BULETIN RAKYAT |
PAS MENANG MAJORITI YG MENINGKAT WALAUPUN TURNOUT CUMA 55 PERSEN Posted: 22 Mar 2015 08:48 AM PDT KOTA BHARU - Pas berjaya mempertahankan kerusi Dun Chempaka apabila calonnya, Ahmad Fathan Mahmod menang menewaskan empat calon Bebas dalam PRK yang disifatkan paling tenang dan aman. Kemenangan itu menjadikan kerusi Dun Chempaka kekal milik Pas yang sebelum ini tujuh penggal dimenangi oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majoriti yang diperolehi Fathan meningkat kepada 10092 walaupun kehadiran pengundi merosot kepada 55 peratus berbanding 83 peratus dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu. Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 9.05 di Pusat Penjumlahan Undi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa. Fathan yang juga bekas pensyarah memperoleh 10,999 undi mengatasi empat calon Bebas yang kesemuanya hilang wang pertaruhan. Calon Bebas, Shariff Mahmood memperoleh 807 undi, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 51 undi, Fadzillah Hussin memperoleh 89 undi manakala Aslah Mamat manakala 27 undi. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan