Pengikut

Nuffnang

Khamis, 2 April 2015

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

sumber :-

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Kenyataan Media

Posted: 02 Apr 2015 12:55 AM PDT

KENYATAAN MEDIA – 2hb April 2015

Polis wajib siasat kes G.Thiyaggurudeen – jangan cuci tangan saja

Saya kecewa dengan keputusan Ketua Polis Negeri Sembilan (KPN), DCP Jaafar Mohd Yusof untuk tidak meneruskan siasatan ke dalam kes G.Thiyaggurudeen atas alasan ‘ia terlalu rumit’ (it’s complicated) seperti yang dilaporan di Malaysiakini pada 24hb Mac 2015. Reaksi polis tersebut telah menunjukkan sikap yang kurang profesional dan ketidakinginan polis untuk mendalami kes yang kompleks.

Dakwaan yang diketengahkan oleh ayah G.Thiyaggurudeen, En Ganesan Suppayah adalah serius. Pada 13.2.2015 G.Thiyaggurudeen telah dibawa keluar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat, Port Dickson oleh dua orang guru tanpa kebenaran pentadbir sekolah dan ayahnya. G.Thiyaggurudeen juga telah dipaksa untuk untuk membuat laporan polis terhadap ayahnya S.Ganesan bahawa ayahnya telah memaksa beliau untuk keluar dari agama Islam dan memeluk agama Hindu serta memukulnya. G. Thiyaggurudeen juga dipaksa untuk minum air penawar. G.Thiayggurudeen juga  dikurung dalam sebuah bilik di Pusat Dakwah Islam Paroi dan disoal siasat selama 3 jam 30 minit oleh 8 orang pegawai Pusat dakwah Islam Paroi dengan cara yang telah menakutkan dia.

Selepas insiden tersebut, G.Thiyaggurudeen yang berumur 14 tahun mengalami trauma dan tekanan emosi yang kuat yang menyebabkan beliau minum racun paraquat dalan percubaan membunuh diri. Sewaktu beliau diberikan rawatan di hospital, Pegawai-pegawai Pusat Dakwah Islam Paroi sering mengganggu beliau sehingga ayahnnya terpaksa bawa keluar beliau dari hospital sebelum rawatan disempurnakan. S.Ganesan dan G.Thiyaggurudeen telah membuat lima laporan polis berkenaan dengan kes ini tetapi sehingga kini tiada  tindakan diambil terhadap mana-mana pihak.

Parti Keadilan Rakya memandang berat kes ini sebagai satu isu kepentingan awam. Hari ini, pihak En Ganesan telah melalui peguamcara beliau, telah menghantar satu surat kepada KPN Negeri Sembilan untuk mendapat penjelasan tentang status siasatan kes ini. KPN Negeri Sembilan perlu memberi penjelasan, kenapa polis belum merekodkan percakapan  pengadu –pengadu dalam kes ini dan bagaimana KPN Negeri Sembilan dapat membuat kesimpulan bahawa kes ini adalah rumit atau ‘complicated’ tanpa siasatan dilakukan? Jika KPN Negeri Sembilan gagal memberi penjelasan dalam masa 2 minggu, kami akan bawa kes ini kepada Bukit Aman dan juga badan-badan lain untuk menuntut keadilan. Akhirnya kalau tidak ada apa-apa tindakan, tindakan undang-undang di mahkamah akan dimulakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, YB  M. Ravi akan membantu mencari keadilan untuk keluarga ini dengan memohon satu temu janji bersama EXCO Negeri Sembilan berkaitan dengan portfolio agama dan kebajikan dan/atau Menteri Besar Negeri Sembilan supaya arahan boleh dikeluarkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan menghentikan semua gangguan yang dilakukan terhadap G.Thiyaggurudeen seperti yang berlaku baru-baru ini di hospital. 

Kami minta KPN Negeri Sembilan bertindak professional dan jangan memberi alasan-alasan yang remeh. Siasatan mesti dilakukan ke atas dua orang guru sekolah tersebut dan  pegawai–pegawai Pusat Dakwah Islam yang terlibat. Perbuatan mereka, kalau dibukitkan, merupakan jenayah dibawah Kanun Keseksaan termasuk menculik ( kidnapping), mengurung secara salah ( wrongful confinement), mengugut ( intimidation), menyerang (assault) dan membuat lapuran palsu (causing a false police report to be made).

Pengalaman G.Thiyaggurudden adalah sesuatu yang tragis dan tidak boleh dipandang remeh oleh pihak berkuasa dan tindakan yang tegas perlu di ambil secepat mungkin.

Kejadian-kejadian begini memberi impak yang negative kepada perpaduan kaum dan agama; justeru itu pihak berkuasa yang bertanggungjawab harus bertindak cepat dan secara berkesan untuk memantau keadaaan dan mencegah kes-kes sebegini daripada berulang. 

Sivarasa Rasiah
Ahli Parlimen Subang
Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat
Peguamcara dan Peguambela.


0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang