Isnin, 6 Ogos 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kerajaan Selangor Memperkenalkan Kaedah SRI Padi Untuk Petani Selangor

Posted: 06 Aug 2012 10:53 PM PDT

Dalam merancakkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor, Kerajaan Selangor mempergiatkan usaha memberi latihan dan penerangan kepada para penanam padi dalam menghasilkan pengeluaran dan penggunaan kaedah ini secara meluas. Satu kaedah baru iaitu SRI diperkenalkan untuk meningkat hasil petani selangor.


YB Elizabeth Wong: Rakyat Must Be Given a Guarantee On Reasonable Water Tariff

Posted: 06 Aug 2012 10:10 PM PDT

By YB Elizabeth Wong
Press Statement
August 7, 2012

RAKYAT MUST BE GIVEN A GUARANTEE ON REASONABLE WATER TARIFF


Umno Selangor Deputy Chairman Datuk Seri Noh Omar wants the citizens of Selangor to believe that newer, higher water tariffs as proposed by Syabas and Barisan Nasional will not burden the people. Under the concession agreement signed between Syabas and the Selangor state government, then led by Barisan Nasional, the water tariffs would have been increased upwards of 75% by now.

The only thing that has prevented Syabas from exacting this entirely unreasonable increase in water tariffs is the intervention of the new state government under Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat is of the view that any increase in water tariffs is a burden for the rakyat that we must always strive to minimise. This is why the state government has pledged that water tariffs will not be raised more than 12% for at least three years, unlike the minimum of 75% that Syabas intends to impose immediately.

Datuk Seri Noh and Barisan Nasional's vested interest becomes plain for all to see as they continue to make every excuse and twist the truth to the point where they would have us believe that a 75% increase in water tariffs is "not a burden for the people."

The state government holds to its position that the only reason the federal government is pushing the RM 8.65 billion Langat 2 project is to enrich well-connected parties. The further RM 60 million a year that the people of Selangor would have to pay the state government of Pahang is another undeniable, unnecessary burden.

Barisan Nasional so eagerly says that it is the federal government that will foot the massive bill for Langat 2. In all likelihood, what this really indicates is probably an eagerness to siphon funds from the federal government into the pockets of a select few.

Bear in mind, the national debt our children and grandchildren will have to bear has already doubled since 2007 to a staggering RM 421 billion.

If we examine the financial mismanagement of Syabas, whose rate of wasted water (non-revenue water, or NRW) runs at the unacceptably high level of 32%, we see just one of many Barisan Nasional era projects that have caused the rakyat's funds to literally go down the drain.

Compare this to Selangor, where the state's financial reserves have increased more than fivefold from RM 400 million in 2008 to RM 2.1 billion today.

This increase in funds is a direct result of improved financial management, cost cutting measures, intolerance for corruption and the keen financial ability of Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, who has turned around a great number of the state's commercial endeavours and increased the revenue of the state from these initiatives.

As a result of these increased profits, Pakatan Rakyat has successfully provided 20 cubic meters of free water for all the residents of Selangor, a programme which we pledge to continue well into a second term in government.

Instead of using the rakyat's money, the state government under Pakatan Rakyat has instead sought to cut leakages and improve it's own performance in order to ensure that even more resources can be made available for the benefit of the people.

We fully intend to bring this managerial principles and focus on the welfare of the rakyat to the management of the state's water industry.

There is no reason that either federal or state funds should be used to fund a white elephant mega project that cannot possibly be justified - at least until the non-revenue water in Selangor is reduced to acceptable levels.

Dato' Seri Peter Chin Fah Kui has been invited to present the federal government's views and concerns at a water forum organised by the state government. We hope that federal representatives will take up offers such as these to engage in open and honest dialogue so that the people of Selangor can judge for themselves who best represents their interests.

YB ELIZABETH WONG
Executive councillor Selangor State Government

Menteri KeTTHA Keliru Tentang Kos Langat 2

Posted: 06 Aug 2012 07:38 PM PDT

04 Ogos 2012
Kenyataan Media

Lanjutan Kepada Kenyataan Media Kementerian Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air (KeTTHA) yang dipetik dari sumber BERNAMA bertajuk 'Isu Syabas : 2 sebab Pusat Tak Timbang Hasrat Selangor' dan 'Pusat : Selangor Akui Krisis Air Akan Berlaku bertarikh 3 Ogos, 2012

Sebelum saya membuat ulasan bagi perkara di atas kita mempersoalkan samada Datuk Peter Chin Fah Kui, Menteri KeTTHA keliru dengan menyatakan bahawa kos Langat 2 dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) hanya RM6.225 bilion dan bukannya RM8.65 bilion seperti dakwaan pembangkang yang dipetik dari sumber Bernama pada 31 Julai 2012 yang lalu.

1) Kita ingin perjelaskan disini bahawa angka RM8.65 bilion bukanlah rekaan pembangkang semata-mata tetapi ianya datang dari kenyataan Sutekno Ahmad Belon, Setiausaha Bahagian Kanan Sektor Air, KeTTHA dalam taklimat Forum Mengenai Isu Bekalan Air yang diadakan di Shah Alam pada 12 Julai yang lalu. Yang lebih menarik beliau menyebut kos projek tersebut ialah RM8.9 Bilion dan ini dipetik dari sumber Bernama.

2) Harus dibangkitkan disini bahawa Peter Chin gagal memaklumkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Selangor terpaksa membayar royalty air sebanyak RM60 juta (sebaliknya Bernama melaporkan RM80 juta) setiap tahun kepada Kerajaan Pahang bagi penyaluran air mentah tersebut.

Apakah Peter Chin takut rakyat mempersoalkan bahawa projek mega bernilai  RM8.65 Bilion ini "terlalu mahal" untuk dibelanjakan oleh Kerajaan Pusat menyebabkan beliau memindanya ke angka RM6.225 bilion agar rakyat merasakan kosnya lebih munasabah?

 3) Apa yang begitu menarik dari DUA kenyataan media yang dikeluarkan secara serentak pada 03 Ogos tersebut ialah KeTTHA seolah-olah berperanan menjadi 'jurucakap' bagi mepertahankan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)sebaliknya bermati-matian mematahkan setiap hujah dan penerangan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor dan beberapa ahli EXCOnya berkaitan isu air ini. Harus diingat MB dan barisan EXCO mewakili 5.7 juta rakyat Selangor yang dipilih secara demokrasi dalam PRU 12 yang lepas. Kita mempertikaikan apakah kepentingan Kerajaan Persekutuan terhadap sebuah syarikat yang berkepentingan 'keuntungan perniagaan' (profit making) melebihi kepentingan rakyat Selangor teramai.

4) Dari kenyataan media tersebut, KeTTHA juga telah membuat pengesahan bahawa 33 daripada 34 loji rawatan air sedia ada merupakan aset milik kerajaan Negeri Selangor, lantaran Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk "mengambil alih semula" aset-aset tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat Selangor kerana Kerajaan Negeri merasakan bahawa loji –loji yang dikendalikan oleh Syabas dan Puncak Niaga didapati tidak beroperasi secara optimum bagi membekalkan air secukupnya kepada rakyat Selangor, KL dan Putrajaya.
Lawatan turun padang oleh YB Ronnie Liu, EXCO Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini mendedahkan bahawa Syabas gagal menyelenggara dengan baik pam-pam air, peralatan dan kelengkapan serta tahap kawalan keselamatan aset tangki air / loji rawatan air milik Kerajaan Negeri yang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa tempat.

5) Kita juga mempertikai 'kesahihan' kedudukan bekalan air dan kapasiti pengedaran air berdasarkan juta liter sehari (JLH) oleh Syabas , kononnya dari sumber maklumat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kerana kita berpendapat bahawa SPAN hanya menerima pakai data-data yang dibekalkan oleh Syabas dan harus diingat bahawa Syabas adalah pihak yang berkepentingan dalam isu ini. Berkali-kali kita dan juga beberapa NGO sarankan agar diadakan audit air oleh sebuah agensi bebas bagi mendapatkan fakta sebenar perkara ini.
Kita juga mempertikaikan sikap 'berkecuali dan bebas' SPAN dalam isu air ini. Berdasarkan Akta SPAN 2006 ( Akta 654) apa yang jelas ialah SPAN sendiri melapurkan diri (reporting) kepada Menteri KeTTHA

6) Kita kurang pasti bagaimana Kerajaan Pusat berkeras untuk meneruskan pembinaan loji Langat 2 dan dilaporkan akan memanggil tender terbuka bulan depan. Kita difahamkan bahawa Peguam Negara (AG) turut diseret untuk 'campurtangan' dalam isu ini. Kita kurang pasti samada pemimpin-pemimpin Kerajaan Pusat memahami dan menghayati konsep dan moral sistem 'Federalisme' yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Yang jelas ialah hak terhadap sumber air, hutan, batuan dan galian dan hal ehwal melibatkan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri.

YB DR XAVIER JAYAKUMAR
04 Ogos, 2012

Terima Gaji RM400 Ribu, Rozali Ponteng Taklimat Penting

Posted: 06 Aug 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 6 OGOS: Meskipun menerima bayaran RM400 ribu sebulan, Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail gagal menjalankan tanggungjawab apabila gagal hadir dalam satu taklimat penting kepada jawatankuasa menyemak dibentuk Kerajaan Negeri.

Kegagalan Rozali untuk hadir dalam taklimat penting yang diadakan baru-baru ini bagi mendapatkan gambaran sebenar akan perkembangan terkini status bekalan air Selangor mengundang kekecewaan Ahli Parlimen Utara, Tony Phua.

Memetik dari satu laporan wawancara eksklusif Malaysiakini bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, taklimat tersebut dihadiri oleh semua pegawai profesional tertinggi Syabas.

Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat), orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ruslan Hassan.

"Semua profesional tertinggi hadir," kata Abdul Khalid merujuk dengan sinis kepada Rozali, dipetik dari Malaysiakini.

Menurut laporan itu juga, pegawai dari Syabas sendiri turut mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini.

Sebaliknya menurut Abdul Khalid, 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD) iaitu  lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan Syabas setiap hari.

Tony berkata, penolakan jemputan itu jelas mencerminkan sikap  Rozali dan Ruslan yang tidak ikhlas untuk menyelesaikan isu air Selangor.

"Kami tak kira politik, yang penting nak selesaikan isu demi masyarakat negeri Selangor.

"Tetapi malangnya Muhyiddin tak hadir dan Rozali yang terima gaji RM400,000 sebulan pun tak hadir.

"Tetapi Muhyiddin tolak jemputan ini dan ini jelas Muhyiddin tidak ingin menyelesaikan isu air Selangor, tetapi lebih berminat bermain politik dengannya," kata Tony  ketika dihubungi TVS hari ini.

Tony turut menganggap tindakan Rozali tidak hadir dalam taklimat itu bertujuan untuk melindungi kepentingan diri sendiri dengan memastikan beliau terus diberi kuasa menerajui Syabas.

"Tindakan mereka ini sengaja menafikan hak rakyat untuk menikmati perkhidmatan air bersih pada kadar berpatutan semata-mata mahu menawarkan kontrak besar dan lumayan kepada kroni termasuk projek Langat 2," katanya lagi.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Selangor Ambil Alih Hutang Unisel RM 15 juta

Posted: 06 Aug 2012 01:30 AM PDT

KUALA SELANGOR, 5 OGOS : Kerajaan Selangor sedang dalam proses mengambilalih hutang yang ditanggung Universiti Selangor (Unisel) sebanyak RM 15 juta bagi membebaskan beban kewangan universiti tersebut.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri mengambil keputusan itu selepas mendapati Unisel tidak memiliki modal yang cukup serta tidak berupaya membayar hutang tersebut.

Beliau berkata, salah satu daripada masalah Unisel ialah modalnya tidak cukup untuk membiayai kos seperti pembinaan kampus berjumlah RM 600 juta dan asrama, RM 200 juta.

Menurutnya, hutang tersebut kini diambilalih Kerajaan Negeri dan tanggungan Unisel akan berkurangan dan universiti tersebut boleh mula mendapat keuntungan dari pendapatan.

"Sebabnya masalah ini berlaku bila masa pembinaan Unisel dulu Kerajaan Negeri terdahulu (Umno-BN) tidak memasukkan dana untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Sebab itu ia berhutang dan pendapatan Unisel tidak cukup untuk membayar segala hutang itu.

Pendapatannya hanya cukup untuk membiayai gaji petugas seperti profesor, guru dan kaitangan lain selain membiayai pentadbiran asrama tetapi tidak cukup untuk perbelanjaan membuat asrama.

Ia bukan sedikit kerana kosnya RM200 juta dan pembinaan kampus RM600 juta.

"Oleh sebab itu saya berpendapat kita jangan bebankan universiti untuk membiayai perkara ini tetapi diambilalih Kerajaan Negeri. Keputusan ini dibuat selepas 2008.

Kalau tidak dulu semua perbelanjaan itu ditanggung Unisel maka itu sebab Unisel teruk. Sekarang kita kena ambilalih hutang itu tetapi ada prosesnya kerana Unisel terhutang dengan bank.

Kita sedang buat segala dokumen dan jaminannya untuk perkara itu," katanya dalam sidang media selepas perasmian Program Tadarus dan Tadabbur Perdana peringkat Negeri Seangor 1433H di sini hari ini.

Berhubung dakwaan Unisel berhutang dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) hampir RM15 juta, Abdul Khalid berkata, berdasarkan prosedur undang-undang, hutang tersebut perlu dibayar.

Akan tetapi Kerajaan Negeri akan meneliti kembali perjanjian antara syarikat tersebut dengan Unisel bagi memastikan tiada syarat-syarat yang berat sebelah.

Misalnya, mengikut perjanjian tersebut, pelajar-pelajar yang tidak menduduki asrama yang dibina JNSB perlu membayar nilai sewa bilik mereka.

Abdul Khalid menambah, laporan audit Unisel juga memakan masa untuk dibentang berikutan penyata kewangan tidak diaudit atau didedahkan sejak lima tahun lalu.

"Saya sudah arahkan pihak akauntan untuk menyemak dan mengkaji semula segala-galanya sehingga betul dan lengkap.

Dia sedang melakukannya dengan merujuk kepada dokumen dan buku akaun lama dalam beberapa tahun lepas maka ia mengambil sedkit masa," katanya.

Dalam laporan media hari ini, Unisel didakwa berhutang hampir RM15 juta dengan JNSB yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Sumber: Selangorku

Dr Xavier : Peter Chin Berbohong Kos Sebenar Projek Langat 2

Posted: 05 Aug 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM, 5 OGOS: Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar telah menuduh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Peter Chin Fah Kui berbohong tentang kos pembinaan loji Langat 2 dan projek menyaluran air mentah dari Pahang.

Dr Xavier berkata, harga yang disebut kerajaan Selangor bagi projek tersebut iaitu RM 8.65 bilion, merupakan harga yang diberitahu oleh Setiausaha Bahagian Kanan Sektor Air, KeTTHA di Forum Air yang diadakan pada 12 Julai lalu.

Menurut Dr Xavier, Peter Chin juga tidak menerangkan yang Selangor terpaksa bayar RM 60 juta kepada Pahang pada setiap tahun jika untuk projek pemindahaan air itu.

"Apakah Peter Chin takut rakyat mempersoalkan projek mega bernilai RM 8.65 bilion ini terlalu mahal untuk dibelanjakan Kerajaan Pusat. Sambil beliau memindanya kepada angka RM 6.225 bilion agar rakyat merasakan kosnya lebih munasabah?

"Angka yang Kerajaan Negeri berikan bukanlah rekaan semata-mata, bahkan laporan yang dipetik dari sumber Bernama melaporkan kos projek itu ialah RM 8.9 billion," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Peter pernah mempersoalkan harga RM 8 bilion untuk Langat 2 dan projek pemindahan air tersebut dengan mengatakan ianya hanya RM 6 bilion.

Dr.Xavier turut mempertikaikan mengapa kerajaan pusat lebih berfikir tentang kepentingan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) berbanding dengan rakyat Selangor.

Syabas telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus bekalan air terawat di Selangor tetapi kerajaan negeri tidak berpuashati dengan prestasi syarikat itu dan mahu pengurusan air dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, KeTTHA seolah-olah berperanan menjadi 'jurucakap' bagi mempertahankan Syabas dengan bermati-matian mematahkan setiap hujah dan penerangan yang dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa ahli Exco Selangor berkaitan isu air ini.

Sumber: Selangorku.

Selangor Mengambil alih Loji Rawatan Bagi Menjamin Bekalan Air Terawat

Posted: 05 Aug 2012 01:30 AM PDT

SHAH ALAM, 5 OGOS: Kerajaan Selangor akan mengambil alih semula 33 loji rawatan air di Selangor daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Puncak Niaga kerana kedua-dua syarikat ini didapati tidak menguruskan infrastruktur itu dengan baik.

Usaha ini bagi memastikan tiada ganguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar.

Tambah Dr Xavier, usaha ini juga bagi mendapatkan situasi sebenar permintaan, agihan dan penggunaan air di seluruh Selangor.

"Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengesahkan bahawa 33 daripada 34 loji rawatan air sedia ada merupakan aset milik Kerajaan Negeri," beliau berkata di dalam satu kenyataan media.

Kerajaan Negeri mempertikaikan 'kesahihan' kedudukan bekalan air dan kapasiti pengedaran air berdasarkan juta liter sehari (JLH) yang dikeluarkan Syabas yang kononnya dari sumber maklumat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Kita berpendapat bahawas SPAN hanya menerima pakai data-data yang dibekalkan oleh SYABAS dan harus diingat bahawa SYABAS adalah pihak berkepentingan dalam isu air ini." Kata Jayakumar.

Katanya, Kerajaan Negeri dan beberapa NGO berkali-kali menyarankan supaya audit air dibuat oleh sebuah agensi bebas.

Sebelum ini, Exco Selangor, Ronnie Liu mendedahkan bahawa SYABAS gagal menyelenggara dengan baik pam-pam air, peralatan dan kelengkapan serta tahap kawalan keselamatan tangki air.

Ini menyebabkan infrastruktur bagi merawat dan mengagih air di seluruh Selangor tidak berjalan dengan baik dan mengakibatkan gangguan bekalan di beberapa tempat.

Sementara itu, Dr Xavier mengkritik Kerajaan Pusat kerana mahu meneruskan projek Langat 2 tanpa kelulusan dari Kerajaan Selangor.

Dr.Xavier berkata, pemimpin Kerajaan Pusat tidak memahami konsep dan moral sistem 'Federalisme' yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan.

"Yang jelas adalah hak terhadap sumber air, hutan, batuan dan galian dan hal ehwal melibatkan tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri," katanya.

Kerajaan Selangor berpendirian projek pemindahan air dari Pahang Langat 2 akan membebankan rakyat Selangor kerana kosnya yang tinggi.

Oleh itu ia mahu mengambil alih pengurusan industri air dari Syabas sebelum projek itu diteruskan.

Isu Air : Penstrukturan Untuk Rakyat, Langat 2 Untuk Kroni

Posted: 04 Aug 2012 01:30 AM PDT

SEPANG 4 OGOS : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru Kerajaan Pusat mengutamakan kepentingan dan keperluan rakyat dalam isu air Selangor.

Jelasnya, jika Kerajaan Pusat terus enggan membenarkan penstrukturan semula air seperti yang dicadangkan Kerajaan Negeri, ini bermakna mereka mengutamakan kepentingan individu berbanding rakyat.

"Itu adalah pilihan Kerajaan Pusat samada membuat keputusan untuk keutamaan rakyat atau terus berkeras meneruskan Langat 2 demi mengkayakan kroni mereka dan membebankan rakyat.

"Daripada keputusan itu juga, rakyat sudah tentu dapat menilai siapa yang lebih utama di mata Kerajaan Pusat," jelasnya dalam satu sidang media selepas Majlis Pemberian Hak Milik Individu kepada penduduk Taman Murni di sini pagi tadi.

Sebelum ini, Kerajaan Pusat menerusi menteri kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Datuk Seri Noh Omar mendakwa Selangor akan berhadapan dengan krisis air jika projek pemindahan air Langat 2 tidak diteruskan di Selangor.

Akan tetapi Kerajaan Selangor berpendirian bahawa masalah bekalan air terawat adalah berpunca daripada kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menguruskan pembekalan dan pengagihan.

Kerajaan Negeri hanya akan meluluskan Langat 2 jika ia dapat mengambil alih operasi air terawat daripada Syabas.

Tetapi ini ditentang oleh Kerajaan Pusat yang mahukan Langat 2 walaupun ia akan menelan belanja RM 6 bilion.

Abdul Khalid juga mempelawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Peter Chin Kah Fui kepada forum air Selangor bagi mendengar penerangan berkenaan status bekalan air.

"Saya menjemput Datuk Seri Peter Chin untuk memberi penerangan di dalam forum air yang Kerajaan Negeri anjurkan nanti.

"Kita sudah menghantar surat jemputan tapi setakat ini tiada sebarang balasan daripadanya dan itu memang itu sudah biasa berlaku," sindir beliau.

Kerajaan Negeri akan mengadakan forum di seluruh peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bermula Selasa ini khusus bagi menjelaskan kepada rakyat Selangor tentang isu air.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


‘Tiada Kebebasan Punca Malapetaka Di Negara Islam’

Posted: 06 Aug 2012 12:51 AM PDT

Malaysiakini

Dengan memetik karya terbaru ulama tersohor Yusuf al-Qaradhawi bertajuk ‘Kebangkitan Rakyat’ yang ditulis selepas kejatuhan regim Hosni Mubarak , Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, punca malapetaka di negara Islam adalah disebabkan oleh tiada kebebasan diberikan kepada rakyatnya.

“Al-Qaradhawi kata mereka nak kepada Islam, maka kena hormat rakyat di bawah. Ini tidak, nak kepada Islam, tetapi perangai macam Firaun.

“Rakyat jangan jadi bodoh, (mesti) merdekakan rakyat. Tidak ada maknanya Islam itu, apabila rakyat tidak ada kebebasan.

“Ini tidak, ada kuasa apa-apa pun boleh buat… Ini yang menyebabkan malapetaka dalam negara Islam,” kata Anwar yang juga ketua umum PKR dan bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Dalam buku itu juga, Anwar berkata Al-Qaradawi juga menganggap pihak tertentu yang menyatakan demonstrasi adalah haram disebabkan mereka “tidak membaca sirah Islam”.

Jelas Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, dalam buku itu, al-Qaradhawi berkata demonstrasi itu dibolehkan sekiranya tujuannya baik serta untuk kebajikan rakyat.

“Kalau tujuan itu jahat, maka jadilah jahat, tapi kalau baik, untuk kebajikan boleh,” katanya sambil menambah dua sahabat Nabi Muhammad SAW – Umar Al-Khattab dan Saidina Hamzah – pernah berbuat demikian sewaktu peringkat awal Islam dengan membuat demonstrasi berjalan ke Kaabah.

Sebelum itu, Anwar mengimamkan solat Isyak berjamaah di Surau Al-Rasidiyah, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam serta bertarawih bersama dengan kira-kira 100 penduduk di situ.

Turut hadir dalam majlis tersebut ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga anak sulungnya Nurul Izzah Anwar.

Sempena bulan Ramadan ini, Anwar mengajak umat Islam menghayati kandungan Al-Quran dan mengajar rakyat mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW dan nabi terdahulu yang menunjukkan akhlak yang terbaik, gigih dan memikirkan rakyat bawahan.

“Contoh terbaik adalah para nabi dan rasul, bukan (seperti hari ini) sekat majlis kita, guna SB sekat kita… Ukurannya bukan kuasa dan kekuatan, tetapi (melihat) kepada budi pekerti.

“(Kita kena) takut kepada Allah, bukan takut hilang projek atau kerusi (DUN atau Parlimen),” katanya.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


'Hantu' pun teringin naik kapalterbang?

Posted: 05 Aug 2012 04:57 PM PDT

MIRI 5 Ogos 2012 - Lelaki yang nekad terjun dari pesawat Airbus milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia sewaktu ia mula memecut untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri, malam kelmarin, bertindak demikian kerana mendakwa ternampak hantu.

Lelaki yang dikenali sebagai Chong itu dikatakan melihat 'lembaga hitam' yang menyeramkan duduk di salah satu kerusi penumpang menyebabkannya ketakutan dan tidak dapat berfikir secara waras.

Ketika ditemui di Hospital Miri di sini hari ini, Chong berkata, oleh sebab itu dia meminta kebenaran untuk turun berkali-kali namun pramugari bertugas tidak mengendahkan permintaannya dengan alasan pesawat telah pun bergerak.

"Saya bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan, jadi saya bangun dan terus membuka pintu kecemasan.
"Walaupun pesawat itu bergerak, saya tiada pilihan lain kecuali nekad terjun ke atas landasan," katanya.

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Salam Aidilfitri 1433H

Posted: 06 Aug 2012 12:01 AM PDT

Dalam tempoh 2 minggu lagi kita akan menyambut Aidilfitri, namun masa berbaki 2 minggu dalam Ramadhan harus kita lebih mempertingkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini. Ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dalam Ramadhan wajar direbut oleh seluruh ummat Islam.

Perjuangan kebenaran dan keadilan seharusnya lebih diperkukuh sepanjang kita menjalani ibadah puasa Ramadhan. Kita doakan bersama agar keluarnya kita daripada Ramadhan dengan semangat kefahaman agama yang lebih jitu dan kukuh.

Carilah malam Lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan. Mudah-mudahan amal ibadah kita di bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT dan dimurahkan rezeki buat kita semua dengan panduan & hidayahNya. Banyakkan kerja-kerja amal & kebajikan membantu sahabat-handai, jiran-tetangga, saudara-mara, orang miskin, anak yatim dan golongan yang memerlukan dalam bulan Ramadhan ini dan diteruskan dalam bulan-bulan yang lain.

Wassalam.

Kamarul Baharin Abbas
MP Telok Kemang


Ahad, 5 Ogos 2012

AMK KEDAH

AMK KEDAH


JELAJAH AMK KEDAH SEMPENA BULAN RAMADHAN

Posted: 05 Aug 2012 09:30 AM PDT

Pada 4 hb OGOS 2012 AMK KEDAH telah mengadakn jelajah ke PARLIMEN SIK,PDG SERAI dan BALING sempena bulan RAMADHAN,ia bertujuan menyampaikn sumbangan kepda fakir miskin sempena bulan puasa.Jelajah bermula di PARLIMEN SIK dan berakhir di kawasan PARLIMEN BALING.Kedua2 kawasan PARLIMEN ini kebetuln bersebelahan menyebabkan progrm tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Setelah selesai menyampaikn sumbangan kepada fakir miskin,AMK KEDAH terus bergerak ke PARLIMEN PADANG SERAI bagi menjayakan program EDARAN BUBUR LAMBOK di dalam kawasan DUN LUNAS.Di akhir program AMK KEDAH berbuka puasa di MASJID TAMAN SELASIH yang terletak di dalam PARLIMEN PADANG SERAI.

Jutaan terima kasih kepada EXCO2 AMK KEDAH yang hadir di dalam program tersebut....

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pakatan Rakyat: Beri Kelantan Royalti, Panel Tak Perlu

Posted: 05 Aug 2012 03:09 AM PDT

Sinar Harian

Rakan-rakan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) berpendirian penubuhan panel khas royalti petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung tidak perlu ditubuhkan, sebaliknya pembayaran sepatutnya diberi secara terus kepada Kelantan.

Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, kerajaan pusat hanya menggunakan nama jawatankuasa khas sebagai taktik Barisan Nasional (BN) membuat persiapan dalam minit-minit terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Hak negeri Kelantan harus diberi secara adil. Jika benar mahu tubuh jawatankuasa khas, kenapa tidak dari dulu saja? Mengapa baru sekarang?” kata beliau.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.

Menurut Najib, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Jawatankuasa itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan, kata Najib.

Surendran yang juga seorang peguam membidas kajian enam bulan, yang akan dijalankan oleh jawatankuasa itu, atas alasan ia tidak masuk akal.

Jelas beliau, PKR menjangkakan tempoh enam bulan akan melepasi tarikh PRU13 dan jelas langkah menubuhkan jawatankuasa dimaksdukan hanya mainan politik BN.

"Jika mahu kaji selama enam bulan, PRU sudah selesai.

“Jawatankuasa hanya berpura-pura mahu selesaikan konflik ini dan bayaran royalti belum tentu lagi akan diberikan secara terus kepada negeri Kelantan," tegas beliau.

Sehubungan itu tegas, beliau yakin yang Kelantan tidak akan tertipu kerana taktik BN ini tidak akan memberi impak yang besar dan tidak akan mempengaruhi undi dalam PRU kelak.

Tambah beliau, penubuhan jawatankuasa khas ini tidak lagi menjadi satu isu kerana apa yang penting, Kelantan mesti mendapatkan semula hak mereka yang selama ini dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan.

"Royalti tetap milik Kelantan. Jadi ia mesti diberikan secara adil," tegasnya.

DAP turut berpendapat yang penubuhan jawatankuasa khas yang diumumkan Najib semalam tidak menjadi satu isu jikapun ia tidak ditubuhkan.
Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, pemberian royalti sememangnya hak Kelantan sejak dulu lagi.

"Selama ini hak Kelantan dinafikan oleh Kerajaan Pusat, jadi saya amat berharap mereka dapat kembalikan semula hak Kelantan yang selama ini tidak pernah dirasai oleh rakyatnya," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya lagi, bayaran royalti kelak mesti diberikan secara adil dan saksama kepada Kelantan, bukan menggunakan wang ihsan.

"Saya sendiri berasal dari Kelantan. Perjuangan untuk mengembalikan hak ini sudah terlalu lama. Jadi permainan apa yang ingin dimainkan BN dengan tubuhkan jawatan kuasa ini?" kata Ahli Parlimen Kepong.

Royalti: Tun Razak Janji, Najib Khianati

Posted: 05 Aug 2012 03:07 AM PDT

Harakah

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mencadangkan supaya tindakan kerajaan Umno mengkhianati perjanjian menjadi isu utama perbincangan mengenai royalti minyak kepada negeri Kelantan.

“Pada 12 Disember 1975, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjanji di dalam Parlimen membayar royalti dalam bentuk tunai sebanyak lima peratus kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang mengeluarkian hasil minyak.

“Perjanjian juga dibuat dengan Petronas pada tahun yang sama di mana Petronas memberi komitmen untuk membayar royalti tunai sebanyak lima peratus setahun bagi hasil minyak yang ditemui di di kawasan pantai Kelantan dan pesisirnya di mana perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Tetapi, tanpa rasa malu dan rasa bersalah sedikitpun, anak Tun Razak sendiri yang kini menjadi Perdana Menteri mengkhianati perjanjian itu,” katanya.

Bagi Mahfuz, apabila Perdana Menteri mengajak kerajaan Kelantan berbincang mengenai royalti minyak itu, ia jelas memperbodohkan ayahnya sendiri.

Beliau mempersoalkan, adakah Najib hendak memberi gambaran bahawa ayahnya dahulu tidak berbincang sebelum membuat janji di dalam Parlimen itu?

“Ajakan untuk berbincang itu hakikatnya memperbodohkan ayahnya sendri yang membuat keputusan memberikan royalti tersebut berdadarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974,” katanya.

Mahfuz menyifatkan ajakan Najib untuk berbincang itu sebagai tindakan terdesak bagi menghadapi pilihan raya umum.

“Najib yang semakin kelihatan begitu takutkan pilihan raya sengaja berbuat demikian dalam usaha terdesak untuk memberikan gambaran yang positif tentang dirinya.

“Saya yakin usaha terdesak itu akan memakan diri kerana rakyat sudah tidak percayakan Najib yang mengkhianati serta tidak menepati janji yang dibuat oleh ayahnya sendiri.

“Kerajaan Najib hanya pandai berbohong sahaja kononnya janji ditepati” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang yakin rasa sakit hati rakyat kepada Najib kini kian parah berikutan pelbagai tindakan kerajaannya kini termasuk dakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli semata-mata kerana mendedahkan penyelewengan dalam projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepadanya, memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak negeri tersebut.

Tun Salleh Abas Bantu Rafizi Hadapi Kes Bafia

Posted: 05 Aug 2012 03:05 AM PDT

Sinar Harian

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bersedia menghulurkan khidmat nasihat perundangan kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan projek kontroversi National Feedlot Corporation (NFCorp).

Rafizi mengesahkan ada menerima panggilan daripada Salleh kelmarin, memaklumkan kesediaan untuk memberi pandangan untuk berhadapan dengan tuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989.

“Ya, betul Tun Salleh Abas ada hubungi saya. Tun berkata beliau bersedia untuk membantu saya memberi khidmat nasihat menghadapi kes ini.

“Setakat ini bukan sebagai peguam tetapi lebih kepada khidmat nasihat… saya akan berbincang dengan peguam saya N. Surendran mengenai perkara ini,” kata beliau ketika dihubungi.

Dalam satu mesej Twitter, Rafizi berkata, “pagi tadi (3 Ogos) dapat 1 panggilan. Sangat teruja sebab yang telefon itu hero saya masa kecil-kecil: Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, mahu bantu kes.”

Rabu lalu, Rafizi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek NFCorp yang menimbulkan kontroversi kepada dua pengamal media.

Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Bafia, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau menghargai sokongan sedemikian, lebih-lebih daripada seorang bekas Ketua Hakim Negara.

“Saya akan bertemu dengan beliau dalam waktu terdekat… tarikh belum ditetapkan, beliau pun ada kes, beroperasi di Terengganu. Nanti saya maklumkan kalau ada apa-apa perkembangan,” katanya lagi.

Kes itu akan disebut semula bulan depan.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


TS Azman of SCOMI, Dato’ Rohana of ASTRO & TS Tan of IJM should resign

Posted: 05 Aug 2012 08:39 AM PDT

En Al-Ishal Ishak, the talented VP for Marketing and Promotion of MAS, has sent out an e-mail stating amongst other things that on 22-5-2012 the Board of Directors has approved the MAS re-banding, new corporate identity and new livery of MAS, in HERE.  The said e-mail was evident of damage control and also to justify [...]

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Abdul Kadir Sheikh Fadzir: Ini Kali La! Rakyat Sabah Telah Menunggu Begitu Lama

Posted: 04 Aug 2012 09:31 AM PDT

Sabtu, 4 Ogos 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Kelab Mahasiswa KEADILAN Ditubuh, Siri Jelajah Kampus Dirancang

Posted: 04 Aug 2012 02:51 PM PDT

KeadilanDaily

KEADILAN menubuhkan Kelab Mahasiswa KEADILAN bagi menarik minat mereka terhadap politik semasa, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Berucap pada majlis pelancaran, beliau percaya kelab itu bakal menjadi penggerak 'kuasa tiga' mewakili rakyat khususnya golongan muda dalam isu berkaitan.

"Mahasiswa adalah kuasa ketiga yang bawa suara rakyat. Ini dapat dilihat  dalam demonstrasi Baling sehinggalah mereka ditangkap," katanya ketika melancarkan kelab itu di ibu pejabat, hari ini.

Nurul Izzah berkata, sikap kerajaan Umno yang menghalang hak mahasiswa bersuara bukan perkara baru, malah mahasiswa sentiasa dikawal dengan pelbagai bentuk program 'ampu' kerajaan.

"Pegawai khas Perdana Menteri baru-baru ini dikesan terlibat dalam perancangan menangkan mahasiswa pro Aspirasi. Apa ini? Ini penghinaan kepada mahasiwa.

"Tidak hairanlah pilihan raya kampus tidak berfungsi, kemudian kerajaan gunakan kursus Biro Tata Negara (BTN)  bagi mengawal pelajar di kampus," katanya.

Wakil Kelab Mahasiswa KEADILAN, Ahmad Bakhtiar Amir Zaimi, 24, pula berkata ia sebagai langkah awal mengenali dunia politik berikutan mahasiswa adalah pelapis politik pada masa depan.

Mahasiswa jurusan Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu menyatakan penubuhan kelab itu sudah lama dirancang sejak mereka menyertai program santai bersama Rafizi Ramli.

Rafizi ialah Pengarah Strategik KEADILAN yang menemui formula untuk memansuh pinjaman PTPN, selain membawa kaedah pendidikan percuma kepada pelajar.

Baktiar berkata, siri jelajah dimulakan pada September depan bermula di institusi pengajian tinggi sekitar Lembah Kelang, khususnya mengenai tawaran KEADILAN membabitkan isu mahasiswa.

"Kami akan mulakan jelajah di Universiti Malaya sambil mencari ahli baru di samping menerangkan objektif penubuhan kelab dan penerangan isu PTPTN," katanya.

Penulis lirik tawar bantuan untuk lagu merdeka baru

Posted: 04 Aug 2012 01:57 AM PDT

Malaysiakini | 4 Ogos 2012

Penulis lirik terkenal Buddhi Hekayat hari ini menawarkan diri untuk membantu kerajaan menggubah lagu dan lirik bertemakan kemerdekaan yang baru setelah lagu sedia ada “Janji Ditepati” dipertikaikan.

Malah, Buddhi Hekayat atau nama sebenarnya Hasmi Hashim bersedia terlibat dengan usaha itu walaupun tidak diberikan sebarang bayaran.

“Hendaknya niat ini tidaklah dipandang remeh dan serong oleh pihak menteri apabila beliau sendiri menyebutkan bahawa persoalan negara harus melampaui kepentingan mana-mana politik kepartian apatah lagi sekadar dasar kerajaan sekalipun,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Buddhi Hekayat menegaskan keperluan mempunyai lagu kebangsaan dan kemerdekaan sendiri dan tulen, seperti dituntut generasi Malaysia hari ini.

“Kemelut berkaitan lagu berkenaan itu sama sekali tak pula membayangkan bahawa Malaysia kekurangan bakat dalam bidang muzik,” kata penulis lirik yang terkenal dengan lagu “Awan Nano” nyanyian Hafiz AF.

“Saya percaya, di kalangan anak-anak bangsa kita, ramai sekali yang mempunyai bakat kemampuan untuk sama-sama menggubah lagu yang mengandungi semangat dan roh kemerdekaan tanah air tercinta ini.”

Kritikan masyarakat ada asas

Sementara itu, menyentuh langkah kerajaan untuk menyiasat Janji Ditepati yang didakwa diciplak daripada lagu gereja Indonesia, Buddhi Hekayat berkata, beliau percaya rata-raya rakyat Malaysia menyambut baik.

“Selepas saya sendiri mendengar lagu dan meneliti liriknya, perlu diakui bahawa kritikan masyarakat, khususnya masyarakat di ruang siber memang berasas.

“Belum pernah dalam sejarah Malaysia, perlunya sebuah panel penyiasat diwujudkan hanya untuk menyiasat sebuah lagu,” kata pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Planet Muzik (APM) Singapura itu.

Beliau bagaimanapun menolak kenyataan komposer Jasnie Mohd Yaakub yang mendakwa Janji Ditepati belum dimuktamadkan.

“Selepas mendapat kritikan hebat, adalah aneh dan tidak munasabah bagi lagu “Janji Ditepati” yang sudah diperdengarkan-juga sepertimana logo kemerdekaan tahun ini-dikatakan masih tak muktamad dan tetap berada dalam proses penyediaan.

“Jawapan ini terdengar sebagai jawapan politik semata-mata,” katanya yang juga aktivis parti pembangkang.

Nurul Izzah: ‘Rais seperti alihkan tanggungjawab pada panel’

Posted: 04 Aug 2012 01:54 AM PDT

Malaysiakini | 4 Ogos 2012

Penubuhan panel siasatan bagi menyiasat dakwaan ciplak melibatkan lagu kemerdekaan memberikan gambaran seolah-orang menteri berkenaan cuba mengalihkan tanggungjawabnya, kata PKR.

Naib presidennya Nurul Izzah Anwar berkata, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sepatutnya mengesahkan sendiri sama kesahihan dakwaan itu.

“Saya lebih suka kalau beliau (Rais) sendiri sahkan atau tidakkan pilihan (lagu) tersebut.

“Kepada beliau, saya ucapkan selamat maju jayalah,” kata Izzah sinis.

Rais terlibat menulis lirik untuk lagu gubahan Jasnie Mohd Yaakub itu.

Rais semalam mengumumkan satu panel akan ditubuhkan untuk mengkaji lagu ”Janji Ditepati” yang didakwa disadur dari lagu gereja di Indonesia.


Tubuh Kelab Mahasiswa PKR

Sebelum ini, Rais turut menarik balik logo sambutan 55 tahunkemerdekaan yang dikritik ramai kerana tidak menarik dan kelihatanseperti dibuat secara sambil lewa.

Nurul Izzah juga berkata, kontroversi demi kontroversi melanda lagu itu “amat memalukan” memandangkan Rais seorang menteri yang berpengalaman.

“Ia agak mengecewakan apabila satu demi satu perkara sebegini berlaku,” katanya di ibu pejabat PKR tengah hari tadi.

Sebelum itu, beliau merasmikan penubuhan Kelab Mahasiswa PKR yangmenurutnya mampu merapatkan hubungan PKR dan mahasiswa.

Wakil kelab itu, Ahmad Bakhtiar Amir Zaimi berkata penubuhannyabertujuan menghimpunkan mahasiswa untuk mendokong hala tuju PKR tanpa perlu menjadi ahli parti secara langsung.

Pelajar kejuruteraan kimia itu berkata, kelab itu akan turut memperluaskan capaiannya kepada mahasiswa luar negara secara berperingkat-peringkat.

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Tun Salleh Abas bakal bela Rafizi dalam kes mahkamah Bafia

Posted: 03 Aug 2012 08:18 PM PDT

*Dalam twitter Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi Parti KeADILan Rakyat, beliau menyatakan telah menerima panggilan talipon dari bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bahawa beliau berhasrat mau membantu dirinya dalam kes mahkamah yang sedang dihadapi beliau. Petanda, jika diri kita secara jelas dianiaya dan dizalimi hanya mendedahkan penyelewe

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


PRU13 ditunda ke Mac 2013...

Posted: 03 Aug 2012 04:36 PM PDT