Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Di pantai Port Dickson pun ada Harimau
- Menteri penakut sangat dgn KSN isu Saman Ekor ?
- Tentera pun tak selamat di Malaysia, JENAYAH
- Tentera Indonesia hampir bertempur dgn Israel
- Hari Bersama Mangsa Saman Ekor 10 Ogos 2010 Seremban
- Ust Azman Shapawi 9 Ogos 2010 K Pilah
- Rakyat merana di ROGOL Pengusaha Pasir
- MB nafi sekeras keras tiada buaya di PD
- Johor : Seksa hidu bau sampah
- Puteri UMNO nak galakkan remaja BERZINA ?
- Menteri pun tak faham isu Saman Ekor, Camne
Di pantai Port Dickson pun ada Harimau Posted: 04 Aug 2010 07:29 AM PDT Dari Blog Singalautmetro Keputusan gelojoh dari mulut saudara mengatakan pantai Port Dickson tiada buaya amat dikesalkan. Malah nelayan yang sering menjala pada sebelah malam juga sering melihat kelibat harimau berkaki tempang di tepi pantai yang sering dikenali oleh nelayan veteran sebagai tokTepok. Malah pernah seekor kancil terjatuh dan patah kakinya dari atas bukit dan menjadi rezeki kami berbelas tahun lalu kerana diburu oleh Tok Tepok ini. Ini bukan cerita dongeng saudara menteri besar. Cerita mengenai harimau di pantai Port Dickson, buaya tembaga di pantai Port Dickson dan Buaya Darat di Rantau dan Siliau pada pautan berikut http://singalautmetro.blogspot.com/2010/08/saudara-menteri-besar-negeri-sembilan.html |
Menteri penakut sangat dgn KSN isu Saman Ekor ? Posted: 04 Aug 2010 07:10 AM PDT Pelik ya kerajaan Malaysia ni ? Masa nak naikkan harga petrol dan harga gula tak ada pula menteri nak rujuk pada KSN atau Ketua Setiausaha Negara , kabinet, parlimen, Ketua Setiausaha itu ini. Boleh je menteri buat keputusan sendiri nak naik harga. Tapi bila bab saman ekor, berbelit belit lidah. Kena rujuk KSN lah, rujuk JPJ lah, rujuk PDRM. Eloklah Pak Menteri, rujuk lama-lama kes saman ekor ni, Biar bertambah meluat semua rakyat. Hari hari macam-macam sumpah seranah keluar dalam blog peribadi mengenai saman ekor ni. Itu yang ada blog, yang tak ada blog lebih lagi entah apa. Pak Menteri, tolonglah jaga imej polis. Bila tanya polis , mereka pun pening kepala, mereka ikut arahan je, ikut sistem yang dah ada. Beberapa contoh sumpah seranah akibat saman ekor di bawah ini, Ini baru sedikit ada banyak lagi sebelum ini, kini dan selamanya selepas ini : Cuba anda fikir. Sekarang ini adalah tahun 2010. Pernahkah anda mendapat surat saman ekor di rumah anda, saman tersebut pula adalah pada tahun 1999? Jangan terkejut. Saya pernah dapat. Its so %&%$$# *&UU ! http://a-y-i-e-sharing.blogspot.com/2010/08/pernah-kena-saman-oleh-polis-malaysia.html %&%$$# *&UU ! %&%$$# *&UU ! %&%$$# *&UU ! Aku bersetuju sangat ini kerana mempunyai 4 saman ekor, RM750 bakal terbang. Saman kereta, tetapi minggu lepas nak menghidupkan cukai jalan motosikal, tak dapat, dah disekat. Walaupun kereta disaman, memperbaharui cukai jalan motosikal turut disekat. Bukan salah akulah kalau menaiki motosikal tak ada cukai jalan RM2 tu. Kerajaan memaksa perah pemandu, untuk mengisi tembolok mereka. Nak kata aku ni kaki laju, 3 saman tahun 2005, 1 saman tahun 2008. Kalau dah kaki pelesit membawa kereta tentulah dah berderet saman aku dapat. http://www.ek-ele.co.cc/2010/08/biarlah-kali-ini-aku-bersetuju-dengan.html %&%$$# *&UU ! %&%$$# *&UU !. Mane bleh mcm tu. Still tak terbukti aku tak bersalah. Mmg no plat tu aku punye. Tapi kete ape? kalo dalam surat 'chenta' tu tulis skali jenis kenderaan mmg kukuh la tuduhan tu. Ini setakat 'motokar'. Boleh jadik ada orang guna no plat aku. Then waktu tu dan tarikh tu mmg tak logik sebab aku yakin, aku tak lalu tempat kejadian. http://lifeisbiyutiful.blogspot.com/2010/08/saman-ekor-adilkah.html Ini memang betul-betul kes teraniaya! Kalau rakyat teraniaya kerana kerja-kerja%&%$$# *&UU !, sampai bila pun mereka tidak akan memaafkan mereka ini. Kerja hanya melepaskan batuk ditangga dan ingin melepaskan masalah sendiri-sendiri sahaja! Macam mana nama saya terdaftar di kenderaan yang tidak pun saya miliki atau beli? http://abisyahirah.blogspot.com/2010/08/saman-oh-saman.html |
Tentera pun tak selamat di Malaysia, JENAYAH Posted: 04 Aug 2010 02:52 AM PDT Pak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, tolonglah jaga keselamatan rakyat. Arahkan semua polis tangkap penjenayah bukan peserta perhimpunan aman atau menghalang ceramah pembangkang. Ada faham ? Jenayah makin tak terkawal dah kat Malaysia ni. Anggota tentera pun tak selamat, sedangkan tenteralah yang banyak membantu kawan-kawan Pak Menteri dalam pilihanraya melalui UNDI POS ! ************************ Tentera Kerugian RM15,000, Rumah Disamun Tiga Lelaki KUANTAN, 4 Ogos (Bernama) -- Seorang anggota tentera kerugian wang tunai dan barangan berharga bernilai RM15,000 selepas rumahnya di Taman Cendor Utama dekat sini dimasuki tiga lelaki, awal pagi Selasa. Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ketika lelaki berusia 31 tahun itu sedang tidur di ruang tamu rumahnya, manakala isteri dan anak lelaki yang berusia dua tahun tidur di dalam sebuah bilik. "Mangsa dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki di dalam rumahnya, seorang daripada lelaki itu kemudian mengacu pisau ke arahnya sebelum kumpulan suspek mengikat mangsa dengan dawai," katanya kepada pemberita, di sini pada Rabu. Beliau berkata kumpulan suspek juga bertindak mengikat isteri mangsa sebelum dua daripada mereka menggeledah rumah itu dan melarikan wang tunai berjumlah RM480, barangan kemas, telefon bimbit dan komputer riba. Kesemua mangsa tidak dicederakan, katanya. -- BERNAMA http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518695 |
Tentera Indonesia hampir bertempur dgn Israel Posted: 04 Aug 2010 01:38 AM PDT ![]() Tentera Indonesia yang menyertai UNIFIL (United Nations Interim Force in Lebanon) hampir bertempur dengan tentera pengganas Israel di Lubnan pada 3 Ogos 2010. Laporan awal mendakwa tentera Israel cuba menceroboh sempadan Lubnan tapi dihalang tentera Lubnan Gambar-gambar saat cemas tentera Indonesia di sempadan Lubnan pada pautan berikut http://alutsista.blogspot.com/2010/08/pasukan-unifil-nyaris-terlibat.html Bagaimana keadaan tentera Malaysia di Lubnan ? Harap ada yang update. |
Hari Bersama Mangsa Saman Ekor 10 Ogos 2010 Seremban Posted: 04 Aug 2010 01:15 AM PDT ![]() HARI BERTEMU MANGSA SAMAN EKOR DAN "BLACKLIST" JPJ Tarikh : 10 Ogos 2010 Hari : Selasa Masa : 5.30 petang Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi Mereka sekitar Negeri Sembilan dan Melaka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dijemput hadir. Khidmat nasihat undang-undang oleh peguam dari PAS Pusat dan JUHAM Dewan Pemuda PAS Pusat Anjuran : Jawatankuasa KASE – Kempen Anti Saman Ekot Blog ADUN Paroi , YB Hj Mohamad Taufek bin Abg Ghani http://mohdtaufek.blogspot.com/ Alamat Pusat Khidmat Masyarakat Paroi No 22 , Jalan Bunga Raya 27 Taman Tasik Jaya 70400 Seremban , N.Sembilan Tel : 06-6794609 |
Ust Azman Shapawi 9 Ogos 2010 K Pilah Posted: 03 Aug 2010 08:20 PM PDT |
Rakyat merana di ROGOL Pengusaha Pasir Posted: 03 Aug 2010 07:00 PM PDT Cerita ni bukan di Selangor, tapi di Negeri Sembilan. Utusan, TV3, SPRM ada minat untuk siasat dakwaan yang di buat oleh Blog yang membuat dakwaan ini ? Blog tersebut kata TERLALU BANYAK kes permit diluluskan atas kehendak political leaders walaupun pegawai-pegawai di Pejabat Tanah dan pegawai-pegawai JPS tidak menyokong permohonan permohonan itu atas sebab-sebab teknikal. Blog tersebut juga mendakwa amalan biasa RASUAH dimana ianya membabitkan KETIRISAN PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI kerana SATU DOKET boleh diguna untuk 5-10 trip sesebuah lori pengangkut pasir itu . Satu lori mengikut saiz boleh membawa 8 meter padu pasir. Cubalah kira berapa banyak RM tidak masuk kedalam kantong kerajaan !!!! Blog tersebut juga mendakwa difahamkan dalam kes JPS Negeri Sembilan deposit yang dipungut bagi satu satu permit pasir sungai hanya sebanyak RM 6,000.00 . Jumlah sebanyak itu tidak munasabah kerana kos kerja pemantapan semula tebing tebing yang runtuh jika menggunakan piling kayu bakau sahaja berlipat kali ganda dari jumlah yang dipungut itu. Blog tadi juga mendakwa difahamkan dalam kes JPS Negeri Sembilan, pihak jabatan telah berkali-kali mengsyorkan kepada pihak Kerajaan Negeri agar deposit dinaikkan kejumlah yang munasabah khabarnya sebanyak RM 45,000.00. Cadangan pihak JPS ini ditolak setiap kali dikemukakan atas alasan yang tidak dijelaskan. Blog tadi mendakwa HAMPIR TIDAK ADA PENYELIAAN & KAWALAN oleh kedua-dua agensi yang dipertanggungjawabkan baik Pejabat Tanah mahupun Jabatan Parit & Saliran. Pegawai teknikal dari JPS ada yang tidak tahu dimanakah kegiatan perlombongan sah dilakukan. Apatah lagi perlombongan haram. Kerana apa? Kerana seperti yang disebutkan diatas......FED UP. Malas nak cakap lagi. Bacalah sendiri dakwaan tersebut di Blog berikut http://gemasindah.blogspot.com/2010/08/pengusaha-pasir-yang-berkaitan.html UTUSAN , TV3, TV1 , SPRM JANGAN BUAT BUTA, TULI DAN PEKAK DALAM KES PERLOMBONGAN PASIR DI NEGERI SEMBILAN. SILA SIASAT DAKWAAN BLOG TERSEBUT !!!! |
MB nafi sekeras keras tiada buaya di PD Posted: 03 Aug 2010 06:35 PM PDT ![]() Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan sekeras-kerasnya bahawa tiada buaya di pantai Port Dickson dan menyeru kepada rakyat jelata tak perlu risau langsung untuk berkelah dan bermandi manda di pantai PD dan memberi jaminan pantai PD adalah selamat se selamatnya. Tolonglah percaya cakap Menteri Besar Negeri Sembilan ini. Buaya yang dijumpai di pantai PD beberapa hari lalu memang bukan buaya. Ianya hanyalah bangkai buaya. Dan bangkai buaya ni pun sebenarnya kena tembak di sungai , kemudian buaya tadi dalam keadaan cedera telah tersesat ke laut, itu je. Menteri Besar kata kepada pemburu buaya, janganlah tembak atau serang buaya ni, nanti buaya ni tersesat lagi ke laut. TAPI Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) cakap lain pula, buaya tadi mati kerana faktor usia kerana dah berusia 60 tahun. Agaknya salah teori Pengarah Perhilitan ni, kena banyak lagi belajar dengan MB kita. Nak tanya MB, adakah menjadi kesalahan memburu buaya ? Adakah buaya merupakan spesis yang dilindungi ? Kalau menjadi kesalahan memburu buaya apakah hukuman yang dikenakan ? Apakah tindakan kerajaan negeri untuk membanteras kegiatan pemburuan buaya ? Menambah bilangan penguatkuasa ? Mengadakan kerjasama dengan polis marin ? Menambah bilangan bot peronda sungai ? Macamana pun MB sebelum ini menasihatkan orang ramai agar berhati-hati mandi di pantai PD kerana mungkin ada terumbu karang yang tajam dan berbahaya. Seperti laporan terakhir di bawah ini. *********************** Wednesday August 4, 2010 MB: No crocs at PD beaches SEREMBAN: The beaches of Port Dickson are safe despite reported sightings of crocodiles along the coastline recently, Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said. "Holiday-makers and beach-goers need not worry as there have been no incidences of crocodile attacks. In the past, there had been incidences where crocodiles at Sungai Timun and Sungai Linggi displayed aggressive behaviour but this was because they had been shot at and trapped by poachers," he told reporters here yesterday. "My advice to the people is, stop attacking these creatures or they may retaliate," Mohamad said, adding that the crocodiles do not normally stray from their river habitat to the beaches at the popular seaside town. A six-metre long crocodile was found dead at the Ixora Permai beach near Tanjung Agas in Port Dickson on Tuesday. The reptile was believed to have been dead for four days at the time villagers found it at the Kuala Linggi riverbank at about 12.45pm. Mohamad said the crocodile, known locally as buaya tembaga because of its copper-coloured body, had probably been injured before it made its way to the sea from its natural habitat in Sungai Linggi, some three kilometres away. http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F8%2F4%2Fnation%2F6793511 Buaya ditemui berusia lebih 50 tahun SEREMBAN 3 Ogos - Bangkai buaya tembaga yang ditemui berhampiran Kolej Uniti, Tanjung Agas, Port Dickson dipercayai telah berusia lebih 50 tahun dan mati sejak tiga hari lalu akibat faktor usia. Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Ishak Muhamad selepas sekumpulan pemancing menemui reptilia seberat lebih satu tan yang terapung di perairan dekat pantai Ixora Permai. Ishak berkata, bangkai reptilia itu juga disahkan tidak cedera dan kesan luka yang terdapat pada badan reptilia itu disebabkan oleh geseran pada batu karang. "Spesies buaya tembaga ini mampu hidup selama 60 tahun dan daripada penelitian yang dijalankan ke atas bangkai buaya ini, ia dipercayai berusia antara 50 hingga 60 tahun berdasarkan faktor saiz badan, gigi yang sudah tumpul dan beratnya. "Berdasarkan pengamatan kami, buaya ini dipercayai telah mati sejak tiga hari lalu kerana bangkai itu sudah mula mereput dan mengeluarkan cecair busuk," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm Pakar Kata Gigitan Bukan Dari Buaya - MB SEREMBAN, 18 Jan (Bernama) -- Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas. "Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Isnin. Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu. Beliau berharap orang ramai bertenang dan tidak membuat pelbagai andaian berdasarkan spekulasi. Beliau berkata, pada umumnya, Port Dickson merupakan pantai peranginan yang selamat dikunjungi. "Kita ada membuat pemantauan, di pantai-pantai awam kita ada menara kawalan, kita dibantu oleh St John Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA," katanya. Sama ada duduk di hotel atau mahu berkhemah di tepi pantai, orang ramai dan pelancong tidak perlu risau dengan keselamatan mereka, katanya. Beliau mengulas laporan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya diserang dan kakinya digigit hingga parah oleh seekor binatang dipercayai buaya. Lelaki itu, dipercayai seorang posmen, mendakwa, waktu diserang, melihat lembaga seperti buaya dengan bentuk badannya yang leper, keras dan kehitaman dalam air di pantai berkenaan. -- BERNAMA http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=469151 |
Posted: 03 Aug 2010 06:34 PM PDT Berita Harian 4 Ogos 2010 JOHOR BAHRU: Lebih 50 peniaga di Taman Sri Bahagia, di sini merayu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyediakan sebuah tong sampah besar bagi kemudahan mereka menguruskan sisa buangan dengan cara yang betul. Mereka mendakwa, ketiadaan tong sampah besar menyukarkan peniaga di kawasan berkenaan untuk membuang sampah sehingga mendorong segelintir daripada mereka mengambil jalan mudah dengan membuangnya di bahu jalan. Tinjauan Edisi Johor mendapati bahu jalan di deretan bangunan kedai di taman ini dipenuhi dengan timbunan sampah sarap sehingga mencacatkan pemandangan dan mewujudkan suasana kotor serta menimbulkan bau. Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Lai, berkata timbunan sampah sampah yang diletakkan di bahu jalan turut meningkatkan kehadiran haiwan perosak seperti tikus dan haiwan liar seperti anjing di kawasan perniagaan mereka. "Akibat jadual pungutan sampah yang tidak menentu, sampah sarap yang diletakkan di bahu jalan sering bertaburan sehingga menarik kehadiran haiwan seperti tikus dan anjing ke kawasan perniagaan kami. "Keadaan ini cukup dikesali peniaga di sini kerana hanya disebabkan ketiadaan tong sampah besar bagi kemudahan kami menguruskan sisa buangan, muncul pula masalah lain yang sebelum ini tidak pernah timbul," katanya. Pengunjung, Hamid Salleh, 46, berkata masalah timbunan sampah sarap di taman ini dapat diatasi dengan segera sekiranya MBJB menyediakan lebih banyak tong sampah besar bagi kegunaan orang ramai. "Tong sampah besar ini bukan saja dapat digunakan oleh peniaga terbabit, bahkan lebih 2, 000 penduduk yang menghuni kawasan kejiranan di sekitarnya. "MBJB juga harus memastikan kontraktor yang dilantik untuk memungut sampah mematuhi jadual pungutan yang ditetapkan supaya ia tidak lagi menimbulkan rungutan orang ramai selepas ini," katanya. Seorang peniaga kedai runcit yang tidak mahu namanya dikenali, berkata sudah banyak kali permohonan supaya disediakan sebuah tong sampah besar di kawasan berkenaan diajukan kepada pihak MBJB, namun tidak membawa perubahan. "Bukan saja menerusi surat rasmi, malah saya sudah dua kali turun naik ke pejabat MBJB untuk mengajukan masalah ini. Apa yang menyedihkan ialah sampai sekarang tiada sebarang tindakan susulan diambil oleh pihak berkenaan. "Saya tidak tahan dengan bau busuk dan persekitaran kotor di kawasan ini. Malah, ia sedikit sebanyak turut mempengaruhi jumlah kedatangan pelanggan ke kedai kami yang semakin merosot sekarang," katanya ketika ditemui di sini, semalam. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Seksahidubausampah/Article |
Puteri UMNO nak galakkan remaja BERZINA ? Posted: 03 Aug 2010 06:13 PM PDT Apa ? Puteri UMNO tak setuju dengan tindakan Ketua Menteri Melaka dan tak setuju dengan tindakan Majlis Agama Islam Melaka yang membenarkan segelintir pelajar yang tak boleh kekang lagi nafsu untuk berkahwin secara halal ? Kalau macam nilah pendirian Puteri UMNO , memang hancurlah generasi muda. Fatwa mana Puteri UMNO ni guna pakai ? Kerajaan negeri Melaka menyediakan bantuan kewangan RM500 kepada ibu bapa daripada keluarga miskin bagi urusan pernikahan anak mereka. ADUH ! Tamparan hebat untuk kerajaan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan lain-lain. ***************** Puteri UMNO bantah pelajar kahwin awal Utusan Malaysia 4 Ogos 2010 KUALA LUMPUR 3 Ogos - Langkah kerajaan negeri Melaka menggalakkan ibu bapa membenarkan anak yang masih bersekolah untuk berkahwin bagi membendung gejala hamil luar nikah dilihat sebagai satu bentuk jalan penyelesaian singkat terhadap masalah berkenaan. Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah kerajaan negeri Melaka itu meskipun bermatlamat mencegah gejala hamil luar nikah. Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menggalakkan ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah. Bagi tujuan tersebut, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm MAIM benar pelajar berkahwin Utusan Malaysia 4 Ogos 2010 MELAKA 3 Ogos - Selepas mencadangkan penubuhan sekolah khas bagi pelajar mengandung, kerajaan negeri 'menggalakkan' pula ibu bapa memberi kebenaran kepada anak- anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah. Bagi tujuan tersebut, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu dibuat melalui Mahkamah Syariah tetapi kelonggaran diberi untuk memudahkan mereka bernikah jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing. Menurutnya, keputusan itu diambil dan telah dipersetujui oleh semua pihak pada persidangan menangani gejala sosial yang diadakan baru-baru ini. "Bagi kerajaan negeri, ini adalah langkah terbaik menangani gejala buang bayi dan kes hamil serta melahirkan anak luar nikah. Adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak mereka yang hendak sangat berkahwin daripada mereka melakukan zina. "Bagi saya mengubat adalah lebih susah berbanding mencegah. Cara ini saya anggap lebih praktikal, jika tidak gejala buang bayi dan mengandung anak luar nikah tidak akan dapat dibendung," ujarnya. Beliau menegaskan, perkahwinan pada usia muda bukan sesuatu yang pelik kerana pada zaman dahulu, ibu bapa berkahwin pada umur 13 hingga 18 tahun. "Kalau ada pelajar tidak boleh tahan (untuk bernikah), tolong jangan berzina, minta kebenaran jumpa mufti, kita akan benarkan," ujarnya. Menurutnya, kerajaan negeri menyediakan bantuan kewangan RM500 kepada ibu bapa daripada keluarga miskin bagi urusan pernikahan anak mereka. Katanya, jika pelajar terbabit bersalin dan tidak mempunyai orang untuk menjaga bayinya kerana bersekolah, kerajaan negeri akan memikirkan cara untuk membantu mereka. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm |
Menteri pun tak faham isu Saman Ekor, Camne Posted: 03 Aug 2010 05:59 PM PDT Nampaknya Menteri sendiri pun tak faham secara keseluruhan masalah saman ekor ni. Kepada Datuk Seri Hishammuddin yang bijaksana, jangan dengar kata sebelah pihak saja. Cuba tuan turun padang sendiri di kaunter JPJ dan kaunter trafik rasai sendiri kesusahan rakyat. Rakyat beratur panjang, kecewa cukai jalan tak boleh perbaharui, kena pula pergi ke kaunter trafik yang satu daerah hanya ada saut kaunter trafik. Macam nilah Pak Menteri, turun padang, ambil seorang mangsa saman trafik, ikut dia di kaunter JPJ, lepas tu ikut dia ke IPD kaunter trafik, lepas tu ikut dia ke bank atau jumpa saudara mara nak pinjam duit nak bayar saman, nak bayar insuran, lepas tu ikut dia semula ke kaunter JPJ nak perbaharui cukai jalan. Mungkin makan masa 2-3 hari. 2-3 hari ni kalau dia peniaga berapa banyak dah rugi, kalau dia kerja dengan swasta , habislah cuti tahunan. Macam-macam sumpah seranah yang Datuk Seri akan dengar kalau berada di kaunter JPJ dari pelbagai kaum dan bangsa dari semua parti , BN dan Pakatan Rakyat. Faham tak Pak Menteri. Lagi lama Pak Menteri nak semak sistem saman ekor ini, lagi ramai rakyat menderita dan menyampah, meluat, menyumpah. Tindakan segera ialah batalkan arahan tidak boleh perbaharui cukai jalan kalau ada saman ekor, saman badan ke, saman kepala ke, saman tangan ke. Yang kedua, saman yang tahun 2000, tahun 2010 baru muncul apa cerita ? Lemah sangat ke sistem IT PDRM sampai tak boleh nak kesan pesalah trafik ? Saman ekor ni menganiaya mereka yang lurus bendul. Mereka yang no plet kenderaan mereka digunakan oleh orang lain. Mereka yang menjual kereta tak ditukar nama oleh pembeli. Mereka yang meminjam kereta. Kalau dah 10 tahun baru dapat saman ekor, mana manusia yang boleh ingat 10 tahun lepas siapa guna kereta tersebut. Tolonglah jangan saman pemilik kenderaan, samanlah pemandu yang buat kesalahan. Kalau nak mengajar pemandu bukan tunggu 10 tahun, patutnya dalam dunia yang serba canggih ini dalam masa seminggu polis mesti hantar notis saman kepada pemandu beserta dengan bukti Lagi satu Pak Menteri, biarlah semua balai polis boleh berurusan untuk selesaikan saman ni, bukan di IPD sahaja. Rakyat sekarang kena kerja lebih masa, kerja part time untuk bayar bil elektrik, minyak naik dan sebagainya. Apa cerita hanya IPD Bahagian Trafik sahaja yang boleh handle isu saman ni ? *************************** 04 Ogos, 2010 07:58 AM KDN Mahu Semak Semula Saman Ekor KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi menyemak semula sistem saman ekor, ekoran bantahan ramai pihak berhubung perlaksanaan sistem itu. Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata pihaknya juga mahu satu kajian semula dijalankan terhadap keputusan kerajaan untuk tidak mengurangkan kadar kompaun saman yang dikenakan terhadap pesalah trafik. "Dalam konteks saman ekor, ada yang kata mereka tidak bersalah kerana kesalahan trafik itu dilakukan oleh orang lain yang menggunakan kenderaan atau menyalahgunakan nombor pendaftaran kereta milik mereka. "Maka ia perlu dikaji semula dan diteliti kerana kita tidak mahu ada pihak yang teraniaya dan agar semua keputusan yang dibuat adalah adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat kumpulan kerja bagi memerangi keganasan di antara Malaysia dan Australia di sini hari Selasa. Beliau berkata kerajaan juga perlu memikirkan kaedah pembayaran yang paling baik dan sesuai untuk pesalah trafik yang mempunyai jumlah saman yang sangat banyak. http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518644 |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan