Selasa, 3 Disember 2013

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Siapakah yang untung atas pemberian BR1M?

Posted: 02 Dec 2013 08:25 PM PST

Ramai yang bergembira dan terasa lapang dengan pengumuman BR1M berjumlah RM650.00 untuk tahun 2014.

Permainan ini amat licik kerana apapun bentuk pemberian akan digambarkan sebagai satu nikmat.

Pada waktu yang sama pengumuman perlaksanaan GST 6% seolah terpadam dari oleh nikmat BR1M.

Saya sertakan pengiraan di bawah yang mana walaupun sukar untuk difahami.

Berapakan nilai RM650 (BR1M) berbanding 6% GST.

Untuk kerajaan mendapat kembali RM650 (BR1M) jumlah pembelian hendaklah bersamaan
RM650=6%(x)

RM650=6/100(x)
RM650x100=6x
RM65,000.00=6x
RM10,833.33=x

Maka x menggambarkan jumlah perbelanjaan yang perlu dibuat oleh isi rumah yang kemudian akan dikenakan GST sebanyak 6% menjadikan kerajaan memperoleh pendapatan RM650.00.

RM10,833.33 adalah perbelanjaan setahun dan jika dibahagi dengan 12 bulan maka isi rumah hanya perlu berbelanja RM10,833.33 /12= RM902.78.

Dengan kata lain hanya isirumah yang berbelanja kurang daripada RM902.78 sebulan akan benar-benar mendapat manfaat BR1M.

Bagi yang berbelanja lebih dari itu sebenarnya telah membayar lebih dari apa yang diberi.

Ramai yang berseronok dengan BR1M yang bakal diterima tetapi pada waktu yang sama tidak mengetahui yang tidak ada apa yang baik tentangnya setelah perlaksanaan GST.

Bagi yang ada hubungan yang baik dengan JKKK bolehlah mendapat BR1M lebih dari satu kali untuk satu isi rumah. Dan paling malang bagi mereka yang kurang celik dan tercicir dari senarai BR1M. Sudahlah mereka susah-tak pula menerima BR1M malah terpaksa membayar 6% GST walaupun untuk membeli garam.

Dengan kenaikan harga petrol dan terkini kenaikan tarif elektrik soalnya sekarang, siapakah yang untung atas pemberian BR1M?

Isnin, 2 Disember 2013

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


KELEBIHAN SURAH YASSIN YANG RAMAI TIDAK MENGETAHUINYA ~

Posted: 02 Dec 2013 02:39 AM PST

~SURAH YASSIN~

Ayat 1 - 9- untuk keselamatan diri
Ayat 9 - orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - merupakan jantung yaasiin - rasulullah s.A.W. berharap ayat ini dihafaloleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.
Ayat 30 - untuk keinsafan - supaya dapat dipertemukan dengan Allah S.A.W (Harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Ayat 33 - 35 - elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada allah s.W.T. Yang satu.
Ayat 39 - mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - merupakan kenyataan allah s.W.T. Yang satu.
Ayat 41 - mengisahkan nabi Noh a.S. Naik kapal - elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan
Ayat 44 - mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup
Ayat 45 - 48 - merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.a.w
Ayat 49 - menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - datang dengan tiba-tiba, tiupan kedua - hancur ,tiupan ke-tiga semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang mahsyar.
Ayat 50 - setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 - dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 - jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut
Ayat 78 - 79 - dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang
bermaksud: "dia berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?„
Ayat 78 dan 79 - bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Ayat 79 - katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan dia maha mengetahui tentang segala makhluk.„
Ayat 82 - untuk hajat - jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: sembahyang tahajjud (3x) berturut-turut

AYAT 9 - "WAJA'ALNA...."
• LINDUNGI RUMAH DARI PENCURI - BACA DAN TIUP DI TIAP-TIAP PENJURU
RUMAH.
• LINDUNGI DIRI DARI DIANIAYA
• BAGI PERLINDUNGAN DIRI DAN RUMAH SEMASA TIDUR
• BACA AYAT 9
• FATIHAH
• READ 3 QUL (THREE TIMES EACH)
• AYAT KURSI

AYAT 29 - "IN KANAT ILLA...."
• UNTUK MENDIAMKAN ORANG YANG SELALU MELEMPAR KATA-KATA
BURUK/TIDAK MENYENANGKAN KEPADA ANDA.

AYAT 36 - "SUBHANALLAZI.."
• UNTUK CARI JODOH * TIUP 7 KALI DALAM TANGAN DAN SAPU KE
MUKA PADA PAGI HARI • YA WADUD (3X)

AYAT 58 - "SALAMUN..."
• JIKA SAKIT ANGGOTA
• TAK TENANG HATI
• BACA (7 X) DAN GOSOK PADA TEMPAT SAKIT

AYAT 76 - "FALAYAHZUN.."
• BILA RASA SEDIH
• UNTUK MENENANGKAN HATI
• GOSOK JANTUNG SAMBIL BACA

AYAT 78 - 79 "DARI YUHYIL WAHIYA..."
• TULANG PATAH
• SAKIT SENDI
• SAKIT LUTUT

AYAT 82 - "INNAMA AMRUHU.."
• JIKA MANDUL
• UNTUK MENGUBATI KANSER ATAU TUMBUHAN DALAM BADAN
 — with Aira Alferosand 35 others.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Kenaikan cukai taksiran tak munasabah, bebankan rakyat – Anwar

Posted: 01 Dec 2013 07:59 PM PST

AMPANG 2 DIS: Pakatan Rakyat membantah kenaikan cukai taksiran terlalu tinggi dan membebankan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
dsai
Tegas Ketua Umum KEADILAN itu, kenaikan yang bakal dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak munasabah dan satu lagi pembaziran kerajaan.

"Kita bantah kenaikan cukai tak munasabah, terlalu tinggi. Kita tolak cukai yang membebankan rakyat. Kerajaan membazir, beban kepada rakyat," katanya kepada Keadilan Daily.
Anwar 1
Beliau ditemui pada Ceramah Perdana dan Penerangan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) selepas merasmikan Ekspo Industri Kecil dan Sederhana (IKS) peringkat Parlimen Ampang dan Pandan di Padang Taman Tasek Tambahan, Ampang, malam tadi.

Mengulas lanjut, Anwar menyeru penduduk KL menyertai himpunan membantah kenaikan cukai tersebut pada 16 Disember ini.
"Kita seru warga kota supaya bantah dan kita bantah apa yang perlu dibuat seperti yang diputuskan oleh pimpinan (Pakatan)," katanya menyokong himpunan di Dataran DBKL pada 11 pagi.
Anwar 3
Terdahulu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan KL membantah keras kenaikan cukai berkenaan dan untuk itu mereka bersama warga kota sepakat mahu berhimpun bagi menyatakan bantahan.

Menurut Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dalam perhimpunan tersebut, setiap penduduk akan menghantar surat bantahan kenaikan secara beramai-ramai kepada DBKL.
Oleh itu, beliau menggesa penduduk KL supaya menghantar bantahan itu pada hari berkenaan dan menjangka sekurang-kurangnya 1,000 hingga 2,000 akan terlibat dalam himpunan tersebut.
DBKL pada 18 November lalu mengedarkan notis menyemak semula senarai nilaian cukai taksiran kepada pemilik rumah dan premis
di KL, dan kadar kenaikan cukai taksiran yang bakal dilaksana bermula 2014 dianggarkan lebih 100 peratus.

Anwar 2
Hadir sama dan turut menyampaikan ceramah yang dihadiri kira-kira 700 penduduk, Ahli Parlimen Ampang dan Ahli Parlimen Pandan, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli.

Selain gerai-gerai jualan produk tempatan, antara program menarik pada ekspo yang bermula semalam dan berakhir pada 8 Disember meliputi seni kebudayaan pelbagai kaum, sukaneka kanak-kanak, aktiviti sukan dewasa dan penerangan pinjaman IKS.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56868

Sempadan semula: Rashid sahkan SPR jadi alat Umno

Posted: 01 Dec 2013 07:58 PM PST

KUALA LUMPUR 1 Dis: Kenyataan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),  Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa persempadanan semula pilihan raya ditentukan untuk mengekalkan kuasa Melayu bukti suruhanjaya itu cuma alat Umno BN, kata Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid.
"Umum tahu SPR sentiasa menjadi alat Umno untuk kekal berkuasa dan kenyataan Rashid itu mengukuhkan lagi pandangan rakyat. Ia juga membuktikan apa yang didedah Pakatan Rakyat mengenai komplot SPR selama ini adalah benar" katanya kepada Suara Keadilan.
Sehubungan itu, beliau menyokong desakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos lalu agar tiada persempadanan semula dilakukan selagi anggota SPR tidak meletak jawatan.
"Anggota SPR sedia ada harus meletak jawatan dan pelantikan anggota baru harus terdiri dalam kalangan yang bebas dengan suruhanjaya itu wajar diletak bawah parlimen.
"Pemilihan anggota baru juga mesti melibatkan semua Ahli Parlimen termasuk Pakatan dan NGO yang pakar pilihan raya dan bersikap bebas," katanya lagi.
Pada 25 November lalu, The Malaysia Insider melaporkan, Rashid berkata, tiga persempadanan semula semasa beliau menerajui SPR bertujuan mengekalkan kuasa Melayu.
Pada PRU 1999, Umno tewas sebahagian besar kerusi Melayu termasuk tumbang di Terengganu, hilang penguasaan 2/3 di Kedah dan pertama kali Presiden PAS ketika itu, Datuk Fadhil Mohd Noor dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang dilihat menggugat kuasa  Umno.
Oleh itu, persempadanan semula pada 2003 menyaksikan Umno BN menang besar lebih 90 peratus Parlimen pada PRU 2004.
Sementara pada 27 November lalu, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui ketika menjawat Setiausaha SPR pada 2002, beliau hanya menurut arahan tujuh anggota suruhanjaya itu yang diketuai Rashid.
Manakala pada 8 Jun lalu, Wan Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi SPR berkata, persempadanan semula akan dibuat bermula hujung tahun ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56862

DAP mahu PR NS kenalpasti calon MB

Posted: 01 Dec 2013 07:42 PM PST

dipetik daripada Free Malaysia Today

Loke: Saya mengulangi pendirian DAP bahawa kita tidak menolak kuasa politik Melayu
SEREMBAN:Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook mahu Pakatan Rakyat Negeri Sembilan memulakan langkah awal dan mengenalpasti siapakah bakal Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Bercakap dalam Konvensyen DAP Negeri Sembilan penggal ke-16 di Seremban, lewat petang semalam, Loke berkata pada PRU-13, Pakatan
Rakyat telah berjaya menyakinkan majoriti pengundi di kawasan bandar seperti yang ditunjukkan dalam keputusan yang kita perolehi.

"Namun, kami menerima hakikat bahawa faktor ketakutan yang dibangkitkan oleh Umno terhadap masyarakat Melayu melalui isu
perkauman yang dimainkan masih begitu berkesan di kawasan luar bandar sehingga PAS dan PKR sukar menembusi kerusi-kerusi yang ditandingi oleh Umno.

"Umpamanya, ada di kalangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang termakan dengan propaganda Umno kononya orang Melayu akan kehilangan kuasa politik sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan dan pemimpin bukan Melayu DAP akan merampas kuasa Melayu termasuk saya akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya Pakatan Rakyat menang.
"Sebelum PRU-13 pun telah berkali-kali saya mengulangi pendirian DAP bahawa kita tidak menolak kuasa politik Melayu.
"Yang DAP dan Pakatan Rakyat ingin tolak ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang rakus kuasa dan rasuah. DAP akan tetap mendokong peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan bahawa jawatan Menteri Besar akan disandang orang seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Melayu yang beragama Islam. Pendirian DAP dalam hal ini tetap sama dan tidak berubah.
"Untuk menangkis tohmahan dan penipuan yang terus dilemparkan oleh Umno dan BN, Pakatan Rakyat perlu mengorak langkah dan strategi yang lebih berkesan untuk menyakinkan masyarakat Melayu bahawa masa depan seluruh rakyat Malaysia akan lebih baik dan terjamin di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kerana dasar yang kita perjuangkan ialah untuk kesejahteraan rakyat dan bukannya untuk sebilangan kecil golongan yang terpilih.
"Justeru itu, saya menyokong penuh cadangan oleh Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, supaya sebuah Majlis Strategik Pakatan Rakyat ditubuhkan segera untuk memulakan langkah untuk persiapan menghadapi PRU-14.
"Satu strategi yang sangat penting untuk Negeri Sembilan ialah Pakatan Rakyat perlu mengenalpasti, memutuskan dan menampilkan calon Menteri Besar kita sekurang-kurangnya dua tahun sebelum PRU-14," kata Loke.
Sementara itu dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Negeri yang baru untuk penggal 2013 – 2015, empat muka baru berjaya menempatkan diri dalam senarai 15 AJK Negeri.
Mereka ialah J Arulkumar (194 undi), Choo Ken Hwa (137 undi), A Kesavadas (115 undi) dan Lawrence Fah Hon Wee (112 undi).
Selepas keputusan diumumkan, mesyuarat AJK Negeri memutuskan kepimpinan baru DAP Negeri Sembilan untuk dua tahun akan datang seperti berikut:
Pengerusi: Loke Siew Fook
Timbalan Pengerusi: P Gunasekaran
Naib Pengerusi 1: Siow Kim Leong

Naib Pengerusi 2: S Veerapan

Setiausaha: Cha Kee Chin

Penolong Setiausaha: J Arulkumar

Bendahari: Yap Yew Weng

Berikut senarai penuh 15 AJK DAP Negeri Sembilan berserta jumlah undi
yang diperolehi:

1. Loke Siew Fook – 205 undi
2. Siow Kim Leong – 201 undi
3. J Arulkumar – 194 undi
4. Yap Yew Weng – 178 undi
5. Ng Chin Tsai – 160 undi
6. Teo Kok Seong – 155 undi
7. Cha Kee Chin – 139 undi
8. Chew Seh Yong – 139 undi
9. P Gunasekaran – 139 undi
10. Choo Ken Hwa – 137 undi
11. S Veerapan – 137 undi
12. A Kesavadas – 115 undi
13. Lawrance Fah Hon Wee – 112 undi
14. Mary Josephine Prittam Singh – 105 undi
15. Ean Yong Tin Sin – 92 undi

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


KELEBIHAN SURAH YASSIN YANG RAMAI TIDAK TAHU.....

Posted: 02 Dec 2013 02:35 AM PST

DATUK MAHFUZ JADI KETUA PENERANGAN PAS BARU, YB ISKANDAR JADI PESURUHJAYA PAS SELANGOR YANG BARU

Posted: 01 Dec 2013 08:19 PM PST

Sabtu, 30 November 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Perasmian IKS dan Ceramah – Ampang

Posted: 30 Nov 2013 06:31 PM PST

Dato Seri Anwar Ibrahim akan berada di program berikut :

Tarikh   : Ahad 1 Disember 2013
Waktu   : 10 malam
Tempat : Perkarangan Padang Bola Sepak, Taman Tasek Tambahan Ampang.

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

WAKIL RAKYAT KEADILAN SELANGOR SUMBANG SEBAHAGIAN KENAIKAN GAJI KE TABUNG PENDIDIKAN

Posted: 30 Nov 2013 01:53 PM PST

Saya telah menerima pandangan semua pihak mengenai kenaikan gaji yang melibatkan wakil rakyat Selangor. Saya juga telah mendapat penjelasan dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai rasional kenaikan gaji tersebut.

Pun begitu, KEADILAN sebagai parti yang membawa semangat reformasi perlu terus sensitif dengan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat terbanyak.

Oleh itu, setelah berbincang dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, saya bersetuju bahawa satu Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor akan ditubuhkan bertujuan mengagihkan biasiswa pendidikan kecil dan mengendalikan program pendidikan terutamanya di peringkat sekolah menengah dan pra-universiti.

Setiap wakil rakyat KEADILAN akan menyumbang RM1,000 sebulan atau 20% dari jumlah kenaikan gaji bulanan yang diumumkan untuk membiayai pemberian biasiswa kecil dan program pendidikan di bawah Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor.

Jumlah sumbangan wakil-wakil rakyat KEADILAN dari Selangor kelak dijangka mencecah setengah juta setahun dari kenaikan gaji mereka yang dapat membantu keluarga berpendapatan rendah dalam bidang pendidikan.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Khamis, 28 November 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Pakatan Slams Higher Electricity Tariff

Posted: 28 Nov 2013 08:11 PM PST

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat today slammed Putrajaya for its proposal to increase electricity tariff in Malaysia between 10 and 20 per cent next year.

Klang MP Charles Santiago said today the increment would have detrimental effects on the people who are already struggling with their current electricity bills.

"What will have a bigger impact isn't the increase in salary, but the increase in electricity tariff because everything else will increase," Santiago told FMT, referring to the new salaries for Selangor state government officials which have been described as "too high".

"Everything uses electricity and to manufacturers, 20 per cent is a huge increase in monthly expenses in terms of an electricity bill," he added.

Santiago said the increment had no basis as the returns to capital for Tenaga Nasional Bhd (TNB) amounted to over RM1 billion a year.

"This is after repayment of all the debts and borrowing… they always make more than RM1 billion in profit," he said.

"If they consistently make over RM1 billion a year… what is the reason to increase electricity tariff?" he asked.

"We already have people struggling to pay their current electricity bills… this would further burden them," he added.

Santiago disclosed that the parliamentarians had yet to receive notice of an increment, but hoped that Putrajaya would reconsider the hike.

"Does the government really need to increase the tariff? I hope they will reconsider the proposal," he said.
 
Cheating the public

Kapar MP G Manivannan mirrored his colleague's sentiment and accused Putrajaya of pushing through increment policies that would burden the people.

"First it was an increase in petrol price, then the removal of sugar subsidy, and now they want to increase the tariff for electricity… they just don't care about the welfare of the people," he said.

"Everything is going up in price, except the salaries of civil servants and those in the private sectors.
"This has not been brought up, this has not been discussed… there is no stability at all," he added.

He further accused Putrajaya of taking advantage of Malaysians who accepted all policies with an open heart.

"They are utilising this to the maximum. The people are becoming the victims. They are very clever in cheating the public," he said.

"They are implementing everything now because the next election is in a very long time. By that time, the people will have forgotten all about this (increment)."

Yesterday, Energy, Green Technology and Water Minister Maximus Ongkili announced the electricity tariff hike to ensure sufficient returns of capital for TNB.

Source: FreeMalaysiaToday

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


MB, ADUN S'gor dapat kenaikan gaji mulai 1 Jan

Posted: 27 Nov 2013 09:19 PM PST

dipetik daripada Malaysiakini

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

"Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid mengumumkan pembayaran setengah bulan bonus kepada kesemua 15,643 penjawat awam negeri yang akan dibayar mulai Januari depan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.821 juta.

Dengan pemberian bonus itu, penjawat awam negeri menikmati satu setengah bulan bonus termasuk bonus untuk Aidilfitri yang diberikan tahun ini.

Persidangan DUN bersambung esok.

-Bernama

Talam tuntut RM324mil dari Chua Tee Yong

Posted: 27 Nov 2013 07:58 PM PST

dipetik daripada Malaysiakini



Syarikat pembangunan harta tanah Talam Transform Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Trinity Corp Bhd) memfailkan kenyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi menuntut RM324 juta daripada ahli politik Chua Tee Yong, sebagai ganti rugi atas dakwaan memfitnah.

Menurut doklumen mahkamah yang diperoleh KiniBiz, Tee Yong, anak kepada presiden MCA Chua Soi Lek dan anggota Parlimen Labis, Johor, pada Julai 2012 mendakwa wujudnya skandal RM1 bilion melibatkan kerajaan Selangor dan Talam.

Perincian tuduhan itu dilaporkan oleh pihak media.

Talam dalam samannya mendakwa kenyataan Tee Yong kepada The Star pada Julai dan Oktober tahun lepas sebagai fitnah.

Menteri akui warga Bangladesh antara teramai hijrah ke Malaysia

Posted: 27 Nov 2013 07:55 PM PST

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui warganegara Bangladesh antara teramai yang dibenar tinggal di Malaysia dalam tempoh jangka panjang sejak Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dilancar sehingga Ogos 2013.
Menurutnya, Bangladesh mencatat kedudukan ketiga teramai dengan jumlah 2,603 daripada 22,320 warganegara asing dari 122 negara yang diluluskan untuk tinggal di negara ini.
Katanya, China mencatat rekod tertinggi diikuti Jepun dan United Kingdom serta Iran berkedudukan selepas Bangladesh.
"Daripada jumlah ini, bilangan peserta teramai adalah dari negara China (4,187), diikuti Jepun (2,880), Bangladesh (2,603), United Kingdom (2,016), dan Iran (1,266)," kata Nazri.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berhubung statistik warga asing yang berhijrah ke Malaysia mengikut nama negara asal mereka dan tahun sejak program itu diperkenalkan pada 2002.
Penjelasan ini sekaligus membuktikan kerajaan sebelum ini berdolak-dalik dalam isu lambakan warga asing di negara ini termasuk warganegara Bangladesh yang didaftar sebagai pemilih untuk mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Menjelaskan mengenai cadangan meningkatkan kriteria bagi menyertai MM2H, Nazri berkata, buat masa ini, Kementerian tiada cadangan untuk mengubah kriteria bagi warganegara asing yang ingin menyertai program tersebut dalam masa terdekat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56814

Tolak usul intipan tunjuk kerajaan Najib lemah – Anwar

Posted: 27 Nov 2013 07:53 PM PST

KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER: Pakatan Rakyat membantah penolakan kerajaan terhadap usul mengecam pengintipan Amerika Syarikat (AS), Australia dan Singapura ke atas Malaysia.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap kerajaan yang tidak habis-habis berlembut dalam isu tersebut menunjukkan kelemahan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Anwar
"Kita tidak setuju dengan cara kerajaan yang terlalu lemah. Saya ulangi sifat kerajaan yang lembik menangani isu ini sepertimana saya nyatakan minggu lepas.

"Kita bantah isu yang serius menyentuh kepentingan negara, keselamatan negara dan maruah negara yang boleh ditolak sewenang-wenangnya," kata Anwar kepadaKeadilan Daily.
Usul tergempar yang dibentangkan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin semalam ditolak Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan alasan ia tidak perlu disegerakan untuk dibincangkan.
Usul itu yang dibentangkan menurut Peraturan Mesyuarat 18(1) bertujuan mengutuk tindakan ketiga-tiga negara tersebut yang didakwa bekerjasama sesama mereka untuk memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet negara bagi mengintip Kerajaan Malaysia dan pemimpin negara.
Shamsul ketika membacakan usul berkenaan berkata, akhbar Australia – Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan, terdapat risikan ke atas Malaysia oleh Kedutaan AS dan Suruhanjaya Tinggi Australia seperti didedahkan pemberi maklumat perisikan, Edward Snowden.
"Yang terkini, seperti dilaporkan media Belanda iaitu NRC Handelsblad, Singapura juga didedahkan sebagai turut membantu menyediakan akses komunikasi dan menjadi rakan utama dalam kumpulan perisikan '5-Eves' yang diketuai AS bagi tujuan merakam perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi di Kuala Lumpur.
"Selanjutnya media Australia, Fairfax pula mendedahkan bahawa Singapura merupakan rakan kepada Agensi Perisikan Elektronik Australia iaitu "Defence Signals Directorate" untuk memintas kabel SEA-ME-WE 3 yang merupakan kabel telekomunikasi terpanjang di dunia dan diuruskan Singtel, syarikat telekomunikasi milik Kerajaan Singapura.
"Sementara kita memperakui hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dan AS, Australia serta Singapura di mana asas utama kepada perhubungan ini ialah kepercayaan sesama negara, akan tetapi aktiviti pengintipan dan risikan terhadap setiap pimpinan negara ini tentunya mencabuli negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka," kata Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN.
Tambahnya, Malaysia perlu mencontohi tindakan tegas pimpinan Brazil, Jerman dan Indonesia yang membantah pengintipan antaranya menuntut permohonan maaf serta memanggil pulang duta mereka di Australia.
"Kecaman keras daripada Dewan perlu bagi memberi tekanan kepada ketiga-tiga negara. Mesej jelas dan tegas perlu dizahirkan oleh rakyat Malaysia kepada mereka.
"Kegagalan pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri untuk mengeluarkan pendirian tegas akan menyebabkan tindakan biadap ini terus berlaku," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56818

Kenyataan fitnah: Bekas pemandu saman pelakon Zahida Rafik

Posted: 27 Nov 2013 07:49 PM PST

KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER: Bekas pemandu Zahida Mohamed Rafik, Noor Azman Azemi memfailkan saman fitnah terhadap pelakon itu berhubung tuduhan kononnya beliau melarikan RM200,000 wang Zahida yang disiarkan di akhbar.
court
Noor Azman, 38, memfailkan saman itu hari ini melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur.

Dalam penyata tuntutan, Noor Azman mendakwa Zahida mengeluarkan kata-kata fitnah yang kemudian diterbitkan akhbar Harian Metro pada 3 Mac tahun lepas bertajuk 'Zahida Rafik Terkedu.'
Pada 5 Mac tahun lepas, dakwa Noor Azman, Zahida sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu dan berniat jahat dengan membuat pengumuman kepada orang awam dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai Noor Azman atas alasan kononnya Noor Azman melarikan wang tunai miliknya.
Berikutan kenyataan fitnah itu, Noor Azman mendakwa gagal mendapat pekerjaan lain dan diburu pihak polis, hingga direman empat hari.
Sebelum ini, Noor Azman membuat laporan polis pada 13 Mac 2012 mengenai kenyataan palsu Zahida terhadap beliau.
Noor Azman dalam laporan itu menjelaskan, beliau diminta oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Shafie Apdal untuk berurusan secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu dan menyerahkan wang tunai sejumlah antara RM100,000 hingga RM200,000 kemudiannya dimasukkan ke akaun Zahida.
Pada 29 Februari 2012, Azman mendedahkan beliau tidak diberi wang secara tunai dan tidak pernah diberi wang jumlah besar tanpa ditemani Zahida tetapi hanya dibayar RM25,693 untuk membayar dua kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah, Ampang milik Zahida.
Azman berkhidmat selama tiga tahun sejak 2009 dan meletakkan jawatan pada 29 Februari 2012 selepas menerima gaji terakhir secara tunai.
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, kadar faedah dan injunksi untuk menghalang Zahida menyatakan kenyataan fitnah serta kos lain, namun tidak menyatakan jumlah tuntutan.
Azman yang diwakili peguam Latheefa Koya ditemani Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian KEADILAN, Dayangku Intan yang juga ibu saudaranya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56838