Pengikut

Nuffnang

Rabu, 15 Julai 2015

Suara Sri Andalas

sumber :-

Suara Sri Andalas


Perutusan Aidil Fitri YB Dr Xavier Jayakumar

Posted: 15 Jul 2015 07:23 PM PDT

Bersempena Aidil Fitri yang kunjung tiba ini, saya, ahli keluarga dan kakitangan pejabat DUN Seri Andalas ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada para muslimin dan muslimat di DUN Seri Andalas khususnya dan di seluruh negara. Aidil Fitri seperti perayaan-perayaan lain di negara ini, diraikan bersama-sama oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latarbelakang. Kita sangat bertuah dapat meraikan kesemua perayaan ini bersama-sama sebagai satu bangsa Malaysia.

Sejak akhir-akhir ini berbagai-bagai insiden yang mencetuskan salah faham diantara kaum dan agama berlaku yang sedikit sebanyak merosakkan perpaduan diantara kaum sejak negara kita mencapai kemerdekaan. Disini saya menyeru supaya kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain, tangani perbezaan pendapat secara berhemah dan bijaksana. Generasi-generasi sebelum ini dari semua kaum telah bersusah payah untuk mewujudkan suasana harmoni yang kita nikmati selama ini. Ayuh, mari kita teruskan usaha tersebut demi negara yang kita cintai ini. Justeru, di musim perayaan ini, ambillah peluang untuk teruskan amalan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain dan bermaaf-maafan.

Kepada mereka yang pulang ke kampung, berhati-hatilah dijalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua terutamanya rakyat di DUN Seri Andalas atas sokongan dan kerjasama yang diberikan selama ini. Saya juga ingin memohon maaf atas sebarang kekurangan yang ada dan akan terus berusaha demi aspirasi rakyat di DUN Seri Andalas. 

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

YB DR. XAVIER JAYAKUMAR
Ahli Dewan Negeri Selangor, N49 Seri Andalas
Naib Presiden Parti KEADILAN Rakyat.

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang