling kayu bakau sahaja berlipat kali ganda dari jumlah yang dipungut itu.

Blog tadi juga mendakwa difahamkan dalam kes JPS Negeri Sembilan, pihak jabatan telah berkali-kali mengsyorkan kepada pihak Kerajaan Negeri agar deposit dinaikkan kejumlah yang munasabah khabarnya sebanyak RM 45,000.00. Cadangan pihak JPS ini ditolak setiap kali dikemukakan atas alasan yang tidak dijelaskan.

Blog tadi mendakwa HAMPIR TIDAK ADA PENYELIAAN & KAWALAN oleh kedua-dua agensi yang dipertanggungjawabkan baik Pejabat Tanah mahupun Jabatan Parit & Saliran. Pegawai teknikal dari JPS ada yang tidak tahu dimanakah kegiatan perlombongan sah dilakukan. Apatah lagi perlombongan haram. Kerana apa? Kerana seperti yang disebutkan diatas......FED UP.

Malas nak cakap lagi. Bacalah sendiri dakwaan tersebut di Blog berikut http://gemasindah.blogspot.com/2010/08/pengusaha-pasir-yang-berkaitan.html

UTUSAN , TV3, TV1 , SPRM JANGAN BUAT BUTA, TULI DAN PEKAK DALAM KES PERLOMBONGAN PASIR DI NEGERI SEMBILAN. SILA SIASAT DAKWAAN BLOG TERSEBUT !!!!

MB nafi sekeras keras tiada buaya di PD

Posted: 03 Aug 2010 06:35 PM PDT


Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan sekeras-kerasnya bahawa tiada buaya di pantai Port Dickson dan menyeru kepada rakyat jelata tak perlu risau langsung untuk berkelah dan bermandi manda di pantai PD dan memberi jaminan pantai PD adalah selamat se selamatnya. Tolonglah percaya cakap Menteri Besar Negeri Sembilan ini.

Buaya yang dijumpai di pantai PD beberapa hari lalu memang bukan buaya. Ianya hanyalah bangkai buaya. Dan bangkai buaya ni pun sebenarnya kena tembak di sungai , kemudian buaya tadi dalam keadaan cedera telah tersesat ke laut, itu je.

Menteri Besar kata kepada pemburu buaya, janganlah tembak atau serang buaya ni, nanti buaya ni tersesat lagi ke laut.

TAPI Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) cakap lain pula, buaya tadi mati kerana faktor usia kerana dah berusia 60 tahun. Agaknya salah teori Pengarah Perhilitan ni, kena banyak lagi belajar dengan MB kita.

Nak tanya MB, adakah menjadi kesalahan memburu buaya ? Adakah buaya merupakan spesis yang dilindungi ? Kalau menjadi kesalahan memburu buaya apakah hukuman yang dikenakan ? Apakah tindakan kerajaan negeri untuk membanteras kegiatan pemburuan buaya ? Menambah bilangan penguatkuasa ? Mengadakan kerjasama dengan polis marin ? Menambah bilangan bot peronda sungai ?

Macamana pun MB sebelum ini menasihatkan orang ramai agar berhati-hati mandi di pantai PD kerana mungkin ada terumbu karang yang tajam dan berbahaya. Seperti laporan terakhir di bawah ini.

***********************
Wednesday August 4, 2010
MB: No crocs at PD beaches


SEREMBAN: The beaches of Port Dickson are safe despite reported sightings of crocodiles along the coastline recently, Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said.

"Holiday-makers and beach-goers need not worry as there have been no incidences of crocodile attacks. In the past, there had been incidences where crocodiles at Sungai Timun and Sungai Linggi displayed aggressive behaviour but this was because they had been shot at and trapped by poachers," he told reporters here yesterday.

"My advice to the people is, stop attacking these creatures or they may retaliate," Mohamad said, adding that the crocodiles do not normally stray from their river habitat to the beaches at the popular seaside town.

A six-metre long crocodile was found dead at the Ixora Permai beach near Tanjung Agas in Port Dickson on Tuesday.

The reptile was believed to have been dead for four days at the time villagers found it at the Kuala Linggi riverbank at about 12.45pm.

Mohamad said the crocodile, known locally as buaya tembaga because of its copper-coloured body, had probably been injured before it made its way to the sea from its natural habitat in Sungai Linggi, some three kilometres away.

http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F8%2F4%2Fnation%2F6793511

Buaya ditemui berusia lebih 50 tahun

SEREMBAN 3 Ogos - Bangkai buaya tembaga yang ditemui berhampiran Kolej Uniti, Tanjung Agas, Port Dickson dipercayai telah berusia lebih 50 tahun dan mati sejak tiga hari lalu akibat faktor usia.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Ishak Muhamad selepas sekumpulan pemancing menemui reptilia seberat lebih satu tan yang terapung di perairan dekat pantai Ixora Permai.

Ishak berkata, bangkai reptilia itu juga disahkan tidak cedera dan kesan luka yang terdapat pada badan reptilia itu disebabkan oleh geseran pada batu karang.

"Spesies buaya tembaga ini mampu hidup selama 60 tahun dan daripada penelitian yang dijalankan ke atas bangkai buaya ini, ia dipercayai berusia antara 50 hingga 60 tahun berdasarkan faktor saiz badan, gigi yang sudah tumpul dan beratnya.

"Berdasarkan pengamatan kami, buaya ini dipercayai telah mati sejak tiga hari lalu kerana bangkai itu sudah mula mereput dan mengeluarkan cecair busuk," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

Pakar Kata Gigitan Bukan Dari Buaya - MB

SEREMBAN, 18 Jan (Bernama) -- Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.

"Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Isnin.

Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu.

Beliau berharap orang ramai bertenang dan tidak membuat pelbagai andaian berdasarkan spekulasi.

Beliau berkata, pada umumnya, Port Dickson merupakan pantai peranginan yang selamat dikunjungi.

"Kita ada membuat pemantauan, di pantai-pantai awam kita ada menara kawalan, kita dibantu oleh St John Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA," katanya.

Sama ada duduk di hotel atau mahu berkhemah di tepi pantai, orang ramai dan pelancong tidak perlu risau dengan keselamatan mereka, katanya.

Beliau mengulas laporan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya diserang dan kakinya digigit hingga parah oleh seekor binatang dipercayai buaya.

Lelaki itu, dipercayai seorang posmen, mendakwa, waktu diserang, melihat lembaga seperti buaya dengan bentuk badannya yang leper, keras dan kehitaman dalam air di pantai berkenaan.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=469151

Johor : Seksa hidu bau sampah

Posted: 03 Aug 2010 06:34 PM PDT

Berita Harian 4 Ogos 2010

JOHOR BAHRU: Lebih 50 peniaga di Taman Sri Bahagia, di sini merayu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyediakan sebuah tong sampah besar bagi kemudahan mereka menguruskan sisa buangan dengan cara yang betul.

Mereka mendakwa, ketiadaan tong sampah besar menyukarkan peniaga di kawasan berkenaan untuk membuang sampah sehingga mendorong segelintir daripada mereka mengambil jalan mudah dengan membuangnya di bahu jalan. Tinjauan Edisi Johor mendapati bahu jalan di deretan bangunan kedai di taman ini dipenuhi dengan timbunan sampah sarap sehingga mencacatkan pemandangan dan mewujudkan suasana kotor serta menimbulkan bau. Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Lai, berkata timbunan sampah sampah yang diletakkan di bahu jalan turut meningkatkan kehadiran haiwan perosak seperti tikus dan haiwan liar seperti anjing di kawasan perniagaan mereka.

"Akibat jadual pungutan sampah yang tidak menentu, sampah sarap yang diletakkan di bahu jalan sering bertaburan sehingga menarik kehadiran haiwan seperti tikus dan anjing ke kawasan perniagaan kami.

"Keadaan ini cukup dikesali peniaga di sini kerana hanya disebabkan ketiadaan tong sampah besar bagi kemudahan kami menguruskan sisa buangan, muncul pula masalah lain yang sebelum ini tidak pernah timbul," katanya.

Pengunjung, Hamid Salleh, 46, berkata masalah timbunan sampah sarap di taman ini dapat diatasi dengan segera sekiranya MBJB menyediakan lebih banyak tong sampah besar bagi kegunaan orang ramai.
"Tong sampah besar ini bukan saja dapat digunakan oleh peniaga terbabit, bahkan lebih 2, 000 penduduk yang menghuni kawasan kejiranan di sekitarnya.

"MBJB juga harus memastikan kontraktor yang dilantik untuk memungut sampah mematuhi jadual pungutan yang ditetapkan supaya ia tidak lagi menimbulkan rungutan orang ramai selepas ini," katanya.

Seorang peniaga kedai runcit yang tidak mahu namanya dikenali, berkata sudah banyak kali permohonan supaya disediakan sebuah tong sampah besar di kawasan berkenaan diajukan kepada pihak MBJB, namun tidak membawa perubahan.

"Bukan saja menerusi surat rasmi, malah saya sudah dua kali turun naik ke pejabat MBJB untuk mengajukan masalah ini. Apa yang menyedihkan ialah sampai sekarang tiada sebarang tindakan susulan diambil oleh pihak berkenaan.

"Saya tidak tahan dengan bau busuk dan persekitaran kotor di kawasan ini.
Malah, ia sedikit sebanyak turut mempengaruhi jumlah kedatangan pelanggan ke kedai kami yang semakin merosot sekarang," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Seksahidubausampah/Article

Puteri UMNO nak galakkan remaja BERZINA ?

Posted: 03 Aug 2010 06:13 PM PDT

Apa ? Puteri UMNO tak setuju dengan tindakan Ketua Menteri Melaka dan tak setuju dengan tindakan Majlis Agama Islam Melaka yang membenarkan segelintir pelajar yang tak boleh kekang lagi nafsu untuk berkahwin secara halal ? Kalau macam nilah pendirian Puteri UMNO , memang hancurlah generasi muda. Fatwa mana Puteri UMNO ni guna pakai ?

Kerajaan negeri Melaka menyediakan bantuan kewangan RM500 kepada ibu bapa daripada keluarga miskin bagi urusan pernikahan anak mereka. ADUH ! Tamparan hebat untuk kerajaan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan lain-lain.

*****************
Puteri UMNO bantah pelajar kahwin awal

Utusan Malaysia 4 Ogos 2010

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Langkah kerajaan negeri Melaka menggalakkan ibu bapa membenarkan anak yang masih bersekolah untuk berkahwin bagi membendung gejala hamil luar nikah dilihat sebagai satu bentuk jalan penyelesaian singkat terhadap masalah berkenaan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah kerajaan negeri Melaka itu meskipun bermatlamat mencegah gejala hamil luar nikah.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menggalakkan ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah.

Bagi tujuan tersebut, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

MAIM benar pelajar berkahwin

Utusan Malaysia 4 Ogos 2010

MELAKA 3 Ogos - Selepas mencadangkan penubuhan sekolah khas bagi pelajar mengandung, kerajaan negeri 'menggalakkan' pula ibu bapa memberi kebenaran kepada anak- anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah.

Bagi tujuan tersebut, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu dibuat melalui Mahkamah Syariah tetapi kelonggaran diberi untuk memudahkan mereka bernikah jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing.

Menurutnya, keputusan itu diambil dan telah dipersetujui oleh semua pihak pada persidangan menangani gejala sosial yang diadakan baru-baru ini.

"Bagi kerajaan negeri, ini adalah langkah terbaik menangani gejala buang bayi dan kes hamil serta melahirkan anak luar nikah. Adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak mereka yang hendak sangat berkahwin daripada mereka melakukan zina.

"Bagi saya mengubat adalah lebih susah berbanding mencegah. Cara ini saya anggap lebih praktikal, jika tidak gejala buang bayi dan mengandung anak luar nikah tidak akan dapat dibendung," ujarnya.

Beliau menegaskan, perkahwinan pada usia muda bukan sesuatu yang pelik kerana pada zaman dahulu, ibu bapa berkahwin pada umur 13 hingga 18 tahun.

"Kalau ada pelajar tidak boleh tahan (untuk bernikah), tolong jangan berzina, minta kebenaran jumpa mufti, kita akan benarkan," ujarnya.

Menurutnya, kerajaan negeri menyediakan bantuan kewangan RM500 kepada ibu bapa daripada keluarga miskin bagi urusan pernikahan anak mereka.

Katanya, jika pelajar terbabit bersalin dan tidak mempunyai orang untuk menjaga bayinya kerana bersekolah, kerajaan negeri akan memikirkan cara untuk membantu mereka.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

Menteri pun tak faham isu Saman Ekor, Camne

Posted: 03 Aug 2010 05:59 PM PDT

Nampaknya Menteri sendiri pun tak faham secara keseluruhan masalah saman ekor ni. Kepada Datuk Seri Hishammuddin yang bijaksana, jangan dengar kata sebelah pihak saja. Cuba tuan turun padang sendiri di kaunter JPJ dan kaunter trafik rasai sendiri kesusahan rakyat. Rakyat beratur panjang, kecewa cukai jalan tak boleh perbaharui, kena pula pergi ke kaunter trafik yang satu daerah hanya ada saut kaunter trafik.

Macam nilah Pak Menteri, turun padang, ambil seorang mangsa saman trafik, ikut dia di kaunter JPJ, lepas tu ikut dia ke IPD kaunter trafik, lepas tu ikut dia ke bank atau jumpa saudara mara nak pinjam duit nak bayar saman, nak bayar insuran, lepas tu ikut dia semula ke kaunter JPJ nak perbaharui cukai jalan. Mungkin makan masa 2-3 hari. 2-3 hari ni kalau dia peniaga berapa banyak dah rugi, kalau dia kerja dengan swasta , habislah cuti tahunan.

Macam-macam sumpah seranah yang Datuk Seri akan dengar kalau berada di kaunter JPJ dari pelbagai kaum dan bangsa dari semua parti , BN dan Pakatan Rakyat.

Faham tak Pak Menteri.

Lagi lama Pak Menteri nak semak sistem saman ekor ini, lagi ramai rakyat menderita dan menyampah, meluat, menyumpah.

Tindakan segera ialah batalkan arahan tidak boleh perbaharui cukai jalan kalau ada saman ekor, saman badan ke, saman kepala ke, saman tangan ke.

Yang kedua, saman yang tahun 2000, tahun 2010 baru muncul apa cerita ? Lemah sangat ke sistem IT PDRM sampai tak boleh nak kesan pesalah trafik ?

Saman ekor ni menganiaya mereka yang lurus bendul. Mereka yang no plet kenderaan mereka digunakan oleh orang lain. Mereka yang menjual kereta tak ditukar nama oleh pembeli. Mereka yang meminjam kereta. Kalau dah 10 tahun baru dapat saman ekor, mana manusia yang boleh ingat 10 tahun lepas siapa guna kereta tersebut.

Tolonglah jangan saman pemilik kenderaan, samanlah pemandu yang buat kesalahan. Kalau nak mengajar pemandu bukan tunggu 10 tahun, patutnya dalam dunia yang serba canggih ini dalam masa seminggu polis mesti hantar notis saman kepada pemandu beserta dengan bukti

Lagi satu Pak Menteri, biarlah semua balai polis boleh berurusan untuk selesaikan saman ni, bukan di IPD sahaja. Rakyat sekarang kena kerja lebih masa, kerja part time untuk bayar bil elektrik, minyak naik dan sebagainya. Apa cerita hanya IPD Bahagian Trafik sahaja yang boleh handle isu saman ni ?

***************************

04 Ogos, 2010 07:58 AM

KDN Mahu Semak Semula Saman Ekor


KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi menyemak semula sistem saman ekor, ekoran bantahan ramai pihak berhubung perlaksanaan sistem itu.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata pihaknya juga mahu satu kajian semula dijalankan terhadap keputusan kerajaan untuk tidak mengurangkan kadar kompaun saman yang dikenakan terhadap pesalah trafik.

"Dalam konteks saman ekor, ada yang kata mereka tidak bersalah kerana kesalahan trafik itu dilakukan oleh orang lain yang menggunakan kenderaan atau menyalahgunakan nombor pendaftaran kereta milik mereka.

"Maka ia perlu dikaji semula dan diteliti kerana kita tidak mahu ada pihak yang teraniaya dan agar semua keputusan yang dibuat adalah adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat kumpulan kerja bagi memerangi keganasan di antara Malaysia dan Australia di sini hari Selasa.

Beliau berkata kerajaan juga perlu memikirkan kaedah pembayaran yang paling baik dan sesuai untuk pesalah trafik yang mempunyai jumlah saman yang sangat banyak.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518644

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


Sabah PKR slams Hisham for protecting Cabinet's wealth

Posted: 04 Aug 2010 02:10 AM PDT

By Queville To

KOTA KINABALU: Sabah PKR has taken to task Home Minister Hishammuddin Hussein for dismissing a proposal to force ministers to publicly declare their assets.

Hishammuddin's contention that it is enough for ministers to only inform the prime minister of their financial worth is outrageous, Sabah PKR treasurer Roland Chia Ming Shen said.

He said Hishammuddin's stand was defective because all elected representatives and those in executive powers owed their loyalty to the people and not the prime minister.

"It was the rakyat who voted them into power," he said yesterday.
He also noted that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), which mooted the proposal (to force ministers to declare their assets publicly), comes under the purview of Parliament.

"Thus the home minister must respect the doctrine of separation of powers of the three branches of government, namely Parliament, Judiciary and Executive and not try to sidestep what MACC has been appointed to do. Otherwise, MACC will lose its credibility in the eyes of the public," he said.

Citing both Indonesia and the US, where their leaders declare their assets as part of their anti-graft drives, Chia said Malaysian ministers should have no qualms at declaring their assets to the public "if they have nothing to hide".

He said those who choose or aspire to hold high position in public office have the obligation to be open to public scrutiny when they assume office.


"It's a choice they have to make. If they want to have privacy, then please don't hold high public office…

"What have they got to hide? MACC, please keep pushing the issue. It is fundamental to transparency and accountability.

"Today it will cost nothing if the declarations are published in the PM's Department website or any other government website," he said.

Last week, MACC commissioner Abu Kassim Mohamed said that he intended to push members of Prime Minister Najib Tun Razak's administration to declare their assets publicly, stressing such a move was "very, very important".

Chia noted that currently, ministers disclose their assets to the prime minister annually but such declarations are kept secret.

Former prime minister Abdullah Ahmad Badawi imposed the condition following the heavy losses the Barisan Nasional (BN) suffered in 2008 general election in a bid to appease a public that was increasingly sceptical of BN's capacity to reform.

Ministers as well as deputy ministers are required to fill in asset declaration forms with the MACC predecessor, the Anti-Corruption Agency (ACA), with the intention of making the information available online for public scrutiny.

However, Abdullah backed down from this plan after facing stiff opposition from ministers on the grounds that it was an invasion of their privacy.

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM


KEROSAKAN JALAN YANG KETARA DI LALUAN TEMERLOH-BERA-JEMPOL

Posted: 03 Aug 2010 10:39 AM PDT






Antara gambar-gambar yang diambil jelas menunjukkan permukaan jalan yang rosak di sepanjang laluan yang menghubungkan antara Bera dengan Temerloh dan Bahau.

BANDAR BERA, 04 OGOS 2010:

Keadaan permukaan jalan didaerah ini secara keseluruhannya berada didalam keadaan yang mendukacitakan seperti permukaan yang pecah dan retak serta berlubang disana sini.

Gambar-gambar yang di ambil disekitar laluan 10 menghubungkan Temerloh-Bera-Jempol jelas menunjukkan keadaan tersebut.

Kebanyakan jalan-jalan ini tidak dibaiki dan diselenggarakan dengan baik terutamanya selepas musim tengkujuh tahun lepas.

Justeru itu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera menggesa agar pihak-pihak yang berkaitan agar dapat membaiki serta menyelenggarakan segera permukaan jalan yang retak serta berlubang itu seperti di hadapan Kompleks Rakan Muda, simpang masuk Tunas Manja, di hadapan SMK Bandar Kerayong, di Simpang Bukit Menteri disamping juga di Kampung Paya Pagar dan Kampung Kerayong juga.

CABANG KEADILAN BUKAN PLATFORM UNTUK ‘BISNES’

Posted: 03 Aug 2010 10:24 AM PDT

Berhajat untuk menjadi ketua atau pemimpin nombor satu didalam sesebuah organisasi seperti pertubuhan belia, parti politik atau badan sukan dengan harapan boleh mengembangkan lagi 'bisnes' atau peluang perniagaannya kepada semua ahli dibawahnya adalah merupakan sesuatu yang ganjil didengarinya bukan?

Tetapi itulah antara trend terkini yang kedengaran apabila seseorang yang memiliki otak bisnes yang cukup ligat didalam mencari peluang secara tiba-tiba melihat cara ini adalah kaedah terbaru untuk memperluaskan perniagaannya.

Kita mengambil satu contoh yang cukup mudah didalam parti politik umpamanya, apa akan jadi seandainya seseorang itu berhajat sangat untuk mengetuai sesebuah bahagian, cabang atau pun kawasan dengan satu harapan untuk memperkukuhkan lagi perniagaannya secara pengembangan rangkaian bisnesnya kepada ahli-ahli bawahan di bahagian, cabang atau kawasan yang terbabit tersebut?

Mungkin didalam UMNO-BN, perkara seperti ini adalah biasa apatah lagi setiap mereka yang memperolehi jawatan didalam parti waima di peringkat cawangan sekali pun pasti akan berusaha memperolehi peluang perniagaan yang pasti cukup besar dan begitu lumayan pulangannya.

Itu kalau di peringkat cawangan UMNO-BN, bagaimana pula sekiranya seseorang itu menjadi ketua parti di peringkat bahagian? Sudah semestinya peluang yang lumayan ini akan 'melimpah ruah' masuk ke dalam poket ketua tersebut bukan? Itu hanyalah cebisan kisah yang berlaku didalam UMNO-BN.

Oleh itu janganlah ada usaha untuk menjadikan parti politik pembangkang seperti KEADILAN di sesebuah cabang sebagai platform untuk mencari rakan perniagaan serta membentuk jaringan ekonomi disamping mempromosi dan mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakannya walaupun kecil.

KEADILAN kini dilihat menjadi harapan rakyat yang semakin berminat untuk menyertai parti ini, oleh itu janganlah menjadi seumpama ada 'udang disebalik batu' oleh sesetengah mereka yang berminat untuk menjadi ketua cabang demi memperluaskan lagi 'empayar perniagaannya' kepada ahli-ahli yang berada didalam cabangnya itu.

Kita tidak menghalang seseorang ketua cabang itu untuk berusaha keras memperluaskan perniagaannya tetapi gunakanlah saluran yang ada ini untuk bersama-sama meningkatkan tahap kewangan parti di peringkat cabang dan bukannya berniat untuk menjadi ketua cabang bagi memperluaskan empayar perniagaannya berkonsepkan seumpama sistem MLM pula!




* Atikel ini adalah pandangan bebas yang di hantar oleh seorang pendokong KEADILAN Bera sejak tahun 1999 lagi untuk bacaan semua pembaca blog ini sebagai panduan menjelang pemilihan parti selepas raya nanti.

Aminuddin Harun

Aminuddin Harun


Hari Bersama Mangsa Saman Ekor 10 Ogos 2010 Seremban

Posted: 04 Aug 2010 01:18 AM PDT


HARI BERTEMU MANGSA SAMAN EKOR DAN "BLACKLIST" JPJ
Tarikh : 10 Ogos 2010
Hari : Selasa
Masa : 5.30 petang
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi

Mereka sekitar Negeri Sembilan dan Melaka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dijemput hadir.

Khidmat nasihat undang-undang oleh peguam dari PAS Pusat dan JUHAM Dewan Pemuda PAS Pusat

Anjuran : Jawatankuasa KASE – Kempen Anti Saman Ekot

Blog ADUN Paroi , YB Hj Mohamad Taufek bin Abg Ghani
http://mohdtaufek.blogspot.com/

Alamat Pusat Khidmat Masyarakat Paroi
No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan
Tel : 06-6794609

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


MINI KARNIVAL WANITA PRIHATIN BUKIT BERUNTUNG 2010

Posted: 04 Aug 2010 12:12 AM PDT

TEMBAKAN DARI DALAM KERETA !

Posted: 03 Aug 2010 10:06 AM PDT

Selasa, 3 Ogos 2010

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Suhakam, NGO kesal protes ISA dihalang

Posted: 03 Aug 2010 10:00 PM PDT

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kecewa dengan tindakan polis menyuraikan perhimpunan anti-ISA di Petaling Jaya kelmarin kerana tindakan itu melanggar hak orang awam untuk berhimpun secara aman.

"Pemerhatian Suhakam mendapati bahawa hak untuk berhimpun telah dinafikan apabila pihak berkuasa menghentikan perhimpunan itu dan menyuraikan orang ramai dengan tergesa-gesa," kata pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam.

"Amaran yang sebaiknya dan masa yagn cukup tidak diberikan oleh pihak berkuasa, yang menyebabkan 22 lelaki dan lapan wanita ditahan kerana disyaki menjadi peserta acara nyalan lilin."

Sempena 50 tahun ISA diperkenalkan, aktivis NGO dan pembangkang berkumpul di pelbagai tempat bagi menyalakan lilin tanda bantahan terhadap akta kontroversiti itu.

Tindakan itu menyebabkan polis menahan 30 orang di Petaling Jaya, empat di Pulau Pinang dan dua di Kelantan atas alasan terlibat dalam perhimpunan tanpa permit.

Dalam satu kenyataan hari ini, Hasmy mengingatkan polis terhadap cadangan yang dibuat hasil daripada pendengaran awam kes perhimpunan di lebuh raya Kesas dan KLCC - atau dikenali sebagai 'Bloody Sunday' (kiri) - sebelum ini.

"Suhakam mencadangkan dalam suatu keadaan apabila polis perlu mengawal atau menyuraikan orang ramai, waktu yang cukup dan cara yang tidak ganas hendaklah digunapakai," katanya sambil mendakwa Suhakam memerhatikan secara langsung demonstrasi di Petaling Jaya pada malam minggu sebelum ini.

NGO: Bongkar muka munafik

Beliau menegaskan sekali lagi bahawa hak orang ramai untuk berhimpun secara aman dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

Sementara itu beberapa kumpulan NGO hari ini turut mengecam tindakan polis membuat tangkapan "besar-besaran" dengan mendesak Menteri Dalam Negeri Tan Sri Hishammuddin Hussein meletakkan jawatan.

Tiga badan itu - Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami) dan NGO pendidikan Pusat Pembangunan LLG - mendakwa Hishammuddin 'melanggar' janjinya pada Jun lalu bahawa pindaan ISA akan menjamin hak berhimpun.

"Tetetapi kami berpendapat, tangkapan besar-besaran (pada) 1 Ogos telah bercanggah dengan janji kerajaan dalam pemindahan (pindaan) ISA, membongkarkan muka munafik kerajaan yang mengabaikan hak-hak sivil rakyat," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Sementara itu, Pemuda PKR Pulau Pinang pula menyifatkan justifikasi polis bagi menghalang perhimpunan itu dengan mengatakan sebagarai 'haram' merupakan tindakan yang cukup simplistik.

"Pihak polis barangkali buat-buat lupa terhadap pengisytiharan kerajaan negeri Pulau Pinang yang sebelum ini telah menyediakan Speakers Corner khas untuk rakyat menyatakan sebarang ekspresi diri terhadap apa jua isu semasa yang berlaku," kata setiausahanya Syed mikael Rizal Aidid.

"Penganjur juga telah menuruti arahan kerajaan negeri untuk tidak menggunakan sebarang pembesar suara.

"Berdasarkan keadaan ini, pihak polis sewajarnya menghormati perhimpunan dan hak rakyat ini, dan bukannya menimbulkan lagi suasana tegang.


Sumber dari: Malaysiakini

Gambar di sekitar Taman Ehsan dan Desa Jaya

Posted: 03 Aug 2010 08:21 AM PDT

Tiada Krisis Air, Selangor Tolak Kadar Air Naik!

Posted: 03 Aug 2010 06:16 AM PDT

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air harus berhenti daripada mengelirukan orang awam dengan menimbulkan isu krisis air di Selangor. Masalah kini di Selangor bukan kekurangan air tetapi tindakan Kerajaan Pusat yang sengaja melambatkan penyelesaian penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor.

Masalah yang bakal didepani rakyat Selangor bukan krisis kekurangan air, tetapi kadar air meningkat disebabkan keengganan kerajaan pusat Barisan Nasional menyerahkan pengurusan industri air Selangor kepada kerajaan negeri, sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air.

Dakwaan Selangor menghadapi krisis bekalan air bertujuan memberi alasan untuk menaikkan kadar air. Hujah Menteri Datuk Seri Peter Chin mengulas Menteri Besar Selangor semalam adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Pandangan Menteri tersebut jelas sekadar bertujuan untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor, bukannya melihat pada pokok pangkal masalah sebenar yang berpunca daripada Kerajaan Pusat.

Sekiranya kerajaan pusat Barisan Nasional terus menghalang penstrukturan semula industri air di Selangor, kami yakin kadar air akan meningkat disebabkan:

1. Pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang berkos RM8 bilion, sementara kerajaan negeri dapat melaksanakan projek tersebut pada kos RM2 bilion.

2. Pengurusan Syabas yang tidak telus, antaranya gaji tahunan Pengerusi Syabas mencecah RM5.1 juta setahun, RM425,000 sebulan.

3. Puncak Niaga gagal menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air.

4. Pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi.

5. Penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik.

Air, tanah, sumber mineral merupakan milikan negeri Selangor, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjaga hak rakyat Selangor.

Antara usaha kerajaan negeri untuk menghalang Syabas yang bertindak sebagai alat kerajaan pusat bagi merampas hak rakyat Selangor ialah mencadangkan pengambilalihan industri air di Selangor, serta memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu.

Rakyat lebih berkeyakinan di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri mampu mengurus pentadbiran industri air dengan jauh lebih telus dan bekesan.

Kami menyeru agar Kerajaan Pusat mengaku air sebagai hak asasi manusia dan tidak diperalatkan untuk keuntungan kroni atau kepentingan politik. Kami juga rayu kepada seluruh rakyat Selangor bertegas memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri dalam usaha mengambilalih industri air di Selangor dan membantah penswastaan air di Selangor.



Dr Badrul Amin Baharom
Pengarah Penerangan
Kerajaan Negeri Selangor

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Polis Gentar Kepada Rakyat 'Bersenjatakan' Sebatang Lilin

Posted: 03 Aug 2010 01:30 AM PDT

Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) mengecam keras tindakan Polis yang bertindak secara kekerasan menyurai serta menghalang orangramai daripada mengadakan upacara memasang lilin di di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berusia 50 tahun.

Seramai 36 aktivis termasuk lapan wanita ditahan polis kerana menyertai  perhimpunan upacara nyalaan lilin sebagi simbolik membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di 8 tempat di seluruh Negara sebagai simbolik bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada malam Ahad, 1 Ogos yang lalu.

Selproa mengecam tindakan polis yang berterusan mencabuli kebebasan bersuara, hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak Manusia Sejagat Bangsa-bangsa Bersatu.
 

Selproa menggesa Datuk Shafee Abdullah yang mewakili Malaysia di peringkat serantau Negara-negara Asean  dalam AICHR (Asean Inter Governmental Commission of Human Right) agar segera menghantar notis bantahan keras kepada Kerajaan Malaysia terhadap pencabulan hak asasi manusia  ini serta segera  menfailkan bantahan keras  ini kepada Sekretariat  Asean di Jakarta. 
Selproa turut menyokong gesaan bersama Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Writers Alliance for Media Independence (WAMI) dan Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)  agar Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan serta merta untuk bertanggungjawab ke atas tangkapan besar-besaran yang mencabul hak asasi rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Setelah 53 tahun Merdeka kita beranggapan bahawa demokrasi di Malaysia sudah dikira matang tetapi  sebaliknya tindakan  menangkap secara beramai-ramai pada malam Ahad lalu menunjukkan bahawa kerajaan tidak bertolerasi terhadap hak perhimpunan aman yang telah diiktiraf oleh dunia sejagat, seolah-olah Malaysia telah memasuki era 'Negara Polis' dan slogan yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak "Rakyat didahulukan" adalah retorik dan omong-omong politik kosong semata-mata.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Surat Cinta Buat Perdana Menteri

Posted: 03 Aug 2010 01:14 AM PDT

Dari Harakah
Oleh Infinitikasih

Buat Datuk Seri yang sedang bercuti,
bercuti pula di luar negeri,
doa semoga diselamat Ilahi,
bahagia bersama anak isteri.

Datuk Seri yang sedang bercuti,
bercuti di mana tidak diketahui,
sedang rakyat susah sana sini,
datuk pula bercuti di luar negeri.

Cuti-cuti Malaysia kempen diberi,
rakyat jelata jangan membaziri,
semua ada di Malaysia ku cintai,
tapi Datuk Seri bercuti di luar negeri.

Tatkala Datuk sedang romantis bercuti,
hadiah 5 dalam 1 telah diberi,
minyak gula dan gas ditarik subsidi,
katanya, bukan harga dinaiki,
tapi penyelarasan subsidi.

Rakyat kampung diam sepi,
memikir apa makna penyelarasan subsidi,
sedang kabinet tersenyum hepi,
rakyat telah ditipu lagi,
sedang PM bercuti di luar negeri.

FDI merudum diam la diri,
Tib-tiba adik Datuk Seri bagi pendapat sendiri,
apa dia tau hanya ceo CIMB,
nak jadi juru cakap Datuk Seri,
kepimpinan dinasti Najib al-Maliki.

Tembelang PKFZ sudah dijumpai,
Cina MCA kepala pencuri,
sedang Umno ditipu lagi,
rakyat pula terus dibodohi,
tapi Datuk Seri bahagia bercuti,
bercuti pula di luar negeri.

Sedang PAS DAP bersatu hati,
Umno terus mencemburui,
perpaduan Melayu jadi misi,
tapi PAS serik ditipu lagi.
Sedang rakyat sengsara hati,
merasa tawarnya kopi,
naik basikal mencari rezeki,
dapur kayu membakar api,

Sedang Datuk Seri pergi bercuti.
Curi pasir menjadi-jadi,
Selangor Penang ditunding jari,
apabila sudah kaya si kroni,
maka RTM tv3 mula mensensasi,
sedang ini projek Umno beri,
rakyat tersilap marah PKR DAP.
Pening sudah rakyat memerhati,
sosial ekonomi tak menjadi,
termenunglah mak cik siti,
menunggu pencen arwah suami,
300 sebulan menggigit jari.

Rakyat terus memerhati,
melihat kerakusan kabinet Datuk Seri,
gila talak tidak sudah lagi,
cukup Perak, Penang Selangor dimimpi,
tapi rakyat tidak bodoh lagi,

Datuk Seri pergilah bercuti.
Pulang nanti membawa isteri,
jangan dilupa duit rakyat beri,
akan dituntut suatu hari nanti,
untung rugi tanggung sendiri,
jangan dikata rakyat tak mengenang budi.

Wahai Perdana Menteri Datuk Seri,
jasamu ku kenang sampai ke mati,
tukar kerajaan bukun kerana sakit hati,
tapi amalan demokrasi jadi tradisi,
cukuplah parti perdana menteri,
cap kopi kapal api tidak diminati.
Kerajaan baru bakal dinanti,
kita lihat dan perhati,
revolusi dan transformasi bakal direalisasi,
Malaysia tercinta terus memacu ekonomi.

Sekian dari suara hati,
jangan disekat dengan akta menteri,
moga terus kekal ukhuwah ini,
Salam revolusi dari rakyat Datuk Seri,
Pakatan Rakyat membawa transformasi.

Infinitikasih,

Mafraq, Jordan.

Ganesan Singkir Nizar Dari DUN Perak

Posted: 03 Aug 2010 12:55 AM PDT

Dari Malaysiakini
Oleh Hazlan Zakaria & Lee Way Loon

Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini digantung dari persidangan dewan undangan negeri Perak selepas mengengkari arahan speaker, Datuk R Ganesan supaya duduk.

NONEKetika membahaskan rang undang-undang usul perbekalan tambahan RM80 juta, masa yang diperuntukkan untuk Nizar selama 15 minit telah berakhir. Namun beliau terus berucap dalam nada yang kuat apabila pembesar suaranya dipadamkan.

Sebelum itu, Nizar terus tidak mempedulikan arahan Ganesan agar beliau dirujuk sebagai 'Yang Yang Dipertua.'

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan…

Ganesan: Saya telah beri peluang untuk bahas. Tetapi jika ini berterusan saya akan ambil tindakan. Meskipun nama saya Ganesan, di Dewan ini, jawatan saya adalah Tuan Yang Dipertua.

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan…

Ganesan: Saya beri awak peluang terakhir!

Nizar: Terima kasih Yang berhormat…[meneruskan ucapan]

Dalam ucapannya, Nizar mendakwa RM50,000 digunakan oleh Zambry untuk diagihkan kepada cawangan MCA di Perak. Wang rakyat katanya, digunakan untuk tujuan parti.

Rakannya dari DAP, Nga Kor Ming (Pantai Remis) yang marah dengan pendedahan itu kemudian melabelkan Zambry sebagai 'pelacur politik' yang kemudiannya sekali lagi menggamatkan dewan.

NONENizar juga melemparkan tuduhan 'pengecut' ke atas BN kerana tidak membenarkan media menjalankan tugas kerana mematikan talian internet.

Apabila masa 15 minit yang diperuntukkan berakhir, pembesar suara Nizar dipadamkan, namun beliau terus berucap dengan meninggikan suaranya.

Khusaisi Abdul Talib (BN-Slim River) kemudian mula berucap dan dewan menyaksikan dua ADUN berucap pada masa yang sama.

Nizar tidak menghiraukan arahan Ganesan supaya duduk dan tindakan itu memaksa beliau diarahkan keluar dewan.

NONENamun Nizar enggan berbuat demikian. Bentara hanya berdiri di sebelahnya dan tidak cuba mengeluarkan menteri besar yang disingkirkan itu secara paksa.

ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari kemudian mencadangkan Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang, digantung sebagai ahli Dewan dan cadangan itu disokong semua ADUN BN.

Selepas pertikaman lidah kira-kira 30 minit, Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain mengambil keputusan meninggalkan dewan.

Sebelum itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempat membentang usul perbekalan tambahan RM80 juta daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi bacaan pertama.

Usul itu disokong ADUN Sg Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Affair Claim Could Disrupt Sodomy Trial

Posted: 03 Aug 2010 12:21 AM PDT

From New York Times
By Liz Gooch

Lawyers for the Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim moved on Monday to have sodomy charges against him dismissed, citing an allegation of a romantic link between a prosecutor and Mr. Anwar's accuser.
Enlarge This Image
Agence France-Presse — Getty Images

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, center, leaving court in Kuala Lumpur on Monday.

The prosecutor, Farah Azlina Latif, was removed from the case last week after a Web site asserted that she was having an affair with Saiful Bukhari Azlan, a former aide to Mr. Anwar who says he sodomized him.

The attorney general told news outlets that Ms. Farah was removed from the prosecution team to protect its credibility with the public. The prosecution, in a letter to the defense, has said it was unable to verify the accusations of an affair.

At a hearing on Monday in the Kuala Lumpur High Court, where Mr. Anwar has been on trial since February, defense lawyers said the integrity of the prosecution had been compromised.

"This just supports our contention from the beginning that this is all a farce, a politically motivated trial and trumped-up charges," Mr. Anwar said afterward. Arguments on the motion were scheduled for next week.

On Monday, Mr. Anwar filed a complaint with the police against Mr. Saiful and Ms. Farah. Karpal Singh, Mr. Anwar's lead attorney, said that the defense was concerned that Ms. Farah might have passed court documents to Mr. Saiful, and that he wanted the police to investigate whether the two had violated the Official Secrets Act.

A prosecutor, Yusof Zainal Abiden, on Monday characterized the Web site's accusation as "bare allegations" with no substance. The prosecution has said that Ms. Farah was junior member of the team with no access to confidential information.

Mr. Anwar, a former deputy prime minister, was convicted of sodomy and abuse of power in 1998. Although that sodomy conviction was later overturned, he spent six years in prison.

He has repeatedly said the new charges were another attempt to end his political career after the opposition made gains in the 2008 elections.

DPP’s Removal: Public Has Right To Know The Truth

Posted: 03 Aug 2010 12:18 AM PDT

From Malaysiakini
By Steve Oh

In another place where justice is beyond political interference, a case like Sodomy 1would never have existed let alone a serial Sodomy 2. That Anwar Ibrahim is seen as a victim of political conspiracy can't be denied when even certain foreign governments still keep a close eye on the court proceedings and openly express their reservations and concerns. The latest scandal involving the key witness and protagonist in Sodomy 2 has resulted in the dismissal of the DPP engaged in the case.

Romantic liaisons that develop in professional situations are known to happen but in the case of Sodomy 2 where the future of a high-profile defendant like Anwar Ibrahim is at stake, any hint of a professionally and ethically illicit affair has to be taken seriously. If RPK had not blown the whistle, it is open to conjecture what might have happened. In fact what has already happened should worry the public, and especially the defendant.

As for RPK perhaps it is time we take him more seriously especially those who are responsible for upholding justice. It seems unfair to turn a patriot into a fugitive especially one who is only trying to help his country become a better place. The public has a right to know what happened in the DPP's dismissal and the defence counsel is right in calling a mistrial. There is no need for the cloak-and-dagger stuff because justice thrives in the light of transparency. The truth never hurt a good cause and the innocent. The public has a right to know the truth.

There is high public interest in Sodomy 2. It is not only the defendant on trial but the whole country, in particular the judiciary. There have been some disturbing aspects in the case such as the accuser seeing a police officer and the country's PM before making a police report. This lends the case to the criticism it may be politically contaminated. Then there is the troubling refusal of the court to grant the defendant and his legal team access to crucial statements made by the accuser to the police.

It seems to be a fundamental breach of Natural Justice 101 to deprive someone accused of a crime not to be able to know what he is being accused of and the alleged relevant circumstances. Even in Islam you need four witnesses. Justice must not only be done but be seen to be done is a well known maxim. And it is here that the incumbent administration is seen to falter. Its unwillingness to make the judiciary a highly respected and independent public institution by pursuing every avenue to reform it results in the decision of the country's Chief Justice, Zaki Azmi, not to pursue the findings of the CJ Lingam video royal inquiry. Whither justice?

His reasoning that the CJ Lingam scandal dealt with the past and he is more concerned about the future does leave many Malaysians in total bewilderment. Is this the new guiding principle of responding to the findings of royal commissions? Should we close all the police stations because every reported crime is about the past? If everything that happened in the past should be forgotten life will be so much more expedient, more than dropping the C J Lingam scandal.

If judge-fixing has been found to be a problem, those who have allegedly contaminated the judiciary must not be allowed to go scot free.

Is that not why cruel dictators are still held to account for their crimes against humanity many many years after their evil deeds? It is utter nonsense to introduce a 'past principle' to close the Lingam video scandal because the judiciary exists to deal with the past. Justice is about judging past deeds good or bad, and making a proper judgement. What sort of precedent is being set? The role of a royal commission is to establish the truth and facilitate the bringing to account of those who are culpable and exonerating the innocent. We fail those in the commission who laboured to give us the truth by not building on their efforts.

The country is often criticised for its disturbing practice of selective prosecution, of dropping cases that should be pursued and pursuing cases that should be dropped. The Lingam video scandal is classic proof. According to the Malaysiakini report, 'The royal commission of inquiry set up to probe the scandal subsequently recommended that former premier Dr Mahathir Mohamad and five others, including Lingam, be investigated under various laws for their covert role in the appointment of judges.'

In the public interest and for justice's sake if not the reputation of the judiciary itself, why can't the proceedings of the royal commission be allowed to reach a natural and credible conclusion? Its abortion will only perpetuate the suspicions and allegations and undermine the judiciary's integrity and credibility. Yet we see Anwar Ibrahim relentlessly hounded in Sodomy 2, another classic proof of this disturbing practice of selective prosecution, usually motivated by politics.

Surely there has to be greater respect for a royal commission and the rule of law which demands that justice must not only be done but be seen to be done. When you have certain people who seem above the law then justice is like another Penan rape victim who is left to cry in silent anguish.

When there are lingering doubts as to the purity of the judiciary and the contamination evidenced by the Lingam royal commission inquiry findings, it is utter nonsense to simply brush the commission's recommendations aside. In the extreme, in this case which has widespread public interest, the CJ's decision can be construed as a contempt for justice, even a disrespect for the function of a royal commission, an affront to every justice-minded Malaysian and I hope the learned judge, who should be passionate about justice and set the pace, will change his mind.

Since 1988 and after a public government apology and financial compensation, the ghost of political interference in the judiciary still haunts the corridors of justice that only a proper follow through with the royal commission's recommendations may exorcise. What happened in the past to the country's top judge is sufficient grounds for further investigations. If justice has not been done to the past how can anyone talk about the future. What future?

Anwar Buat Laporan Polis, Teliti Undang-Undang Syariah

Posted: 02 Aug 2010 09:12 PM PDT

Dari TV Selangor
Oleh Zeanaaima Mohd Yusof

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis bagi menggesa polis menjalankan siasatan sama ada seorang daripada pasukan pendakwaan, Farah Azlina Latif menyalah guna kuasa yang menjejaskan perbicaraan kes.

Beliau bimbang, besar kemungkinan Saiful Bukhari Azlan menerima akses kepada maklumat sulit berkaitan perbicaraan kes konspirasi terhadapnya, meliputi keterangan saksi lain mahupun keterangan beliau sendiri.

Anwar membuat laporan polis terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful di bit polis Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik sahaja perbicaraan ditangguh kira-kira jam 11 pagi.

Dalam laporan itu, Anwar menggesa polis menyegerakan siasatan terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful yang didakwa menyalahi Akta Rahsia Rasmi 1972.

"Saya buat laporan polis menegaskan isu yang sama dokumen keterangan saksi dan semua keterangan rahsia saya percaya telah disampaikan kepada Saiful. Ini mencemarkan kedudukan pendakwaan.

Sebab itu peguam kemuka permohonan untuk menggugurkan pertuduhan yang dianggap tidak ikut takrif kebebasan dan pendakwaan yang telus. Saya telah bagi keterangan pada polis supaya segerakan siasatan," katanya.

Anwar, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sedang meneliti kemungkinan untuk mengheret Saiful mengikut akta undang- undang syariah lantaran hubungan sulit mereka.

"Peguam syariah, Kamar Ainiah sedang teliti," kata beliau.