N37 Batu Maung |
- PROGRAM SARINGAN MAMMOGRAM PERCUMA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
- Karnival Pengguna 2015
- Forum perdana & pidato Islam 2015 Islam Rahmatan Lil Alamin
PROGRAM SARINGAN MAMMOGRAM PERCUMA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG Posted: 01 Mar 2015 11:24 PM PST Kerjasama:
Program ini dijalankan sepanjang tahun 2015 dengan penglibatan semua 40 Kadun iaitu 4 kali untuk setiap Kadun. Wanita-wanita di setiap Kadun akan diberikan peluang untuk menjalankan mammogram secara percuma. Program ini akan dijalankan pada hari Sabtu atau Ahad sahaja. Setiap satu hari akan melibatkan 40 peserta wanita yang berumur 35 tahun dan ke atas sahaja. Satu hari akan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi tengahari. 20 peserta akan dikumpulkan di Pusat Khidmat Batu Maung pada jam 7.30 pagi (Trip Pertama) dan akan dibawa ke BP Diagnostic Centre iaitu di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown. Kemudian, lagi 20 peserta yang lain akan dikumpulkan juga di Pusat Khidmat Batu Maung pada jam 9.30 pagi (Trip Kedua) dan dibawa ke BP Diagnostic Centre. Sarapan pagi akan disediakan. Taklimat berkenaan mammogram, barah payudara, osteoporosis, dan lain-lain yang berkenaan akan dijalankan pada jam 10.30 pagi di BP Diagnostic Centre. Selepas taklimat tamat, makan tengahari akan disediakan pada jam 11.30 pagi. Peserta untuk Trip Pertama akan pulang ke Pusat Khidmat Batu Maung pada jam 12.00 tengahari. Sementara peserta Trip Kedua akan memulakan pemeriksaan mammogram dan dijangka akan berakhir pada jam 3.00 petang. Peserta tidak perlu membuat sebarang bayaran sepanjang program ini berlangsung. Makanan dan pengangkutan adalah percuma. Setiap peserta dikehendaki membawa kad pengenalan. APA ITU MAMMOGRAM? Mammogram ialah pemeriksaan x-ray ke atas payudara. Pemeriksaan ini dilakukan sebagai salah satu langkah pengesanan awal bagi kanser payudara. Doctor yang merawat pesakit juga mungkin akan memohon pemeriksaan mammografi ini sekiranya pesakit mempunyai tanda-tanda penyakit yang berkaitan dengan payudara seperti ketumbuhan (lump), kesakitan payudara (breast pain), nipple discharge dan lain-lain. PERSIAPAN SEBELUM MAMMOGRAM Masa yang paling sesuai untuk melakukan pemeriksaan mammogram adalah seminggu selepas haid (selepas mandi hadas) jika mammogram dilakukan seminggu sebelum haid, dikhuatiri bakal menyebabkan kesakitan ketika pemeriksaan. Pada hari mammogram pesakit seharusnya TIDAK hamil dan TIDAK memakai:
JADUAL MAMMO PENANG UNTUK KADUN BATU MAUNG
PENDAFTARAN Wanita-wanita Batu Maung yang ingin menyertai program ini boleh memberikan nama kepada JKKK untuk kawasan masing-masing ATAUterus hubungi Pusat Khidmat Batu Maung di talian 04-6261968. | |||||||||||||||
Posted: 01 Mar 2015 07:48 PM PST | |||||||||||||||
Forum perdana & pidato Islam 2015 Islam Rahmatan Lil Alamin Posted: 28 Feb 2015 02:09 AM PST Pejabat Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau pinang menganjurkan Forum perdana & Pidato Umum pada ketetapan berikut. Pidato Umum bertajuk "Islam Rahmatan Lil Alamin" ini menampilkan ahli panel iaitu Dr. Syed Khairudin Aljunied dan Ustaz Zakaria Ahmad. Moderator terdiri dari Tuan Hj. Kamarudin B. Abdullah Manakala Forum Perdana bertajuk "Islam Rahmatan Lil Alamin" diadakan pada waktu 9.00 mlm - 12.00 mlm. Ahli panel terdiri dari Dr. Syed Khairudin Aljunied dan Dr. Asri Zainal Abidin manakala moderator adalah Tuan Hj. Kamarudin B. Abdullah Diharapakan semua dapat hadir dalam majlis ilmu ini seterusnya dapat meningkatkan lagi pengetahuan yang amat berguna ini dalam membanggunakan umah yang berilmu. |
You are subscribed to email updates from N37 Batu Maung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan