Pengikut

Nuffnang

Isnin, 16 Februari 2015

Suara Sri Andalas

sumber :-

Suara Sri Andalas


Sidang Media Peningkatan Jenayah di Taman Sentosa, Klang

Posted: 16 Feb 2015 02:13 AM PST

Klang, 16 Februari 2015 - Satu sidang media bersama para penduduk Taman Sentosa, Klang telah diadakan dengan ADUN Seri Andalas, YB Dr. Xavier Jayakumar pada pukul 2.00 petang hari ini.

Para penduduk telah pun menyatakan kebimbangan mereka terhadap kadar jenayah samun, ragut dan pecah rumah yang semakin meningkat. Seramai 15 penduduk yang hadir dalam sidang media ini berkata mereka telah menjadi mangsa samun dan telah membuat laporan polis, namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan atau maklum balas dari pihak berkuasa.

YB Dr. Xavier Jayakumar sebelum ini telah berulang kali meminta supaya satu dialog bersama PDRM diadakan namun tidak mendapat maklum balas seperti yang diharapkan.

Terbaru, pada bulan Januari 2015 yang lalu, YB Dr. Xavier Jayakumar menganjurkan satu dialog Pencegahan Jenayah bersama penduduk Taman Sentosa, Klang dan menjemput pihak PDRM, MPK dan pemimpin setempat. Malangnya, walaupun jemputan telah diberi awal, pihak PDRM gagal menghadiri sesi dialog tersebut.

Dalam sidang media hari ini YB Dr. Xavier telah meminta mereka yang disamun dan telah membuat laporan polis supaya memberi salinan tersebut supaya dapat dipanjangkan kepada pihak PDRM. YB Dr. Xavier masih berharap supaya pihak polis bersetuju untuk mengadakan sesi dialog bersama-sama penduduk yang kini bimbangkan keselamatan kejiranan mereka.

Adakah pihak PDRM akan hadir pada sesi dialog akan datang? Atau mengambil serius laporan-laporan yang telah dibuat?



0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang