Jumaat, 6 Mac 2015

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Pelajar Cemerlang SPM 2015

Posted: 06 Mar 2015 02:55 AM PST


Selaku Adun Batu Maung, Saya merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Kejayaan pelajar-pelajar ini diharap menjadi pendorong untuk pelajar-pelajar lain menggiatkan usaha agar berupaya mencapai kecemerlangan. Ingatlah bahawa "Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya."
Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada pihak sekolah, yang saling bekerjasama menyalurkan usaha serta sumbangan untuk memastikan kejayaan pelajar-pelajar ini tercapai. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang bekerjasama dalam memantau anak-anak untuk memastikan kejayaan mereka.
Semoga kejayaan dalam SPM 2014 ini, manjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM 2015 untuk meneruskan usaha tanpa mengenal jemu dan putus asa, tanpa mengenal cabaran yang bertimpa, demi mengaut kejayaan yang berganda, seumpama tiada lagi hari esok.


Sekian, terima kasih.

YB Dato' Haji Abdul Malik Kassim 

JAMUAN SEMPERNA TAHUN BARU CINA 2015

Posted: 06 Mar 2015 02:35 AM PST




Pejabat Exco Agama Islam Pulau Pinang, Hidayah Center Pulau Pinang & Malaysian Chinese Assocation (MACMA) ingin menjemput semua rakyat yang berbilang kaum untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada 8 Mac 2015 (Ahad) jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang  di Masjid Cina Titi Papan.
Semua dijemput hadir tanpa mengira kaum, termasuk tokoh-tokoh pertubuhan-pertubuhan awam, tokoh-tokoh korporat dan sebagainya adalah dijemput untuk menghadiri serta menikmati jamuan hidangan yang akan disediakan pada majlis ini.

Diharap pengajuran acara ini dapat mewujudkan suasana harmoni antara rakyat jelata yang berbilang kaum dan agama seterusnya dapat membentuk perpaduan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jamuan Tahun Baru Cina akan turut didakan oleh Parti Keadilan Rayat di Pejabat Ranting Tanjong ( 181 Jalan Arglly (berhadapan Sek Men Perempuan Al-Mansor), dengan anjuran bersama Ranting KOMTAR, Pengkalan Kota, padang kota & Jalan Arglly. Jamuan ini akan berlangsung pada 8 Mac 2015 (Ahad) jam 5.00 petang hingga 7.00 Malam.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara ini dan seterusnya dapat mengiratkan perpaduan dikalangan ahli dan rakyat (khusunya).



Selamat Hari Wanita Sedunia

Posted: 06 Mar 2015 02:35 AM PST


 YB Dato' Haji Abdul Malik dan isteri ingin mengucapkan "Selamat Hari Wanita Sedunia" yang disambut pada 8 Mac 2015 ini merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka diraikan dengan sambutan Hari Wanita Sedunia (International Woman's Day).

Buat semua wanita, Sesungguhnya mereka amat istimewa kerana setiap dari mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri. Justeru itu  haruslah kita hargailah segala pengorbanan mereka, kerana mereka "Wanita Pendokong Aspirasi Negeri".

Tiada ulasan: