N37 Batu Maung |
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2015 Posted: 17 Feb 2015 08:57 PM PST YB. Dato' Haji Abdul Malik Kassim ingin menjemput semua rakyat yang berbilang kaum untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh ADUN Batu Maung pada 1 Mac 2015 (Ahad) jam 5.00 petang hingga 7.00 malam di Hadapan SJK(C) Wen Khai, Jalan Batu Maung, Pulau Pinang. Majlis ini akan turut sama dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Eksekutif Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, Ahli Majlis MPPP dan MPSP. Semua rakyat tanpa mengira kaum, termasuk tokoh-tokoh pertubuhan-pertubuhan awam, tokoh-tokoh korporat dan sebagainya adalah dijemput untuk menghadiri serta menikmati jamuan hidangan yang akan disediakan pada majlis ini. Diharap pengajuran acara Rumah Terbuka ini dapat mewujudkan suasana harmoni antara rakyat jelata yang berbilang kaum dan agama seterusnya dapat membentuk perpaduan. Para hadirin diminta supaya meletakkan kenderaan masing-masing di tapak-tapak letak kenderaan yang telah disediakan. |
You are subscribed to email updates from N37 Batu Maung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan