PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
PKR terkejut Johor mohon bantuan air dari Singapura Posted: 09 Jun 2016 01:02 AM PDT Petikan dari Malaysiakini PKR Johor terkejut dengan tindakan kerajaan negeri meminta pertolongan kerajaan Singapura untuk menambah bekalan air terawat sebanyak 6 juta gelen sehari sejak Sabtu lalu. Sedangkan berdasarkan Perjanjian Air Malaysia-Singapura 1962, kerajaan Malaysia melalui Johor perlu membekalkan 250 juta gelan air mentah sehari ke republik itu setiap hari. Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah berkata ia jelas menunjukkan kelemahan sistem pengurusan air Johor dan loji rawatan air yang tidak mencukupi untuk memproses air terawat serta menampung bekalan air penduduk. "Bukan sahaja rakyat Johor terpaksa membayar tarif air yang paling tinggi di Malaysia iaitu RM1.31 setiap meter padu malah kami juga sering menghadapi isu kekurangan air sehingga sebahagian rakyat di Selatan dan Timur Johor telah mengalami catuan air pada tahun lepas," katanya. Justeru katanya, PKR memberikan beberapa cadangan kepada kerajaan negeri bagi mengatasi masalah itu dalam jangka masa panjang. Antaranya bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menubuhkan satu pusat khusus iaitu Pusat Pengurusan Bekalan Air dan Pengawalan Sumber Air dengan segera. Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga perlu mencari sumber alternatif seperti air bawah tanah dan memperketatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada bagi mencegah pencerobohan dan pencemaran kawasan tadahan air. "Kerajaan Johor patut mengaku kelemahan sendiri dalam bidang pengurusan air dan perlu mencontohi negara jiran Singapura, Belanda dan Arab Saudi yang jauh lebih ke depan dan berilmu dalam bidang Pengurusan Air dan Pencarian Sumber Air," katanya yang juga Adun Bukit Batu. Selasa lalu, kerajaan Johor mengalu-alukan keputusan Singapura menyalurkan bekalan air bersih tambahan sebanyak enam juta gelen sehari selama sebulan kepada negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata bagaimanapun bantuan itu tidak akan membuat kerajaan negeri berhenti dan berusaha mencari sumber air baru dan alternatif lain. Beliau dilapor berkata, kerajaan negeri juga melihat langkah Singapura memberi bantuan itu adalah tindakan baik sebagai jiran kepada Johor. |
Aktiviti Wakil Rakyat KEADILAN NS Bulan Mei 2016 Posted: 09 Jun 2016 12:48 AM PDT SALAM RAMADHAN 1437H DARIPADA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG KEPADA WARGA TELOK KEMANG KHUSUSNYA DAN SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI MALAYSIA. SEMOGA IBADAH PUASA DAN SEGALA AMAL DITERIMA ALLAH 30 Mei 2016 Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang Penyampai sumbangan keperluan dapur daripada Pejabat Parlimen Telok Kemang kepada Sdr.Muhammad Nazri Velayutham dan Puan Yogeswari a/p Krishnan. 16 Mei 2016 Bukit Pelandok, DUN Chuah ADUN Chuah YB Chai Tong Chai membuat tinjauan kerja-kerja pembinaan tembok batu sangkar bagi tebing saliran. 13 Mei 2016 Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang PENYERAHAN SUMBANGAN TV KEPADA SURAU AL-EHSANIAH TAMAN INTAN PERDANA, PORT DICKSON BAGI KEGUNAAN PUSAT SUMBER YANG DISAMPAIKAN OLEH EN.ZULKEFLI DI PEJABAT PARLIMEN TELOK KEMANG. 29 April 2016 Kampung Jimah, Lukut. Program penyampaian sumbangan kepada keluarga asnaf dari Kg Jimah Baru di DUN Lukut oleh Ketua Cabang KEADILAN Telok Kemang bersama AJK Cabang. Pihak jawatankuasa Cabang juga telah mendapatkan dana bagi menampung kos barang dan perubatan bagi pembedahan tangan seorang daripadanya. 5 Jun 2016 DUN Sikamat ADUN Sikamat YB Aminuddin Harun & Ahli Parlimen Rasah, YB Loke Siew Fook melawat dan menyampaikan sumbangan ambang bulan Ramadhan kepada keluarga-keluarga kurang mampu dan pesakit-pesakit tenat di sekitar DUN Sikamat. Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam! 6-7 Jun 2016 Jejak Asnaf DUN Sikamat 4 -5 Jun 2016 4.00 petang Program Jejak Asnaf Sempena Bulan Ramadhan Di DUN Sikamat oleh YB Aminuddin Harun bersama AJK Keadilan Cabang Seremban. Lokaliti yg terlibat Rumah Rakyat Sikamat 1 & 2, Taman Perwira, Kg Ujung Pasir dan Taman Desa Kiara. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan