Sabtu, 7 April 2012

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


SOALAN PARLIMEN BERKAITAN DAKWAAN RASUAH PEGAWAI KASTAM - SOALAN MP TELOK KEMANG

Posted: 06 Apr 2012 12:54 PM PDT

7. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

a. Perkembangan penyiasatan kes dakwaan rasuah yang melibatkan pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk yang melibatkan arwah Ahmad Sarbaini Mohamed.


JAWAPAN : YB. DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ

Tuan Yang Di-Pertua,

Hasil daripada Ops 3B yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama beberapa agensi penguatkuasa lain, sebanyak 85 Kertas Siasatan telah dibuka yang melibatkan pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk yang melibatkan arwah Ahmad Sarbaini Mohamed.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 23 Kertas Siasatan telah diperakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya

untuk diambil tindakan tataterbit ke atas pegawai Kastam yang berkenaan, 2 kes disyorkan untuk dilucuthak dan 25 Kertas Siasatan masih dalam kajian. Sementara 7 Kertas Siasatan pula sedang diambil tindakan selepas menerima arahan lanjut daripada Timbalan Pandakwa Raya.

Selain itu satu Surat Nasihat juga diberi kepada Ketua Jabatan supaya memperbaiki dan mengambil langkah sewajarnya agar salah laku dan ketidakpatuhan peraturan tidak berulang.

Manakala sebanyak 27 Kertas Siasatan yang telah dikemukakan, pihak Timbalan Pendakwa Raya setelah meneliti kes-kes tersebut mendapati tidak cukup keterangan untuk meneruskan pendakwaan dan mengarahkan supaya ianya ditutup.

Sekian, terima kasih.

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


MENJAWAP FITNAH TERHADAP AZMIN

Posted: 06 Apr 2012 08:29 AM PDT














Timbalan Presiden PKR Azmin Ali Azmin tidak perlu jawab fitnah yang dilemparkan daripada mana-mana pihak kerana ia skrip ulangan yang telah pun dipatahkan melalui laporan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), laporan perubatan dan juga keputusan mahkamah.

Isu fitnah tentang saham RM8.5 juta itu muncul sejak tahun 1995 dan Azmin telah disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu atas tuduhan memiliki aset yang tidak setara dengan pendapatannya. Azmin bagaimanapun terbukti tidak bersalah kerana tiada tindakan susulan daripada siasatan itu.

"Penahanan Azmin pada 16 September 1998 untuk siasatan kes Datuk Seri Anwar yang dituduh menghalang siasatan dan melindungi Setiausaha Sulitnya (Azmin) daripada kesalahan pada 1995 juga telah membuktikan bahawa polis gagal menemui sebarang bukti kukuh.

"Tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar itu juga telah digugurkan". Perkara ini turut diulas oleh Datuk Shafee Yahaya dalam biografinya "The Shafee Yahaya Story: Estate Boy to ACA Chief" di mukasurat 306 yang menjelaskan bahawa Azmin tidak bersalah.

"Fitnah inilah yang diulang oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran," kata kenyataan Pegawai Khas Azmin, Hilman Idham.
Mengenai tuduhan persoalan anak kandungnya, Azmin berserta isteri Shamsidar Taharin dan anaknya telah membuat ujian DNA dua kali, yang pertama di Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura pada 2 Julai 1998 dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Julai 1998.

Kedua-dua ujian ini dibuat oleh Azmin demi membersihkan fitnah jahat terhadap isteri dan anak beliau biarpun dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian oleh Raja Aziz Addruce, peguambela Anwar.

Ujian DNA

"Kedua-dua laporan ujian DNA tersebut telah mengesahkan bahawa Azmin dan Shamsidar adalah 'biological parent' kepada Farah Afifah ".

"Laporan daripada hospital di Singapura itu menyebut; "The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child)."

"Laporan DNA yang dibuat di Hospital Kuala Lumpur atas arahan Tan Sri Musa Hassan (Ketika itu Penolong Pesuruhjaya Polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) juga menunjukkan keputusan yang sama," katanya.

Walau bagaimanapun menurut Hilman keputusan bertulis bagi ujian yang dibuat oleh Dr Zahari Noor dan Dr Dahlia tidak diserahkan kepada Azmin sehingga hari ini.














Namun, keputusan itu dipastikan melalui satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor yang mengesahkan penemuan DNA itu membuktikan Azmin adalah bapa kepada anak tersebut.

Katanya, melalui jalan undang-undang juga, Azmin telah membawa kes ini ke Mahkamah Seksyen Ampang dan pada Jun 2005, Datuk Khalid Jafri didapati bersalah di bawah Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memfitnah Azmin dan keluarganya dalam buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM'.

Hakim dalam hujahnya telah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun kepada Khalid atas kesalahan yang sangat serius kerana melibatkan banyak pihak dan kesengsaraan akibat kesan psikologi yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat oleh anak kecil Azmin.

"Maka Ummi Hafilda (Ali) , Datuk Dr Hasan Ali atau sesiapapun tidak boleh dipercayai kerana ia adalah skrip fitnah ulangan dan telah dipatahkan melalui laporan perubatan dan juga keputusan Mahkamah. Azmin tidak harus terperangkap dengan permainan politik ini," kata Hilman Idham.

Jumaat, 6 April 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


KEADILAN Menyokong Penuh BERSIH 3.0

Posted: 06 Apr 2012 03:41 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) amat bimbang akan kewibawaan dan kebolehpercayaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) setelah menerima dan mendedahkan maklumat tentang pelbagai penyelewengan yang berlaku berkaitan daftar pengundi, termasuklah:


  • Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil yang menempatkan 457 pengundi pos (suku 3, 2011), yang secara tiba-tiba dipindahkan dari kawasan Parlimen Bandar Tun Razak (P124) ke Lembah Pantai (P121), walaupun ianya terletak lebih 3km dari sempadan parlimen Lembah Pantai;
  • Lebih 79,000 pengundi yang didaftarkan dalam lebih 350 alamat yang sama, di mana setiap alamat itu merekodkan lebih dari 100 pengundi;
  • 42,000 nama yang disahkan SPR sebagai pemilih yang diragui status kewarganegaraan mereka, yang masih enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih;
  • Lebih 1,000 pengundi yang melebihi umur 100 tahun, di mana antara yang tertua berumur 159 tahun (lahir 1853), yang enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih; dan banyak lagi penyelewengan yang jelas enggan dibersihkan SPR.


Tambahan pula, KEADILAN amat kesal dengan tindakan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada 3hb April lalu yang seakan-akan menghalalkan penyelewengan-penyelewengan ini dengan tidak membenarkan "minority report" pihak Pakatan Rakyat disertakan dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Maka dengan itu, saya bersama pimpinan tertinggi parti menggesa setiap anggota KEADILAN di seluruh negara untuk keluar menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 di mana sahaja perhimpunan ini diadakan.

"Demi Pilihanraya Yang BERSIH"


Nurul Izzah Anwar – Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN
Chua Tian Chang – Ahli Parlimen Batu, merangkap Naib Presiden KEADILAN
N Surendran – Naib Presiden KEADILAN

Gun Begins to Smoke in Malaysian Sub Scandal

Posted: 06 Apr 2012 03:37 AM PDT

From Asia Sentinel

Money may have been funneled to UMNO officials through Hong Kong incorporated company

French investigating magistrates probing the US$1.2 billion sale of submarines to the Malaysian Defense Ministry are targeting, among other things, a Hong Kong-based company called Terasasi (Hong Kong) Ltd., whose principal officers are Prime Minister Najib Tun Razak's close friend and the friend's father.

Investigators believe that at least some of the €36 million funneled through Terasasi ended up in the pockets of Najib, who was Malaysia's defense minister and deputy prime minister when the two Scorpene submarines were purchased from Thales International or Thint Asia. The state-owned defense giant DCN, later known as DCNS, and Thales established a joint company named Armaris to manufacture the submarines in 2002.

The two Armaris Scorpenes, named for the first prime minister of Malaysia, Tunku Abdul Rahman, and Najib's father, Tun Abdul Razak, are on duty in Malaysian waters.

Abdul Razak Baginda, the former head of a Malaysian think tank who was at the center of a 2006 investigation into the death of Mongolian translator and party girl Altantuya Shaariibuu, is listed as one of the two directors of the company, which was previously incorporated on June 28, 2002 as Kinabalu Advisory and Support Services Ltd according to the Hong Kong Companies Registry. The other director is Abdul Malim Baginda, Baginda's father.

The Terasasi offices are located on the 19th floor of an office at 3 Lockhart Road in the Wan Chai district of Hong Kong. There is no indication in Hong Kong government records of what Terasasi's business is. It is only listed as a "local company." However, French authorities say Terasasi apparently received regular payments from Thint Asia. One payment was for €360,000 accompanied with a handwritten note saying "Razak wants it to be paid quickly."

The magistrates have documents that show that the money was funneled from Thint Asia to Terasasi — €3 million of it when Terasasi was still domiciled in Malaysia, and €33 million after it was incorporated in Hong Kong. There is no indication at this point where the money went. French investigators, however, theorize that it was part of €146 million that may have been funneled to officials of the United Malays National Organization and Najib, who traveled with Abdul Razak Baginda several times to France as defense minister at the time the Malaysians purchased the submarines from DCNS.

On at least one trip in 2004, Altantuya, then Razak Baginda's lover, accompanied him to France as a translator. He later jilted her, impelling her to come to Kuala Lumpur to demand US$500,000 from him. In a handwritten letter found after her death, she wrote that she was attempting to blackmail him, although she didn't say why. Two of Najib's bodyguards were convicted of shooting her in the head and blowing up her body with plastic explosives in September 2006, possibly to hide the fact that she was pregnant when she was killed.
Because her killing does not appear to be connected to the scandal, French investigators are not looking into the causes of her death or the reasons behind it.

Although Razak Baginda was charged with abetting her murder, he was released without having to put up a defense and fled to the UK, where he remains. Najib's former bodyguards remain on death row in Malaysia. Their appeal against the death penalty has been delayed, presumably until after national elections expected in May or June this year.

It was previously revealed on the floor of the Dewan Rakyat, Malaysia's parliament, that Perimekar received another €114 million as a commission on the sale of the vessels. Perimekar at the time was wholly owned by another company, KS Ombak Laut Sdn Bhd, which in turn was also controlled by Razak Baginda and Mazalinda. Perimekar is now 20 percent each owned by the military retirement system LTAT and Boustead Holdings.

Two years of police investigation at the behest of the Malaysian NGO Suaram into the sale of the submarines culminated recently with the appointment of investigating magistrates Roger Le Loire and Serge Tournaire at the Paris Tribunal de Grande Instance, according to Agence France Press, which said the probe involves three contracts for the submarines which were signed on June 5, 2002.

According to the documents, the contracts had two components: the sale of two submarines built by Thint and the Spanish shipbuilding firm Izar, for €920 million; and the delivery of "logistical support" from Perimekar Bhd – the €114 million — to train the first 200 Royal Malaysian Navy personnel although there is no indication that the company had the wherewithal to train them.

Under the bribery conventions of the 32-member Organization for Economic Cooperation and Development, the French defense contractors could be liable for criminal sanctions if it is proven that no real services were delivered by the companies. Under French law, violators are liable for up to 10 years in prison.

Joseph Breham, a lawyer with Solicitors International Human Rights Group which was engaged by Suaram, said in October last year that DCNS often budgeted as much as 8 to 12 percent of its total receipts as “commissions” to grease sales of armaments in third-world countries. Breham said Perimekar had received the commission for “supporting the contract,” which he said was a euphemism for unexplained costs, and also for “housing the crew” of the submarines in France.

In France, before 2002, any money used to bribe foreign officials was tax deductible. When the former finance director of DCN made a claim for €31 million allegedly used to bribe the Malaysians for the purchase of the Scorpenes, Breham said, the Minister of Budget questioned such a large bribe, although he did eventually authorize the tax break.

The contracts cited by AFP included the €114 million one paid by the Malaysian government to Perimekar. The second, called "C5 contract of engineering business," was concluded in August 2000 between DCNI, a subsidiary of DCN, and Thales International Asia worth some €30 million. The third was the "consulting agreement" signed in October 2000 between Thint Asia and Terasasi.

The French investigators are also studying one of the invoices issued by Terasasi in August 2004 for €359,450 sent to Thint Asia. For investigators, "it appears that… the amounts paid to Terasasi ultimately benefited Najib, the defense minister, or his adviser Razak Baginda."

Olivier Metzner, a lawyer for Thales, told the French daily Le Parisien that "we have already demonstrated to investigators that there was no corruption in this case." However, a confidential memorandum made available to Asia Sentinel and the Malaysian website Free Malaysia Today states that: "The beneficiaries of these funds are not difficult to imagine: the family clan and Razak Baginda relations. In addition, these funds will find their way to the dominant political party (Umno)."

John Berthelsen is the editor of Asia Sentinel

Parti Islam Indonesia harap pilihanraya Malaysia Adil

Posted: 06 Apr 2012 01:53 AM PDT

Malaysiakini

NONE

Parti Keadilan Sejahtera (PKS) hari ini berharap pilihan raya umum di Malaysia – yang dijangka berlangsung tidak lama lagi – dapat berjalan dengan adil, jujur dan telus.

Dengan keadaan itu, kata setiausaha agungnya Fahri Hamzah (lihat foto), ia membolehkan rakyat Malaysia memilih “kepimpinan yang sejati” dan memberikan pentadbiran yang baik.

Tanpa menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak secara jelas, beliau bagaimanapun memuji Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya mampu “menganyam kepimpinan masa lalu dan sekarang” demi kebaikan negara serumpun.
“Figura Bapak Anwar boleh menjadi pemimpin transisi yang boleh memimpin negara dan seluruh polisi untuk maju ke depan,” katanya dalam majlis dialog delegasi tokoh politik Indonesia bersama kerajaan Selangor di Shah Alam.

Turut hadir dalam majlis itu barisan exco negeri dan mantan menteri koperasi dan usahawan kecil dan menengah Indonesia Adi Sasono.

Fahri turut mengakui “hubungan terbaik” Indonesia-Malaysia sewaktu Anwar menjadi timbalan perdana menteri yang menjalin kerjasama dengan presiden Indonesia ketika itu BJ Habibie.

“Saya bersetuju sebagai anak muda, kami merasakan hubungan kemesraan (diplomatik) yang luar biasa,” katanya.

Fahri turut mengakui sering diajak bertemu dan bekerjasama dengan pelbagai organisasi daripada Malaysia ketika itu.

PKS yang ditubuhkan pada 1998 antara parti Islam paling popular di Indonesia dengan penguasaan 57 daripada 560 kerusi dalam parlimen di republik itu.

Dato Seri Anwar Ibrahim Diberi Penghormatan Bagi Menyampaikan Anugerah Ketua – Ketua Eksekutif Timur Tengah

Posted: 06 Apr 2012 01:46 AM PDT

Datuk Bandar Wilayah Riyadh Putera Dr Abdul Aziz Bin Mohammed Bin Ayyaf Al Horny telah menerima Anugerah Timur Tengah bagi Ketua Eksekutif dalam sektor kerajaan, yang diberikan oleh Institute of Middle East Award for Excellence. Anugerah tersebut disampaikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah diberikan penghormatan dan menjadi sumber inspirasi pada anugerah tersebut berdasarkan kecemerlangan rekod  beliau sewaktu berada didalam pentadbiran Kerajaan.

Anugerah ini diberikan setiap tahun kepada pemimpin dan eksekutif dalam bidang kerajaan dan sektor swasta untuk menghargai prestasi kecemerlangan bagi menjadi motivasi dan insentif kepada peribadi ataupun institusi yang membangunkan dirinya dalam prestasi kerja serta meningkatkan tahap sektor .  Berikut adalah petikkan berita tersebut:

http://www.alriyadh.com/2012/04/06/article724928.html

 

Apa di Sebalik Perjanjian Scorpene?

Posted: 06 Apr 2012 12:20 AM PDT

Malaysiakini

Siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.

Gergasi DCN, kemudiannya dikenali sebagai DCNS, dan Thales kemudian menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan Armaris untuk mengilang kapal selam pada 2002.

Dua Scorpene Armaris, dinamakan sempena perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, sekarag digunakan untuk tugasan di perairan Malaysia.

Razak Baginda – bekas pemimpin kumpulan pemikir Malaysia yagn menjadi pusat perhatian pada 2006 apabila ketika disiasat dalam kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu – disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu, yang pada mulanya diperbadankan pada 28 Jun 2002 sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd, menurut pendaftar pertubuhan Hong Kong.

Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.

Pejabat Terasasi bertempat di tingkat 19, Lockhart Road, dalam daerah Wan Chai, Hong Kong.

Azmin: Hujah Terhadap Fitnah Lapuk Umno

Posted: 05 Apr 2012 11:57 PM PDT

Keadilankini.com

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengikuti dan memantau secara serius laporan-laporan media yang dikuasai oleh UMNO-Barisan Nasional yang sejak akhir-akhir ini begitu giat menyerang peribadi serta anggota keluarga Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Merujuk kepada beberapa tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap Azmin oleh individu seperti Ummi Hafilda Ali dan Datuk Dr. Hasan Ali, AMK berpandangan adalah tidak menjadi keperluan untuk Azmin menjawab tuduhan serta dakwaan ini memandangkan ianya adalah fitnah lapuk yang diulang kembali dan sebetulnya telah pun dijawab serta dijelaskan menerusi fakta berupa laporan perubatan serta keputusan mahkamah.

Berikut adalah butiran penjelasan berkaitan tuduhan dan dakwaan yang telah pun dijelaskan oleh Timbalan Presiden KEADILAN sebelum ini namun secara sengaja 'digelapkan' oleh media UMNO-Barisan Nasional:

a) Status ujian DNA ke atas anak beliau, Farah Afifah Binti Mohamed Azmin

Azmin, isteri beliau Shamshida Taharin dan anak perempuan mereka, Farah Afifah telah menjalani ujian DNA sebanyak dua (2) kali. Ujian DNA yang pertama telah dibuat di Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura pada 2 Julai 1998 manakala ujian DNA yang kedua telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Julai 1998. Kedua-dua ujian ini dibuat oleh YB Mohamed Azmin demi membersihkan fitnah jahat terhadap isteri dan anak beliau biarpun dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian oleh Allahyarham Raja Aziz Addruce, peguambela Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua Laporan Ujian DNA tersebut telah mengesahkan bahawa Azmin dan isterinya Shamshida adalah ‘biological parent’ kepada Farah Afifah. Laporan daripada Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura tersebut menyebut;

“The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked ‘X’ (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked ‘Y’ (child).”

Laporan DNA yang dikeluarkan oleh HKL atas arahan Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) Musa Hassan (kini Tan Sri) juga menunjukkan keputusan yang sama. Walau bagaimanapun keputusan bertulis bagi ujian tersebut yang dibuat oleh Dr. Zahari Noor dan Dr. Dahlia Danial tidak diserahkan kepada Azmin sehingga hari ini. Namun, keputusan itu dipastikan melalui satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada ketika itu yang mengesahkan temuan DNA itu membuktikan Azmin adalah bapa kandung (biological father) kepada Farah Afifah.

Ahli Parlimen Gombak iitu telah membawa kes ini ke Mahkamah Sesyen Ampang dan pada 25 Jun 2005, mahkamah telah memutuskan bahawa Dato’ Khalid Jafri sebagai bersalah di bawah Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memfitnah Azmin dan keluarganya dalam buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara satu (1) tahun kepada Khalid atas kesalahan yang sangat serius dan melibatkan banyak pihak dan menyebabkan kesengsaraan akibat kesan psikologi yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat oleh Farah Afifah.

Perihal kes DNA ini telah dirakamkan dalam buku “Mahkamah Sahkan Ada Konspirasi Untuk Memfitnah dan Membunuh Kerjaya Politik Anwar Ibrahim” yang diterbitkan pada tahun 31 Ogos 2005 oleh Institut Kajian Dasar (IKD).

b) Dakwaan pemilikan saham berjumlah RM8.5 juta

Berkaitan fitnah tentang pemilikan saham bejumlah RM8.5 juta yang dikaitkan dengan Azmin, isu tersebut muncul sejak tahun 1995 dan beliau telah pun disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu di atas tuduhan memiliki aset yang tidak setara dengan pendapatannya. Walaubagaimanapun, Azmin telah terbukti tidak bersalah kerana tiada tindakan susulan daripada siasatan tersebut.

Penahanan Azmin pada 16 September 1998 untuk membantu siasatan kes Datuk Seri Anwar yang dituduh menghalang siasatan serta melindungi Setiausaha Sulit-nya (iaitu YB Mohamed Azmin) daripada kesalahan pada 1995 juga telah membuktikan bahawa pihak polis gagal menemui sebarang bukti kukuh.

Tuduhan terhadap Anwar tersebut juga telah digugurkan. Perkara ini turut diulas oleh bekas Ketua Pengarah BPR ketika itu, Dato’ Shafee Yahaya di dalam biografi beliau yang berjudul “The Shafee Yahaya Story: Estate Boy to ACA Chief” di halaman 306 yang menjelaskan bahawa Azmin tidak bersalah.

Fitnah lapuk inilah yang kini kembali diulang oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran serta beberapa orang individu berkepentingan dan turut dilaporkan oleh media milik UMNO-Barisan Nasional.

Justeru, AMK melihat bahawa serangan serta dakwaan usang yang kini giat dilemparkan terhadap Azmin hanyalah sebahagian dari kempen politik jahat oleh media UMNO-Barisan Nasional untuk memburukkan tokoh pimpinan Pakatan Rakyat setelah mereka gagal mempengaruhi sokongan rakyat terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat meskipun serangan serta fitnah sama turut dilemparkan setiap hari ke atas Anwar dan isteri beliau Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

NAJWAN HALIMI
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


TRIO: Is En Azhari Mohd Dahlan a NOMINATED POST HOLDER approved by DCA?

Posted: 05 Apr 2012 05:45 PM PDT

“Azhari Mohd Dahlan (Azhari), a highly experienced engineering professional with a sound knowledge of the aviation industry, joins MAS Aerospace Engineering (MAE) as chief executive officer effective Feb 1, 2012.” in The Star HERE. Presumably Azhari must be one of “the special individuals” that has been identified by PlaneConsult to head the MAE. Yours truly is extremely [...]

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Sebelum Ke Dataran Merdeka, Semua Dijemput Ke

Posted: 05 Apr 2012 11:10 PM PDT

Khamis, 5 April 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Kebenaran Pahit Bagi Dr M: Musuh Lamanya Anwar Memberi Saingan Hebat Dalam PRU-13

Posted: 05 Apr 2012 06:42 PM PDT

Malaysia Chronicle

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengakui bahawa ia adalah sukar untuk meramalkan keputusan pilihanraya umum ke-13 disebabkan oleh isyarat “mengelirukan” dari pelbagai pihak.

“Apa yang pasti, ia tidak mudah bagi BN untuk mendapatkan majoriti dua pertiga kali ini. Pembangkang sekarang tidak seperti dulu, dan situasi semasa agak mengelirukan,” Bernama melaporkan Mahathir berkata sebegitu.

Pasti sukar bagi Mahathir untuk membuat pengakuan tersebut, kerana gabungan pembangkang Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan orang yang dia cuba untuk jatuhkan dan gulingkan dari arena politik sepenuhnya.

Pada tahun 1998, kerana takutkan populariti dan peningkatan pengaruh Anwar dengan orang Melayu, Mahathir sengaja mereka cerita liwat dan tuduhan rasuah kepada bekas Timbalannya dan berjaya dalam memenjarakan Anwar selama 6 tahun. Hanya selepas Mahathir bersara barulah Mahkamah Persekutuan cukup berani untuk menjatuhkan tuduhan dan bebaskan Awar.

Kini berumur 64 tahun, Anwar bersedia untuk memimpin Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum kedua sebagai satu parti gabungan. Walaupun tidak dibenarkan pendaftaran rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan, parti-parti Pakatan PKR, PAS dan DAP telah menandatangani Rangka Kerja Polisi Awam dan bersetuju untuk manifesto bersama – Buku Jingga – bagi PU-13. Sementara itu, PU-13 dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini.

Mengumpul kekuatan

Sejak pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008, Pakatan Rakyat telah mengumpul kekuatan, dengan dua daripada empat negeri yang ditadbir mereka – Selangor dan Pulau Pinang – dipuji oleh Ketua Audit Negara kerana tadbir urus terbaik. Kedua-dua Pulau Pinang dan Selangor juga telah menarik FDI terbanyak, mengalahkan negeri-negeri yang diperintah BN.

Kebangkitan Anwar dan Pakatan kini dinilai sebagai mempunyai peluang yang sama untuk meningkatkan prestasi mereka dari pilihan raya 2008, dengan ramai pemerhati meramalkan mereka mungkin merampas kerajaan persekutuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir nampaknya bersetuju dengan pandangan ini, berkata bahawa pelbagai andaian yang dibuat mengenai sokongan kepada BN tidak kukuh, dengan sesetengah orang mengatakan bahawa ia sedang meningkat dan lain-lain berkata sebaliknya. Mahathir tidak menuding jari kepada sesiapa pun, tetapi sehari yang lalu, beliau menyeru kepada Najib untuk membenarkan ‘orang luar’ untuk bertanding bagi kerusi di bawah tiket UMNO.

Mahathir mengeluh kekurangan orang Melayu’pintar’ dalam Umno, keadaan yang mungkin disebabkan kesalahannya iaitu keengganan untuk melembutkan pendirian tegasnya semasa pemerintahan beliau selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003. Malah, sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Malaysia mengalami 'otak longkang' yang besar termasuk dari masyarakat Melayu, tetapi Mahathir sentiasa menganggap isu ini sebagai isu kecil dan ‘biarkan mereka pergi jika mereka mahu’.

“Tiada satupun dasar Mahathir menyumbang kepada kelahiran barisan pelapis dalam Umno, tiada apa yang dia boleh kata sekarang. Dan kerosakan itu bukan sahaja kepada Umno tetapi dilanjutkan kepada ekonomi secara keseluruhan, di mana Malaysia kehilangan banyak bakat. Kesan ke atas ekonomi sedang berlaku sekarang dan jika tidak dipulihkan oleh dasar pembaharuan dan dasar baru, kita boleh menjangkakan kemerosotan yang berlanjutan secara menyeluruh,” Ramon Navaratnam, pengerusi Pusat bagi Kajian Dasar Awam, kepada Malaysia Chronicle.

Najib gagal dalam kepimpinannya

Dalam beberapa minggu lepas, bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin telah meramalkan BN akan menang dengan mudah dalam hanya tiga buah negeri – Johor, Melaka dan Pahang. Sebahagian besar kesalahan itu telah ditujukan kepada Najib kerana gagal untuk memimpin Umno-BN keluar daripada permasalahan.

Umno melantik Najib sebagai presiden mereka pada tahun 2009 selepas memaksa pendahulunya Abdullah Badawi bersara awal kerana kehilangan 5 negeri daripada 13 kepada Pakatan Rakyat serta majoriti dua pertiga BN yang sudah lama dipegang di Parlimen.

Mahathir dan pemimpin Umno yang lain berharap bahawa Najib akan membalikkan keadaan dan mengembalikan majoriti dua pertiga

yang penting, yang akan membolehkan mereka untuk meminda undang-undang penting untuk kekal berkuasa mungkin lebih satu dekad lagi. Tetapi pembawaan

politik kekok Najib akan ditolak oleh rakyat, yang kini melihat beliau sebagai seorang penipu.

Dalam komennya, dia telah memberitahu Daim untuk menunjukkan bahawa jika Najib gagal untuk memperbaiki keputusan Badawi, beliau perlu meletak jawatan yang akan memihak kepada sama ada timbalannya Muhyiddin Yassin atau ‘pencabar barunya’. Setakat ini, tiada orang baru yang muncul tetapi pertaruhannya adalah bahawa ia boleh mungkin MP Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, yang telah menyerang Najib kerana polisinya yang tidak teratur dan kepimpinan lemah.

Sepanjang tempoh Najib yang bermula pada April 2009, Malaysia mengalami serangan terburuk intoleransi kaum dan agama. Kumpulan pelampau seperti Perkasa dan Jati telah dipupuk dan dibenarkan untuk berkembang. Pada masa yang sama, Najib menyuarakan dasar kesederhanaan Barat. Tetapi ia kelihatan seperti mereka telah kehilangan keyakinan dengannya, malah Washington Post yang berpengaruh menghentam beliau sebagai “seorang hipokrit”.

Namun begitu, walaupun dengan mandatnya untuk memerintah akan tamat pada bulan Mac 2013, Najib telah meneruskan strategi politik busuk yang sama terhadap Anwar, menggunakan perkauman dan ketaksuban agama untuk menakut-nakutkan orang Melayu bagi mengundi untuk Umno supaya ia boleh ‘melindungi’ mereka dari orang bukan Melayu.

Sementara itu, ekonomi negara kekal diabaikan dan lembut kerana percutian kerap Najib di luar negara yang telah dikritik kerana membakar lubang dalam poket pembayar cukai.

Rasuah kekal pada paras tertinggi dalam rekod, dengan Malaysia tergelincir 4 tempat kepada 60 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2011. Malaysia menjaringkan 4.3 berbanding New Zealand, yang paling kurang rasuah pada 9.5, dan Somalia dan Korea Utara yang masing-masing menjaringkan 1.0, menjadikan mereka kedua-dua negara yang paling korup dalam penyiasatan. Di ASEAN, Singapura menjaringkan 9.3 dan Brunei 6.3

Kerajaan Tidak Beku Harta Pemilik NFC, Urusniaga Melupuskan Harta Terus Berjalan

Posted: 05 Apr 2012 04:00 AM PDT

Saya telah menegaskan berkali-kali bahawa semua transaksi yang melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana ada kemungkinan besar harta-harta ini diperolehi dengan menggunakan dana awam sebanyak RM250 juta yang diselewengkan dari tujuan asalnya.

 

Aset dan kepentingan pemilik NFC yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

 

1.      Semua pegangan syarikat, saham dan pelaburan di dalam apa-apa entiti yang dibuat selepas tahun 2007, iaitu selepas NFCorp dianugerahkan kontrak RM250 juta untuk mengusahakan Pusat Fidlot Kebangsaan;

2.      Semua hartanah, plot tanah dan pelaburan di dalam bidang hartanah yang dibuat selepas tahun 2007, sama ada pembelian di buat atas nama NFC, syarikat-syarikat yang dikuasai oleh pemilik NFC atau pun atas nama mereka sendiri;

3.      Sebarang pemindahan wang kepada syarikat atau individu selain dari bayaran operasi biasa NFC; dan

4.      Sebarang pertukaran kepentingan melibatkan aset lain, termasuklah kereta, dana, kelengkapan dan lain-lain.

 

Setakat ini, telah terbukti bahawa pemilik NFC telah menggunakan sebahagian dari dana awam berjumlah RM250 juta untuk tujuan yang tidak ada kena mengena dengan penternakan lembu, terutamanya pelbagai pelaburan di dalam bidang hartanah.

 

Persoalan yang paling kritikal ialah bagaimanakah kesemua RM250 juta ini akan dapat dipulangkan kembali kepada rakyat, apabila ia terikat di dalam pelbagai bentuk pelaburan hartanah dan harta-harta lain. Tambahan pula, tidak seorang pun pemilik NFC memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) bahawa liabiliti mereka kepada rakyat Malaysia tidak sahaja terhad kepada modal yang dilaburkan di dalam NFC; bahkan kerajaan boleh mengambil alih harta mereka yang lain untuk mendapatkan kembali RM250 juta yang telah dipinjamkan.

 

Oleh sebab itulah, KEADILAN telah mendesak berkali-kali supaya kerajaan mengambil langkah segera dan tegas untuk membekukan semua harta dan transaksi melibatkan NFC dan pemiliknya, termasuklah harta-harta peribadi yang telah didedahkan selama ini kerana ia adalah cagaran balik untuk mendapatkan kembali dana awam berjumlah RM250 juta itu.

 

Malangnya, perkara ini tidak berlaku.

 

Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat dari skandal NFC kepada isu perletakan jawatan Dato' Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan hartanah-hartanah yang sepatutnya dibekukan.

 

Pemilik-pemilik NFC, iaitu Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh kini dalam proses memuktamadkan penjualan tiga aset hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd.

 

Tiga aset hartanah ini dibiayai oleh bank yang sama yang sebelum ini membiayai pembelian 8 unit hartanah mewah di KL Eco City, lalu menimbulkan persoalan sama ada pembiayaan ketiga aset hartanah ini juga adalah berasaskan simpanan deposit dana NFC yang ditempatkan di bank tersebut.

 

Maklumat hartanah tersebut adalah seperti berikut:

 

Hartanah 1  
Alamat

:

B-00-22

Plaza Damas 3

No 63, Jalan Sri Hartamas 1

Taman Sri Hartamas

50480 Kuala Lumpur

 

Jenis

:

Tingkat bawah, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada

Insun Development Sdn Bhd

:

 

RM1.5 juta

 

Hartanah 2  
Alamat

:

B-01-22

Plaza Damas 3

No 63, Jalan Sri Hartamas 1

Taman Sri Hartamas

50480 Kuala Lumpur

 

Jenis

:

Tingkat 1, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada

Insun Development Sdn Bhd

:

 

RM759,000

 

Hartanah 3  
Alamat

:

B-02-22

Plaza Damas 3

No 63, Jalan Sri Hartamas 1

Taman Sri Hartamas

50480 Kuala Lumpur

 

Jenis

:

Tingkat 2, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada

Insun Development Sdn Bhd

:

 

RM741,000

 

 

Urusniaga berjumlah RM3 juta boleh disahkan oleh pengurusan Insun Development Sdn Bhd yang beralamat di 15-5, Signature Office The Boulevard, Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur atau pun peguam yang bertindak bagi pihak pembeli iaitu Heng & Co, No 30 Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. Harga pasaran ketiga-tiga hartanah ini dianggarkan berjumlah RM4 juta, maka pelupusan ini dibuat pada diskaun sebanyak 25%.

 

Saya membidas sekeras-kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membolehkan urusniaga sebegini terus berlaku terutamanya apabila pelupusan harta dibuat pada harga yang lebih rendah. Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam RM250 juta untuk mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak.

 

Jika ini boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ini bermakna perkara yang sama boleh juga berlaku dengan aset-aset lain yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil tetapi dibeli menggunakan dana awam (atau pun melalui transaksi melibatkan dana awam) iaitu:

 

1.      Kondominium One Menerong berjumlah RM14 juta

2.      2 plot tanah di Putrajaya berjumlah RM3 juta

3.      Kondominium di Orchard Scotts berjumlah RM10 juta

4.      2 kondominium di Marina Bay Suites berjumlah RM34 juta

5.      8 unit rumah kedai pejabat di KL Eco City dianggarkan berjumlah RM12 juta

 

Urusniaga yang melupuskan harta-harta milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil seperti ini membuktikan bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan pada 14 Januari 2012 yang lalu.

 

Sehingga kini, segala urusniaga dan operasi berjalan seperti biasa termasuklah yang melibatkan pelupusan harta yang menjejaskan pengambilan semula dana awam RM250 juta.

 

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Selangor

Posted: 05 Apr 2012 02:19 AM PDT

Jom BERSIH 3.0

7 April 2012 (Sabtu)

1) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 > P – Kapar
Lokasi: Pejabat PKR Cabang Kapar, Taman Sungai Kapar Indah (Sebelah Shell)

2) 9.00 – 12.00 mlm – Rapat Rakyat Sempena 25 Tahun PAS Syah Alam
Lokasi: Stadium Melawati, Syah Alam

3) Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Tuan Guru Haji Hadi Awang
iii. YB Tony Pua Kiam Wee
iv. YB Rani Osman
v. YB Khalid Samad

GE-13 Seen Mid-June After BN’s “Roughneck” Refusal to Clean up Electoral System

Posted: 05 Apr 2012 02:02 AM PDT

Malaysia Chronicle

The “rough and panicky” manner in which beleaguered Prime Minister Najib Razak’s government hammered in an election reforms proposal has bolstered the case for snap general elections to be held within the next 2 months, rather than the September timeline recently reported by a BN-controlled newspaper.

According to opposition leaders, the way in which the BN lawmakers “exposed their reluctance to clean up the electoral system” has also opened the door wider for Najib to escape from his assurances to the people and his party that the 13th general election or GE-13 will be held soon.

Najib has come under severe fire for putting the nation in limbo due his indecisiveness over the GE-13 date, with many political pundits believing that this was due to his wish to prolong his hold on the premiership.

“What we understand is that he did pick May 26 as a date, and then switched to June 3 but because the King’s Birthday and Gawai Day are also around that weekend, it was postponed again to mid June,” PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.

“For us, we are bracing for GE-13 in mid June. Whether Najib will change his mind again – no one can predict or control. He is more fickle than a girl trying out dresses when it comes to this. But two obvious factors must be considered. One is the Bersih 3.0 rally on April 28 and the other is the Umno 66th anniversary during the first 2 weeks of May. If he doesn’t feel confident, there is every chance he will change again.”

Euphoric response

Indeed, the announcement by free and fair elections movement Bersih to hold its third rally on April 28 has been greeted with surprisingly strong enthusiasm around the nation and even overseas, with the Malaysian diaspora eager to help their countrymen fight for clean and free polls.

Opposition Leader Awar Ibrahim and his Pakatan Rakyat coalition are believed to have a more than even chance of wining, hence GE-13 is expected to be the most hotly-contested and the ‘dirtiest’ in the nation’s 55-year history.

Najib’s BN coalition is the only government Malaysians have known since independence from British rule in 1957, but widespread and large-scale corruption has taken a fierce toll on the once-popular BN coalition. Even Najib himself has admitted the chances of a regime change, promising to win at all costs, even if there were “crushed bones” and lost lives”.

Malaysians know they have to fight the BN for their freedom

Hence, when a BN-controlled Parilamentary Select Committee watered down the reforms recommended by Bersih, few Malaysians were surprised. In fact, the common response especially amongst the urban crowd was, “Good, now we can have Bersih 3.0″.

“The euphoria that has greeted the announcement of Bersih 3.0 underscores that Malaysians know full well they to fight or their freedom. Nobody is kidding themselves that Najib will do the right thing. They know that if they want political change, they have stand up and speak out. And I think, finally, they are ready to rise as a body to show the BN that times have changed. You can no longer behave like in the past – bully, cheat and intimidate your way to a false victory,” PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.

So far the disgraced PSC has only granted one out of the 8 electoral reforms demanded by Bership – the use of indelible ink and even then, it insisted on 2 colours, prompting concern that it was out to “cheat” again.

What tops the Bersih list of priorities now is for the Najib administration to order a full and independent audit of the electoral roll.

“This is the most important of all. It is no point having indelible ink when the electoral rolls are corrupted and contaminated with fake and phantom names,” said Tian.

Whole country in limbo

Meanwhile, the guessing game for the GE-13 continues. It is believed that some of the government’s printers have already received orders to print campaign posters for the Umno-BN. Likely dates being touted in the coffee-shops around the nation include the June 9-10 weekend and the 16-17 weekend.

If Najib does not hold the polls by June, Umno insiders say it will have to be held after July because the fasting month will begin on the 21st and ending only on August 19 or 20.

“But this will be most inconvenient period for the Muslims and the Malays especially won't be so eager to come out and queue up to vote, they rather stay at home and relax,” an Umno watcher told Malaysia Chronicle.

Umno elections

According to analysts, even if not in July, it won’t be August either despite pressure to hold GE-13 before the Umno internal elections which must be held by October.

“The whole of August will be taken up by the Hari Raya celebrations and the run-up to National Day,” an analyst said, conceding that Najib could take advantage of feel-good factors such as the holiday mood and the Merdeka anniversary spirit of patriotism.

“But this will just spoil the mood and the people will get irritated, especially the Malays. It is a time to celebrate and not a time to get serious and go voting. This too jeopardize Umno's chances.”

September – more likely to be a red herring

September was also ruled out on the basis that it was the ‘haj’ or pilgrimage month despite a government newspaper having recently reported that it was the most likely month for Najib to hold elections.

Analysts said if September was picked, it would have to be the first week of the month. There is also no special reason to hold it in September, with no new Budget goodies announced yet, and the effects of the previous carrots like the Felda listing and the BR1M RM500 cash aid already cooled off.

Apart from the ‘haj’ season which ends only in October, Parliament is also due to meet from Sept 24 until Nov 27. Budget 2013 is due to be tabled then.

“Why would Najib rush for first week of September then? We see it as a red herring to lull the Pakatan leaders into complacency. October will be the time for the Budget 2013 to be debated. Once it is tabled, it has to be approved by the Dewan Negara,” said the analyst.

“If Najib wants to hold elections around that time, November is the more likely GE-13 month. You see, November is traditionally a lull period but the weak point of this is that there won’t be any element of surprise in it for Najib and BN because everyone knows it is unlikely to be in December, when the rains are too unpredictable,” said the analyst.

2013

Should GE-13 still be uncalled by then, then it will have to take place in 2013. Parliament automatically dissolves on April 20, 2013 and the Election Commission has two months thereafter to fix a polling date if Najib does not do so himself before then.

Should Najib resort to such a late date, it would imply that Anwar and Pakatan have the upper hand, thereby forcing Najib into delaying until the last moment.

“It is not impossible but I personally don’t think GE-13 will be in 2013. I still think June 2012 is the best bet. Najib will try his best to have GE-13 before the Umno internal elections,” said Tian.

“Unless he has no choice because it is too clear cut that he and BN will lose, then perhaps we might have to drag on for another a year. But this would be very bad for the nation. Everyone will be in a sort of limbo. Businesses will be stuck, even those buying property would prefer to wait and see what happens. It is not fair for Najib to hold us all to ransom just because he and BN fears to lose.”

NFC Now Divesting Properties

Posted: 05 Apr 2012 01:35 AM PDT

Malaysiakini

PKR today claimed that the owners of the National Feedlot Corporation (NFC) are in the process of selling three properties, which they allegedly was bought by leveraging on a RM250 million government soft loan.

According to PKR director of strategy Rafizi Ramli, NFC executive chairperson Mohamad Salleh Ismail and executive director Wan Shahinur Izran Salleh had sold off the properties for RM3 million to one Insun Development Sdn Bhd.

“It was sold after (Women, Family and Community Development Minister) Shahrizat Jalil announced that she will 'resign',” he said.

(On March 11, Shahrizat announced that she would "resign" from cabinet when her senatorship expires on April 8. Her husband Mohamad Salleh was charged in court for two counts of criminal breach of trust, in relations to the NFC scandal, the very next day.)

The sale of the properties, said Rafizi, indicates that the company is “winding down” and is cashing out their assets.

Mohamad Salleh jointly runs the company with their children, Izran, Wan Shahinur Izmir and Wan Izzanna Fatima Zabedah.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


TRIO: What are the “SPECIAL FARES” under “Re-Accomodation Agreement”?

Posted: 04 Apr 2012 08:48 PM PDT

Updates @ 9:30 pm 5-4-2012: Please read Rocky’s Bru’s “Walk for MAS?” in HERE. En Ahamd Jauhari Ahamd (AJ) was so proud to announce on 26-3-2012 during the "Briefing of MPs" that MAS was facing losses to the tune of RM2.5 billion! It would appear to everybody that the TRIO and the "Bina tak Fikir" [...]

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Bersih 3.0: 'Duduk Bantah' 28 April di Dataran Merdeka

Posted: 04 Apr 2012 09:54 PM PDT