Khamis, 30 April 2015

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


MAHATHIR TYRUN PADANG UNTUK JELASKAN KRITIKANNYA

Posted: 29 Apr 2015 10:24 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini akan menemui ahli Umno di peringkat akar umbi bagi menerangkan kritikan beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan beberapa pihak menganggap tindakannya merosakkan parti.

Dalam entri terbaru di blognya, bekas perdana menteri itu berkata, untuk membuat keputusan atau menghukum secara bijak dan adil, rakyat perlu dengar kedua-dua belah pihak.

"Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli Umno biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbilion ringgit oleh Najib.

"Lepas mendengar kedua-dua pihak, adililah terhadap 'serangan' saya. Apakah saya sedang merosakkan parti atau mencuba menyelamatkannya?" katanya dalam blog popularnya chedet.cc hari ini.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu mutakhir ini dikecam pemimpin dan penyokong Umno kerana terus-terusan secara terbuka mengkritik Najib dan meminta beliau berundur.

Dr Mahathir menerangkan, serangan beliau mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian ahli Umno, tetapi niatnya ialah untuk menyelamatkan Umno, "parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang dua pertiga majoriti setiap pilihan raya umum (PRU)."

"Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar Umno di bawah Najib gagal memulih Umno selepas Tun Abdullah," katanya merujuk kepada perdana menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang mengambil alih kepimpinan negara daripada Dr Mahathir.

Abdullah menjadi perdana menteri pada Oktober 2003 dan berundur pada April 2009 susulan prestasi hambar BN dalam PRU 2008.

"Kemenangan Najib lebih tipis," kata Dr Mahathir.

Beliau berterima kasih kepada ahli akar umbi Umno, yang sebahagiannya menasihatkan beliau menghentikan serangan terhadap Najib kerana katanya, beliau berpengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu.

"Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita."

Beberapa bulan kebelakangan ini, Dr Mahathir menggesa Najib meletak jawatan, mengaitkannya dengan beberapa isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang berbilion ringgit, kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan gaya hidup mewah keluarganya.

Beliau juga meminta Umno menyingkirkan Najib jika tidak mahu tewas pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, Najib baru-baru ini mengumumkan beliau tidak akan menyerah kalah dan menegaskan kerajaannya mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran.

"Walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama timbalan perdana menteri, dan didokong pula para menteri serta rakan ahli pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah, malah akan tetap istiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara," katanya ketika membentangkan laporan prestasi Program Transformasi 2014 pada Selasa.

The Malaysian Insider

SELAMAT BERJUANG UTK KAK WAN

Posted: 29 Apr 2015 10:15 PM PDT


Selamat berjuang Wan Azizah Oleh ABD SHUKUR HARUN DARIPADA tinjauan saya ke beberapa lokasi di Permatang Pauh, mendapati simpati dan sokongan terhadap calon PKR/Pakatan Rakyat, Dr. Wan Azizah di Pilihan Raya Kecil di situ adalah tinggi. 
Bahkan ada yang menyatakan terus terang bahawa walaupun DS Wan Azizah yang bertanding di situ, tetapi orang ingat juga DS Anwar Ibrahim. Ertinya ingat Wan Azizah, ingat Anwar. Cuaca di Permatang Pauh kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Petugas kempen PKR di siang hari mengatur gerak kerja kempen, bermesyuarat, di samping ada kumpulan yang berkempen di pasar, di pusat membeli belah, hentian bas dan teksi dan di mana saja. Wan Azizah dan anaknya Nurul Ezzah juga sama berkempen  secara berasingan. 
Di mana-manapun mereka berkempen, orang ramai yang ditemui terus menyatakan simpati terhadap DS Anwar. Percakapan saya dengan beberapa orang yang sedang meratah kambing bakar di gerai tepi jalan di Seberang Jaya ialah saya bertanyakan bagaimanakan reaksi rakyat terhadap GST. Rata-rata menyatakan kekecewaan yang amat sangat terhadap GST yang mereka lihat ialah harga barangan, pengangkutan dan sebagainya naik. Bukan akan naik, tetapi telah naik. "Kita rakyat miskin terasa benar kesab GST ini, kerana setiap barang perlu yang kita beli semuanya kena GST. Tidak boleh dielak, orang kaya tidak terasa semuanya ini kerana duit mereka berlambak," kata mereka. 
Bagi  pemimpin PKR, PRU Permatang Pauh peluang terbaik pengundi untuk menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai isyarat kepada kerajaan agar tidak terus menindas rakyat. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, PRK P44 ini yang bakal menyaksikan pertembungan antara Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail dan calon BN), Suhaimi Sabudin, bukanlah PRK biasa tetapi memberi peluang rakyat menyuarakan penolakan terhadap penindasan kerajaan BN dengan pengenalan GST. "PRK ini sebenarnya satu referendum terhadap GST dan saya mengesyorkan agar pengundi sebagai menjadi wakil kepada seluruh rakyat Malaysia dengan mengundi Pakatan Rakyat dan menyatakan bahawa rakyat menolak perlaksanaan cukai yang membebankan itu," katanya dalam suatu kenyataan. Seorang pegawai syarikat swasta yang saya temui di Penanti berkata, pembangunan ada di Permatang Pauh. Ini tidak boleh dinafikam. Kerajaan Pulau Pinang sendiri melaksanakan banyak pembangunan di sini. 
Oleh itu, katanya, tidah benar untuk mengatakan bahawa Permatang Pauh tidak ada pembangunan. Menurutnya, mereka yang menyatakan Permatang Pauh tidak ada pembangunan, itu hanya sentimen politik dan kebencian kepada DS Anwar, bukan berdasarkan realiti yang ada. "Sedangkan kebanyakan pengundi di Permatang Pauh ini, kecuali pengundi Umno/BN, masih ingat jasa Anwar. Oleh itu orang mengingat Amwar, orang mengingati Wan Azizah, rakyat bersimpati terhapanya," katanya. Petugas PKR/Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh berkempen dari siang hingga ke larut malam. 
Di bandar Seberang Jaya juga saya bertemu dengan seorang peniaga gerai buah-buahan. Durani Mat Piah,  di tepi jalan, Kata-katanya sangat menarik: "Wan Azizah, sngat gigih, katanya, sangat tabah menghadapi cabaran. Suami di penjara, dia bertanding di sini. Saya yakin pengundi di sini menyokong Wan Azizah. Dia calon berhati waja, patut kita balas jasanya." Bagi pengundi Permatang Pauh, mereka merasakan bahawa keluarga Anwar adalah keluarga mereka sendiri. Hal ini kerana Anwar lahir di Cerok Tok Kun dan beliau bersama Wan Azizah serta anak-anak sering saja berada di Permatang Pauh. Lebih-lebih lagi Anwar, walaupun terlalu sibuk, tetapi dia sentiasa mengambil tahu perihal pengundi di Permatang Pauh. Anwar melawat hingga ke pedalaman kawasan ini, kata Jalaludin Mat, pegawai syarikat swasta di sini. "Bohong sama sekali kalau mengatakan Anwar tidak pedulikan kawasan ini. Wan Azizah juga sering berada di Permatang Pauh. 
Waktu dia jadi Ahli Palimen di Permatang Pauh ini, belau sangat mesra dengan rakyat di sini. Semua orang di sini kenal dia," katanya. Menurutnya, atas saranan Anwar, maka kerajaan Pulau Piang banyak mengadakan projek di kawasan ini. Hanya musuh politik Pakatan Rakyat saja yang menafikan ada pembangunan di Permatang Pauh. Beliau percaya, pengundi di sini masih menyokong PKR. Bagi mereka, menyokong Wan Azizah, bermakna menyokong Anwar. Dari pengamatan saya, PRK Permatang Pauh ini adalah isyarat awal yang penting akan kelangsungan hayat Pakatan Rakyat. Jika PAS dapat menunjukkan keraja yang baik ketika menghadapi PRK ini, maka Pakatan Rakyat akan teguh dan mampu menghadapi cabaran. Tetapi jika dilihat sebaliknya, maka nasib Pakatan Rakyat dalam keadaa tidak menentu. Ini semua terpulang kepada ketiga-tiga parti gabungan. Permatang Pauh adakah cerminan segala-galanya. 
Namun bagi pendukung Pakatan Rakyat yang tulin, perjuangan ini berterusan dan masih jauh, memerlukan perpaduan pendukungnya. Di sinilah saya teringat kata-kata penyair Usman Awang: Di depan duri di belakang api Kita tidak boleh undur lagi. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN


Tiada ulasan: