Isnin, 6 April 2015

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Takziah Buat Dato Anwar

Posted: 06 Apr 2015 02:15 AM PDT


 


 


      Datuk Ibrahim Abdul Rahman,merupakan bapa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia   pada 1.45 pagi tadi di Hospital Serdang, Selangor.
      Datuk Seri Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara, dibenarkan pihak berkuasa melawat dan menghadiri pengebumian bapanya selepas solat Zohor tadi.
Menulis di laman Facebooknya, isteri Datuk Seri Anwar, Wan Azizah berkata ini adalah satu lagi ujian  bagi suaminya kerana semasa kali pertama dipenjarakan, Datuk Seri Anwar kematian ibunya. 
Allahyarham Datuk Ibrahim Abdul Rahman, 96 tahun, pernah menjadi Anggota Parlimen UMNO dari tahun 1959 hingga 1969.
   Mereka yang melawat termasuk Menteri Ehwal  Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta isterinya.
Kehadiran Dr Mahathir agak mengejutkan ramai orang. Namun isteri beliau, Dr Siti Hasmah berkata mereka sudah lama mengenali Allahyarham Datuk Ibrahim, sejak sebelum Datuk Seri Anwar berkahwin dengan Wan Azizah.


Tiada ulasan: